Mar 31, 2009

Awak! Bukan sekadar pembuku ma'thurat tau! (edited)

Dengan nama Allah yang menjadikan dan mengizinkan segala-galanya,
Selawat dan salam buat dai agung kita - Muhammad s.a.w. beserta para sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan, si musuh yang nyata.

To Ustaz Amin:
Jazakallahu khairan kathiran atas pembetulan! =P

Amaran kerajaan Temasek!
InsyaAllah post kali ini juga panjang. Harap para pembaca kekal membaca hingga full stop terakhir insya-Allah. Sila on-kan hati masing-masing agar dengan izin-Nya, tersentuh dan terkesan hati-hati kita untuk mengambil pengajaran lalu seterusnya menyampaikan kepada orang lain & melaksanakan tugas sebagai Muslim sejati! =P Enjoy!

****

Assalamualaikum, awak! Jari kita dah sembuh dengan izin Allah! Insya-Allah boleh kita tulis untuk awak panjang-panjang! Awak sihat? Dah makan? Dah solat? Iman awak macam mana sekarang - naik ke turun? Hihihih.. Awak ada pergi taman syurga tak? Saya selalu pergi! Saya nak kongsi satu cerita yang kita dapat di taman syurga dengan awak. Sebab cerita itu ingatkan kita tentang awak tau! Tapi, kita taklah selalu teringat awak tau! Baik kita ingat Allah setiap masa, kan? =P

Awak ingat tak 1 Mei hari apa? Hari itu bukan sekadar Hari Buruh tau! Hari tu awak ada hantar dedication sempena Hari Buruh kat kita. Dan dari situlah kisah KITA-AWAK bermula. Awak masih ingat tak? Kita tak kisah pun awak ingat ke tak, sebab kita lagi kisah tentang awak ingat Allah atau tak. Hihihi.. Awak cakap dalam dedication tuh awak suka saya. Dan saya pun reply kat awak jawapan saya - saya suka awak juga. Tahu kenapa? Sebab saya suka sangat suara awak tekong baca ma'thurat sebelum solat maghrib! Hihihi...

Awak yang selalu dok tekong baca ma'thurat ni kenal tak siapa pembukunya? Ha! Dialah Hassan al-Banna. Tapi, Hassan al-Banna bukanlah sekadar pembuku ma'thurat tau! Gila jauh lebih besar daripada itu ialah - beliau merupakan mujaddid Islam era ini! Apakah mujaddid itu? Ha! Mujaddid itu dalam bahasa omputihnya - reviver. Pembaharu. Adakah mujaddid itu membawa sesuatu yang baru lagi asing? Tentunya tidak sama sekali! Mujaddid itu MEMPERBAHARUI kesedaran Islam yang semakin luput agar KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SEBENAR.

Awak yang selalu dok tekong baca ma'thurat ni tahu tak apa powernya mujaddid nih? Ha! Saya cerita tau! Khas untuk awak tau! Walaupun jari kita ni baru sembuh, demi AMNM, kan kita usaha insya-Allah! =P Apabila makin jatuhnya kegemilangan umat Islam akibat umat Islam tidak lagi Islam secara sepenuhnya (cuba awak cek Al-Baqarah 2:208), maka bangkitlah mujaddid-mujaddid yang sedar lalu berteriak kepada Umat Islam supaya bangun dan bertindak! Lazimnya, simptom-simptom untuk diagnos kejatuhan Islam tuh mudah - cintakan dunia (dok leka main air pancut ke, dok leka berfalsafah dan bersyair tanpa ingat Allah) dan takutkan mati. Pendek kata, semangat jihad dah berkubur! Bila berkuburnya semangat ingin berjuang demi Islam daripada hati-hati para Muslimin, saat itulah Islam menjunam jatuh. Mari kita ambil pelajaran daripada sejarah!

Ketika era kerajaan Islam Abasiyyah di Baghdad, umat Islam mula leka dengan kemewahan. Mereka makan mewah, pakai mewah dan tenpat tinggal pun bukan main mewah! Rumah banyak air pancut! Jihad untuk berjuang demi Islam berkubur. Maka, kita ditegur Allah dengan 2 musibah besar.

Teguran pertama adalah pada 1095, apabila tentera Salib daripada Eropah Gelap menawan al-Quds. Sebelum itu, al-Quds aman di bawah naungan Islam setelah kita berjaya membebaskannya daripada kuffar semasa zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyideen Umar al-Khattab r.a. Lebih kurang seratus tahun selepas al-Quds dirampas Crusaders, pada 1187, Salahuddin al-Ayubi menawan kembali al-Quds daripada tangan kuffar dalam Battle of Hittin! Awak ingat Salahuddin lahir-lahir, main-main air pancut dan tetiba sahaja semnagat jihad dia naik mendadak! Tidak sama sekali! Lahirnya Salahuddin kerana usaha para mujaddid pada zamannya menjalankan AMNM. Sebelum lahirnya beliau, Imam al-Ghazali dan yang lainnya telah memperbaharui semangat jihad para Muslim! Mereka membentuk jiwa para Muslimin agar memikul amanah Dinul Islam ini, dan termasuklah yang dibentuk ialah Nuruddin Zengi dan Asad ad-Din Shirkuh (pak sedara Salahuddin). Hasil dari Imam al-Ghazali dan seterusnya suku-sakat Salahuddin, lahirlah Salahuddin yang kita kenal kini!

Teguran kedua ketika zaman Abasiyyah ialah pada 1258, apabila tentera gasar Monggol melanggar dan meranapkan Baghdad. Menjunam jatuh tamadun Islam. 2 tahun kemudian, Monggol berjaya dikalahkan tentera Muslimin dalam Battle of Ain Jalut di bawah pimpinan Saifuddin Qutuz. Sekali lagi, beliau bukan muncul hebat begitu sahaja tanpa usaha AMNM oleh Muslimin yang sedar. Kemunculannya adalah hasil daripada AMNM seorang mujaddid hebat bernama al Izz ibn Abdi Salam.

Ketika jatuhnya sistem khilafah Islamiyyah di bumi Turki pada 1924 (setelah berkuasa di atas muka bumi semenjak pembukaan negara Islam pertama Madinah pada 623M), nenek moyang awak dan kita kat Tanah Melayu tengah struggle lawan penjajah laknatullah. Kesian mereka menjadi mangsa keadaan para penjajah kuffar laknatullah. Memang kurang asam betul British dan penjajah-penjajah kuffar lain laknatullah! Mereka pisah-pisahkan jasad Islam kita daripada sebuah empayar yang bersatu kepada negara-negara kecil. Mereka serang serentak seluruh jasad Islam! Tanah Melayu, Brunei, Filipina, Indonesia, Turki, Tanah Arab, negara Tan-Tan di Asia Tengah (eg Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan etc), negara-negara Islam di benua Afrika dan lain-lain lagilah! Pendek kata, semua negara Islam! Sudahlah pisahkan negara-negara Islam ini daripada satu sistem yang satu -sistem khilafah, British siap letakkan benih psychology war di Tanah Melayu. Ketika era pasca-kejatuhan khilafah Islamiyyah, tiada gerakan-gerakan bersistem dan berorganisasi bangun membunyikan semboyan jihad. Sehinggalah pada 1928, di bumi Mesir, Hassan al-Banna menggagaskan persatuan Ikhwanul Muslimin. Dalam masa yang sama juga, di Semenanjung India, Abul 'Ala al-Maududi menubuhkan Jamaat Islami. Kedua-duanya membawa misi yang sama - menyedarkan umat Islam agar bangun semula!


Lihat strategi Rasulullah saw ketika di Makkah, ketika mana baginda dan para sahabat generasi awal ini saling berkumpul dalam taman-taman syurga. Mereka bukan kumpul sindri-sindri agar aman daripada Quraisy. Mereka berkumpul untuk membentuk individu apprentince (aka tarbiyah) agar menjadi mantap untuk mengajak Quraisy kepada Islam. Juga, untuk membentuk individu agar menjadi batu asas tertegaknya Islam di muka bumi. Maka, Ikhwanul Muslimin turut mengambil method taman syurga yang sama. Dalam taman syurga ini, punya tekong dan anak buah, punya tahapan, punya matlamat, punya jadual pertemuan yang frekuen serta berkala dan pendek katalah kan awak, berorganisasi dan bersistem. Bertemunya kita dalam taman syurga bukan sekadar untuk tambah ilmu atau menjaga diri, tapi lebih utama daripada itu adalah untuk mempersiap membentuk diri agar bisa jadi batu asas untuk tegakkan Islam dalam era pasca-kejatuhan khalifah ini.

Siapa sangka, dengan hanya taman-taman syurga yang sistemis ini, hanya 20 tahun selepas penubuhannya,Ikhwanul Muslimin berjaya menyedarkan jutaan pemuda Mesir, juga pemuda-pemuda di sekitar Tanah Arab, juga di banyak kawasan di dunia. Pendek cerita, ketika pencerobohan Zionis laknatullah ke Palestin pada 1948, Ikhwanul Muslimin mampu menghantar ribuan pemuda-pemudanya yang berjaya dibentuk agar mencintai jihad. Siapa sangka, hasil produk taman-taman syurga ini hampir berjaya menyekat dan menghalau balik kependudukan Yahudi laknatullah sehinggalah kuffar memperkuda organisasi dunia dan melobi agar gencatan senjata diadakan. Nampak sangat kuffar cuak Muslim yang cintakan syahid ini boleh kalahkan Yahudi. Pointnya di sini, akhirnya, setelah Islam diranap habis-habisan selepas jatuhnya khilafah Islamiyyah, kita masih mampu bangun semula menjadi singa-singa yang cintakan syahid! Dan semuanya bermula dengan taman-taman syurga yang sistemis.

Jadi awak! Sudah terang lagi bersuluh, saya tersalah suka dekat awak. Daripada sukakan awak - tekong ma'thurat, baik saya suka Hassan al-Banna terus - pembuku ma'thurat. Dan dia bukan sekadar pembuku ma'thurat, tapi mujaddid Islam era ini. Hehehe.. Gurau je awak. Tapi, gurau makan dalam lagi bermesej tu tau awak! Apa-apa pun, tiada yang lebih saya cintai melainkan Allah, Allah, Allah! Hanya Dia, bukan awak!

Okaylah awak. Kita nak kena pergi buat benda lain pulak! Jangan nakal-nakal. Ingat Allah, ingat ummah! Terima kasih kerana sudi baca walaupun banyak fakta sejarah. Harap menyentuh dan terkesan di hati awak! Insya-Allah! =P

Wassalam..

With lots of love,
XOXOXO <3

*****

Wallahualam...

Mar 29, 2009

Awak! Bukan untuk awak tau!

Dengan nama Allah yang Maha Penerima Ampun dan Taubat,
Selawat dan salam buat junjungan besar, Muhammad saw,
Kita pohon perlindungan Allah daripada musuh nyata - si syaitan laknatullah.
Moga-moga hadirnya kita di hadapan skrin menatap post kali ini dihadirkan sekali dengan hati kita, insya-Allah..
Kerana fahamnya itu letak di hati, bukan di otak..

Anonymous said...

Assalamualaikum.
minta share camne jadi
doktor buleh wat dakwah
selain "gososk-gosok" jer?



Teristimewa buat sahabat kita ini yang terpanggil untuk berbakti buat deennya,
Teristimewa buat sahabat kita ini yang ternanti-nanti akan jawapannya,
Teristimewa buat sahabat kita ini yang dianiayai Iman kerana lambat beri jawapannya,
Teristimewa buat sahabat kita ini yang seharusnya Iman pohoni kemaafan atas silapnya diri ini,
Moga kau dikentalkan lagi semangatnya untuk menabur bakti buat tegaknya Islam!

Amaran awal kerajaan Malaysia!
Insya-Allah ini bakal jadi pos terpanjang di kun-rajulan. Afwan gagal ringkaskan sebab kami rasa semua point-point ini penting untuk diadun dan diulang. Sebarang aduan boleh dipaparkan di bahagian komen-mengomen insya-Allah! So, mari bermujahadah and read till the very last full stop!

****
Awak! Hari tu lepas kita buat blogpost khas untuk awak, kita masak lauk favourite awak - ayam masak kerutuk, siap pakai resepi mak awak lagi tau! Jadi!!! =P Silap-silap hari bulan nanti, elok-elok kita nak masakkan untuk awak, dah terhabis sebelum sempat bagi kat awak!!! Sebab kita bedal sorang-sorang!! Woha!! Awak! Lepas post yang hari tu, yang kita buat khas untuk awak tu, ramailah pulak buat spekulasi liar siapa awak ni. Suka hati kita dengan awak lah kan? Awak wujud entah tidak pun diorang bukannya tahu. Allah sahaja yang tahu. Hihi.. =P

Awak! Ada yang bertanya kat kita selain daripada gosok, bagaimana bisa seorang doktor itu berdakwah. Teringat kita dekat awak, sebab awak insyaAllah bakal jurutera. Awak deal dengan besi keluli (sebab awak kan amik aerospace engineering =P), jadi adakah punya peluang untuk awak berdakwah kepada manusia seperti mana terbuka luasnya peluang ini buat saya dan doktor-doktor yang lain? Tak bestlah kalau peluang awak sempit semata-mata sebab awak kerja dengan machines, sebab nanti awak tak dapat jadi teman seperjuangan saya. Hihi.. =P

Awak! Alangkah tidak seronoknya andai peluang dan potensi dakwah itu hanya buat para tabib, tapi bukan buat jurutera? Apakah Allah beza-bezakan peluang dan potensi dakwah ini buat para tabib, para jurutera, para peguam, para guru hatta para suri rumah? Jawapannya tentu sekali, TIDAK! Sebab baik jurutera, baik doktor, baik guru tadika, masing-masing namanya manusia. Dan kerana kita ini manusia-lah, maka kita tak boleh lari dari 2 tugas utama kita - ubudiyyah dan khilafah.

Awak! Kerana kita ini hamba abdi Allah, kita WAJIB memusatkan segala gerak geri, hirup nafas dan degup jantung kita hanya kerana dan hanya untuk Allah.
Awak! Kerana kita ini khalifah kepada seluruh alam semesta, maka WAJIB kita memakmurkan dan memimpin dunia ke arah kesejahteraan Islam! Maka, sudah terang trang-tang-tang, sebagai khalifah, WAJIB kita laksanakan perintah amar ma'ruf nahi munkar! WAJIB kita ajak orang kepada kebaikan, dan larang buat kejahatan!

"Kamu (umat Nabi Muhammad) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang ma'ruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah..."
(Ali Imran 3:110)

Awak! Makanya, dah terang lagi bersuluh dek spotlight bahawa MEMANGLAH SANGAT-SANGAT WAJIBNYA kita, awak, yang bertanya soalan dan yang membaca ini menjalankan Amar Maaruf Nahi Munkar aka Da'wah (selepas ini hanya akan diringkaskan kepada AMNM sebab jari kita ada melecur sikit masak kerutuk hari tu. Sakit tau jari kita taip panjang-panjang.. =P). AMNM adalah satu amanah dan tugas yang jauh gila-gila lagi susah dan berat daripada ambil UPSR. Pastinya teknik dan strategi AMNM jauh gila-gila lagi strategik, kompleks dan teliti daripada teknik menjawab UPSR. Tak begitu, awak?

Awak! AMNM ini merupakan amanah kita sepanjang hidup sampai mati. AMNM ini kerja constant! Tapi, kerja sebagai doktor, sebagai pelajar, sebagai jurutera, sebagai juruwang di pasaraya, hanyalah sementara. Boleh jadi kita sebagai pelajar dipanggil balik oleh kerajaan akibat universsiti tak diiktiraf. Boleh jadi kita sebagai doktor digantung lesen sebab tertinggal gunting dalam usus pesakit masa operation. Boleh jadi kita dibuang kerja sebab pasaraya bangkrap. Boleh jadi juga kita dah tua, lalu bersara, makan duit pencen dan main-main sama cucu-cucu. Tapi, kita tak boleh dibuang kerja atau bersara daripada kerja AMNM.

Awak! Jadi bagaimana kita, awak, yang bertanya dan yang membaca ini boleh berAMNM dengan constant tak kira kerja apa (doktor ke, jurutera ke, dan lain-lainlah) dan juga tanpa mengira status pekerjaan kita (dibuang kerja, pencen, pengganggur dan lain-lain)? Mesti ada rangka jawapan yang general untuk penuhi tuntutan setiap situasi ini. Berikut, insya-Allah antara beberapa strategi untuk kita AMNM insya-Allah:

1) Kita mesti cari apprentince yang boleh teruskan kerja kita untuk cari dan cari apprentice supaya ramai orang sama-sama kerja untuk Islam!

Kalau doktor, boleh cari daripada kalangan patient sebab patient memang percaya cakap doktor! Juga kepada masyarakat sebab masyarakat pandang tinggi doktor ni! Kita explain kepada dia dengan penuh semangat akan masalah umat kita - Palestin, Iraq etc.. Kita explain lagi "kalau bukan kita-kita ni, sapa lagi nak tolong Islam? Ingat Allah nak kasi Islam tuh menang mudah ka? Nabi Muhammad yang kekasih Allah itupun pun kena baling tahi, kena baling batu, kena turun ke medan perang bersusah-payah untuk AMNM. Nak harap PBB, IMF tolong Islam? Mimpilah kau!!! Menjahanamkan kita lagi adalah!!" Lebih kurang begitulah..

(P/S : dinasihatkan agar AMNM kita kepada para pesakit yang menggunakan teknik penerangan secara bersemangat ini tidak dijalankan ketika kita sedang ambil Blood Pressure dia. Sebab, dikhuatiri pesakit itu pun berkobar-kobar semangatnya sampai mempengaruhi BP dan kita tak dapat BPnya yang sebenar.)

2) Kita mesti buat follow-ups (aka tarbiyah) untuk bentuk diri dia jadi apprentince yang hebat!

Kepada bakal doktor, lepas kita dah pom-pang-pom-pang dekat pesakit itu, kita offer kat dia untuk datang ke taman-taman syurga yang BERSISTEM supaya kita boleh bentuk hati dia menjadi apprentince yang hebat!! Sebagai cadangan, kita boleh tubuhkan persatuan di klinik kita seperti 'Persatuan Bekas Pesakit Muslim Klinik kun-rajulan'. Dan, kita tiap-tiap hari Ahad buat konon-konon meeting, tapi sebenarnya kita buat taman-taman syurga Nak tarik orang lagi, kita boleh promote, mana-mana ahli persatuan yang aktif akan dapat diskaun rawatan 15% ke, supplemen Ginkgo percuma setiap bulan dan lain-lain lagi. Woha!! =P

3) Paling penting dan paling utama, kita pun sendiri mesti berada dalam sistem tarbiyah sebelum kita tarbiyah orang lain! =P

Khas buat bakal-bakal doktor yang insya-Allah grade dari Moscow, jika anda masih belum berada dalam sistem tarbiyah, jangan risau! PPIM-Moscow ada menyediakan RUBY dan CROWD, iaitu aktiviti taman-taman bunga kelolaan Biro Da'wah dan Tarbiyyah kami! Buzz YM id ini : ppim_msc.
Ataupun, hubungi kami di kun-rajulan melalui YM id : ichiruma_shikaka
Kami di kun-rajulan akan cuba menolong anda insya-Allah! =P

Awak! Jari kita makin sakit lah pulak awak! Kita nak pergi sapu gel aloe vera lah kat jari kita, sebab gek tuh ada cooling effect! Ala-ala carburetor gitu! Kita minta izin dulu tau awak! Apa tunggu lagi! Cepat-cepatlah jalankan kerja awak tau - AMNM! =P

Sayang awak!!! Jangan nakal-nakal tau! Allah nampak!

With lots of love,
XOXO <3
P/S : Awak! Post kali ini khas untuk orang yang tanya kita tu tau. Bukan khas teristimewa untuk awak. Sebab tuh tajuk dia - "Awak! Bukan untuk awak tau!". Jangan jeles tau..Hihi.. <3

*****

Wallahualam..

Andai Tiada Kau Baca

Dengan nama Allah, Ilah yang kita agung-agungkan melebihi segala-galanya,
Salam dan selawat buat junjungan besar, Muhammad s.a.w,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan, musuh kita yang nyata.

Amaran Kerajaan Malaysia!
Jangan kita terlalu sibuk meneka siapakah Anonymous. Kerana ada banyak lagi kerja besar yang perlu kita sibukkan!

Anonymous yang kreatif lagi pemurah telah menggembirakan kita dengan sebuah lagi puisi melalui komen beliau untuk post "Awak! Bukan sekadar gosok tau!". Semoga bersama kita ambil pelajaran. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran Anonymous! *mungkin nanti kita leh wat antologi sajak2 Anonymous insya-Allah*

manusia...
bakatnya dicipta,
bukan untuk disalah guna,
dirinya dicipta,
bukan untuk mencari dunia,
nafasnya dicipta,
bukan untuk melupaa si Dia

manusia,
hidup dalam lingkung masa,
yang akan punya hujungnya,

manusia..
lupakah akan janji si Dia?
bahawa rugi itu manusia,
tak kira zaman tak kira masa,
kiranya tanggungan tidak dilaksana?
memberi ingat pada yang lupa,
menjalan dakwah membersih jiwa...

maka..
dalam derap langkah
kerah,
dalam bisik resah
gundah,
dalam diam sunyi
sepi,
dalam hilai riuh
rendah,
dalam getar jiwa
takwa,
Biar dalam mana rasa,
biar pada mana masa,
Ingatlah pada yang maha Kuasa...
jalnakan dakwah sesama manusia!!




Wallahualam

Mar 26, 2009

tentera Allah



"Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati.."

(Imam Abu al-Qasim Al-Junaid)

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad saw beserta sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Anonymous said...

assalamualaikum...
klu ade mase leh x smbung psal
"kakashi" islam - khalid alwalid
dlm prg mut'ah tuh???

****

A repost - Nov 19, 2008

it's whitey white!

assalamualaikum..
setelah kenyang memakan nasi goreng & mi yang dimasak sesuka hati lalu secara tidak sengaja jadi seperti mi hailam, aku melihat ke tingkap..
dapat dilihat, muka bumi sudah mula diliputi sesalji putih...
suci..

alhamdulillah! tadi call ummi & abi, menghiburkan mereka dgn kisah2 lucu dari rusia..
abi gelak memang tak boleh blah..
biarlah.. :P

lepas tuh, dengar lagu2 outlandish sambil melihat seni katanya..
aku juga cuba melatih melembutkan lidah dengan mencuba rap bahasa spain kot..
manelah tau kot2 ade rezeki, bleh aku jalan2 kat sepanyol winter ni sambil m'praktis bait2 lagu yg aku hapal!
(aku pun sendiri sebenarnya x kompem sgt tu bahasa ape..mcm spain je..)
tak kisah lah..
yg aku tau, bahasa rusia pun universal gak..
dulu time jalan2 kat kedai ZARA di sebuah shopping complex di dubai, kedengaran pembantu kedai yg lelaki sedang b'bual2 dgn pembantu kedai perempuan dlm bahasa rusia..
kat london time lintas jalan pun same gak..
kat ireland, org tu cakap bahasa mende ntah, tp bunyi cam rusia..
jadi, dengan keramah-tamahan seorang rakyat melayu b'etnik jawa, aku pun tanye die cakap bahasa rusia ke?
BUKAN! dia kate tuh bahasa mende ntah..
celtic kot..
ape2 lah...

tinggalkan soal bahasa..
aku t'bace lirik outlandish yg ada mention psl khalid al-walid..
malam tadi, aku tgh bace2 pasal palestin..
akak naqibah aku pun bukan main bagi aku mcm2 bahan psl palestin sbb insya-Allah aku akan buat pengisisan pasal palestin minggu ni..
buat pertama kalinya dalam hidup, aku bace subjek sejarah macam bace komik..
memang semalam aku masyhuk lah layan "raheeq makhtum" (sebuah buku sejarah) pasal tajuk perang mu'tah..
kalau dulu aku layan kreko, ke hape, skang tidak lagi..oh!!!

diberitakan bahawa palestin merupakan indikatif kuasa dunia..
siapa tawan palestin, dialah penguasa dunia ketika itu..
ketika zaman Rasulullah, Rom yg merupakan penguasa dunia ketika itu conquer Palestin..

(sambil merujuk fail berisi nota2 daurah etc aku yang berlabel 'Nurul Iman's Plan to Save The World')
aku bagi ringkasan mane yg penting & best je lah ek..
untuk lebih detail, bace lah mne2 buku sejarah

Tahun: 629 M aka 8H
Venue: Mu'tah
Faktor: utusan Rasulullah telah dibunuh oleh Rom

Kekuatan : 3000 Muslim lawan 200 000
Ni antara Fakta yang paling mengangakan aku..
Cuba buat nisbah, 3 lawan 200!
So, pukul rata, sorang lawan dalam 70 orang!
Cube gi tau aku mane2 manga yang ada watak leh seterel mcm tu tanpa gune ape2 ninjutsu (teknik ninja yg selalu gune mantera2 ke, teknik seru2 kuasa dalaman ke, kuasa alam ke..lebih kurang gitulah..) tp taijutsu (teknik tak de mistik2 punya..badan lawan badan)..
Isyh..Hatake Kakashi yang aku minat pun tak terel mcm tuh..
Dan dalam manga selalu nye, hero je yg gila terel, yg lain kuasa cikai2 je..cam kuasa penyembuhan luka mcm ninja medik, kuasa detect musuh ke etc..
Lagipun, manga & anime sume tuh fiksyen belaka..
Ini sirah nabawiyah dek oi!
Tak tipu punya!
Hehe..
Lagipun, kita gerenti ada tentera back up - para malaikat (antara rukun iman nih!) kiriman Allah, alhamdulillah! :P

Pesan Rasulullah : pemimpin kontijen adalah Zaid b Harithah, kalau syahid ganti Jaafar b Abu Thalib, kalau syahid juga ganti dengan Abdullah b Rawahah

Pendek cerita semua pemimpin yang Rasulullah amanahkan ni syahid satu demi satu..
Ketika sedang kusut2 tiada pemimpin, muncullah Pedang Allah - Khalid Al-Walid naik sebagai panglima!
Di battlefield itu sahaja, 9 bilah pedang Khalid Al-Walid patah! Bayangkan! Kalau Ichigo dalam Bleach, berapa kali sangat pedang Zangetsu (pedang pembelah bulan) die patah lalu tukar baru? (aku pun tak tau, sbb aku x ikut Bleach sgt..aku layan Kakashi je)

Isyh..aku kena basuh pinggan-mangkuk nih..nanti2 InsyaAllah aku sambung cite pasal Saifullah - Khalid Al-Walid nih...

Tapi serius, semalam memang best giler layan Raheeq Makhtum tuh..
nak tidur2 pun aku senyum puas sbb dah lama tak rase 'this fiery burn' yang slalunya aku rasa kalau layan manga...
****

Kepada anonymous, insya-Allah saya cuba ye! Kakashi dalam cerita Naruto dah mati. Khalid al-Walid pun dah wafat tapi, daripada Kakashi, semangat juang Khalid al-Walid lebih membakar daripada mana-mana watak tahyul dalam manga. (UMAH dah macam anti mangaka sebab sekarang ramai mangaka tulis merapu-rapu. Cuma reti nak panjang-panjangkan cerita. Macam Death Note, lepas L mati mana best dah! Jadi UMAH tak pernah khatam Death note lagi! Tak best betol! =( )

wallahualam...

Mar 25, 2009

Awak! Bukan sekadar gosok tau!

Dengan nama Allah yang mengurniakan kita sistem hidup yang sejahtera - Dinul Islam,
Selawat dan salam buat Muhammad s.a.w dan para sahabat yang tegar memperjuangkan Dinul Islam di muka bumi,
Kita berlindung kepada Allah daripada syaitan laknatullah.

Amaran Kerajaan Malaysia -
Kita dan awak hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.

Awak! Best tau! Weekend lepas kita tak boleh YM dengan awak macam biasa sebab kita gi taman syurga di embassy. Lagi best daripada dating kat taman bunga dengan awak tau! Sebab kat taman bunga selalu ada Jabatan Agama intai-intai atau wartawan Mastika.

Embassy bertukar jadi taman syurga sebab ada Ustaz Amin datang, ada majlis ilmu. Ustaz Amin cerita pasal 'Fiqh Perubatan'. Seronok sangat-sangat! Ustaz Amin ajar itu ini. Ustaz Amin buat lawak-lawak penggeli hati. Ustaz Amin pun sempat promote hari jadi. (Hehe.. Peace ustaz! =P) Yang penting, Ustaz dah buka mata kita akan betapa profesion doktor boleh jadi MEDIUM untuk capai MATLAMAT UTAMA - ajak manusia kepada Allah dan hidup dengan Dinul Islam.

Kita nak share kesimpulan yang kita dapat kat taman syurga tu dengan awak. Penting tau! Sebab nanti bila kita hidup sama-sama insya-Allah, awak kena faham saya bukan sahaja kena jaga awak, jaga keluarga, jaga pesakit, tapi saya kena jaga ummah juga! Baru senang saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi nanti.

Profesion doktor memang mulia. Tapi profesion awak jadi engineer pun mulia juga. Banyak peluang untuk saya rapat dengan masyarakat dan ajak mereka kepada Islam tau! Tapi, saya tak boleh sekadar gosok tangan mak cik-mak cik yang sakit suruh sabar. Juga tak boleh sekadar usap kepala kanak-kanak suruh jangan lupa baca bismillah waktu makan ubat. Juga tak boleh sekadar duduk tepi katil pesakit nazak ajar mengucap kalimah syahadah.

Takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat pun sikit punya susah. Bilal kena hempap batu. (Awak masa tolong angkat beg saya kat airport pun dah semput. Jangan marah tau, awak! Kita gurau manja je!).

Juga, takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan jawab soalan UPSR, ada teknik dan strategi, inikan pula tugas amar ma'ruf nahi munkar. Ustaz Amin pun ada cerita tentang peristiwa baling batu di Taif. Sekembalinya dari Taif, Rasulullah s.a.w balik dan rancang plan supaya penduduk Taif kembali kepada Allah dan kepada sistem hidup Islam.

Juga, takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan Rasulullah sangat berterusan tindakannya. Bayangkan, Rasulullah dah wafat pun, Islam terus tersebar! Tamadun Rom dan Parsi yang merupakan US+Zionis+EU zaman itu tumbang lebih kurang 5 tahun lepas Rasulullah wafat! Kenapa? Sebab Rasulullah semasa hidupnya dah siapkan apprentices (iaitu para sahabat) untuk teruskan kerja-kerja tegakkan Islam. Dan Rasulullah pesan kepada apprentices, nanti cari apprentices lagi dan suruh apprentices tuh cari apprentinces lagi. Macam sistem piramid skim cepat kaya plak. Dan begitulah seterusnya.

Juga, takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan Rasulullah juga ada gang, iaitu para sahabat. Para sahabat ni selalu berkumpul di taman syurga, bukan taman bunga macam awak dengan kita. Lifestyle diorang pun best, diorang saling nasihat-menasihati supaya masing-masing dapat jadi apprentice hebat dan dapat cari apprentice untuk tegakkan Islam. Bila kerja beramai-ramai baru rasa tak keseorangan.

Awak faham tak ni apa yang kita nak cakap? Kalau tak faham, buzz kita tau macam biasa. Jadi awak, saya tak boleh sekadar gosok-gosok pesakit tau! Ada 4 benda yang penting - kerja kuat, strategi, usaha berterusan dan teman-teman.

1) Kita kena cari mereka yang berpotensi untuk jadi apprentince, supaya sedar macam kita ni tau bahawa kita perlu tegakkan Islam. Boleh jadi pesakit kita, nurse-nurse, pemandu ambulans atau sape-sape je!

2) Juga, kita mesti buat follow-up yang berterusan supaya apprentice kita terus bekerja dan tak ngelat. Lebih mantap, kita boleh buat Persatuan Bekas Pesakit Islami ke, boleh buat perjumpaan tiap-tiap minggu di taman syurga untuk nasihat-menasihati.

3) Sekarang kita dah ada mentor, dah ada juga teman-teman perjuangan. Teman hidup pun insyaAllah kalau ada jodoh, awak lah orangnya! =P Tapi kan awak, awak tak nak join saya ke? Boleh jadi teman hidup + teman seperjuangan saya! =P

Okaylah awak. Perut kita lapar. Kita nak gi masak ni, boleh praktis sambil-sambil tu supaya boleh masakkan awak sedap-sedap nanti tau! Awak jangan nakal-nakal tau kat sana! Ingat Allah, ingat ummah!

With lots of love,
XOXO


To Ustaz Amin - Jazakallahu Khairan atas pencerahan! =P

Wallahualam..



Mar 24, 2009

unit perisikan bersara!

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w.
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah..

UFO attack is back! Tapi ini attack banyak bagus dan tak sakit, sebab alien ini attack dengan kasih sayang sebab dia bagi kita nasihat. UFO ini ada banyak lampu-lampu besar yang memberi sinar kehangatan sebuah ikatan ukhuwah serta sinar terang pencerahan yang mampu tembusi banyak hati. Jadi, Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik UFO, janganlah merajuk =(. kun-rajulan sangat suka dengan komen-komen anda <3. Jadi, tak kisahlah misteri nusantara ke, seekers ke, mastika ke, mangga (misteri hidup para artis dalam bentuk gosip) ke, yang penting kita semua kerja dan terus kerja! Insya-Allah.

2 responding RIJAL(s):

Anonymous said...

jika hadirku ini misteri...
jika hadirku tidak diundangi..
afwan ku susun 10 jari...

diri ini,
hanya ingin berkongsi,
tak layak dalm memberi,
lemah untuk menulis sendiri.

jika hadirku ini misteri,
bukan utk disusah cari,
bukan utk diselesai teki...

kerna..
misteri terbesar msih merungkai,
membarah terus membangkai,
masalah ummah yang kian lalai,
dek akibat ditimpa badai
keindahan dunia yg merantai,
memaku, hinnga akhirat tergadai,
menyimpang, dari jalan damai...

*lebey baik selesai masalah ummah dari masalah
UFO x berarah....
March 24, 2009 5:55 AM
Anonymous said...

hehe.. maman, menarik la UFO ni.. ^___^ apapun, jazakillah iman kerana berkongsi pencerahan..
March 24, 2009 7:43 AM

WALLAHUALAM..

Lagi best dari jumpa menteri atau selebriti!

Dengan nama Allah yang kita sangat-sangat rindui pertemuan dengan-Nya,
Selawat dan salam buat Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada bisikan syaitan laknatullah.

It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing. Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache”.

Demikian kata-kata Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantissi, ketua umum Hamas selepas syahidnya seorang lagi tokoh besar Islam - Syeikh Ahmad Yassin. Dan, insya-Allah, esok di Malaysia, para Muslimah akan berpeluang bertemu dengan balu Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz! Sungguh, ramai antara kita teringin sangat mendengar dan melihat dengan mata kepala sendiri Puan Rasya Al-Adluni, seorang wanita yang hidupnya bergelumang dengan dam-dam-dum bunyi bom dan peluh darah para mujahidin. Hidupnya hidup seorang pejuang! Untuk maklumat lanjut - boleh klik di Rijal's Blogroll - blog Ustaz Halim.

Tak ke best jumpe dengan beliau? Memang lagi best daripada jumpa menteri ataupun selebriti! Isyh, memang UMAH jeles lah kepada mana Muslimah yang pergi esok!!! Tapi, tak mengapa! Insya-Allah, kita semua akan berjumpa di dalam Jannah. Walau tak bersua, kita semua punya ikatan yang mengatasi segala-galanya kerana kita semua punya tujuan sama - redha Allah dan merasai nikmat syahid sebagai seorang pejuang! =P

Teringat akan UMAH saat UMAH masuk Tingkatan 4. Nak dijadikan cerita, sekolah UMAH dekat kawasan yang dibantai tragedi Tsunami. Maka, UMAH dan kawan-kawan sekolah yang lain diangkut naik bas pergi satu sekolah lain, sebab Mamanda Menteri Pak Lah nak lawat sekolah tu melawat mangsa tragedi. Ramailah excited sebab nak jumpa beliau, termasuk UMAH sendiri sebab sure-sure orang TV pun akan datang sekali. (Gila glam =P) Dalam lonjakan ke-excited-an, ramai yang sempat keluarkan pendapat politik masing-masing - 'Pak Mahat lagi best dari Pak Lah', 'aku sokong pembangkang' dan lain-lain lagi. Kompang berbunyi dan ramailah kawan-kawan UMAH serbu nak salam Pak Lah. UMAH dan seorang partner-in-crime lekat di tempat kami, sebab walaupun kami ketika itu pengamal jari tengah, kami masih beriman dengan hati bahawa 'pegang tangan lelaki bukan mahram itu haram'. Yang paling tak boleh blah, ada yang tadi bukan main kutuk Pak Lah, terhegeh-hegeh nak cium tangan beliau. Itu tak pe lagi, nanti dah besar jangan jadi kaki ampu menteri dan amalkan korupsi tau!

Bagi yang suka ajak-ajak kita pergi salam VIP, kita patut jawab - Apa pulak aku kena gi jumpe salam dia?! Patut die jumpe aku cakap terima kasih! Aku dah undi dia time pilihan raya! (Kalau VIP tu artis, - Aku AFUNDI die! atau Aku dah beli album dia!)

Moral of the story - jumpa Ustazah Rasya nih insya-Allah lagi best daripada jumpe Pak Lah ataupun Cinta Bunga Lestari! Sebab, berjumpa dengan orang-orang soleh akan meningkatkan iman kita insya-Allah! Apatah lagi, dalam majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga!

Wallahualam! =P

UFO - unidentified friendly object

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w,
Kita berlindung kepada Allah dari hasutan syaitan.

Sekali lagi, kun-rajulan telah didatangi oleh unidentified friendly object (UFO).
Buat masa ini, database kun-rajulan masih gagal mengumpul maklumat penuh untuk membolehkan proses rekognisi terhadap UFO ini berjalan.
Maklumat database kun-rajulan hanya terhad kepada nama pena UFO - Anonymous.
Juga, style menulis komen UFO ialah melalui puisi.
Unit perisikan di kun-rajulan percaya bahawa Anonymous yang komen untuk entry KAMI episod 1 sama dengan Anonymous yang komen untuk entry KAMI Episod 2.
Namun, unit hubungan diplomasi di kun-rajulan percaya lawatan misteri UFO ini beserta komen-komennya amatlah sihat untuk perkembangan dua, tiga, empat malahan sepuluh hala!!
Apa-apa pun, menurut unit pentadbiran di kun-rajulan, pemburuan UFO tidak penting, asalkan kita semua terus bekerja! Maka, dengan itu, sama-samalah kita hayati komen UFO ini dengan qalb.. InsyaAllah!

Anonymous said...

sempurna usah cari,
pada jiwa yang namanya diri,
kerna itu sifat Illahi,
bukan hakikat fi'il insani,

sempurna usah cari,
hingga makan diri,
hingga takut mendakwah fardhi,
hingga lupa asal dijadi,
oleh pencipta yang Maha Abadi,

Sempurna bukan dicari,

kerna..
hakikat sempurna dalam memperbaiki,
bukan hanya untuk dicari,
maka jangan iri,
pada mereka yang tampak tinggi,
yakinlah pada diri,
berdiri teguh di landasan ini,
dalam satu hakikat suci,
menuju limpah kasih Illahi,

kerna....sempurna itu Illahi..


**no one is perfect except Him..wallahualam.

Jom sama-sama kita ucapkan "Jazakallahukhairan kathiran" kepada En/Cik/Tuan/Puan Anonymous atas perkongsian & pencerahan ini! =P

Wallahualam..

Mar 23, 2009

He Makes Me Happy! =P

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Muhammad s.a.w,
Kita berlindung kepada Allah daripada bisikan setan-setan laknatullah!

Baru pulang dari bilik jiran dan disumpah oleh Mek (bukan nama sebenar) akan berkahwin dengan orang Dabong (sebuah kawasan terpencil di Kelantan).

Dia membuatkan saya gembira. Pastinya bukan Mek, bukan juga mamat Dabong, tapi Dia.
Saya baca surat yang Dia bagi tadi malas-malas.
Bukan saya tak sayang Dia, tapi biasalah.
Baik Spa-Q, drama Melayu atau telenovela latino, mesti ada sahaja orang jahat yang hasut supaya kita tak berapa 'in' dengan orang yang kita sayang.

Surat yang Dia bagi saya memang banyak!
114 surat lagi tau!
Cube anda bagi contoh mana-mana filem cintan-cintun di atas muka bumi ini yang sampai orang bagi surat cinta 114!
Ha??!!! Tak dak kan??!!
Punya Dia sayang kat saya!!
Cuma saya sahaja yang senang terpengaruh dengan orang-orang jahat dalam hidup saya ini.
Dia tahu je ada masa-masanya yang saya tak berapa ingat kat Dia, tapi Dia tetap maafkan saya.
Dia memang generous, forgiving, understanding! *dreamy eyes*

Tadi saya ulang baca surat-Nya yang ke 16, surat yang antara kandungannya bercerita tentang semut.
Dia bagi pesanan khas kat saya di akhir surat tu sebab Dia tahu saya ni memang pendemdam, jahat, busuk hati, hasad dengki dan lain-lain lagi.
Saya taip tau ayat-ayat terakhir dalam surat tu sebab Dia sendiri pesan, Dia lagi suka kalau saya share love letter ni dengan orang lain. Nanti Dia bagi hadiah best! =P

"Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu.
TAPI jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.
Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah,
dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka
dan jangan bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.
Sungguh, Allah BESERTA orang-orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan."

(An-Nahl 16:126-128)

Praise be upon You, the One and Only who can make anybody the happiest!
Segala puji buat Kau, Ya Allah, yang menguasai hati-hati manusia!

With lots of love,
Your servant XOXO =p

Wallahulam...

Mar 22, 2009

K.A.M.I (Episod 2)

Dengan nama Allah yang melimpahkan mahabbah dalam hati-hati manusia,
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w beserta sahabat-sahabat baginda yang setia dalam jalan juang dakwahnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan musuh kita yang nyata.


Buat C.O.M.R.A.D.E.


Bagaimana bisa ku kata,
Risau di hati kalau-kalau lakuanku mencalar luka,
Hati kau, hati aku dan hati K.A.M.I,
Satuannya perlu sebati dengan cahaya Ilahi.

Aku bukannya rijal kala bicara tentang ukhuwah,
Mengata orang lebih, aku lagilah sampah,
Gelincirku sentiasa dibuai rasuk setan laknatullah,
Sungguh, aku ini imannya sangat-sangat lemah.

Aku bukannya rijal kala saling memapar mahabbah,
Sering aku diamuk nafsu amarah,
Berliku jalannya buatku menuju nafsu mutmainnah,
Ah! Gelumangku amat dalam karatnya jahiliyah.

Berkata Imam al-Banna suatu ketika,
Buat ikhwan itu 3 kekuatan menurut aturannya,
Kuatnya iman, kuatnya ukhuwah, kuatnya fizikal,
Ah! Doktrin ini serapnya di qalb, bukan di akal!

Teman, kini aku bertatih membina kekuatan,
Biar langkahnya kita teratur rapi di atas jalan,
Agar benar-benar kita layak bergelar ikhwan,
Agar kelak bertemu kita dalam indah segar taman-taman!

Maka, sudikah kau menghulur tangan menawar bantuan?

Wallahualam..

(With lots of love, I wrote this biiznillah to all who are together on the path I'm taking Insya-Allah. Feel the warmth of love in the air eh? Heheh.. This is how it is when Iman gets cheesy.. Don't puke! Peace! =P)

to anonymous

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasulullah s.a.w,
Kita berlindung kepada Allah daripada syaitan laknatullah..

(Berikut merupakan komen daripada encik/cik/tuan/puan/dato'/datin anonymous. Beliau telah memberi komen dalam entry KAMI episod 1. Maka, untuk mereka yang jarang-jarang tengok komen, meh kita layan ini puisi!! )

Anonymous said...

Tuhan maha Kuasa,
mencipta juga menjaga,
makhluk yg namanya manusia,
namun..
manusia terkadang alpa,
mudah menjadi lupa,
diri sekadar hamba,
yang lemah serta meminta,
mengharap kasih yanag Esa..
namun..
banyak yang hanya merasa,
saat dalam berduka,
mula merasa bangga,
saat menjadi suka,
lantas...
sekali lagi lupa,
sekali lagi alpa,
bukankah itu namanya manusia???

(Anonymous! Anda punya blog? Boleh kita share2.. =P)

Moga-moga Allah menjaga dan menyiapkan kita semua sebagai tentera da'wah & penghuni Jannah-Nya kelak, Insya-Allah! =P

Wallahualam..

K.A.M.I (Episod 1)

Dengan nama Allah yang menyematkan tekad hijrah dalam hati sesiapa yang Dia kehendaki,
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w yang membuktikan hijrah bisa jadi realiti,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah yang berbisik ke dalam hati.

(Suatu dedikasi buat Hanis, Fatiha, Nadia, Farahida & Sara yang mendidik aku perkara-perkara yang tak ku ketahui sebelum ini dengan kehendak Allah. Ini kisah mereka, aku dan kamu. Ini kisah K.A.M.I =P)

Terjemahan surah An-Naas:
1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.


Indahnya saat Allah menujukan ini khas buat kita,
Terang-terangan nama kita (An-Naas) menjadi tajuk utama,
Jelas-jelasan dalam ayat pertama,
Diajak-Nya kita berlindung kepada-Nya,
Dalam lembut kasih sayang Rabb buat para hamba-Nya,
Dia mengajak kita mendekati-Nya,
Lupakah kita selangkah menuju-Nya, berlangkah-langkah Dia merapati kita?

Dia terus-terusan mengingatkan kita akan-Nya,
Tiga ayat pertama bertaaruf kita dengan-Nya,
Dia Rabb buat an-Naas, Dia Malikinnas, Dia Ilahinnas,
Itulah Dia - Allah,
Bernafasnya kita, berdegupnya jantung-jantung kita, bergetarnya hati-hati kita,
Hanya untuk Dia, hanya untuk Dia, hanya untuk Dia,
Hanya kerana Dia, hanya kerana Dia, hanya kerana Dia,
Hanya atas jalan-Nya.

Kalam-Nya buat kita berterusan dengan ayat empat hingga enam,
Bercerita Dia kepada kita akan syaitan,
Bagaimana gerak kerja si setan itu,
Kala kita mengingati Allah, bersembunyilah sang setan,
Sembunyinya itu sambil mengintai peluang mendatang,
Kala Allah tidak kita utamakan, keluarlah sang setan,
Berbisiklah sang setan ke dada-dada kita,
Demikian tindakan sang setan - khannas (sembunyi) atau was-was (berbisik).
Siapakah sang setan itu, Ya Allah?
Jelas bersuluh diceritakan dalam ayat terakhir,
Sang setan itu dari jin dan manusia.

Ini kisah kita,
Kita an-Naas,
An-Naas itu kamu dan kami,
Kami tekad meniti hijrah kami,
Kami tekad bertambah baik dari hari ke hari,
Allah tujuan kami, al-Qur'an panduan kami,
Pesan Allah buat kamu dan kami,
Dunia ini jalannya berpaksikan dualiti,
Sama ada jalan menuju Allah A.T.A.U mengikut setan,
Hanya antara dua, tiada yang ketiga.

Kamu dan kami Dia ajak berlindung kepada-Nya,
Kamu dan kami Dia ajak berhijrah menuju-Nya,
Agar kamu, kami dan kita meniti jalan yang sama,
Inilah jalan menuju pertemuan dengan-Nya,
Inilah jalan buat pemilik hati-hati..
Yang getar cintanya kepada Rabb sentiasa berbara menyala!

Wallahualam...

Mar 19, 2009

iman.hidayah.ikhlas


Dengan nama Allah, yang mengikat hati-hati manusia,
Selawat & salam buat junjungan Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya,
Kita berlindung kepada Allah daripada syaitan yang menggoyahkan ikatan hati-hati kita.


Iman
- Nama saya Iman.
- Saya sayang Allah.

Hidayah
- Nama kawan saya Hidayah.
- Saya suka makan ais krim & tengok langit dengan Hidayah.
- Saya sayang Allah.
- Saya sayang Hidayah, ais krim & langit.

Ikhlas
- Senior saya kata kalau saya ada anak, saya patut namakannya Ikhlas.
- Senior saya kata lagi ikhlas itu buah keimanan dan nanti kalau saya ada anak, Ikhlas itu anak Iman.
- Saya dan Hidayah mahu jadi orang yang ikhlas.

ikhlas
- ikhlas itu dari perkataan Arab 'khalas', yang bermaksud cukup.
- ikhlas itu ialah cukup-lah Allah sebagai sebab & tujuan setiap gerak-geri kita.
- ikhlas wujud ketika kita rela hati & ikhlas tetap wujud ketika kita paksa diri selagi kita merasakan cukuplah Allah sebagai sebab & tujuan tindak-tanduk kita.

Iman.Hidayah.ikhlas
- Iman & Hidayah rajin ponteng pergi surau sebab mereka tidak suka peraturan sekolah dan HEP. Tapi, mereka rajin solat di bilik sebab mereka ikhlas. Sama ada mereka rela hati atau paksa diri untuk solat, mereka tetap solat sebab mereka sayang Allah dan mereka ingin Allah sayang mereka kembali.
- Iman & Hidayah ikhlas dalam solat mereka (InsyaAllah).


Wallahualam... =P

(PS : Sorry Yah aku pinjam identiti kau. Just to make it easy to be understood. And, byk connection word iman-hidayah-ikhlas. Mind you, aku bukan pencuri identiti. Nanti aku belanja ais krim! Peace!LOL =P)

Mar 17, 2009

iMan

Bismillahirrahmanirrahim..
Peace be upon Muhammad, the last Rasul sent by Allah to humanity,
We seek Allah's protection from syaitan laknatullah.

UMAH looks way much younger than the old grandpa Stevie! ;P


Today, on behalf of the Apple Inc's CEO - Steve Jobs, I announce the new world-rocking i-Technology that surpasses iPod, iTouch, iPhone, iRack, and whatnots..... *drumroll*... iMan!!!

iMan comes in small 'i', not capital 'I'.
So, iMan is not merely a rigid proper noun given to any rigid discussed-subject.
But, iMan is a verb given to the dynamism of a dynamic discussed-subject.
Also, iMan stands for islami Man.
Also, obviously, iMan is iman, an arabic word meaning faith or creed to none other but Allah.
iman is not only to be kept in heart, iman needs to be manifested by words and deeds.

Get & sync & update your iMan and iman now before it's too late!!



Has not the Time arrived for the Believers that their hearts in all humility should engage in the remembrance of Allah and of the Truth which has been revealed (to them), and that they should not become like those to whom was given Revelation aforetime, but long ages passed over them and their hearts grew hard? For many among them are rebellious transgressors.
(Al-Quran 57:16)



Am sync-ing my newly-received iPod after all the thicks and downs, and
Iman (this is a proper noun, and to be precise, my name) names it iMan.
Alhamdulillah wa jazakallah to those who are generous enough to give
Iman (again, my name) iMan.


Wallahualam...


Mar 14, 2009

Suatu hijrah - Aku jari tengah

Dengan izin Allah aku menulis dan kau membaca,
Selawat atas utusan Allah, Muhammad saw,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.


Khas buat FARA. SARA. HANIS. FATTY dan NADIA (aku sayang kamu! =P) , juga buat orang lain yang juga sedang tegar melayari transisi hijrah! Moga-moga puisi spontan ini bisa membuatkan kita masing-masing berfikir dan mengambil pengajaran insyaAllah.. Kita 'enjoy!' ;P



Ah! Aku jari tengah!
Aku dijulang-julang kala dia diamuk amarah
Aku ditayang jadi isyarat bermaksud lucah
Tak siapa tahu aku gundah
Aku medium tengah
Buat mencabar tertib sopan digaris Ilah
Buat menentang qudwah hasanah seorang Rasul Allah

Aku jari tengah...
Suatu hari, dia dilanggar hidayah
Dia tekad mahu hijrah
Puji buat Allah
Aku kian hari bebas dari belenggu gundah resah
Makin lenyap amarah
Makin pudar isyarat lucah
Aku dibuat menyapu pipi yang basah
Dek disirami air mata taubah

Aku jari tengah...
Aku tahu hijrah itu susah
Saban hari pipinya basah
Lama sujudnya memohon kepada Ilah
Pohon diberi kekuatan yang tiada goyah
Mulut manusia tiada rihlah
Mengata, mengutuk tiada sudah

Bila jahat, dikata setan
Bila baik, dikata taubat sambal belacan
Ah, manusia, kau memang insan!
Lupa yang kau sendiri punya keburukan!
Orang nak hijrah pun kau tak mau kasi can!

Aku jari tengah...
Saban hari pipinya basah
Tapi Allah itu kaya dengan rahmah
Allah bekalkannya iman teguh tak goyah-goyah
Allah bekalkannya juga aku, si jari tengah
Untuk sumbat telinga kala makin bernanah
Tatkala mendengar insan berbuat fitnah
Agar dia pekak melayari hijrah!
Agar pekaknya menjana istiqamah!
Agar hijrahnya membuahkan jannah!

Wallahualam...

my friend who speaks more than 5 languages!

In the name of Allah, who bestows mercy upon you and me,
Peace be upon Muhammad s.a.w, who loves you and me,
We seek Allah's protection from syaitan who troubles you and me.

Meet my friend, who..

1) Can speak mother tongue (a Dajikistan ethnic's language), Azeri (language of Azerbaijan), English, Russian, Germany and some other languages that I forget.

2) The first time I met this friend (about a year ago), my spoken English was better. But now, whenever we talk, I feel like English is a language spoken by Martians.

3) Always get 5 (equal to A) for every exams, including Biochemistry, which tops my most-despised subject on Earth.

4) Studies in 2nd year Russian medium, which is way much more difficult than the English medium (I study in English medium, of course).

5) Despite all the brain-iac achievements, my friend is a proud owner of enviable physical appearance.

6) Is optimistic about everything happening around. And, I use to give my own personal remarks of a pessimist foreign student studying in Russia. (No thanks to my limited spoken vocab. The only words popping into my head when we talk are all negative, that I am left with no much choice but to construct pessimistic sentences)

7) Is 19. (a year younger than me)

8) The first female president of the MMA's Azerbaijan student club. The previous presidents are not only any mere guy, but usually the one who did phD, post-grad etc. (So, imagine! She managed to defeat them all!)

9) Above all, she's a Muslim who doesn't know much about Islam.

Today we met again, and had a very long, nice chat. But, I was unhappy because I am not as good (and hardworking) as she is academically. Also, I gave an impression of me being an unhappy foreign student in Moscow. I should practice dialogues, which give impressions of me being a cheerful, happy true Muslim. Any suggestion?
=P

Wallahualam...

Mar 7, 2009

Bingo!

Bismillahirrahmanirrahim..
Peace be upon Muhammad s.a.w..
And, from Allah, we seek protection from syaitan la'natullah..

Bingo!! Alhamdulillah!!
Finally, I found "Ya Ilahi" karaoke version!!!
Since last night, I hunted for it..
The downside is the arabic lyrics is in rumi.. (Well, I would surely favour jawi than rumi.. =p)
But, I got such a brilliant idea which is to ask help from a Moroccan roommate of my friend's to write the lyrics in arabic letters!!!

http://www.youtube.com/watch?v=JHcqm6OvhcQ

I even can share this song with her!!

Wallahualam...

Mar 6, 2009

Let Me Be Myself

In the name of Allah, who bestows His forgiveness upon you and me,
Praise be upon Muhammad s.a.w. whose love towards you and me is eternity,
We seek His protection from syaitan laknatullah who ignites the fire of fury.

*I noticed a song rebelliously-entitled 'Let Me Be Myself' by 3 Doors Down in my playlist*


"If you take every single person who lacks much imagination seriously, there's no end to it."
from 'Kafka on the Shore' by Haruki Murakami


Most of the times, I'm too absorbed in my own world of opinions, ideas and imaginations. Having people opposing my stands enrages me.

The real patience is at the first strike. I seek to be understood rather than to understand others. The strongest is the one who is able to defeat his own rage. And, indeed I'm the weakest.

To be strong, I need to defeat my enemy - my own ego. This is the battle I need to fight by my own self. And, this is a battle which weighs more than the one fought in the battlefield.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukanlah orang yang keras - kuat - itu dengan banyaknya berkelahi, hanyasanya orang-orang yang keras - kuat - ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu sedang marah-marah."
(Muttafaq 'alaih)

*Should have change the title - "Let Me Be Muslim"*

Indeed, Allah is the one who knows the most.

Mar 5, 2009

Ya Ilahi

In the name of Allah who bestows His love to the entire universe - you and me,
And peace be upon Muhammad s.a.w. who loves and cares his ummah - you and me,
I seek His protection from the Satan who ruins my deeds and rewards.

*I watched "Ya Ilahi" video on my friend's iTouch*

A friend of mine lost one of her precious things. And she was never the person that we knew before. She was calm, not a speck of apparent emotional trauma. Unlike her old self who was always strangled in the sea of panic, uneasiness and mood swing. A transition of self-hijrah that should not just be applauded, but envied.

At the end of the day, the value of everything depends on us. And, the most valuable is the one worth being cried over when it is lost. Some put wealth on top of everything, others put family and friends. But, a true believer believes Allah tops everything. And he cries when he is no longer close to Him.

*Two words from the video keep echoing in a resonance of utter beauty - Anta Khalaqtani (You have created us)*

Indeed, He is the One who knows the most.

Mar 1, 2009

Rehatku dalam kapan

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan izin Allah aku menulis, dan kepada-Nya aku serahkan diri..
Aku mohon perlindungan-Nya daripada syaitan-syaitan perosak pahala dan amalan..

Ah! Kalaulah aku bisa duduk-duduk dalam kerehatan..
Ah! Kalaulah aku bisa baring-baring penuh kerehatan..
Ah! Kalaulah aku bisa biarkan mata dilelapkan..

Tapi, kerja melambak-lambak menunggu diselesaikan..
Baju dalam rendaman perlukan sentalan..
Buku-buku di rak teriak minta digunakan..
Emel sini-sana minta dibacakan..

Kapan aku bisa berada dalam kerehatan??
Kapan?! Kapan?! Kapan?!
Iman! Iman! Iman!
Hanya tika kau dibungkus kapan..
Hanya ketika matimu dalam perjuangan..
Kau temui kerehatan..

Tuhan, kupohon kekuatan..
Buat diriku dan teman-teman..
Jalan juang ini tiada berkesudahan..
Moga mati kami dalam perjuangan..

Dalam kesenggangan hari Ahad dan Sabtu,
Dalam kesibukan perlunya kami baca buku-buku,
Dalam kesibukan perlunya kami study MCQ,
Dalam kesibukan kami menyental baju-baju,
Dalam kepadatan kami berbuat ini itu,
Tuhan, jangan kau jauhkan kami dari-Mu.

Wallahualam..