Bismillahirrahmanirrahim...
Metro laju. Adalah hampir/lebih 10 stesen untuk sampai ke destinasi. Di sebelah hanya satu tempat kosong. Seorang kanak-kanak duduk & ibunya berdiri. Dalam kengantukan, kedengaran sepertinya si ibu kata lagi 2 stesen sampai destinasi mereka. Jadi, tak terasa obliged untuk bangun bagi tempat duduk kat si ibu apatah lagi memikirkan destinasi yang nun jauh di penghujung line. Tertidur dan bangun-bangun sudah di destinasi. Si ibu & anak turun. Rupa-rupanya kami menuju destinasi yang sama [entah-entah si ibu cakap 12 stesen, bukan 2]. Ternyata, that was so not gentleman for any muslim/muslimah. 1 mission failed - a small scale of rahmatan lil 'alamin.
And this is a larger failure of rahmatan lili 'alamin.
(to watch)
Lama dahulu sewaktu Umar al-Faruq ra memerintah, Islam berjaya mengalahkan Rom di Mesir. 'Amr ('Amru) ibn al-'As ra adalah komander yang memimpin tentera Islam dalam misi membuka Mesir, dan kemudiannya menjadi Gabenor Mesir. Alkisah, anak Amru telah naik tocang. Kita serahkan kepada penulis jemputan - almarhum Syed Qutb untuk meneruskan cerita menerusi (copy-paste-edit) tulisannya dalam Tafsir Fi Zilal untuk surah al-Asr & Hazaddeen.
Pernah terjadi insiden seorang anak Qibti berjaya mengalahkan anak Amru bin al-As, pembuka dan pemerintah Mesir di dalam satu pertandingan lalu anak Amru telah memukul anak lelaki Qibti ini dan berbangga-bangga dengan keturunannya sambil berkata: "Nah ambil ini dari seorang anak bangsawan." Lelaki Qibti ini mengadu kepada Umar al-Khattab ra. Lalu Umar mengenakan hukuman pukul balas kepada anak Amru pada musim haji di hadapan ramai orang dan berkata: "Bila lagi awak memperhambakan manusia, sedangkan mereka dilahirkan ibu mereka dengan keadaan merdeka?"
It's a big deal. Sebabnya sebelum Islam datang, pakcik Qibti (Coptic Christian) dan rakyat Mesir yang lain ketika itu dijajah Rom yang terkenal kejamnya. Seharusnya, pakcik Qibti ni yang lain dah lali/familiar dah dengan anak-anak bangsawan yang kerek dan mereka pun dah malas dah nak kecoh-kecoh..
Katakanlah yang cari pasal ni adalah anak Gabenor Rom, adakah pakcik ini mempunyai self-confidence dan self-esteem untuk menghadap Maharaja Rom untuk mengadu tentang pegawai dia yang tak reti ajar anak?
Alih-alih, bila Islam membebaskan bumi Mesir, pakcik ni punya self-esteem mendadak naik. Tak de langsung inferiority complex nak jumpe Umar ra yang dah berjaya mengalahkan 2 big governments/empires of that time - Rom & Parsi, which at our time would be equivalent to US & EU. Dan pakcik Qibti ni pi bukannya naik kapal terbang landing kat Heathrow ke hape.. Dia naik unta je dari Mesir pi Madinah berbulan-bulan. Sanggup tu.. Punya pakcik ni yakin khalifah akan layan dia. Punya pakcik ni yakin there would be no bureaucratic nonsense. Tak takut ke by the time jumpe khalifah, isu tu dah basi dan anak dia pun dah kembali sihat wal-afiat.
Tapi.. Alhamdulillah.. Pakcik ni gillerrr yakin terhadap betapa Islam tu rahmatan lil 'alamin, sampaikan dia yang sebelum ni hina-dina di bawah kerajaan Rom berani mengadu kat khalifah. Pakcik ni gillerrr yakin terhadap betapa Islam tu rahmatan lil 'alamin, sampaikan dia yang memang bukan orang Islam pun yakin Islam would protect his dignity & rights.
Contoh mudahlah... Ada ke sapa-sapa homeless kat Rusia yang pernah pi report tak puas hati awat nasib mereka tak terbela kat Putin/Medvedev face-to-face, eye-to-eye?
|
Homeless kid @ Yekaterinburg, Russia
(pict from www.baptistcollege.edu) |
Ni yang buat kita rindu/excited/tak-sabar nak cecah zaman di mana peace is everywhere macam hadis Rasulullah saw ketika Khabab ra ngadu tak tahan asyik kena dera dek Quraisy.
... Sungguh Allah akan menyempurnakan agama ini hingga orang yang berkendaraan tidak merasa takut, kecuali hanya kepada Allah, saat melintas dari Shan’a ke Hadramaut. Begitu pula tanpa takut serigala akan memakan kambingnya. Akan tetapi kalian bersikap tergesa-gesa.” (HR. Al-Bukhari no. 6943)
Ketika zaman yang tenang itu, danger yang memang manusia boleh control seperti kadar jenayah rompak, kadar jenayah rogol etc memang berjaya dibanteras. Kalau ada bahaya pun, itu bahaya yang kita susah nak control kerana melibatkan nature/alam seperti bencana alam, banjir, patukan ular, serangan gajah/serigala/harimau/babi hutan etc etc..
Jom jadi duta kecil Islam. Rahmatan lil 'alamin! :)
Allahualam..