Hidup ini ibarat buku. Sebelum bertemu-mu, hidupku hanya sehelai muka surat. Setelah bertemu-mu, hidupku menjadi sebuah buku.
(lebih kurang begitu lah pembukaan sebuah cerita Hindustan di Panggung Sabtu TV3 yang aku selalu tengok masa sekolah rendah)
***
Bertahun-tahun yang lalu ketika aku masih di sekolah rendah, di suatu petang hari minggu yang mungkin Panggung Sabtu sedang ke udara, kumenempel di bilik ummi abi untuk mencuri dengar ummi abi sembang-sembang sambil-sambil menonton.
Entah macam mana ummi abi buka cerita.
U : Dulu ummi selalu pergi masjid ni..
A : Eh, abi pun ade pergi sanelah.... (nada terkejut)
U : Dulu ummi selalu pergi ceramah bla2~
A : Eh, abi pun same lah...
U : Ummi ade pergi kenduri kawan ummi bla2~
A : Eh, abi pernah pergi jugak lah...
Kesimpulannya, ummi dan abi waktu zaman muda belia selalu pergi ke taman syurga yang sama tapi tak pernah notice each other. (Macam cerita Hindustan atau cerita Korea plak...)
U : Itulah.. Sebenarnya ummi selalu doa before melangkah masuk masjid ceramah bla-bla yang moga-moga jodoh ummi pun adalah orang yang selalu melangkah ke tempat sama.
Maher however was restless and eventually decided that the music industry and all that surrounded wasn’t the right place for him and he returned to Sweden. It wasn’t until he met a group of brothers who were active in the Islamic community in Stockholm and he started regularly attending his local mosque that he felt like he’d reached ‘home’. Maher feels blessed to able to finally find the right way,
Mampukah kita segigih a group of brothers itu dalam mengemban tanggungjawab menyelamat mengubah dunia? Sejauh manakah kita berusaha? Usaha kita melayakkan kita ke gawang mana - gawang neraka atau gawang syurga? Di mulut kata menuju gawang syurga, tapi lagak gaya ke gawang neraka.. (akulah tuh..)
Alhamdulillah.. Sementara perasaan masih berbunga-bunga di pagi hari apatah lagi selepas meng-call ummi, kuambil kesempatan untuk berkongsi rasa hati (sambil layan lagu di blog x-classmate).
Selesai membaca Misteri Solat Subuh by Dr. Raghib As-Sirjani, lepasan Universiti Kairo, seorang hafiz-cum-specialist bedah ginjal. Bukanlah sebaris dengan buku-buku must-read, tapi alhamdulillah rasanya benar-benar berlainan. Pernah melalui fasa hidup di mana aku bukanlah penggemar bacaan Islami apatah lagi yang sering memperkata fadhilat-fadhilat ini itu tentang sesuatu ibadah. Contohnya baca zikir sekian-sekian murah rezeki, dapat jodoh bla2... Dalam fikiran ku saat itu - sikit-sikit ibadah, apa beza kita dengan agama lain yang juga punya ritual?? Alhamdulillah, Allah sudah menukar mindset itu dengan memberi peluang kepada kita untuk melihat the big picture of Islam. Sangat suka analogi Tuhan yang diajar sensei ketika melawat bumi UK - kalimah tayyibah (kalimah yang baik - Islam) itu ibarat sebuah pokok. Akarnya yang kuat adalah aqidah, batangnya yang gila bercabang dan menjulang ke langit adalah ibadah sementara buahnya yang berbuah setiap masa adalah buah. Segala puji yang tak terhingga buat Allah kerana mencampak rasa cinta pada semua akar, batang dan buah kalimah tayyibah ini!
Buku ini diakhiri dengan nota akhir berjudul 'Hari yang dirindu':
Saya merindukan suatu hari di mana masjid dipenuhi kaum Muslimin.....
Saya merindukan datangnya suatu hari, saat seorang Muslim begitu begitu menyesal dan merasa sangat sedih gara-gara tertinggal solat Subuh, sekali saja.
Saya merindukan suatu hari, saat pemimpin....
[selanjutnya, sila baca buku tu sindri! :) ]
Perenggan seterusnya pakcik Raghib tulis :
"Saya merindukan itu semua. Dan saya meyakini bahwa kenyataan yang kita alami hari ini, sebelumnya adalah mimpi kemarin-kemarin. Sebagaimana saya meyakini, bahwa apa yang kita cita-citakan hari ini, akan terwujud esok hari, insyaAllah."
Macam tiru style Ihya' Fiqh Da'wah (Muntalaq etc) by al-Rasyid plak. Tajuk lain, isi lain.. Hehehehe..
Telah cuba memulai hari ini menurut tips-tips pakcik Raghib... Dah nak berjaya, tapi gagal di hujung.. Sempat bertahan beberapa lama selepas solat Subuh sebelum tidur semula. Cess.. Baru gua nak happy, setan dah menang balik.. Aiseyh.. Am still trying to get my rhytmn back lah ni.. Bangun-bangun, terus menelepon ummi. Ummi masak asam pedas hari ni. Dah mendung ni, ummi ngantuk. Kak Kuchinque jadi cikgu kat sekolah MK. Adik-adik mostly dah habis periksa:
1) Nurul Iman aka Kak Man
20 tahun, female, aku lah ni
2) Muhammad Azrul Iman aka Ayul aka Ngah
18 tahun, male
tengah exam kat Matrix Gopeng, pembekal Kreko, manga, cd anime di rumah, paling ditakuti oleh adik-adik lain ekoran kesenyapan dan ketidak-ramahan beliau)
3)Muhammad Faizzul Iman aka Is aka Wo-Is
16 tahun, male
Form 4 MRSM Kuantan, paling reliable tang agama sebab dulu sekolah agama, minggu depan balik rumah cuti akhir tahun
4) Muhammad Nasrul Iman aka Jang
14 tahun, male, Form 2
baru pindah sekolah dekat dengan rumah, ada masalah pelat, sangat rajin tolong orang ekoran namanya Nasrul - pertolongan
5) Muhammad Amirul Iman aka Magic
12 tahun, male
baru habis PSRA dgn UPSR, degil, pemberontak, kuat mejeling, terel main sudoku
6) Izzatil Iman aka Kak Cik aka Kak Kecik
10 tahun, female,
dah habis periksa, sangat suka baca buku cerita, anak paling 'girlie'
7) Izzani Iman aka Jani aka Jani Jana
8 tahun, female
dapat nombor 2 periksa sekolah agama tahun ni, paling berpotensi mengikut jejak langkah ku sebagai banyak cakap, pemberontak etc..
8) Muhammad Ashraf Iman aka Acap aka Adik
5 tahun, male,
tadika, hari ni ponteng tadika pura-pura sakit perut, sangat bangga dengan kebolehan menulis nama sendiri, suka makan lauk kari
masih bongsu setakat ini (aku selalu mimpi dapat adik lagi!) :)
Perasan tak adik-beradik ku semua beza 2 tahun, kecuali yang last tuh, beza 3 tahun? hehehehehe...
Ummi kata Jani jawab dalam kertas periksa yang tutup aurat tuh harus, bukan wajib... Cess... Dia ingat harus sebab dia kalau rasa nak pakai tudung atau aku/ummi suruh, baru pakai.. Hehehe..
At least, dia masih naif dan jujur. Apa yang difahami (walaupun misunderstood) diterjemah dengan perbuatan.
Bagaimana dengan kita yang dewasa - adakah apa yang diketahui, dihafal dan disebut-sebut diterjemah dengan perbuatan??? (P/S : soalan ini bukan sahaja untuk skop kecil menjaga aurat, tapi apply untuk SEMUA aspek kehidupan kita!, insyaAllah)