May 24, 2012

You don't really get it, right?

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban, wa ballighna Ramadhan.

Mari menggatal dgn tulis di blog yg sudah lama tidak dituliskan. *gaya te-bersin krn allergic dgn habuk2 di lmn sesawang yg sgt bersawang / berhabuk*

Sudah berbulan-bulan terfikir utk membuang sesawang di laman sesawang yang satu ini, bahkan semenjak dpt tafsir surah Qalam dlm usrah berbulan-bulan dahulu. Oh!

Tema penulisan hari ini adalah spt tajuk di atas iaitu - You don't really get it, right?

Kejadian 1

Begini, pernah suatu masa purba dahulu kala, ada seorang kawan XX ini (mungkin sedang mood swing) ter-cakap kasar sama gua, walhal dia mmg terkenal dgn her composed, in-control charachter. Hu.. Wrong timing, krn gua pun iman lemah saat itu, lalu memang terasa.. Kalau jumpa, asik dok teringat je scene itu.. *tsk tsk.. haram x pemaap btoi.. ala2 I forgave, but I don't forget gituh..* Atenye, bbrp lama kemudian, sy lepak di tempat beliau ketika beliau dan temannya sedang main masak2. Temannya sedang dlm situasi annoyed / mood swing lalu dengan automatisnya, menjadi annoying kpd org2 sekeliling. Tp XX ni gila sabaq, layan saja.. Kalau lah sy pakai kasutnya (wearing her shoes), barangkali sudah berhenti main masak2 ka; baling sudip plastik kat org tu kah etc.. And an ilham hit me, 'ya Allah, sabaq gila XX ni.. Die x explode pn.. Maybe dia explode pd org yg die trust, di mana org tu akn forgive+forget.. Aku patut rasa honour-ed dia explode kat aku dolu2'. Dan, sy rasa, kita sebenarnya patut appreciate bila org mengamuk/explode etc kat kita, sbb die trust kita, sbb kita yakin 'he/she would accept us as we are'.. Mcm gaduh dgn adik2 dulu, berdarah-darah, calar-balar; tapi lepas tu boleh makan aiskrim sama-sama.. Oh! Oh! :)

Kejadian 2

Pernah suatu masa purba dahulu kala, ummi mengandungkan adik kami yg keberapa entah (Kejadian mendapat adik bg keluarga kami adalah a bi-annual event). Mcm kasihan ummi uruskan kami sorang2 sbb abi pulang lewat.. Kalau nk tlg, ummi suruh buat homework / tidur awal.. Hari itu, mmg sy agak geram dgn abi, sbb abi pulang sgt lewat, hingga kami semua dah masuk bilik tidur, beliau x pulang2 lagi.. Ummi gaya 'chill' ja, tp sy sendiri yg pendam perasaan kat abi nih... X dak org boleh tlg ummi.. Dan di tgh mlm, mungkin jam 12am, atau 1am, atau 2am; sy pn x pasti; sy terjaga dan dgr kelentang-kelentung di dapur.. Sy intai, rupanya abi tgh basuh pinggan, dgn masih pakai baju kerja x tukar2, lengan baju lipat ke paras siku.. Hu.. Gila bergaya abi pd saat itu! Ngee~ :) Kerana itu lah kot, ummi syg abi, sampai dia pernah main2 kata, kalau abi kawen lg satu, ummi akan patahkan kaki abi yg tempang itu (abi tempang slps kemalangan teruk dilanggar lori dolu2)..  Jd, sy agk yakin, walaupun abi agak berperilaku spt blur2/buat donoh, x ambil tahu etc; he actually does in a way only Allah+he know..

Jd kesimpulannya, adlh, kita (lebih tepat S.A.Y.A) selalu get the wrong msg / suuz zhon / buruk sangka.. A mood explosion may not be out of hatred, but is a gesture of trust. And, silence may not be out of ignorance, but out of suprising/hidden actions.. Mcm kita dgn Allah, kot2 Allah kasi ujian, kita rasa Allah x syg dah, tp Dia sbnrnye tgh trust kita to excel in that test.. Atau kita rasa Allah ni gila senyap x jawab2 doa kita ye, tp He's preparing suprises for us.. Jadi, ayuh berusaha jd org yg bila dibentangkn dgn situasi2 sebegini, kita can catch the wisdom behind them, instead of suuz zhon and again, don't really get it right.. :)

Haiyo.. Hidup ini indah kalau kita meng-indah-kan zhon-zhon kita ini.. Ngee~

Allahu'alam...

Sep 29, 2011

promo video

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. ada masa bernafas.. kehidupan begitu mendesahkan dan menyemputkan, apatah lagi di musim demam batuk selsema.

 jumpe video2 nasheed baru yg dah ketinggalan updatenye..

antara yg smart adlh ini.. bygkn tgh main2 bola, tiba2 referee tiup wisel dan layangkan kad bersampul.. buka2 tulis 'selawat ke atas kekasih'..

oh.. dan juga, ketika di dalam flight pulang ke malaysia bbrp bulan lepas, tertengok movie yg best.. rsenye, bleh kata movie yg plg heart-warming buat masa ini.. last time yg diingat adlh 'laskar pelangi', and that was years ago.. no 18sx, ssuai utk ditonton bersama kanak2.. tahap heart-warming nye adlh anda akan terketawa, kemudian ter-ponder ttg hakikat kehidupan (deep, meaningful), kemudian ter-menangis.. oh! kadar tangisan agak tinggi, hinggakan terpaksa bbrp kali pause utk mengelakkan tangisan jd lebih teruk dan terkantoi..

Kaasan Mom's Life - kenapa ia deep dlm tawa dan tangis? sbb ia berkaitan ttg bagaimana menghadapi situasi yg meng-downkan, tp anda cuba buat yg terbaik utk jd gagah + acknowledge moments yg mungkin anda gagal utk jd segagah yg diharapkan..

Rieko Saibara (Kyoko Koizumi) is a cartoonist and mother of a 6-year-old boy and 4-year-old girl. When she has a difficult time, she throws away her problems with laughter. Her husband Kamoshitda (Masatoshi Nagase) used to be a war camera man, but now he's addicted to alcohol. He struggles to overcome his problem, but keeps failing. Finally, they get divorced. After Kamoshida loses his family, he realizes how precious they are. He focuses on getting away from alcohol, but another disease comes to him. Even though Saibara knows that he can not make it for long, she accepts him back to her family again. Since then a happy, but short, time exists for the family of four.


Based on the autobiographical award-winning comic "Mainichi Kasan" (first published by Mainichi Shimbun in October, 2002) by catoonist Rieko Saibara. Her husband was war photojournalist Yutaka Kamoshida.


Kejayaan movie ini so far :


PS : Yah! Keena! Mesti tgk!

Aug 20, 2011

the WOW moments

bismillahirrahmanirrahim

smntara masih segar dgn apa yg dibawa pulang dr perjalanan2 (bermusafir), moga allah izinkan saya menulis beberapa perkara besar yg didapati spjg perjalanan2 tersebut..

1 - besarnya erti menjadi hamba allah yg sebenar-benarnya.
buat apa2 pun, orientasinya adlh allah.
kalau allah suka, dia buat. kalau allah x suka, dia pun sama meluat.

pergi sana-sini, kita diberi kesempatan berjumpa ramai org yg dah lama menapaki jalan ini, yg dah laksanakan mcm2 di jalan ini, yg dah feymes, yg dah dinosaur etc etc..
satu persamaan = apa2 yg mrk nasihati semuanya menyentakkan kita utk kembali kpd allah, menjadi hamba allah yg sebenar-benarnya.. ingt jumpe tokoh2, deme nk ckp benda2 berkaitan gerakan islam k, strategi bina khilafah k hape, alih2 deme dok sentuh topik yg sama - BACK TO BASIC (allah).. *mode insaf*
WOW 1 : "betapa terelnya biji rambutan ciptaan allah berbanding thumb drive ber-gig2.. thumb drive simpan byk2 data pn cuma boleh bwk kuar gambar rambutan kt monitor. tp, biji rambutan boleh bwk kuar pokok rambutan real" subhanallah!!
mcm2 lah moment2 WOW yg dialami..
WOW 2, WOW 3, WOW 4 dan WOW-WOW yg sterusnya!

2. an islamist is never an idealist/perfectionist.

tentunya dlm kepala kita, ada imaginasi2 ttg kehidupan daie yg ideal.. 'masanya tersusun, ada peruntukan masa utk ma'thuratnya, utk tilawahnya, utk qiamnya, utk bersama ahli keluarga, utk menghadiri usrah, etc etc.." ah! tp bila di dunia realiti, byk yg tak menepati idealisme tersebut. pergi kerja bos marah, terkejar2, kelam-kelibut etc etc..

tentunya dlm kepala kita, ada imaginasi ttg apa2 event yg kita laksanakan harus jd begitu begini.. 'smooth, ajk sume phm posisi masing2, transisi dr satu xtvt to other xtvt lancar, etc etc..' ah! tp bila tiba di dunia realiti, byk yg x tepati idealisme tersebut.. tetamu batalkan kehadiran last minute, ade ajk tarik diri, duit x cukup, peserta degil etc etc..

tentunya dlm kepala kita, ada imaginasi ttg perjalanan usrah yg ideal.. naqib/ahnya mantap (bleh quote ayat quran mana2 ke, pengisian yg diberi jelas etc) , pergi usrah rasa basah, usrahmates penyayang, daurah diisi ustaz2 yg best etc.. ah! tp bila tiba di dunia realiti, byk yg x menepati idealisme kita.

huhu.. kerana terlalu idealist/perfectionist, kita sering menjadikan our idealisme/expectations as our KPI (key performance index). klu x tepati idealisme kita, benda tu fail. jika ya, benda tu success..

lantaran itu, kita telah secara tak sedar terjerumus kpd bahaya2 berikut :

1 - sering merungut. walhal byk merungut itu tandanya tak redha dgn ketentuan allah.. tak ke cacat rukun iman kita.

2 - cpt give up. sbb tingginya idealisme kita, bila allah uji sikit kasi x smooth sesuatu aspek itu, kita rasa as if the whole thing adalah gagal.. walhal, dlm quran, byk allah mention 'la tai-asu', 'la taqnatu'..

3 - pesimis.. bila diuji sikit, kita cepat menggelabah dan hilang keyakinan utk menjayakan apa yg kita perlu laksanakan.. walhal, dlm quran, allah mention 2 kali berturut "Inna ma'al 'usri yusra". Ma'a = bersama. Ujian kesusahan itu dtg bersama dgn kesenangan. Ini bermakna, ketika kita sedang dlm kesusahan, kita sbnrnya turut diberi kesenangan. Cumanya, mata hati kita terlalu sepet utk melihat apakah kesenangan tersebut.

4 - kehilangan byk peluang. idealisme menyebabkan kita amplify/exaggerate sisi negatif sesuatu hinggakan kita x nampak sisi positifnya. teringat ada satu saying ni yg lebih kurng bgini bunyinya (setelah dimodifikasi mengikut ayat yg penulis phm) - "membezakan baik & buruk adlh terel. tp, mencari kebaikan dlm keburukan itu adlh jauh lg terel".

sbg cth, seorang tauke kasut menghantar 2 org salesman ke sebuah pulau yg x bertamadun utk mengkaji pasaran bg memulakan perniagaannya di sana. dan ini adlh repot salesman2 tersebut kpd bos mereka.

Salesman A : bos! sini mmg tak boleh jual kasut lah bos. org asli sini mana pakai kasut..
Salesman B : bos! sini mmg baik buat jual kasut bos. diorng sume x pakai kasut.

Huhu.. demikianlah 4 keburukan yg penulis dpt pikirkan jika kita terlalu idealist/perfectionist. an adequate dose of idealism/perfectionism adalah bagus sbg sbhgn dari akhlak kita itqan dlm kerja yg dilakukan.. namun, haruslah berpada2.

Allahu'alam..