Jun 21, 2009

Akhirnya!

A'uzubillahi minasyyaitanirrajim,
Bismillahirrahmanrrahim..

Pernah dengar tak yang Nabi Muhammad saw merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah, menurut seorang penulis apa ntah?? Kami pernah dengar tapi dengar gitu-gitu jelah.. Tak terpikir plak nak tau lebih-lebih. Akhirnya, setelah hidup beberpa tahun dalam ignorance, kita dapat baca sendiri buku tuh..


No. 1 dalam carta itu adalah Nabi Muhammad saw!!! Pakcik Michael dalam penulisannya membentangkan rasional di sebalik pemilihannya itu walaupun menurut statistik kini, penganut Kristian hampir 2 kali ganda penganut Islam. Dia memberi 2 alasan, yang mengejutkan kami di kun-rajulan kerana penulisannya itu membayangkan pengetahuannya akan the big picture of Islam!!!

  • Rasulullah saw merupakan bukan sahaja pemimpin spiritual Islam, tetapi juga pemimpin duniawi Islam. Lihat bagaimana dia mendidik generasi pertama umat Islam akan da'wah. politik, strategi perang, bisnes, pergaualan, hal ehwal rumahtangga dan banyak lagi!!! Berbeza dengan banyak pengasas agama lain yang hanya berat kepada isu-isu spiritual dan teologi sesebuah agama atau ajaran. Dia membandingkan baginda dengan Isa as yang didakwa sebagai pengasas Kristian. Jika dikaji perjalanan perkembangan agama Kristian, kita akan mendapati bahawa dakwah Isa as hanya tertumpu kepada kaum Yahudi. Manakala, St. Paul adalah orang yang bertanggungjawab menambah-nambah dan menyebarkan Kristian ke dunia.
  • Maka secara tak langsung, pakcik Michael sendiri turut melihat bahawa Islam lebih daripada sekadar agama yang tertumpu soal ibadah dan ritual, tetapi sebaliknya turut merangkumi tentang sistem-sistem hidup!!!
  • Keduanya, pakcik Michael kata al-Quran itu didokumentasi dan dipelihara dengan sangat teliti hinggakan kandungannya kekal tepat seperti mana ia diturunkan dahulu! Dia membandingkan al-Qur'an dengan Bible yang kebanyakan sumber-sumber penulis-penulisnya tidak diketahui dan gagal dikenalpasti. Jika diketahui pun, kebanyakan Perjanjian Baru (the New Testament) adalah tulisan St. Paul sendiri.
  • Turut menarik dalam buku tulisan pakcik Michael adalah berkenaan Constantine. Dia adalah Maharaja Kristian Rom yang pertama. Memanglah dia tak jadikan Kristian sebagai agama rasmi Rom, tapi dia banyak membuat polisi yang membantu perkembangan agama tersebut. Dialah orang yang bertanggungjawab membangunkan kota Constantinople (kan nama lebih kurang tuh..) yang kemudiannya dibuka oleh seorang mat belia yang kuat iman bernama Sultan Muhammad al-Fatih.
  • Yang menariknya, Constantine merupakan orang yang bertanggungjawab menyeru Council of Nicaea pada 325 M bagi memutuskan perbezaan pendapat antara Arius dan Arian. Diorang ni dok gaduh sebenarnya Jesus tuh anak tuhan ke tak..
Jadi, kita dapat lihat betapa beruntungnya kita - Muslim! Ajaran-ajaran lain banyak mempunyai loopholes, even dalam soal pokok aqidah!! Ini menunjukkan betapa goyahnya pegangan mereka. Adalah malang bagi kita, Muslim sekiranya perangai dan perilaku kita jauh lebih buruk dari mereka yang bukan Islam! Bayangkan bagaimana mereka yang berpegang pada suatu pegangan yang goyah asasnya mampu berakhlak jauh lebih mulia daripada kita!!! Lu pikir sendirilah..

I rest my case...

Wallahualam...

Guna lensa yang betul

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam buat dai agung Muhammad saw beserta para sahabat,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Kali pertama medengar namanya, terpikir - Sape pakcik nih? Sungguh tak berape feymes... Tapi, sebaik membaca biografi pendeknya dalam buku tulisan Ust Maszlee Malik - "Hamas", ternyata Syeikh Salah Syahadah memang cool. Perasaan bersemangat sehingga meremangkan bulu roma!!

  1. merupakan pengasas Briged Al-Qassam, sayap militari Hamas
  2. lahir 14.02.1953 di Bayt Hanun, utara Gaza
  3. satu-satunya anak lelaki dan mempunyai 8 (!!!!) orang KAKAK
  4. ketika 5 thn (baya adik kita yang tadika), dia telah menghantar akaknya ke rumah suami selepas kakak dan abang iparnya diijabkabulkan
  5. feymes kerana keHENSEMan, keKEMASan, KUAT AGAMA, BERANI tak menyerah kalah!
  6. ketika di sekolah rendah, dia berjaya mengalahkan 6 orang pembuli yang 5 thn lebih tua drpdnya sekaligus!!
  7. ketika 15 thn (calon PMR), beliau dengan heroic-nya membantu pelarian Gaza spt memberi perlindungan dan makanan tanpa pengetahuan bapanya kerana tindakan ini berisiko tinggi - kalau diketahui pihak berkuasa, kena masuk penjara! Dia kan the only male heir, so bapak dia tak gemor dia buat kerja2 berbahaya
  8. mempunyai black belt Judo
  9. kawan-kawan kata kalau dia salam, memang kuat terasa nak terpatah tangan sebab punya kuat pakcik Salah ni.
  10. ketika di dalam penjara, beliau dikenali oleh para tahanan sebagai jurulatih mereka sampaikan penjara ingat dia TENGAH TUBUHKAN UNIT KETENTERAAN DLM PENJARA!!
  11. dalam penjara, dia latih para tahanan dengan senaman-senaman lasak (senaman apelah agaknya dia buat.. gigit jeriji besi penjara kot.. ;P ), aktif berkhutbah, didik para tahanan dan hafal al-Qur'an
  12. Rantissi siap cakap lagi - Kenangan saya dengan Syeikh Salah dlm penjara adlh pengalaman paling INDAH (!!!) dalam hidup saya. Ha!! Bayangkan!!!
  13. paling menarik, waktu sesi kuliah subuh, dia selalu bagi pelajaran KESIHATAN.. (cikgu PJ sambilan gituh..)
  14. gemar menonton filem polis dan aksi. Lepas tengok, siap buat ANALISIS dan PERBINCANGAN dengan para komrad-nya untuk memperkaya strategi militari dalam perjuangan.
  15. Syeikh Ahmad Yassin siap cakap lagi - Beliau adalah sebaik-baik tentera dan ketua!
  16. Keterelan beliau adalah kemampuannya untuk menyusun sebuah unit ketenteraan yang unik dan lebih daripada itu, dia berjaya membina golongan apprentice (pelapis) untuk meneruskan perjuangan menentang Zionis walaupun dia dan figura-figura besar al-Qassam yang lain syahid.
  17. Ketika Intifada ke-2 yang tercetus pada tahun 2000 ekoran tindakan biadap Ariel Sharon menceroboh masuk al-Aqsa sambil memakai kasut (bagi orang Arab, kasut kan benda hina. Maka signifikan tindakan Sharon itu adalah untuk menghina Islam), al-Qassam pun melancarkan serangan balas. Punya berjaya segala operasi diorang sampai Sharon laknatullah tuh declare - Syeikh Salah is Israel's No.1 enemy.
  18. pada 13.07.02, Israel laknatullah guna taktik paling keji dengan membedil bangunan apartment Syeikh Salah. Jangankan Syeikh Salah, semua ahli keluarganya dan peghuni-penghuni lain di bangunan sama turut terkorban.
Lepas baca pasal dia, fuh.. Memang rasa kagum, jeles etc.. Bilelah gamaknya kita-kita ni nak jadi cenggitu dengan usaha kita setakat ini?? (kita : sekadar mampu tunduk sambil kaki menguis-nguis tanah apabila ditanya soalan begini)

Wallahualam...

Jun 20, 2009

Where on Earth has Iman been?

Dengan nama Allah pembentang bumi penegak langit,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta para pengikutnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Sampai je KLIA, gua dah syak iMan hilang. Cari punya cari, tanya stewardess lagi, pergi kaunter lost n found bla2.. Lalu akak yang berjuta kali lebih efisien daripada Dasya dekanat pi call orang yang kene clean kan pesawat lepas semua org turun. Kompem, iMan gua negatip. Memang tak de harapan.

Takpalah...

Sampai rumah, dah unpack semua, ajak adik2 tengok Laskar Pelangi. Aiseyh.. Takleh on. Mmg gua dah save byk muvie yg cambest utk adek2 tgk. Adeyh.. Gua pn hampa...
Henpon plak habis bateri. Gua ada 2 charger, walaupn dah cucuk, tapi die stil x charging. Kalau kat Rusia, gua pnjm charger sorang akak ni.

Malam tuh, gua memang tensi. Sume nak rosak, hilang bla2.. Adeh.. Lalu, gua meluahkan perasaan kpd adek gua yang sedang pack nak balik hostel. Dia kata - jiwa kacau. Chess..

Dalam 1,2 hari kemudian, gua pi hantar laptop kat servis center. Dia kata sama ada kipas atau motherboard jahanam. Dia warning siap2, kalau motherboard, maybe 1k lebih. Gua pening kepala.

On the way balik rumah, gua sempat membeli charger cap ayam dan suruh amoi tuh try charge fon gua. Bleh plak. Balik rumah, gua caj n mesej PRO gua - Amy Fareena. Tak smpai seminit, dah x boleh caj. Dan henpon gua pun mati bateri selama-lamanya.

Masalahnya ialah, semua contact gua save dalam fon, sbb sim card megafon x muat nk simpan. Dan backup contact plak ade dlm laptop. Nasib baik bila pasang sim megafon ke henpon lain, amy dah reply msg. Maka, satu-satunya no manusia yg gua ada adalah yang Amy punya.

Memburukkan lagi keadaan, rupanya maybank card gua dah tertukar dengan Amy, maka pokailah gua nak pi bayar repair ni repair tu, bayar ni bayar tuh. (Tapi dah pi jumpa Amy, tukar balik tadi. Sorry Amy for the inconvenience.)

Isyh.. Boleh kate minggu pertama di Malaysia, gua mengalami depresi melampau sehingga rasa macam nak pi balik Rusia sekarang juga. Huh.. Nasib baik naqibah gua pesan jangan tinggal mutabaah. Sesengal gua melayan masalah kegawatan ekonomi dunia, keluarga dan poket sendiri, gua masih boleh berpijak di bumi yang nyata.

Untuk mengelakkan masalah mental yang lebih teruk, gua mengambil pendekatan dalam movie Shawshank Redemption (betoi ke eja?). Dalam tuh, untuk banduan merasakan bahawa hidup mereka masih bermakna adalah dengan meng'occupy' masa mereka dengan sebarang kerja atau perjuangan etc.. Dalam movie tuh, ada yang bina library dalam penjara, ajar banduan buta huruf membaca etc.

So, adalah misi-misi kecil yang gua laksanakan. Antaranya, baca buku. Huhu... Paling best, buku Michael H. Hart "The 100 Most Influential Person in History" versi BM dan buku tulisan Ust Maszlee Malik - Hamas. Gua baru tau, rupanya yang beli buku tuh adalah adik gua yang rajin mesej makwe (skang tak tau lah..) dan rajin beli Kreko tiap2 edisi. Gua sujud syukur.. ;) Oh! Lagi misi kecil gua adalah ajar adik2 ngaji dgn tolong adik2 buat homework. So, instead of rase mcm loser sbb hilang n rosak byk brg, @ least hidup gua amat bermakna di sisi adik2 gua! ;) Oh, lagi! Gua rasa al-Maududi adalah penulis buku yg best. Gua pernah baca buku dia tapi mcm tak masuk, gua try baca lagi dan memang best ar.. ;) Do try it yourself!

"Anda tahu betapa besarnya kerugian anda bila padi di sawah anda terbakar;
anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya pekerjaan;
anda dapat merasakan sedihnya kehilangan harta benda.
Tetapi anda tidak tahu betapa ruginya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam"
(Al-Maududi - Dasar-dasar Islam)

Wallahualam.. ;P