181008 – 0010
Argh!!
Terus-terusan jiwa ini meronta-ronta kepingin ketenangan, kepingin kerehatan. Bilang murabbiyahku, rehat hanya di syurga, dik.
Dan pada suatu petang di kala aku diserang oleh amuk rasukan syaitan, kubuka Rasmul Bayan. Bilang murabbiyahku, Rasmul Bayan itu ‘mind map’.
Telunjuk pantas mengimbas isi kandungan, mahu cari pengisian yang mampu memadamkan api bisikan syaitan.
JIWA MANUSIA
Demi jiwa serta penyempurnaannya.
Maka Dia mengilhamkan kepadanya kejahatan & ketaqwaan.
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya.
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
(As-Syams 91:7-10)
Jiwa manusia ada 3 macamnya:
1) RUH YANG MENGUASAI HAWA NAFSU
“Ingatlah, sesungguhnya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
(Ar-Ra’d 13:28)
2) RUH & HAWA NAFSU YANG SALING TARIK-MENARIK.
“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman lalu kafir, kemudian beriman lagi,
lalu bertambah kekafirannya, maka Allah akan mengampuni mereka, & tidak
menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus.”
(An-Nisa’ 4:137)
3) RUH YANG DIKUASAI HAWA NAFSU
“Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebgai Tuhannya & Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, & Allah telah mengunci pendengaran & hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatnnya?...”
(Al-Jasiyah 45:23)
Dan jiwaku paling-paling bagus pun hanya selayaknya nombor 2.
Wallahualam.
Oct 24, 2008
Tafakurku
Aku sudah lambat ke lecture biochemistry. Semuanya gara-gara tertinggal pas metro (sistem kereta api bawah tanah Moscow). Aku terpaksa patah balik ke hostel. Nasib baik lecture ada interval break. Boleh aku masuk untuk dengar 2nd half tanpa disedari lecturer.
Aku melewati deretan pokok yg kekuningan daunnya untuk ke bangunan lecture. Suasana yang cukup nostalgic untuk mengenang kenangan lalu, tak lupa juga untuk mengenang dosa-dosa yang bertimbun (oh!)! Cadangku, ingin lepak di mana-mana bus stop paling dekat denggan bangunan lecture dan minta tolong kenalanku ‘notify’ aku kalau-kalau sudah masuk waktu rehat. Boleh aku menyusup masuk.Aku bertafakur (memerhati dan menikmati keindahan alam lalu berfikir soal-soal ketuhanan) sambil menghirup udara segar. Segar sungguh udaranya! Sampai kalau kita hirup dengan posisi mulut tersenyum menampakkan barisan gigi supaya udara mengenai gigi kita, kita rasa macam baru lepas makan peppermint chewing gum atau baru lepas gosok gigi! Oh, indahnya!
Seingat aku, aku kembali cenderung jadi pemerhati alam di MRSM Langkawi. Tengok langit di padang atau di belakang asrama. Semasa kanak-kanak dulu, abi dan ummi selalu bawa kami adik-beradik ronda-ronda naik kereta. Antara tempat ronda-ronda kegemaran ummi dan abi yang masih aku ingat-ingat kabur, kawasan banglo Bukit Perdana (kalau tidak silap aku, itulah namanya) di mana letaknya banyak banglo menteri-menteri termasuk kediaman rasmi PM suatu ketika dahulu sebelum Putrajaya. Mungkin, abi nak intip kegiatan korupsi atau konspirasi menteri-menteri (kalau betullah menteri-menteri kita ada yang begitu, Naudzubillah). Tak pun, abi & ummi secara tak langsung suruh aku belikan banglo sebegitu untuk mereka. (Oh, tidak! Mampukah aku? Lainlah kalau aku masuk AF lalu menjadi kaya-raya seperti Mawi).
Selain itu, ummi dan abi minat ronda-ronda di kawasan hutan & penempatan orang asli sekitar Gombak atau Ulu Selangor. Mereka memang ‘super-excited’ tengok dusun durian orang asli dan gerai manggis tepi jalan. Kalau nak suruh aku beli rumah orang asli, mungkin aku mampu tanpa perlu meraih AFUNDI para peminat AF yang kebanyakannya sama deen dengan aku.
Ada masanya, aku yang masih kanak-kanak ketika itu tengok luar tingkap kereta sambil berfikir hal-hal ketuhanan yang ustazah ajar. Pokok ini Islam, Allah cipta, rumput pun sama, langit pun sama dan lain-lain. (Ceh! Baiknya aku).
Tapi sekarang, tiada lagi saat-saat kami ronda-ronda begitu lagi. Al maklumlah, harga minyak melonjak. Lagi, kami adik-beradik makin membesar. Selalu memberontak mahu tinggal di rumah main PS dan tengok TV.
Mungkin, itu caranya ummi & abi tarbiyah aku dahulu macam mana mahu bertafakur dengan alam..
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam & siang terdapat tanda2 (kebesaran) Allah bagi org yang berakal”
(Ali Imran 3:190)
(Aku cakar karangan ini atas kertas A4. Aku agak pelik kerana temanku tidak ‘notify’ tentang waktu break. Alih-alih dia telefon, mengatakan bahawa lecture sudah habis dan lecturer itu tidak peruntukkan waktu break. Oh, tidak! Rupa-rupanya dah dekat sejam aku menunggu di bus stop. Hidung perit akibat rembesan mukus, tangan usah cakaplah, hampir reput frost! Tetapi, aku gembira kerana menghabiskan masa dengan agak optimum – baca buku teks anatomy dan mencakar sedikit buah pikiran. Paling seronok, ada pemandu bas yang senyum-senyum melihatkan aku baca buku. Dia kelihatan seperti mengatakan sesuatu kepada aku melalui bukaan pintu basnya. Aku balas senyumnya sebab aku agak yakin bahawa pak cik itu seorang Muslim. “Roh yang sama ‘team’ akan mengenal mana musuh, mana comrade di medan perang.’’ Lebih kurang maksud dengan apa yang naqibah aku pernah cerita mengenai tautan hati sesama Muslimin. Selepas menurunkan & mengambil penumpang, pak cik pun lambai ‘goodbye’ kepada aku. Sedar-sedar, aku sudah membalas lambaiannya, diikuti dengan perasaan gembira berterusan yang menceriakan aku walaupun apa yang kutunggu tak kunjung tiba.)
Alhamdulillah..
Wallahualam..
21 Oktober 2008, 1050

bicara MOHABBATEIN (a 'tribute' to 'Datuk' Shah Rukh)
Kalau anda perasan, cerita Hindustan selalu ada perkataan MOHABBAT, MOHABBATEIN dan lain-lain lagi perkataan yang kedengarannya seperti ada bau-bau bacang dengan kata MAHABBAH (perkataan Arab untuk 'CINTA').
***************************
“Kau mana main benda-benda macam ni” ucap kawanku saat kami berbual-bual tentang membuat essay SPM BI bertemakan love story. Walhal cubaan pertama aku menulis essay sedemikian melayakkan essay aku diterbit dalam majalah sekolah. Alhamdulillah. Namun, tak kunafikan, essay paling aku enjoy tulis bertemakan Naruto.
Pelbagai kemungkinan muncul dalam kepalaku selepas dia mengucapkan kata-kata itu:
1) Adakah kerana aku kurang ‘girlie’? Cincai-barai tak seperti kebanyakan kawan-kawan perempuanku yang lebih teliti?
2) Atau kerana kini, ketika aku sedang meniti hari-hari tua, aku cuba berhempas-pulas melawan amuk rasuk nafsu & syaitan untuk menjadi seorang Mu'min yang lebih baik?
Ah! Walhal bukankah seorang Mu’min sejati itulah yang seharusnya menjadi jaguh dalam berbicara soal hati, cinta & perasaan. Memetik tulisan Fathi Yakan dalam buku ‘Apa ertinya saya memeluk Islam?’:
“Saya wajib mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat dengan-Nya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalan-Nya di sepanjang masa.”
Muhammad s.a.w. selalu kita ulang-ulang sebagai manusia terbaik, tapi sejauh mana kita luaskan kata ‘manusia’ itu sehingga merangkumi pencinta terunggul, bapa paling penyayang, teman paling rapat, atau suami paling penyayang? Aku antara orang yang sempitkan minda sehingga tak tercapai dek akal aku yang Muhammad s.a.w seorang pencinta terunggul. Dia pencinta terunggul, jauh lebih unggul dari Rahul lakonan Shah Rukh Khan (bakal bergelar Datuk tidak lama lagi) dalam cerita Hindustan yang dulu-dulu aku beriya-iya tonton.
Bayangkan, Rahul sudah berkahwin, pulang lewat malam kerana bekerja dan pintu rumah sudah dikunci isteri (yang kemungkinan besar bernama Anjali). Oleh sebab ke-gentleman-an Rahul yang tidak mahu mengejutkan isteri, Rahul sanggup tidur di luar rumah hingga pagi esok. Mungkin sebahagian besar kita (perempuan), sambil memeluk erat ‘teddy bear’ yang teman kita tonton cerita Hindustan, ulas betapa ‘sweet’, ‘cute’, ‘gentleman’ si Rahul.
Ketahuilah wahai korang! Aku pernah terbaca yang lebih kurang 1400 tahun dahulu, di sebuah kawasan yang terkenal dengan tradisinya yang menekan kaum wanita, yang betul-betul berlaku di alam reality bukan kaca TV, ada seorang suami yang buat begitu pada isterinya. (Tahu-tahulah sendiri siapa baginda. Dah banyak hint aku tulis.)
Juga, pernah kubaca dalam sebuah buku tentang seorang sahabat Nabi yang malamnya sentiasa Qiyammullail. Yang menarik tentang Qiam-nya, cuba bayangkan, dia baca Quran sambil menangis meratap-ratap ‘Kitab Tuhanku! Kata-kata Tuhanku!’. Betapa dia begitu menghargai bait-bait kalimah dalam Al-Quran.. Betapa dia benar-benar cinta akan Allah, sehingga mampu menangis begitu rupa, bukan kerana takut akan dosanya, tapi kerana itu kalimah Allah, selayak-layak zat yang patut dicintai dengan cinta yang sebenar-benarnya. Bayangkan! Bayangkan! Cemburuilah dia yang mampu cintakan Allah sebegitu rupa! Moga-moga kita sedang berusaha menjadi sepertinya, yang hati bisa bergetar dengan cinta yang mendalam dan kerinduan yang mencengkam untuk bertemu Allah.
InsyaAllah..
Wallahualam…

Oct 18, 2008
BINTANG
Lampu padam. Langit pekat hitam. Suasana tidak lagi kelam, suram, muram. Tiada lagi muka masam.
Dia senyum riang. Sebab dia suka bintang. Bila gelap, bintang terpampang terang.
Dulu-dulu, dia suka bintang kerana bintang terangi malam. Api pelita dan cahaya bulan bintang suluhkan baris-baris ABC untuk dia belajar mengeja. Dia sayang bintang kerana bintang beri cahaya.
Dulu, ustazah di sekolah bilang semua benda diberi Tuhan. Tuhan beri langit, bumi, siang, malam, bintang, bulan. Dia sayang Tuhan kerana beri bintang yang memberi cahaya.
Kini, dia tidak kisah akan pemberian atau penarikan. Bintang boleh terus berinya cahaya atau langsung padam. Tuhan boleh beri bintang yang terus menyala atau tarik nikmat bintang dengan jadikan bintang lubang hitam.
Kini dia tidak kisah akan pemberian atau penarikan. Sebab dia jumpa kecukupan dalam keber-Tuhan-an. Dia kini seorang yang merdeka imannya. Yang beriman dengan Tuhannya kerana Tuhan itu Tuhan, bukan sekadar Penentu Seksa, bukan sekadar Pemberi Pahala. Dia bukan lagi sekadar hamba yang takut akan seksa tuannya. Dia bukan lagi sekadar saudagar yang mengharap sebarang pemberian balasan. Dia kini pencinta Tuhan yang merdeka.
Namun, dia terus dan terus sukakan bintang. Kerana bintang ingatkannya akan kembara mencari ketulusan iman. Berbekalkan cahaya bintang, dia daki tangga Iman Saudagar, Iman Hamba & kini di puncak Iman Merdeka.
Denyutan kehangatan iman meresap ke seluruh pembuluh darahnya. Hati tak tertampung rasa syukur dan terharu akan nikmat iman. Air mata dia seka. Sejadah yang sejak tadi dalam pegangan dibentang. Tuhan, aku datang. Dan dia terus melampiaskan rindunya pada Tuhan di atas bentangan sejadah, dalam linangan air mata seorang mu’min akhir zaman, di bawah gemilang cahaya bintang-bintang.

keCELAkaan
Paradoks rasa terharu, cemburu & gembira masih belum hilang.
Aku terus-terusan dihantui masalah-masalah kecil ciptaanku sendiri, ciptaan hawa nafsuku, ciptaan palit hitam di hatiku walhal ramai kenalan-kenalanku sudah mencipta langkah jauh dalam menyelesaikan masalah dunia.
Aku terus-terusan terkapai-kapai mengurus kehidupan dalam kekacauan jiwa walhal ramai kenalan-kenalanku sibuk berurusan menggapai misi menegakkan deen-Nya.
Aku terus-terusan diamuk rasukan syaitan walhal ramai kenalanku diayun keasyikan mendekati Tuhan.
Arghh! Ziarah maya yang membangkitkan paradoks ini tidak berkesudahan. Blog-blog mereka menggambarkan betapa indahnya perjuangan ini.
Dan aku, membawa sarat rasa cemburu, gembira & terharu sepanjang perjalananku merentasi gugurnya daun-daun luruh di jalanan petang tadi. Aku kepingin jadi seperti mereka. Hatiku lemas dalam air mata kerinduan akan hidayah-Nya. Azamku ingin pulang ke rumah dan menyelesaikan apa yang termampu.
Dan setibanya aku di rumah, segera kucoretkan ini sebelum memulakan tindakanku. Dan di awal coretan ini, aku dirasuk amuk syaitan lagi seperti hari-hari lalu.
“Allah telah menjadikan iman sebagai perisai baginya, dzikir sebagai perbekalannya dan menjadikan permohonan perlindungan sebagai senjatanya. Bila manusia mengabaikan perisai, perbekalan dan senjatanya maka dia sendiri yang patut dicela!”
(Ulasan Surah An-Naas dari Tafsir Fi Zilail oleh Sayyid Quthb)
Tuhan, maafkan aku yang terCELA ini, lindungi aku yang terCELA ini dari syaitan dan bekalkan aku yang terCELA ini dengan istiqamah untukku baiki diri, agar di akhirat nanti, bukan aku yang jadi si CELAka penghuni neraka.
Ya Rahman, Pencinta para Muhsinin & Tawwabin, lebarkan kasih sayang dan cinta-Mu pada aku dan mereka yang bersamaku. Campakkan taubat dalam hati kami ketika jahatnya kami agar kami jadi Tawwabin. Ketika baiknya kami, campakkan rasa tidak puas dalam hati kami agar kami perbaiki diri jadi Muhsinin.
Wallahualam…
13/10/08
1755

Subscribe to:
Posts (Atom)