A'uzubillahi minasyyaitanirrajim,
Bismillahirrahmanrrahim..
Pernah dengar tak yang Nabi Muhammad saw merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah, menurut seorang penulis apa ntah?? Kami pernah dengar tapi dengar gitu-gitu jelah.. Tak terpikir plak nak tau lebih-lebih. Akhirnya, setelah hidup beberpa tahun dalam ignorance, kita dapat baca sendiri buku tuh..
No. 1 dalam carta itu adalah Nabi Muhammad saw!!! Pakcik Michael dalam penulisannya membentangkan rasional di sebalik pemilihannya itu walaupun menurut statistik kini, penganut Kristian hampir 2 kali ganda penganut Islam. Dia memberi 2 alasan, yang mengejutkan kami di kun-rajulan kerana penulisannya itu membayangkan pengetahuannya akan the big picture of Islam!!!

- Rasulullah saw merupakan bukan sahaja pemimpin spiritual Islam, tetapi juga pemimpin duniawi Islam. Lihat bagaimana dia mendidik generasi pertama umat Islam akan da'wah. politik, strategi perang, bisnes, pergaualan, hal ehwal rumahtangga dan banyak lagi!!! Berbeza dengan banyak pengasas agama lain yang hanya berat kepada isu-isu spiritual dan teologi sesebuah agama atau ajaran. Dia membandingkan baginda dengan Isa as yang didakwa sebagai pengasas Kristian. Jika dikaji perjalanan perkembangan agama Kristian, kita akan mendapati bahawa dakwah Isa as hanya tertumpu kepada kaum Yahudi. Manakala, St. Paul adalah orang yang bertanggungjawab menambah-nambah dan menyebarkan Kristian ke dunia.
- Maka secara tak langsung, pakcik Michael sendiri turut melihat bahawa Islam lebih daripada sekadar agama yang tertumpu soal ibadah dan ritual, tetapi sebaliknya turut merangkumi tentang sistem-sistem hidup!!!
- Keduanya, pakcik Michael kata al-Quran itu didokumentasi dan dipelihara dengan sangat teliti hinggakan kandungannya kekal tepat seperti mana ia diturunkan dahulu! Dia membandingkan al-Qur'an dengan Bible yang kebanyakan sumber-sumber penulis-penulisnya tidak diketahui dan gagal dikenalpasti. Jika diketahui pun, kebanyakan Perjanjian Baru (the New Testament) adalah tulisan St. Paul sendiri.
- Turut menarik dalam buku tulisan pakcik Michael adalah berkenaan Constantine. Dia adalah Maharaja Kristian Rom yang pertama. Memanglah dia tak jadikan Kristian sebagai agama rasmi Rom, tapi dia banyak membuat polisi yang membantu perkembangan agama tersebut. Dialah orang yang bertanggungjawab membangunkan kota Constantinople (kan nama lebih kurang tuh..) yang kemudiannya dibuka oleh seorang mat belia yang kuat iman bernama Sultan Muhammad al-Fatih.
- Yang menariknya, Constantine merupakan orang yang bertanggungjawab menyeru Council of Nicaea pada 325 M bagi memutuskan perbezaan pendapat antara Arius dan Arian. Diorang ni dok gaduh sebenarnya Jesus tuh anak tuhan ke tak..
Jadi, kita dapat lihat betapa beruntungnya kita - Muslim! Ajaran-ajaran lain banyak mempunyai loopholes, even dalam soal pokok aqidah!! Ini menunjukkan betapa goyahnya pegangan mereka. Adalah malang bagi kita, Muslim sekiranya perangai dan perilaku kita jauh lebih buruk dari mereka yang bukan Islam! Bayangkan bagaimana mereka yang berpegang pada suatu pegangan yang goyah asasnya mampu berakhlak jauh lebih mulia daripada kita!!! Lu pikir sendirilah..
I rest my case...
Wallahualam...
I rest my case...
Wallahualam...