Dengan nama Allah yang tak henti-henti memberi kurnia,
Selawat dan salam buat kekasih-Nya Muhammad saw beserta para pengikutnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan musuh yang nyata.
Aku adalah sebuah rehal. Aku diperbuat daripada kayu. Aku merupakan rehal mahal buatan tangan. Aku diukir halus oleh seorang tukang di bengkel belakang rumahnya yang terletak di Kampung Tok Senik, Langkawi.
Perjalanan hidupku bermula apabila ada seorang wanita pertengahan tahun datang berkunjung ke bengkel pembuatku. Dia begitu teruja melihatku. Duit bertukar tangan, dan kini aku menjadi miliknya.
Sampai di rumahnya yang terletak jauh nun di ibu kota, aku dipasang renda segala, ditempek manik labuci segala. Setelah dirias sekian lama, sebuah naskhah al-Quran hard-cover dengan hiasan kulit warna emas diletak ke atasku. Dan aku, adalah antara 15 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki (merangkap anak mak cik tadi).
Bukan main aku diusung dengan kompang dan bungga manggar ketika kenduri. Aku mula merasakan bahawa hidupku akan mula memasuki fasa bahagia penuh glamour.
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di waktu dhuha. Apabila tetamu terakhir balik dengan pipi masih terlekat sebutir nasi minyak, terus aku dibogelkan dari renda-renda. Terus, aku beserta naskhah al-Quran yang mulia diletak di tingkat teratas almari kaca, di sudut ruang tamu.
Itu cerita 13 tahun dahulu. Kini, anak sulung pengantin sudah masuk darjah 6, dah nak UPSR. Tetapi, aku dan naskhah al-Quran itu tidak pernah berpindah-randah sejak kenduri kahwin itu. Adalah sekali dua, kami berganjak. Itu pun sebab bibi tuan rumah nak lap almari sebab dah nak raya.
Pagi itu, radio dipasang, dan aku terdengar lagu Manusia Lupa nyanyian Akbar ft. Ahli Fikir.

Wahai penghuni penyewa alam semesta
Duhai jiwa termenung terpukau silau sihir dunia
Apakah masih buta tuli di dalam hati
Mestikah lagi menipu diri sendiri
Kiblat mu kini menjadi - 5 2 inci
Takwa mu pula - terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca

Aku terasa.... Andai aku bisa berbicara, mahu kuteriakkan pada semua PENYEWA ALAM SEMESTA,
"Hari ini, sudahkah kau baca dan tadabbur al-Quran atau masih, al-Quran itu berhabuk dalam almari?"
Wallahualam...
2 comments:
salam..
alhamdulillah masih dibaca walaupun bilangannya static.. huhu. T_T
all the best xm iman!!
datanglah angin badai skali pun, atas dasar iman, kita melangkahkan kaki ke dewan xm.. la haula wala quwwata illa billah.. ^_^
Salam..
Hoho..mantap
Post a Comment