Dec 26, 2009

The Artistic Side of Russia


Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah kini ramai yang mengalami sindrom post-exam termasuk saya. Jika dahulu di sekolah rendah, kita suka main tutup botol atau batu seremban selepas periksa akhir tahun, kini kita lebih maju dengan mysoju, movies dan movies.

Beberapa pekan yang lalu, saya telah meng-habis-baca-kan sebuah buku tulisan seorang kader PKS, Salim A. Fillah (cuba baca blog dia ---> Berbagi Makna) bertajuk Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Buku itu sangatlah seronok, apatah lagi buku itu diolah dengan bahasa Indonesia yang indah dan halus dengan teknik penceritaan mengikut 7 maratib amal! Hasil promosi kepada teman-teman rapat, so far dah hampir 5 orang queue nak baca buku tuh! :P

Dalam buku itu, telah dimention banyak mengenai Rusia yang saya, selaku penuntut di Moscow sendiri pun tak tahu.

1) Leo Tolstoy. Beliau merupakan penulis terkenal Russia melalui hasil kerjanya - Anna Karenina dan War & Peace. Menurut Akh Salim, banyak sebenarnya penulisan-penulisan Tolstoy yang mengilustrasi secara halus mengenai nilai-nilai Islam. Apatah lagi, Tolstoy memang ada bergaul rapat dengan Muslim dari wilayah Kaukasus. Hmm.. Wikipedia tidak menceritakan mengenai sisi hidup Tolstoy yang ini. Untuk lebih lanjut lagi, sila baca sendiri Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Cerita War & Peace telah diadaptasi ke dalam filem dengan judul yang sama oleh pengarah Sergei Bondarchuk pada tahun 1968. Secara relatifnya, filem ini adalah filem termahal di dunia. (bayangkan tengah Soviet dok inflasi2, ade yang berani buat filem sebesar ini). Filem ini mengisahkan tentang kekalahan Napoleon di Waterloo.

2) 2 tahun kemudian, Sergey Bondarchuk kembali mengarah sebuah filem lain berjudul Waterloo - filem hasil kolaborasi bersama produksi Rusia-Itali. Juga masih mengangkat tema kekalahan Napoleon di Waterloo. Scene-scene pertarungan Waterloo merupakan inspirasi utama kepada Peter Jackson, pengarah The Lord of The Rings untuk mengarah scene-scene pertarungan dalam trilogi TLOTRnya itu. Mengejutkan - pelakon-pelakon tambahan dalam Waterloo adalah merupakan tentera Soviet sendiri, hinggakan saat itu Bondarchuk was in command of the 7th largest army in the world!

Tentera Soviet ini telah membuat latihan berbulan-bulan lamanya before shooting kerana perlu membiasakan diri dengan perlawanan menggunakan senjata lama seperti bayonet, pedang dan lain-lain. Kem tentera telah dibina di tempat shooting. Walaupun tengah shooting, tentera ini tetap terikat dengan protokol-protokol ketenteraan Soviet yang tinggi! Pagi-pagi, mereka perlu kawad kaki ke wardbrobe untuk salin props pakaian. Malahan, arahan kepada mereka tidak diberikan oleh Bondarchuk (mahupun Yanekeva :P) secara direct, tetapi perlu diberikan oleh komander tentera. Disiplin tahap maut sungguh tentera ini!

3) Bagi yang belum pernah merasa penangan filem sejarah keluaran Russia, mungkin anda boleh cuba bermula dengan menonton movie Mongol arahan Sergei Bodrov, sebuah movie keluaran 2007 mengenai bagaimana empayar Mongol dimulakan oleh seorang manusia bernama Temudjin, famously known as Genghis Khan.

Selamat menjadi produktif cuti ini.
Allahualam...

Ayer Hitam


Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk kesekian kalinya, aku ingin berkongsi apa yang aku jumpa melalui ustaz Google dan ustaz Wiki.

Aku mula-mula terbaca mengenai kenyataan seorang ulama' di Pakistan mengenai kehadiran spy-spy Blackwater yang dalam usaha untuk mencuri teknologi nuklear Pakistan[sumber]

Jadi, aku macam pelik, apakah Blackwater? Kenapa ramai kecoh tentang Blackwater? Juga, aku tak pernah dengar intelligence mana-mana negara kuffar by the name of Blackwater. Kita sering mendengar nama CIA (intelligence Amerika), KGB (Soviet), Mossad (Israel), M16 (UK) dan sebagainya. (Malaysia apa? SB kah?)

Hasil rujukan ekspres di Wikipedia dan teknik bacaan scan (=aku baca gitu2 je, for more info, please wiki yourself here) memaparkan fakta-fakta yang kusangkakan selama ini hanyalah paparan movies atau drama series. *drumroll*

1) Blackwater adalah PRIVATE MILITARY COMPANY (PMC) yang diasaskan oleh 2 orang rakyat Amerika pada 1997. PMC merupakan syarikat yang menjual perkhidmatan berkaitan peperangan termasuk, mercenary aka soldiers-for-hire. (Fuhh.. Selama ini kita sering dengar agensi pembekal pembantu rumah. Ini agensi pembekal askar). PMC terlibat dengan kerja-kerja small scale (eg bodyguard orang-orang penting, jaga embassy, perkhidmatan penerbangan untuk ketua-ketua negara etc) sehinggalah ke kerja-kerja skala besar (eg menawarkan perkhidmatan melatih tentera sesebuah negara).

2) Walaupun ada rules-regulations-guidelines yang telah digariskan di peringkat antarabangsa supaya PMC beroperasi pada tahap etika dan moral yang maksima, itu semua hanyalah make-up semata-mata. Dah nama perniagaan ganas, tak de keje nye diorang nak jadi skema. Blackwater sendiri telah berjaya mendapat tender daripada kerajaan US tanpa perlu bidding atau bayar rasuah. Dan ini tender bukan cikai-cikai : these tenders have something to do with Iraq and Afghanistan invasion.

3) This is the best part of all. Blackwater mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Order of Malta dan Knights Hospitaller, sebuah organisasi yang ditubuhkan di Jerusalem pada tahun 1080 yang menawarkan khidmat kebajikan hospital kepada mereka yang sakit dan miskin ketika 'berhijrah' menuju tanah suci Jerusalem. Namun demikian, pada tahun 1099 (tak sampai 20 tahun penubuhannya), Knights Hospitaller telah 'mengganas' dan menjadi organisasi keagamaan-ketenteraan yang terjun ke medan perang untuk mempertahankan Jerusalem. (baca lanjut di ---> aftermath news, collection of news for independent thinkers in the post '9/11' era)

4) Untuk memudahkan anda semua mempunyai tasawwur (big picture) of Blackwater without having to read much, do not hesitate to go youtubing this video ---&> Blackwater : Shadow Army

Allahualam.

Dec 7, 2009

Mari Melawat France III :Mosquée de Paris

Bismillahirrahmanirrahim...

Bosan melihat Eiffel Tower di Paris? Bosan melawat historical church, historical church dan historical church di Paris? Bosan masuk muzium, muzium dan muzium di Paris? Kami ada jawapannya.. Apa kata anda ziarah rumah Allah - Grande Mosquée de Paris!!!!


Apalah Grand sangat pasal Masjid Paris ni:



  • sebab ia adalah Masjid!!! Maka anda boleh berehat setelah penat berposing gambar segala!
Ingat apa laung Rasulullah saw buat muazzin Bilal? 
Sabda nabi : Yaa Bilaal.. Arihnaa bis solah.. (Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat)

  • sebab  ia dibina dengan seni bina Mudejar. Mudejar adalah orang kita (Muslim) yang diopres oleh bangsat-bangsat kuffar Espana selepas berlakunya Reconquista. Orang Mudejar juga punya kemahiran seni bina yang sangat tinggi dan ilmu architecture yang bukan calang-calang. Oleh sebab keterelan mereka, khidmat mereka terus dikerah oleh golongan bangsat kuffar Espana ini untuk membina church-church dan sebagainya. Lazimnya, seni bina ini boleh dilihat di Semenanjung Iberia - Sepanyol dan Portugis. Tapi, masjid Paris ini bukanlah dibina oleh orang Mudejar, cuma guna seni binanya sahaja. Maka bagi sesape yang tak pernah ke negara-negara Iberia, paling kurang anda pernah tengok macam mana bangunan binaan Mudejar ini.
  • sebab barang-barang dalam masjid ini adalah merupakan hasil derma pemimpin-pemimpin dari dunia Islam. 
This chandelier, and the high wool rugs that cover the Hall of Prayers were offered by His Majesty Moulay Youssef, Sultan of Morocco. The visitor will not leave this room without noticing the carpets of great value. The most valuable was donated by His Majesty the Shah of Iran, Reza Pahlevi, Emperor of Iran.Minbar: (precious wooden chair) or pulpit, donated by King Fuad of Egypt 1st on which stands the imam (preacher) for the Friday sermons and religious festivals. The other Minbar offered by His Highness Lamine Bey of Tunis, which was reproduced, to pay tribute to the Paris Mosque, one of the finest specimens of "Minbar" Mosques of his kingdom. (sumber)
  • sebab masjid ini ada tempat makan!!!
Muslim Restaurant de la Mosquée de Paris (tel. 01-43-31-18-14). The restaurant adjoins the courtyard of the mosque and is open daily from noon to 3pm and 7 to 10:30pm (sumber)
  • sebab ada tour!! (tak taulah free ke tak)
Visitors are welcome at the Paris Mosque and short tours are given of the building, its central courtyard, and its Moorish garden. Guides also present a brief history of the Islamic faith. (sumber)
  • sebab di musim winter, boleh-boleh mandi Turkish bath gitu! (sekali lagi, tak taulah free ke tak).. dan turn untuk Muslimah lagi banyak!!! :P
In the winter, the main attraction for locals are the marble Turkish baths. Baths for men are open Tuesdays and Sundays; other days are for women only.(sumber)
  • dengan datang masjid ini, sekaligus anda akan infaq/sedekah/derma kerana kena bayar 2 euro (kalau ade ISIC card)! wah, peluang mendapat pahala ini!!! :P saya pun tak pasti, bayaran itu mcm mane.. adekah bayaran masuk masjid (even utk solat kene bayar) atau hanyalah bayaran untuk lawatan.. allahulam.. ape-apepun, optimis! peluang infaq nih!






 Names:
Mosquée de Paris; Paris Mosque
Type of site:
Mosque
Faith:
Islam
Date:
1922
Status:
Active
Address:
39 rue Geoffroy St. Hilaire
Location:
Place du Puits-de-l'Ermite, 5e
Phone:
01-45-35-97-33
Metro:
Monge
Hours:
Sat-Thurs 9:30am-5pm
Cost:
3€ adults, 2€ students/children




  • sebab masjid ini ada sejarah di sebaliknya.. Masjid ini dibina pada tahun 1922 untuk mengenang (=mengambil hati, memberi gula-gula) kepada tirailleur  selepas WWI. Tirailleur adalah Muslim di Utara Afrika (Algeria, Morocco/Maghribi) yang dijajah oleh Perancis dan dikerah kerja sebagai sharpshooter  tentera Perancis. Saya masih belum mampu untuk menafsir sejarah di sebaliknya menurut pandang mata seorang Muslim sejati yang berilmu kerana saya tak tahu.. Namun, buat masa ini, menurut pandangan peribadi saya yang cetek ilmu, kuffar itu selamanya jahat apatah lagi Perancis yang turut serta bersama negara-negara Barat lain dalam melaksanakan dasar pecah-perintah ke atas wilayah khilafah Islamiyyah di awal tahun 1900-an. Jadi, masjid ini konon nak tunjuk diorang adelah baik sikit.. Dah alang-alang orang buat kan, kita manfaatkan lah masjid ini semampunya..  Allahulam... Memandangkan banyak kita tak tahu tentang sejarahnya, maka, inilah peluang anda untuk merujuk ustaz google dan sumber-sumber lain insya-Allah... 
Wallahulam...


Dan akhir kata, welcome to France!!! :P

Mari Melawat France II : Pakej perlancongan

Bismillahirrahmanirrahim..

Selaku duta pelancongan tak berkomisen negara Perancis, saya ingin mempromosi sebuah pakej pelancongan ATYPICAL di negara tercacaknya Eiffel Tower. Lagi-lagi, nak winter break ni kan. Dengar cerita, ramai ingin memacakkan bekas tapak kakinya di bumi Perancis itu, ibarat laku Neil Armstrong yang memacak bendera Amerika sewaktu menjejak bulan buat kali pertama. Tapi, sebagai Muslim sejati akhir zaman, walau iman sering pasang surut, kita mesti cuba sedaya upaya untuk menjadi luar biasa dari yang lain!

Sesungguhnya, setelah masa kalian, akan ada hari-hari kesabaran. Kesabaran waktu itu seperti orang yang menggenggam bara. Bagi orang-orang yang beramal pada hari-hari itu mendapat pahala senilai 50 orang yang beramal seperti amalnya, dan masih ditambah lagi dengan yang lain. Seseorang bertanya, "Ya Rasulullah.. Pahala 50 dari mereka?" Beliau bersabda "Bahkan pahala 50 orang dari kalian." (HR Abu Dawud)
Fuhh.. Lumayan ni.. Jika kita berusaha seikhlas mungkin untuk sabar meniti hidup sebagai seorang Muslim sejati akhir zaman, al-Amin kata kita bakal dapat pahala semacam 50 orang, bahkan 50 orang daripada kalangan sahabat-sahabat generasi peneraju Islam!!!!

Selari dengan anjuran di atas, apa kata kali ini kita berkunjung ke Paris dengan identiti dan cara pikir seorang Muslim sejati! Ke Eiffel, ke Eiffel juga, tapi lagi indah kan kalau sebelum berkunjung dan bergambar ke sana, kita kaji dulu sejarah pembangunannya. Apa kaitan sejarah itu dengan jatuh bangun Islam dan sebagainya... Pernah tejadi ketika saya melawat Spain. Amboi bukan main buku travel guide dikepit sana-sini, tapi haram nak buka. Sampai di sebuah church yang dilawati, terus terkinja-kinja gembira menangkap dan ditangkap gambar. Rupa-rupanya itu church yang Isabella dan Ferdinand guna untuk bantai Muslim selepas berlakunya kejatuhan Islam di Espana. *geleng*

Inilah pakej nya. Melancongnya seorang Muslim sejati adalah untuk menyahut seruan al-Qur'an supaya berjalan di muka bumi dan lihat kesudahan orang-orang terdahulu (sejarah dan lain-lain lagi). Melencongnya orang lain adalah untuk berposing dan menangkap gambar. Maka, nak tak nak, aku perlu melancong dengan pola pikir dan info mengenai tempat-tempat yang bakal kulawati itu dan menjaga niat (selain menjaga pasport, barang-barang, SLR jika ada) di sepanjang percutian.

Inilah pakej nya. Berjalannya seorang Muslim sejati itu adalah untuk mempamer identiti dirinya buat semua penduduk dunia - Wahai penduduk Perancis, saksikan bahawa aku seorang Muslim! Bila tiba waktu solat, aku sungguh-sungguh usaha cari air untuk berwudhu dan tempat untuk bersolat, walau sesusah mana pun di tempat baru itu. Tiba waktu makan, aku sungguh-sungguh cari tempat makan yang halal, walau sesusah mana pun.

Inilah pakejnya. Lazimnya, dalam penat resah di tempat baru, emosi punah lalu cepat marah. Jika kita lah yang pemarah saat itu, usahakan untuk menahannya. Jika kita lah yang dimarah saat itu, usahakan untuk memahami kesusahan sahabat kita! (peringatan untuk aku sindri!) Tempek dalam otak dan hati terang-terang bahawa kita dan sahabat-sahabat sepercutian berjalan-jalan kerana tuju dan paham yang satu - mencari redha Tuhan. Mungkin saranan ini terlalu idealistik, tapi possible sahaja kalau berusaha! Moga-moga kita akan jadi seperti batallion para sahabat yang sedang beramai-ramai menyeberangi sungai Euphrates untuk menuju ke Qadisiyah dalam kempen menyebar Islam ke tamadun besar saat itu - Parsi.

Alkisah, seorang sahabat terjatuh bekas air ke dalam sungai, "Eh! Botol air aku jatuh lah...". Lantas, mendengarkan ini, seluruh batalion meraduk air sngai untuk mencari bekas air sahabat itu! Terkezut beruk spy-spy Parsi yang sedang mengintip saat itu lantas berkata "Mampuslah kita. Baru hilang botol air, satu batallion dah kalut cari. Belum lagi kalau salah seorang dari mereka hilang nyawa."

Kalau situasi sekarang, maunya kita bebel kat kawan kita yang hilang botol air dia "Tulah kau.. Aku dah pesan simpan lek-lok.. Kan sekarang dah susah.. Ko ni.. Hisyh...". Paling baik pun, kita tolong lah dia cari, itu pun tak sungguh-sungguh sambil menyumpah-nyumpah kecuaian dia dalam hati.

Akhir kata - selamat datang ke Perancis, wahai para pelancong Muslim sejati akhir zaman! Bukan Perancis yang akan menggemberikan anda, tapi bagaimana anda menggembirakan diri anda ketika anda di Perancis!!!

Allahualam...

Dec 6, 2009

Lebih panas dari gosip Pancaindera di pagi Ahad

Bismillahirrahmanirrahim.

Moga perkongsian ini membuka mata kita. Meneguhkan kaki-kaki kita. Menambah yakin dalam hati-hati kita.

***

Laptop ku dah lama tak berinternet. Connection problem. Baik kabel ucanet, mahupun Yota 4G WiMax, masih laptopku gagal mengesan sebarang kehadiran device-device itu. Oh!

Pagi ini roomate-ku tiada. Aku sujud syukur. :P Boleh ku kebas laptopnya puas-puas. (Peace!)

Pagi ini setelah sekian lama baru kubuka eramuslim. Sebelum ini hanya meminjam, mem-parasitkan diri di laptop orang. Itupun hanya untuk membaca blog-blog kenalan, melihat dinding (=wall) facebook, melihat email dan aktivit-aktiviti sosial lain yang seangkatan dengannya.

Pagi ini aku terkedu membaca eramuslim. [mesti klik!] Bertahun-tahun lamanya aku membaca majalah misteri Mastika, tak pernah kujumpa sebarang info sebegini. Paling-paling pun, pasal UFO di Roswell, hantu terlompat-lompat di keliling pokok pisang dan entah apa-apa lagi.

Menurut artikel eramuslim itu, kaum Red Indian di tanah Amerika dibantai habis-habisan oleh pihak penjajah dari Eropah, adalah kerana Red Indian merupakan penganut agama fitrah - Islam. Oh! Terkezut kita mendengarnya!

Lalu terus kurujuk ustaz Google.

Aku malas untuk panjang bercerita dan menaip kata. Kalau punya cukup masa & rasa ingin tahu, cubalah klik link-link ini.

  1. Artikel 'Islam in America before Columbus'.  [mesti klik!]
  2. Lagi artikel bertajuk 'Muslim Legacy in Early America' [mesti klik!]
  3. Lagi artikel bertajuk 'Muslim Explore America?' [mesti klik]
  4. Lecture 50minit oleh Dr Ivan Van Sertima mengenai penjelajahan orang Afrika di Amerika berkurun sebelum Christopher Columbus tersesat jalan ke Amerika. [mesti tonton]
  5. Lecture oleh Dr Jose Bey mengenai wujudnya Moor (Muslim dari Andalusia dan Utara Afrika) di Amerika lama sebelum datangnya si bangsat Columbus itu. [mesti tonton]
Allahualam..