Dec 26, 2009

The Artistic Side of Russia


Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah kini ramai yang mengalami sindrom post-exam termasuk saya. Jika dahulu di sekolah rendah, kita suka main tutup botol atau batu seremban selepas periksa akhir tahun, kini kita lebih maju dengan mysoju, movies dan movies.

Beberapa pekan yang lalu, saya telah meng-habis-baca-kan sebuah buku tulisan seorang kader PKS, Salim A. Fillah (cuba baca blog dia ---> Berbagi Makna) bertajuk Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Buku itu sangatlah seronok, apatah lagi buku itu diolah dengan bahasa Indonesia yang indah dan halus dengan teknik penceritaan mengikut 7 maratib amal! Hasil promosi kepada teman-teman rapat, so far dah hampir 5 orang queue nak baca buku tuh! :P

Dalam buku itu, telah dimention banyak mengenai Rusia yang saya, selaku penuntut di Moscow sendiri pun tak tahu.

1) Leo Tolstoy. Beliau merupakan penulis terkenal Russia melalui hasil kerjanya - Anna Karenina dan War & Peace. Menurut Akh Salim, banyak sebenarnya penulisan-penulisan Tolstoy yang mengilustrasi secara halus mengenai nilai-nilai Islam. Apatah lagi, Tolstoy memang ada bergaul rapat dengan Muslim dari wilayah Kaukasus. Hmm.. Wikipedia tidak menceritakan mengenai sisi hidup Tolstoy yang ini. Untuk lebih lanjut lagi, sila baca sendiri Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Cerita War & Peace telah diadaptasi ke dalam filem dengan judul yang sama oleh pengarah Sergei Bondarchuk pada tahun 1968. Secara relatifnya, filem ini adalah filem termahal di dunia. (bayangkan tengah Soviet dok inflasi2, ade yang berani buat filem sebesar ini). Filem ini mengisahkan tentang kekalahan Napoleon di Waterloo.

2) 2 tahun kemudian, Sergey Bondarchuk kembali mengarah sebuah filem lain berjudul Waterloo - filem hasil kolaborasi bersama produksi Rusia-Itali. Juga masih mengangkat tema kekalahan Napoleon di Waterloo. Scene-scene pertarungan Waterloo merupakan inspirasi utama kepada Peter Jackson, pengarah The Lord of The Rings untuk mengarah scene-scene pertarungan dalam trilogi TLOTRnya itu. Mengejutkan - pelakon-pelakon tambahan dalam Waterloo adalah merupakan tentera Soviet sendiri, hinggakan saat itu Bondarchuk was in command of the 7th largest army in the world!

Tentera Soviet ini telah membuat latihan berbulan-bulan lamanya before shooting kerana perlu membiasakan diri dengan perlawanan menggunakan senjata lama seperti bayonet, pedang dan lain-lain. Kem tentera telah dibina di tempat shooting. Walaupun tengah shooting, tentera ini tetap terikat dengan protokol-protokol ketenteraan Soviet yang tinggi! Pagi-pagi, mereka perlu kawad kaki ke wardbrobe untuk salin props pakaian. Malahan, arahan kepada mereka tidak diberikan oleh Bondarchuk (mahupun Yanekeva :P) secara direct, tetapi perlu diberikan oleh komander tentera. Disiplin tahap maut sungguh tentera ini!

3) Bagi yang belum pernah merasa penangan filem sejarah keluaran Russia, mungkin anda boleh cuba bermula dengan menonton movie Mongol arahan Sergei Bodrov, sebuah movie keluaran 2007 mengenai bagaimana empayar Mongol dimulakan oleh seorang manusia bernama Temudjin, famously known as Genghis Khan.

Selamat menjadi produktif cuti ini.
Allahualam...

No comments: