Apr 20, 2010

Young hearts 2

Bismillahir rahmanir rahim

Hmm.. Kpd anonymous, sy catat apa yg sy dapat.. Allahualam sama ada ini summarize talk. Lain org, lain apa yg dpt.. Mungkin boleh rujuk org lain yg dah dgr juge.. Allahualam.. 

1) Apakah itu tauhid? Tauhid adalah pengakuan/acknowledgement bahawa tiada Tuhan selain Allah (la ilaha illallah) 
  • lailahaillallah is a call to FREE myself from everything (from my own ego, from my forgetfullness) but Him, Allah
  • it's a call from the greatest educator (rabb) to EDUCATE (tarbiyah) myself so that I can REFORM myself
  • if you REALLY ACKNOWLEDGE this kalimah tayyibah (lailahaillallah), you put ISLAMIC ESSENCE into your whole ACTIVITIES in life, not only in usrah, not only during solat, but also, during your groceries-shopping, you socializing with friends, sleeping, spending free times, resting etc
2) az-Zikr. Lailahaillah is also about zikr, about a struggle between REMEMBRANCE (zikr = remembering Allah) and forgetfullness
  • we use means to zikrullah/remember Allah. (1) ibadah (2) ayat (signs).. There're 2 signs/ayat those signs/ayat you can get from Kalamullah - Al-Qur'an and the other one the alam/universe itself. There are many ayat repeated in al-Quran, telling us to look around - the alternating of day-and-night, the creation of human etc.. 
  • az-Zikr is a struggle WITHIN YOU! By struggling WITHIN us, the outcome would be visible and we even can impact by others. (macam pakcik Syeikh Ahmad Yassin, kekuatan ruhaniah dia tak mampu ditanggung oleh badan lumpuh dia yang lemah itu. Rohaniahically, he's an Olympic medallist)
3) Stop being the OBJECT of the environment. Be the SUBJECT that they (all the kuffar) want! 

Explanation melampau : kalau anda seorang wanita muslimah bertudung jalan2 di metro, anda didiskriminasi kerana sekarang memang kuffar anti-Muslim. U're the object, because u happen to be Muslim. Anda sekadar watak pipih, yang kebetulan mempunyai something-in-common (which is Islam) dengan the wanted people. Situasi lain, Syeikh Ahmad Yassin yang beriman, lumpuh. Tapi, sebut nama dia sahaja, para IOF (Israel Occupation Force) dah risau2. Israel buru dia sebab memang kerana dia, kerana dia adalah subjek/watak utama/most-wanted-ppl!

Bagaimana kita handle environment yang discriminate & oppress kita? Be reactive? No-no.. Kita mesti rational, not reactive!

4) Doubting myself is not bad. But pretending that I am not in doubt is bad. Dan ia memerlukan kekuatan untuk kita merendahkan ego, untuk mengaku bahawa kita ragu-ragu akan sesuatu. Aku-kan ragu-ragu itu pada Allah & pohon Dia beri petunjuk Keimanan takkan pernah diraih mudah, tak datang bergolek, tak semudah kita dengar tazkirah 24 jam. 

Lihat Ibrahim as, seorang nabi sendiri. Baginda minta Allah tunjukkan bagaimana Dia meghidupkan yang mati agar mantap iman di hati. Boleh je kan, on the spot, Allah masukkan/sumbatkan/campakkan iman masuk dalam hati nabi Ibrahim as. Tapi, tak. Allah suruh Ibrahim as pi amek burung, cincang2, pastu taruk atas bukit. Tak ke penat tuh? Nabi Ibrahim as tanya soalan sikit je, Allah suruh buat ini, buat itu. Mau tak mengah nak pi cari burung, nak pi turun naik bukit.

Tapi, itulah tabiat iman. Iman tak semudahnya masuk macam tuh je ke dalam hati. Ia perlukan usaha yang memang sehabis-habisnya. Nikmat paling besar kot. Sedangkan nak dapat nikmat 5/A1 pharmaco pun kena usaha macam ape, inikan pulak nak dapat nikmat paling besar. Tak gitu?

Allahualam.. (to be continued biiznillah)

Apr 17, 2010

Young hearts

Bismillahir rahmanir rahim

***

"Bez grenad da?" kata seorang pakcik Rusia (berumur lingkungan 50-an) sambil memaut aku macamlah aku ni cucu dia. I was shocked that I couldn't decipher what he was saying. Selepas barang 30 saat, baru aku faham - u're without grenade, right? Metro terus bergerak.

Aku berkira-kira dalam kepala, if I ran to the next wagon, pakcik itu akan menang kerana menyebabkan aku takut ekoran sikap minda-kelas-rendahnya - diskriminasi. Lagipun, dalam metro ramai orang, dan nampaknya, penumpang-penumpang di sekeliling aku memandang pakcik itu dengan pandangan agak disapproval (menurut tafsiran beta). I'm not afraid to stand alone - nyanyi Native Deen, and standing alone, indeed I was. 

Pakcik tuh pun adelah bebel ape2 ntah kat aku. Dan aku pekakkan diri, sambil menatap buku Lippincott's Pharmaco.

***

Pasca-pengeboman, bahan bacaan dalam metro perlu dipilih dengan teliti. Al-Quran? Ma'thurat? Buku-buku Islami yang ada ayat Qur'an? It's a no-no. Preferably, it should be academic books. English books, mmmm, ok lah... Buku pilihan saya belakangan ini - The Messenger : The Meanings of the Life of Muhammad by Tariq Ramadan. Tapi tergendala yang amat sebab kat page itu banyak word 'jihad'. Dan, susah nak cover-cover tajuk Muhammad tuh. So far, fave part saya dalam buku pakcik Tariq yang merangkap cucu pak Hassan al-Banna  adalah kisah nabi Ibrahim-Hajar-Ismail + Khadijah-Rasulullah saw dan sajak ini.. 

To Najma

This book is a work of dawn
And you accompanied it, with your footsteps on the stairs,
Your mischievous, laughing, or sulky eyes.
You came to curl up in my arms.
I would then leave the screen through which I was immersed
In the infinite light of the Messenger's goodness and love,
To drown in the infinite light of the Messenger's goodness and love,
To drown in the infinite warmth of your presence.
The Messenger taught me forgiveness, you offered me innocence.
May your path be bright, my daughter, and may He love you
Through your smiles and through your tears.
I love you.

(Hehehe.. Memang awal-awal poem saya dok suspen, perempuan mana lah pakcik Tariq dok tulis ni.. Oh.. Anak dia.. He's a great abi!!! =D )

****

Seperti selalunya kehidupan, ada tenggelam timbul iman itu. Dalam tenggelamnya iman itu, suasana akan menguasai kita, dan bukannya kita menguasai suasana.

Kerana susunan Allah, saya tak dapat ketemu ex-roomate saya - Syaratul Ain. Tapi, hari ini, Syaratul share link sebuah talk by pakcik Tariq. And it was a blast! (blast = best! Not grenade, ok) Apatah lagi itu adalah talk di US - pusat segala Islamophobia. Jazakillah Syaratul for making my day. --> (ayuh, dengar!)

Allahualam..

Apr 15, 2010

Somewhere I Belong by LP

Bismillahir rahmanir rahim...

Saya ketemu usrahmate yang pernah begitu meminati Linkin Park (LP) - penyanyi Somewhere I Belong.

Hari ini, saya juga bermimpi tentang dia. Dia yang juga pernah begitu meminati LP. Dia yang mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Dia adalah antara teman-teman kesayangan yang lain, yang sering seiring dan sejalan melihat langit dan awan-awan. Dia dan teman-teman lain mengajar saya erti bahawa "All works and no play makes Jack a dull boy." Dia dan teman-teman lain sering membuat saya rasa ada sense of belonging bila berada dengan mereka. Dia Yah.

***

Siang tadi, saya dan teman-teman menziarahi tempat yang tak pernah gagal menawarkan rasa sense of belonging yang tak pernah saya dapat di mana-mana tempat di bumi Rusia atau di mana-mana masjid di Bumi Malaysia - sebuah masjid di Moscow. Masjid adalah titik pertama saya bertemu tarbiyah, masjid adalah titik pertama saya cuba meninggal jahiliyah, masjid menawarkan saya satu kedamaian yang membuatkan saya rasa seolah-olah it's somewhere I belong. Itu ziarah pertama saya selepas peristiwa letupan. Ah! Di sana, ada polis dan askar.

***
Masuk ke restoran masjid, ada tiga orang askar Rusia berbaju celoreng-celoreng biru. Aku beratur membeli makanan di belakang mereka. Ada seorang tu macam lost-lost. Tray mengambil makanan di kaunter sudah habis. Tak jauh dari kaunter, ada meja yang atasnya berlonggok-longgok tray. Askar depan aku tu lost aka was-was nak amek tray atas meja tu ke tak. Maklumlah, rusa masuk bandar. Aku pun dengan heroiknya amek tray, dan dia follow aku. Aku pun pas tray yang kat tangan aku kepada dia, dan amek tray lain. Loser! Ade hati askar ni nak pi konon 'watch over' kita - Muslims yang dicop pengganas. Nak amek tray pun penakut. Pirah! ;(

***
Solat zohor berjemaah di masjid. Aku berani kata, aku tak pernah pi mana-mana masjid Malaysia yang (beragama rasmi Islam) untuk berjemaah Zohor pada hari minggu/weekdays, yang jemaahnya sebanyak ini! Baik jemaah laki2, mahu pun jemaah perempuan. Subhanallah.. Susah nak gambarkan rasa yang bercampur-baur hingga saat ini. Fikirkan, bagaimana menjadi ghuraba' (orang asing) di sebuah ibu kota Moscow - sebuah ibu kota yang pernah berakidahkan bahawa Tuhan itu tiada? Fikirkan bagaimana untuk menyarung hijab, untuk menyarung kopiah lalu mengharung jalan menaiki metro dengan orang sekeliling memandang mereka seakan-akan mereka is the very next suicide bomber? Dan semua kesusahan-kesusahan itu hanya untuk menuju ke rumah Allah, untuk bertemu dan bahu-membahu dalam saff-saff untuk bertemu Allah. Subhanallah. Bagaimana mereka boleh begitu berilitizam dan bermujahadah dengan iman terhadap Allah.

Allah.. Kalau lah iman itu bersaiz, sebesar manalah iman kita (rakyat Malaysia) nak banding dengan para ghuraba' ini.. Allah.. Dan, bagaimana, dengan iman yang tak seberapa itu, Allah pilih kita jua untuk jadi negara yang AGAMA RASMInya Islam, Allah pilih kita jualah untuk kenal erti 'menarik tangan saudaranya menuju ke syurga bersama-sama', Allah pilih kita jualah untuk ini, Allah pilih kita jualah untuk itu.

Umat ini sakit.Umat ini sakit. Umat ini sakit. 
Seronok ke ziarah rumah Allah tapi ada ramai askar polis, 
yang merupakan manifestasi bahawa Dinullah ini sedang difitnah? 
Dalam ketidak-layakan kita, 
Allah memilih kita untuk menyembuh sakit ummah ini, 
Allah memilih kita untuk hapuskan segala fitnah, 
Allah memilih kita untuk sebarkan rahmat Islam itu ke seluruh alam.  

Udahlah dosa menimbun, Allah pilih kita & kasi can untuk kita kutip pahala; kita nak pi cabut lari, nak pi berehat, nak give up. Yakinilah, Allah dengan segala rahmat-Nya telah memilih aku dan kau ---> [Manusia pilihan] 

***
Allah.. Umat ini sedang merintih sakit yang amat. Sangat merintih sakit. Dan meminjam kata-kata seorang pakcik omputih dalam sebuah dokumentari lebih kurang begini - "Muslims world today, rather than in unity, is in diversity". Luluh hati.. Tapi, masjid with its own ability to offer me an undescribable sense of belonging, walau seluluh mana ia membentangkan realiti pedih umat; dalam masa yang sama, saff-saffnya meniup harapan bahawa mimpi seorang Mukmin pada hari ini adalah realiti esok hari. Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia! ;)

Jom layan LP! (Laskar Pelangi) "Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia" =)

Allahualam..

Apr 7, 2010

GTO

Bismillahirrahmanirrahim 
 
GTO (&G) = Great Teacher O&G
Sudah genap seminggu sejak insiden letup-meletup di metro line merah. 
Keesokan harinya selepas hari letup-meletup,penulis & teman-teman berusaha 
menghubungi guru2 agar kelas pada hari itu dikansel, atas tujuan keselamatan. 
Patutnya, hari itu, kami ada kelas Pathology, pasal disease berkaitan pregnancy.

Dan semalam, ulang minggu insiden letup, penulis & rakan-rakan ada lecture Patho, 
untuk tajuk Female Genital Tract Disease yang juga cover tentang tajuk disease 
berkaitan pregnancy itu. 

Haiya.. Penulis amat sangat terkesan sungguh dengan tajuk tentang disease 
berkaitan pregnancy tuh. Susahnya nak sampai kepada 
terhasilnya seorang bayi.

Masalah-masalah yang mungkin terjadi :

- miosis dari diploid utk hasilkan sperma/ovum yang haploid : 
ada sperm yang diploid lah, ada egg yang kosong x de genetik lah

- persenyawaan : ada egg yang dienyawakan oleh 2 sperm lah, etc

Kalau gagal atau berlaku sebarang error, tak berjaya lah persenyawaan itu, 
sebaliknya jadilah ia sekadar tahi lalat (hydatidiform MOLES). 
Kalau tak pun, ada genetic defect kat bakal abid-cum-khalifah itu - 
yang Klinefelter lah, yang Turner lah, entah macam2 lah.  

Udah tuh plak, kalau dah bersenyawa, ada pulak yang menempek salah, 
menempek di luar rahim (ectopic pregnancy).

Kalau yang dah menempek, ada lagi ujian-ujian seterusnya seperti toxemia 
(eclampsia & preeclampsia); iaitu dalam terma lebih mudahnya,
salur darah yang supply baby tersumbat, ter-jerut. 

Dah tuh plak, along the way, boleh je ade cancer bermacam-macam lah pula.

Haiya.. Udah tuh plak, bukannya semua wanita/lelaki itu sihat sistem 
reproduksinya untuk membolehkan proses kelangsungan spesis manusia
diteruskan. 

Haiya..

Susahnya untuk satu-satu manusia itu dikeluarkan ke muka bumi. Lantaran itu, 
ada beberapa konsekuensi, antaranya:
a) sebab susahnya nak lahir, maka mana-mana baby yang lahir & didaftarkan akan 
diberi SIJIL kelahiran aka birth CERTIFICATE atas kejayaan mereka dilahirkan
b) sebab susahnya nak lahir n anda dapat lahir pun sebab Allah bagi 'can' anda 
lepas ujian-ujian/tapisan-tapisan sepanjang proses kemengandungan anda, maka 
apahal lah anda tak sedar-sedar lagi tanggungjawab UBUDIYYAH+KHILAFAH yang Allah 
suruh anda buat

Penilaian proses penciptaan manusia pada mata penulis adalah kompleks, sukar, 
sangat detail. Namun, pada Allah, ini enteng sahaja, 
sangat mudah! Hanya dengan kun-fayakun. 

Juga, kepada golongan ibu-ibu, bapa-bapa, ibu-ibu yang tak pernah berkahwin, 
bapa-bapa yang tak berkahwin; 

- berani korang fikir bahawa punya anak ini LECEH (nak kasi makan lah, nak kene 
beli pampers lah, nak kena tukar pamperslah, nak kene pi klinik bersalin secara 
 berkala untuk check-up, nak kene pi readykan baju-cribs-entah apa-apa lagi, nak
kena ready untuk delivery lah, nak pi cari makcik tukang urut lah, nak pi cari 
barut-bengkung-jamu-tungku lah) ???
- berani korang plan nak terminate the pregnancy (gugurkan kandungan) ???
- berani korang buang anak???

Berani??!! Hamster Kak Yan yang baru sahaja bergelar ibu pun pandai protect 
anak-anak dia. Tak tahulah mana pi perikemanusiaan para pembuang/pembunuh bayi 
ni.. Pada pendapat penulis, mereka tidak berperike-MANUSIA-an kerana mereka bukan 
lagi MANUSIA. Mereka adalah MUTAN-MUTAN, yang mana "gene kemanusiaan" mereka 
telah "termutasi" oleh mutagen bernama zina & kepuasan nafsu serakah. 

Hei manusia! Janganlah jadi seperti tahi lalat Hydatidiform. Kalau tahi lalat kat 
kulit, boleh blah lagi, boleh jadi pemanis muka ke hape. Kalau jadi 
tahi lalat Hydatidiform, memang nahas lah - udahlah tahi lalat, pathologic plak 
tuh..
Ayuh, jadi manusia! 

Allahualam...