Sudah genap seminggu sejak insiden letup-meletup di metro line merah.
Keesokan harinya selepas hari letup-meletup,penulis & teman-teman berusaha
menghubungi guru2 agar kelas pada hari itu dikansel, atas tujuan keselamatan.
Patutnya, hari itu, kami ada kelas Pathology, pasal disease berkaitan pregnancy.
Dan semalam, ulang minggu insiden letup, penulis & rakan-rakan ada lecture Patho,
untuk tajuk Female Genital Tract Disease yang juga cover tentang tajuk disease
berkaitan pregnancy itu.
Haiya.. Penulis amat sangat terkesan sungguh dengan tajuk tentang disease
berkaitan pregnancy tuh. Susahnya nak sampai kepada
terhasilnya seorang bayi.
Masalah-masalah yang mungkin terjadi :
- miosis dari diploid utk hasilkan sperma/ovum yang haploid :
ada sperm yang diploid lah, ada egg yang kosong x de genetik lah
- persenyawaan : ada egg yang dienyawakan oleh 2 sperm lah, etc
Kalau gagal atau berlaku sebarang error, tak berjaya lah persenyawaan itu,
sebaliknya jadilah ia sekadar tahi lalat (hydatidiform MOLES).
Kalau tak pun, ada genetic defect kat bakal abid-cum-khalifah itu -
yang Klinefelter lah, yang Turner lah, entah macam2 lah.
Udah tuh plak, kalau dah bersenyawa, ada pulak yang menempek salah,
menempek di luar rahim (ectopic pregnancy).
Kalau yang dah menempek, ada lagi ujian-ujian seterusnya seperti toxemia
(eclampsia & preeclampsia); iaitu dalam terma lebih mudahnya,
salur darah yang supply baby tersumbat, ter-jerut.
Dah tuh plak, along the way, boleh je ade cancer bermacam-macam lah pula.
Haiya.. Udah tuh plak, bukannya semua wanita/lelaki itu sihat sistem
reproduksinya untuk membolehkan proses kelangsungan spesis manusia
diteruskan.
Haiya..
Susahnya untuk satu-satu manusia itu dikeluarkan ke muka bumi. Lantaran itu,
ada beberapa konsekuensi, antaranya:
a) sebab susahnya nak lahir, maka mana-mana baby yang lahir & didaftarkan akan
diberi SIJIL kelahiran aka birth CERTIFICATE atas kejayaan mereka dilahirkan
b) sebab susahnya nak lahir n anda dapat lahir pun sebab Allah bagi 'can' anda
lepas ujian-ujian/tapisan-tapisan sepanjang proses kemengandungan anda, maka
apahal lah anda tak sedar-sedar lagi tanggungjawab UBUDIYYAH+KHILAFAH yang Allah
suruh anda buat
Penilaian proses penciptaan manusia pada mata penulis adalah kompleks, sukar,
sangat detail. Namun, pada Allah, ini enteng sahaja,
sangat mudah! Hanya dengan kun-fayakun.
Juga, kepada golongan ibu-ibu, bapa-bapa, ibu-ibu yang tak pernah berkahwin,
bapa-bapa yang tak berkahwin;
- berani korang fikir bahawa punya anak ini LECEH (nak kasi makan lah, nak kene
beli pampers lah, nak kena tukar pamperslah, nak kene pi klinik bersalin secara
berkala untuk check-up, nak kene pi readykan baju-cribs-entah apa-apa lagi, nak
kena ready untuk delivery lah, nak pi cari makcik tukang urut lah, nak pi cari
barut-bengkung-jamu-tungku lah) ???
- berani korang plan nak terminate the pregnancy (gugurkan kandungan) ???
- berani korang buang anak???
Berani??!! Hamster Kak Yan yang baru sahaja bergelar ibu pun pandai protect
anak-anak dia. Tak tahulah mana pi perikemanusiaan para pembuang/pembunuh bayi
ni.. Pada pendapat penulis, mereka tidak berperike-MANUSIA-an kerana mereka bukan
lagi MANUSIA. Mereka adalah MUTAN-MUTAN, yang mana "gene kemanusiaan" mereka
telah "termutasi" oleh mutagen bernama zina & kepuasan nafsu serakah.
Hei manusia! Janganlah jadi seperti tahi lalat Hydatidiform. Kalau tahi lalat kat
kulit, boleh blah lagi, boleh jadi pemanis muka ke hape. Kalau jadi
tahi lalat Hydatidiform, memang nahas lah - udahlah tahi lalat, pathologic plak
No comments:
Post a Comment