Feb 27, 2009

Bintang (repost)

Lampu padam. Langit pekat hitam. Suasana tidak lagi kelam, suram, muram. Tiada lagi muka masam.

Dia senyum riang. Sebab dia suka bintang. Bila gelap, bintang terpampang terang.

Dulu-dulu, dia suka bintang kerana bintang terangi malam. Api pelita dan cahaya bulan bintang suluhkan baris-baris ABC untuk dia belajar mengeja. Dia sayang bintang kerana bintang beri cahaya.

Dulu, ustazah di sekolah bilang semua benda diberi Tuhan. Tuhan beri langit, bumi, siang, malam, bintang, bulan. Dia sayang Tuhan kerana beri bintang yang memberi cahaya.

Kini, dia tidak kisah akan pemberian atau penarikan. Bintang boleh terus berinya cahaya atau langsung padam. Tuhan boleh beri bintang yang terus menyala atau tarik nikmat bintang dengan jadikan bintang lubang hitam.

Kini dia tidak kisah akan pemberian atau penarikan. Sebab dia jumpa kecukupan dalam keber-Tuhan-an. Dia kini seorang yang merdeka imannya. Yang beriman dengan Tuhannya kerana Tuhan itu Tuhan, bukan sekadar Penentu Seksa, bukan sekadar Pemberi Pahala. Dia bukan lagi sekadar hamba yang takut akan seksa tuannya. Dia bukan lagi sekadar saudagar yang mengharap sebarang pemberian balasan. Dia kini pencinta Tuhan yang merdeka.

Namun, dia terus dan terus sukakan bintang. Kerana bintang ingatkannya akan kembara mencari ketulusan iman. Berbekalkan cahaya bintang, dia daki tangga Iman Saudagar, Iman Hamba & kini di puncak Iman Merdeka.

Denyutan kehangatan iman meresap ke seluruh pembuluh darahnya. Hati tak tertampung rasa syukur dan terharu akan nikmat iman. Air mata dia seka. Sejadah yang sejak tadi dalam pegangan dibentang. Tuhan, aku datang. Dan dia terus melampiaskan rindunya pada Tuhan di atas bentangan sejadah, dalam linangan air mata seorang mu’min akhir zaman, di bawah gemilang cahaya bintang-bintang.

Wallahualam..

Feb 26, 2009

Ada Apa Sama PKS?

Dengan izin Allah aku menulis..
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan laknatullah yang sering merusak amalan dan pahalaku..

Ada apa sama PKS?

PKS itu Partai Kebal Sogokan
PKS itu Partai Keluarga Saya
PKS itu Partai Kalem & Santun
PKS itu Partai Keberuntungan Saya
PKS itu Pasti Korupsi Sebel
PKS itu Penuh Kasih Sayang
PKS itu Partai Kiyai dan Santri
PKS itu Partai Keren Sekali
PKS itu Peduli Kita Setiap saat
PKS itu Partai Kita Semua
PKS itu Palestina Kita Sayangi
Siapapun Kita, PKS Partainya!

http://www.youtube.com/watch?v=p8U-h1-f8Xs&feature=related

Wallahualam..

gue cinta pe-ka-es!!!!!

Dengan izin Allah, aku menulis..
Aku mohon perlindungan-Nya daripada syaitan laknatullah yang sering merosak amalan dan pahala..

Di Indonesia sekarang, sedang hangat dengan PEMILU 2009 (pilihanraya).
Ketika bulan Jun tahun lepas, ada gue terbaca tentang PEMILU 2009 di Utusan Malaysia.
Juga, di akhbar yang sama, gue ada terbaca tentang PKS -Partai Keadilan Sejahtera.

Walaupun bukan warganegara Indonesia, bangsa Indonesia dan gue adalah sama-sama rumpun nusantara.
Dan jauh lebih penting daripada soal Jawa, Bugis, Banjar, gue dan majoriti rakyat Indonesia adalah sama-sama Muslim.
Islam bapaku, Islam tanah airku. :D

Moga PEMILU 2009 kali ini bisa membawa perubahan positif kepada rakyat Indonesia, dan lebih penting lagi untuk umat Islam.

Wallahualam..

bila rijal mengantuk..

Bismillahirrahmanirrahim..
I seek Allah's protection from the devil who ruins my deeds and my rewards..
By the will of Allah, I write..

Lately, the phrase of 'For the deen, I'll bleed' kept echoing in my head..
That keeps me going, keeps me on the run..
Haiya, however, syaitan laknatullah always has his way in making me diverted from the path.. ;(

Subconciously, I always used the excuse that 'I've worked hard today' so that, I (again, subconciously) "rewarded" my own self with long hour of sleep, etc.
And, plus, some show approval of my "hardworking-ness", which I'm not..
Haiyo..Wish ummi is here..
She, stepping into my room, already has the 'terrifying' aura that I would opt to wake up before she gets any closer, or else I'll get a free 'lebam'-causing pinch from her.. ;P

Haiya, miss home.. Miss everyone..
Need some inspirational motivation from ummi wa abi... :D

Wallahualam..

Feb 22, 2009

mari berkongsi kegembiraan!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan izin dan kehendak Allah, aku menulis..

Segala puji bagi Allah, yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Penantian aku setelah beberapa lama menemui titik akhir. Penantian ini bermula sejak aku mendapat pengisian Ini Sejarah Kita (ISK) buat pertama kalinya dalam hidup aku. Kira-kira, lebih kurang setahun yang lepas.

Setahun yang lalu, aku dididik melihat sejarah kemanusiaan dan Islam itu sendiri dari sudut pandang yang berbeza - satu sudut pandangan yang menyebabkan aku rasa terpanggil untuk menyertai sekelompok manusia yang dipandu rasa tamak terhadap redha Sang Pencipta. Aku diajar turun naik graf sesebuah ketamadunan, dan aku didoktrinkan bahawa kini adalah masanya untuk Islam bangun semula.

Ketika itu, doktrin 'Islam pasti bangun kembali' gagal aku serapi. Yang aku yakini, kemenangan mutlak buat Muslimin sejati itu adalah pasti - bertemu Sang Pencipta. Idea bahwa Islam akan sama gah seperti empayar Islamiyyah Abbasiyah Awal kulihat adalah sesuatu yang begitu idealistik sehingga sukar digapai realiti. Dan aku tidak begitu gusar dengan isu ini kerana destinasi akhir aku, kau, kami dan kita iaitu Jannah sudah mampu memacu logika aku untuk turut serta dalam perjuangan ini.

Dan malam tadi, hati aku kembali basah setelah sekian lama dilanda kemarau getar keimanan. Sungguh, Rasulullah ada bersabda akan kebangkitan Islam di dunia ini kembali. Dan, timing-nya memang sepadan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Lihat, di mana-mana, ada sahaja jiwa-jiwa pemuda Islam yang dahagakan pencerahan. Sungguh, Allah sedang menyiapkan tentera-Nya yang bakal memacu deen-Nya, iaitu aku, kau, kami dan kita!

Dan pasukan tentera ini terus berjuang memacu kuda-kudanya melewati setiap kampung dan desa, untuk mengajak pemuda-pemuda lain yang MAHU turut serta. Jika ada yang manja, jika ada yang enggan dan jika ada yang tercicir; kami tiada masa untuk toleh ke belakang atau bertangguh lagi. Berbekalkan keMAHUan yang menggunung, pemuda yang manja lenyap terus melempar botol susunya, pemuda yang enggan jadi berkobar keinginannya, pemuda yang tercicir lekas bangun memacu kudanya seiring gerombolan pasukan.

AYUH!!! LEKAS PETIK SUIS KEMAHUAN AKU, KAU, KAMI & KITA!!!

Wallahualam...

Feb 14, 2009

mencela diri sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..

(ditulis kerana penulis dah semakin weng2 main sana sini akibat kejakunan menggunakan perkhidmatan YOTA - plug & play modem, setelah sekian lama dikecewakan dengan pihak hostelnya yang sehingga kini gagal menyediakan kabel internet)

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka

dengan kekutan yang kamu miliki dari pasukan berkuda

yang dapat menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya

tetapi Allah mengetahuinya...."

(Al-Anfal 8:60)

Apalah yang aku sudah persiapkan untuk Allah? Untuk buat persiapan diri dengan memperbaik diri serta melawan godaan syaitan pun susah. Apatah lagi untuk buat persiapan fizikal seperti bersiap siaga dengan pasukan berkuda.

Mesti terus berusaha!!

Wallahualam




Feb 11, 2009

little things that matter

Bismillahirrahmanirrahim..

Belakangan ini, aku agak dihantui oleh pengalaman-pengalaman yang berbekas di hati sebab baru-baru ini, aku melalui pengalaman yang sama effeknya..

Pengalaman terbaru:

Aku berdiri dalam train yang sedang bergerak. Aku diberi hidayah oleh Allah untuk baca Qur'an tafsir aku yang berwarna ungu terang. Aku tengah baca dan enjoy satu part Qur'an sambil tak berapa perasan peristiwa di sekeliling aku sehinggalah, seorang nenek tua yang duduk tak jauh dari aku bagi tempat duduknya kepada aku. Kenapa?

Sebab train dah nak sampai kat stesen yang dia nak turun.

Nenek tuh memang beriya-iya suruh aku duduk. Dia pegang dengan penuh kasih sayang lengan aku ni, pimpin ke tempat duduk. Aku yang sedang khusyu' pun terpinga-pinga blur. Tapi aku duduk jugaklah..Nenek tuh memang make sure aku duduk lek lok, barulah dia gerak ke arah pintu keluar train. Tapi, sepanjang-panjang nenek tuh pelawa aku duduk (yang secara keseluruhannya ambil masa tak sampai 1 minit), dia memang senyum, senyum yang menyejukkan hati. Pandangan mata dia memang terasalah kehangatan kasih sayang. Aku sempat cakap thanks kat dia dalam bahasa Rusia.

Pandangan mata aku terus mengekori kelibat nenek itu. Manalah tahu, kot-kot, keluar sayap lalu nenek itu terbang (konon-konon nenek itu malaikat). Ini hanyalah imaginasi semata-mata.

Aku pun nak sambung baca Qur'an. Tapi, terhenti sekejap. Bayangkan, nenek-nenek Rusia yang memang orang selalu describe sebagai antara manusia paling ganas & gasar pernah wujud di atas muka bumi, yang sering mengganas dengan mengasak-asak orang dalam pengangkutan awam jadi begitu baik - bagi kat aku yang sihat wal'afiat ni tempat duduk!!!

Atas dasar apa dia berbuat baik? Adakah sebab dia Muslim? Adakah sebab muka aku sama macam cucu dia yang sudah meninggal dilanggar kereta 3 tahun lepas? Atau, adakah aku akhirnya, menepati nama aku -NURUL IMAN? (ternampaklah cahaya keimanan aku ketika aku baca Qur'an tu?) Atau, adakah aku kelihatan macam seorang manusia baik yang sedang cuba menyelesaikan masalah dunia dengan menjadi antara pendukung perjuangan menegakkan kembali Deen Islam ini di muka bumi?

Tak kisahlah, nek..Yang penting gesture nenek itu telah menggembirakan dan mengharukan aku.
Lalu, aku tenggelam dalam paradoks gembira & terharu, lalu secara tak disangka-disangka aku pun tertumpahkan air mata aku beberapa titis.
Aku doakan nenek itu diberi hidayah oleh Allah untuk jadi Muslim sejati.InsyaAllaah..

Alhamdulillah..Padaku, mungkin itu hiburan dan didikan yang Allah hadiahkan buat aku untuk hari itu. Supaya aku sedar dan aku boleh share dengan semua orang bahawa, walaupun dunia kini sudah berjelira dengan lumpur jahiliyah, masih ada manusia yang baik. Dan ini memberi harapan kepada kita, pemuda-pemuda Islam merangkap pendukung perjuangan menegakkan Islam bahawa KITA PASTI BERJAYA!!! InsyaAllah!!

Wallahulam..

kuatkah iman?

bismillahirrahmanirrahim..
woha!!!
alhamdulillah..
banyak benda yang aku berjaya selesaikan sekembalinya aku dari jaulah shitawiyyah tahun ini!! (jaulah shitawiyyah = jalan-jalan winter)
antaranya, ada my own internet access dan rajin-rajin pergi bilik orang lain setiap hari.

semoga istiqamah lah gamaknya aku ni..
insyaAllah..
(tapi, macam da lari jadual sikit sebab tadi facebooking sampai dekat pukul 2am)

antara kejadian-kejadian kecil tetapi menarik yang aku alami hari ini ialah ketika pergi pejabat dekan, ada urusan visa..
yang paling tak boleh blah, rusia punya tahap birokrasi dan ketidak-sistematikan adalah BERTRILLION KALI JAUH LEBIH TERUK DR M'SIA!!
sebaik kaunter dibuka pada jam 2.30pm, banyaklah orang potong line sana sini.
barisan pulak dah jadi macam rapat umum yang memang betul-betul RAPAT antara satu sama lain..
memang macam tin sardin..
macam mana aku tak panas hati, aku 'sikit' punya mujahadah, dah 'cokoh' kat barisan depan seawal jam 12.30pm..
siap ponteng kelas lagi tau semata-mata sebab ni..

pendek cerita, ada sekumpulan lelaki dari Azerbaijan tak silap aku (sebab passport diorang ada tulis Azerbaijan) potong line..
gila tak gentleman..
diorang dah ready depan pintu nak serbu kaunter padahal baru datang..
diorang Allah kurniakan muka-muka laku dibuat cover majalah (aku tak kagum pun)...

semasa kekusutan lautan manusia yang rakus itu, aku nak gerak dari tempat berdiri aku ke posisi yang lebih selesa..
lalu, aku mengasak secara terang-terangan ke arah kumpulan rakyat Azerbaijan yang sengal itu..
asakan aku menyebabkan 2 orang daripada mereka tertolak..
lalu, salah seorang daripada mereka marah-marah aku..
aku pun pandang dia balik, dan 'bark' balik 'ape??!!'..
lalu blah dari situ sambil sempat menyyerangg mereka dengan beberapa asakan lagi..
memanglah dia tak paham bahasa melayu, tapi dengan nada & muka aku yang bengis itu (hopefully), aku harap dia tau aku memang menyampah kat dia..

selepas itu, rakyat-rakyat Azerbaijan itu masih lagi di tempat sama, dalam posisi memotong line..
adalah juga beberapa kali, mamat yang maki aku itu sempat membetulkan rambutnya sambil menunggu untuk memotong line..
(mamat yang maki aku itu kira yang paling good-looking antara kawan-kawan dia. dia ingat dia kacak, boleh buat suka-suka hati dia ape???!!!!)
pendek cerita, diorang berjaya memotong line & balik dalm 2 jam awal daripada aku.
semasa salah seorang daripada mereka lalu depan aku dalam lautan manusia itu, aku sempat pijak kasut dia..yeah!!
tapi muka dia macam tak sakit, mungkin tak rasa sebab aku ringan..woha!!

MORALNYA:

cerita di atas adalah kisah benar & aku tahu aku sangatlah jahat..
tapi, aku sempat berfikir tentang masalah tadi..

FYI, Azerbaijan 99% penduduknya, Muslim..
So, kemungkinan besar, rakyat-rakyat Azerbaijan yang aku cukup menyampah tadi adalah ABANG, ADIK, PAKCIK, BAPAK SEISLAM AKU..
tapi, walaupun aku tahu akan populasi Muslim Azerbaijan, aku tetap tak boleh menahan diri daripada memijak kaki dan mengasak mereka..
nak salahkan mereka 100% pun tak boleh, sebab mereka adalah mangsa penjajah kuffar yang sudah set mentaliti mereka untuk jadi Muslim yang tidak sejati..

Kesimpulannya, aku melihat masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan PENDIDIKAN..
chewah!!! betul nii!!!
dengan mendidik Muslim Azerbaijan supaya menjadi Muslim sejati, jadilah mereka manusia baik yang tidak potong barisan sekaligus mengelakkan aku bertindak jahat memijak kaki..
dengan mendidik pemuda-pemuda Islam masa kini, dapatlah kita bakal-bakal pemimpin yang akan mendukung sistem Islam yang sistematik lagi tersusun, lalu mengasingkan tempat beratur Muslim & Muslimah..

Semoga aku & mereka yang turut bersama-sama dalam jalan ini dikuatkan iman untuk mendidik hati & jiwa kita serta pemuda-pemuda Islam di luar sana untuk menjadi pendukung deen ini.. InsyaAllah..

Wallahualam..