Feb 22, 2009

mari berkongsi kegembiraan!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan izin dan kehendak Allah, aku menulis..

Segala puji bagi Allah, yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Penantian aku setelah beberapa lama menemui titik akhir. Penantian ini bermula sejak aku mendapat pengisian Ini Sejarah Kita (ISK) buat pertama kalinya dalam hidup aku. Kira-kira, lebih kurang setahun yang lepas.

Setahun yang lalu, aku dididik melihat sejarah kemanusiaan dan Islam itu sendiri dari sudut pandang yang berbeza - satu sudut pandangan yang menyebabkan aku rasa terpanggil untuk menyertai sekelompok manusia yang dipandu rasa tamak terhadap redha Sang Pencipta. Aku diajar turun naik graf sesebuah ketamadunan, dan aku didoktrinkan bahawa kini adalah masanya untuk Islam bangun semula.

Ketika itu, doktrin 'Islam pasti bangun kembali' gagal aku serapi. Yang aku yakini, kemenangan mutlak buat Muslimin sejati itu adalah pasti - bertemu Sang Pencipta. Idea bahwa Islam akan sama gah seperti empayar Islamiyyah Abbasiyah Awal kulihat adalah sesuatu yang begitu idealistik sehingga sukar digapai realiti. Dan aku tidak begitu gusar dengan isu ini kerana destinasi akhir aku, kau, kami dan kita iaitu Jannah sudah mampu memacu logika aku untuk turut serta dalam perjuangan ini.

Dan malam tadi, hati aku kembali basah setelah sekian lama dilanda kemarau getar keimanan. Sungguh, Rasulullah ada bersabda akan kebangkitan Islam di dunia ini kembali. Dan, timing-nya memang sepadan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Lihat, di mana-mana, ada sahaja jiwa-jiwa pemuda Islam yang dahagakan pencerahan. Sungguh, Allah sedang menyiapkan tentera-Nya yang bakal memacu deen-Nya, iaitu aku, kau, kami dan kita!

Dan pasukan tentera ini terus berjuang memacu kuda-kudanya melewati setiap kampung dan desa, untuk mengajak pemuda-pemuda lain yang MAHU turut serta. Jika ada yang manja, jika ada yang enggan dan jika ada yang tercicir; kami tiada masa untuk toleh ke belakang atau bertangguh lagi. Berbekalkan keMAHUan yang menggunung, pemuda yang manja lenyap terus melempar botol susunya, pemuda yang enggan jadi berkobar keinginannya, pemuda yang tercicir lekas bangun memacu kudanya seiring gerombolan pasukan.

AYUH!!! LEKAS PETIK SUIS KEMAHUAN AKU, KAU, KAMI & KITA!!!

Wallahualam...

No comments: