Jul 15, 2009

Suatu Penungguan di Dunia

Dengan nama-Nya..

Walaupun 'feeling'nya telah pudar, 'feeling' itu akan kembali lagi bila kita bersua, Komuter.

Hati remuk-rendam. Ibaratnya seperti tin air gas F&N perisa Sarsi yang diremuk kemek untuk di-recycle.

Walaupun hanyalah sebuah kenderaan awam, Komuter bisa meremukkan mana-mana hati manusia tatkala terdengar pengumuman - Tren ke &*!@$ adalah lewat. Tren ke!@#$% adalah lewat.

Atau, pengumumannya mungkin berbunyi begini - Tren ke !~@#$ telah dibatalkan perjalanan. Sila tunggu tren seterusnya. Tren seterusnya akan tiba 40 minit lagi. Harap maklum.

Di Jepun, landasan kereta api memang menjadi tarikan utama untuk mereka yang gemar membunuh diri kerana kelajuan dan kekerapannyanya yang bisa membunuh.

Mungkin satu hari nanti di Malaysia, ada juga yang cuba membunuh diri. Bukan kerana kelajuan dan kekerapan Komuter, tapi sebab kelambatannya yang melampau sehingga naik geram dibuatnya.

Cubaan hanya tinggal cubaan kerana seperti selalu, Komuter akan mengengsot dan akan tiba LEWAT!!!!

Demikianlah sebuah penungguan di dunia...

Wallahualam...

MUs

Dengan nama-Nya...

(setelah terhantuk oleh sepinggan sambal terung buatan 'bukan orang biasa')

Untuk makluman anda, kami sedang dalam proses baik pulih, rekonstruksi, penstrukturan dan penjenamaan semula. Sebarang kesulitan sukar untuk dielakkan.

Adess.. Selesai sudah kes MU no.1 - Manik Urai dengan 'kemenangan moral' berpihak kepada pihak tertentu. Encik Najib pun bagi komentar nun jauh dari Sharm el-Sheikh, Mesir sempena persidangan NAM.

Hujung minggu ini, kes MU no.2 - Manchester United. Bukan main heboh Buletin Utama. Owen turun padang lah, ini lah itu lah. Orang yang tak pernah tengok match EPL pun sampai tau apa benda Setan Merah tuh.

Kalau sapa-sapa jadi pemain Malaysia, mesti dah ketaq lutut. Hari-hari dok promote team lawan. Majulah sukan untuk 1Malaysia!

Kalau kami jadi orang Islam di wilayah bergolak kat China, mesti ketaq lutut juga. Hari-hari sedara sendiri lupakan kita. Entah-entah NAM sendiri pun tak amek pot pasal apa yang jadi. Dok memanjang buat resolusi, bila habis angkat kaki, resolusi tinggal resolusi.

Wallahualam...

Jul 9, 2009

Rijal-nya Wanita Itu (part 2)

Dengan nama-Nya

Berderau darah kerana terlalu excited mendengar Sejarah Islam di Nusantara.

Laksamana Malahayati, seorang Admiral (ketua angkatan laut!!) kerajaan Islam Acheh bagi menentang kependudukan penjajah Belanda laknatullah pada abad ke-16 (tahun 1500-an!). Juga, beliau menubuhkan pasukan turus khas Inung Balee, yang dianggotai para balu syuhada'.

Tjoet Nyak Dien, seorang lagi mujahidah Acheh menghalau penjajah Belanda laknatullah pada kurun ke-19 (tahun 1900-an). Ketika Masjid Raya Baiturrahman dimusnah penjajah bangsat, berikut antara ucapan beliau:

Lihatlah wahai orang-orang Aceh!! Tempat ibadat kita dirusak!! Mereka telah mencorengkan nama Allah! Sampai kapan kita begini? Sampai kapan kita akan menjadi budak Belanda?

Terasa bodoh pula bila difikir betapa kita dikencing bodoh-bodoh oleh sukatan buku teks Sejarah. Apakah tidak bangang seseorang yang beriya-iya melawan penjajah/kerajaan hanya kerana tak mau bayar cukai tanah, saman speed trap atau tol highway?

Itu pasal masa belajar Sejarah dalam buku teks dulu selalu ngantuk. Semua pakat cerita sejarah yang dah putar belit, yang nampak macam kita ni umat Islam bodoh piang.

Ini strategi kuffar. Mereka menjauhkan kehidupan kita dari al-Quran. Mereka menjauhkan kita dari sejarah.

Strategi kuffar nampaknya berjaya. Para isteri-ibu dah kurang fikir untuk menyumbang kepada perjuangan macam Malahayati, Aisyah ra ataupun sahabat baginda - Safiyyah. Tapi dok fikir Wanita Hari Ini, Tilam & Bantal, produk penambah tenaga...

Wallahualam...

Rijal-nya Wanita Itu (part 1)

Dengan nama-Nya...

Beberapa jam yang lalu, peti TV di ruang tamu dipasang. Wanita Hari Ini. Slot hari ini - Tilam dan Bantal dengan tajuk - Bila Pasangan Hilang Ghairah. Bila iklan, promote produk ini itu. Konon menambah tenaga, membawa bahagia. Loya, aku tutup TV.

Benar, tiada terma lucah digunakan bagi membawa maksud the F-word, sebaliknya terma 'intimasi' lah, ini lah, itu lah. Benar, rancangan yang konon kewanitaan sangat-lah tuh klasifikasinya U, bukan 18SX. Benar, (walaupun tak menutup aurat) bagi definisi masyarakat berwabak wahan - tak seksi mana pun.

Tapi, aku dah naik jijik dengan semua ni. Apa isu-isu dangkal sebegitu je yang menjadi pusat kegusaran wanita Muslim Malaysia? Apa hal ehwal tilam dan bantal sahaja ke yang menjamin kebahagian dunia akhirat kaum isteri-ibu? Apa mereka fikir konon habis feminis, habis moden, habis urban lah kalau berdiskusi isu tilam dan bantal?

Kalau anak-anak bertanya 'mak makan ubat apa ni?', 'mak tengok rancangan apa ni?', 'intimasi tu apa mak?', 'kenapa nama dia Tilam dan Bantal mak?'. Nak jawab apa?

Muslimah Nusantara yang berminda dangkal kini memang ibarat matahari dengan galaksi Andromeda, kalau nak dibandingkan dengan Muslimah Nusantara dulu-dulu yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Memang berjuta-juta tahun cahaya jaraknya!!!

*****

Ada dicatatkan bahawa ketika segerembolan tentera Belanda melanggar sebuah kampung di Acheh untuk menghambat mujahid-mujahid penghalau penjajah, mereka ternampak seorang Muslimah Acheh sedang menumbuk padi dengan penuh karisma, selamba dan cool.

Tentera penjajah yang bangsat itu pun bertanya sama ada di kampung itu ada laki-laki atau tidak. Muslimah itu masih menumbuk padi sambil menjawab dengan penuh gaya macho - "Tiada. Semua laki-laki keluar bermuslimun di hutan." (bermuslimun membawa maksud berjihad)

Tentera bangsat tak reti bahasa itu pun menggeledah kampung. Mereka terjumpa seorang lelaki penakut yang terketar-ketar sedang menyorok. Tentera bangsat segera naik berang kerana ditipu Muslimah tadi lalu segera menghambur wanita itu - "Habis tu, ini apa?". Sambil mengunjuk jantan keparat yang pengecut itu.

Muslimah yang cukup cool itu menjawab sambil menumbuk padi. "Bukan aku sudah bilang tadi. Semua laki-laki keluar bermuslimun di hutan. Yang ini bukan laki-laki."

*****

Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan siri buku Jejak Risalah Islam di Nusantara karangan Dr. Hafidzi b. Mohd Noor. Siapa-siapa ada jumpa, sila maklumkan penulis. Nak kirim beli.

Wallahualam...

Jul 3, 2009

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah

Dengan nama-Nya...

Darjah 2 & 4:
2 orang adik perempuanku yang bersekolah rendah ditelan masuk ke dalam perut van sekolah yang hampir penuh. Aku di pintu rumah. Aku dengar mak cik yang bawa van kata dekat adik-adikku "Izzatil! Izzani! Pergi duduk kat tempat belakang sekali tu. Jangan malu-malu. Kejap je lagi sampai sekolah." Rupa-rupanya seat belakang tu semua budak lelaki.

Darjah 6:
Amirul cerita "Kat dalam kelas saya senyap je. Kat luar kelas, baru saya bising. Cikgu tau saya sebenarnya bising, jadi bagi Ujian Lisan A. Saya senyap sebab cikgu susun budak lelaki duduk dengan budak perempuan. Nak kasi kelas senyap. Saya kena kepung dengan perempuan kiri kanan. Yang sorang tu duduk tepi dinding dengan mulut bising suka marah saya. Sorang lagi budak perempuan tuh jaga laluan keluar, dia besar jadi saya susah kalau nak keluar"

Tingkatan 2:
Nasrul cerita "Tadi kat sekolah ustazah marah-marah sebab masa Hari Kantin, hampir semua budak perempuan buka tudung. Ramai budak-budak masa Hari Kantin dating, peluk-peluk segala. Kat dalam kelas, boleh kata saya sorang je yang tak kapel." Miang betul budak sekolah menengah ni. Dulu sekolah rendah bukan main tak nak cakap dengan kawan perempuan.

Tingkatan 4:
Hanya mampu geleng kepala. Amboi, bukan main lagi SMS malam-malam. Dahlah lupa nak delete, kan aku dah baca. Dulu lebat je sekolah agama.

Matriks:
Pernah juga kantoi denganku ini. Padahal, awal-awal masuk sekolah menengah ada masalah anti perempuan.

TV:
Sikit-sikit cerita pasal mengawan,
Jantan cari betina, betina cari jantan,
Kalau gitu, apa beza kita dengan haiwan?

Wallahualam...

kurung

Dengan nama-Nya..

Yang terkurung merenung dan menenung
Dia dikurung atau mengurung?

Di balik jeriji dia dikurung selama-lama
Hakikat - mengurung dia akan dirinya.

Yang terkurung merenung dan menenung
Apa terlaksana sepanjang dia terkurung?
Jasad dipenjara tapi yang lain ke mana?
Dibiar lesu kaku atau bebas sebenar-benarnya?

Yang terkurung merenung dan menenung
Akan alasan itu ini menggunung-gunung
Kerasnya dinding batu untuk dikorek terowong rahsia
Tumpul pisau mikronya untuk diumpil lantai penjara
Tak punya rambut sepanjang Rapunzel sebagai tangga
Lamanya duduk sampai kebas punggung untuk lari dari penjara


Yang terkurung merenung dan menenung
Akan kisah teladan Yusuf a.s. yang dikurung





Walau kau dijangkiti virus H1N1
Selagi mana kau bebas dari virus wahan
Selagi mana jiwa kau bebas lepas dari hambatan
Selagi itu kau bukanlah banduan

Wallahualam...

Yang di belakang jeriji besi.