Jul 15, 2009

Suatu Penungguan di Dunia

Dengan nama-Nya..

Walaupun 'feeling'nya telah pudar, 'feeling' itu akan kembali lagi bila kita bersua, Komuter.

Hati remuk-rendam. Ibaratnya seperti tin air gas F&N perisa Sarsi yang diremuk kemek untuk di-recycle.

Walaupun hanyalah sebuah kenderaan awam, Komuter bisa meremukkan mana-mana hati manusia tatkala terdengar pengumuman - Tren ke &*!@$ adalah lewat. Tren ke!@#$% adalah lewat.

Atau, pengumumannya mungkin berbunyi begini - Tren ke !~@#$ telah dibatalkan perjalanan. Sila tunggu tren seterusnya. Tren seterusnya akan tiba 40 minit lagi. Harap maklum.

Di Jepun, landasan kereta api memang menjadi tarikan utama untuk mereka yang gemar membunuh diri kerana kelajuan dan kekerapannyanya yang bisa membunuh.

Mungkin satu hari nanti di Malaysia, ada juga yang cuba membunuh diri. Bukan kerana kelajuan dan kekerapan Komuter, tapi sebab kelambatannya yang melampau sehingga naik geram dibuatnya.

Cubaan hanya tinggal cubaan kerana seperti selalu, Komuter akan mengengsot dan akan tiba LEWAT!!!!

Demikianlah sebuah penungguan di dunia...

Wallahualam...

No comments: