Oct 13, 2009

Cry if you see Kavkaz

Bismillahirrahmanirrahim..

1. sepengatahuan-ku, Caucasian bererti orang putih, mat salleh dan yang semakna dengannya

2. latar tempat : tandas perempuan tingkat underground bangunan anat, metro okhotny ryad

  • di pintu kubikel jamban, ada terconteng КАВКАЗ (pron = kavkaz, meaning = Caucas), juga terconteng perkataan Azerbaijan, Armenia, Checnya dan Georgia dalam tulisan Rusia
  • di samping terbau bau busuk tipikal jamban Rusia, dapt ku bau isu perkauman di situ
3. latar tempat : masih di bangunan sama, department mikrobiologi

  •  ketika sedang menduduki colloq mikrobiologi tentang enteral bacteria, berlaku kekecohan di luar kelas
  •  ibu guru lalu melaporkan kpd kami semua bahawa berlaku kecurian, ada 3 orang Kavkaz, dari Georgia curi fon di kelas sebelah
  • ibu guru berkata lagi - cry (jerit) if you see the Kavkaz. i'll come to help
4. berita bertarikh Isnin, 12 Sept 2009 di eramuslim juga menyebut tentang Caucasus dengan bertajuk "Zionis : Perang Melawan Kebangkitan Khilafah Islamiah Dimulai di Kaukasus"
  • antara petikan berita itu berbunyi:
Pendapat Zionis, Kaukasus Utara adalah "salah satu front pusat dan berkembang biak bagi Jihad global yang ditujukan untuk penciptaan kekhalifahan Islam" berikutnya.


  • juga turut termuat, peta wilayah Kaukasus



*****

Lantaran itu, aku cuba memecahkan misteri Kaukasus ini. Berikut merupakan rumusan hasil pencarianku:

  • Bangsa 'Caucasian' secara general merujuk kepada variasi bangsa berkulit putih.
  • Manakala wilayah Kaukasus (Caucasus region) merujuk kepada wilayah antara Asia dan Eropah yang merangkumi Kaukasus Utara (sebahagian negeri di selatan Rusia spt Daghestan & Chechnya) dan Kaukasus Selatan (Armenia, Azerbaijan, Georgia). 
  • Wilayah Kaukasus juga merupakan kawasan di mana letaknya Banjaran Kaukasus (Caucasus Mountains) yang merentangi antara Black Sea dan Caspian Sea (sila rujuk peta di atas).
  • Mereka yang tinggal di wilayah ini terdiri daripada BERMACAM-MACAM etnik yang mempunyai BERMACAM-MACAM bahasa. Antara etnik yang ada ialah bangsa Kurds, bangsa yang pernah melahirkan hero Islam terkemuka - Salahudin al-Ayubi. Juga, ramai antara mereka merupakan ORANG KITA - Muslim.
  • Harus diingat, selepas dilanda bencana kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki, kawasan yang didiami Muslim telah ditimpa bencana lagi - iaitu menjadi target operasi divide et impera (divide and rule atau divide and conquer) musuh-musuh Islam. Kaukasus dijajah oleh Soviet ketika itu.
  • Pada masa pemerintahan Soviet, wujud satu badan kerajaan bernama Bezbozhniki (bez: tanpa bog:tuhan) yang kerjanya menghapus sebarang bentuk pengabdian kepada Tuhan. Bayangkan opresi yang dialami Umat Islam ketika itu. 
  • Selepas operasi Anti-tuhan, wilayah Kaukasus terus-menerus diuji Tuhan dengan penularan ideologi sekularisme. Maka tidak hairan, jika kita melihat di sekeliling kita orang Azerbaijan yang macam ye macam tak Islam nya itu. Mangsa keadaan... ;(
"Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan....."
(usul pertama dari Usul 20 by Hassan al-Banna)

Dan watan itu adalah mana-mana bumi yang didiami oleh ORANG KITA - Muslim.

Maka, benarlah kata ibu guru mikrob - cry (nangis) if you see Kavkaz. Ada antara mereka orang kita dan mereka sering diopres, tapi kita haram tak endah tentang mereka.

Wallahualam...

No comments: