Bismillahirrahmanirrahim
Semangat kita untuk jadi hamba Allah yang sebenar : kejap lemau kejap berderau. Adalah bahaya jika kita selesa menjadi lemau. Maka, kita diMESTIkan mengumpul cakura daya tujah agar semangat kembali berderau. Orang ini dengan cara begini, dan orang itu dengan cara begitu. Berkumpul dengan sahabat-sahabat yang wajahnya mengingatkan kita tentang Allah, berusaha untuk berteleku di atas tikar sejadah di kala orang lain enak berdengkur, atau ibadah-ibadah nafilah lainnya.
Namun begitu, tatkala bertemu manusia-manusia yang kami percayai kemampuannya menyelamatkan kami dari mati LEMAU, kami ingin sangat berpesan kepada diri kami sendiri agar bertemunya dan berCUHATnya (CUrahan HATi) kami itu adalah semata-mata atas cinta-Nya.
"Sesungguhnya Kau tahu bahawa hati ini telah berkumpul atas cinta-Mu"
(doa Rabithah)
- Kami sangat risau kalau-kalau pertemuan & perCUHATan rasa itu hanyalah sekadar menzahirkan kerisauan kita kepada makhluk-Nya dengan harapan agar dia nampak kami ini alim wara' segala, 'aware' dengan turun naik iman kami.
- Kami sangat risau kalau-kalau pertemuan & perCUHATan rasa itu hanyalah sekadar cakap di mulut yang hanya syok sendiri yang kemudiannya tidak melahirkan amal dalam perbaikan iman kami.
Takut-takut jadi begini, macam dikeji Tuhan dalam Al-Fath 48:11.
Orang-orang Badui yang tertinggal (tidak ikut serta ke Hudaibiyah) akan berkata kepadamu
"Kami telah disibukkan dengan harta dan keluarga kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami."
Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya.
Kami letak diri kami dalam posisi orang Badui. Berikut contoh adegan yang kita tak enak dilihat, tapi kita buat:
Kami : Akak.. Saya tak tau lah.. Isyh.. Iman saya ni rasa dah jatuh merudum. SAYA DAH DISIBUKKAN DENGAN MOVIE, dgn BAKING KEK, dengan MAKAN OPEN HOUSE, dengan buat OPEN HOUSE. Qiam malas, solat dah tak khusyu' segala. Tadabbur Quran tak sentap hati. Macam mana ni kak? Tolonglah kak, tunjukkan saya ke jalan benar, jalan yang disirami cahaya Rabbaniyah Tuhan!! bla... bla.. bla...
(20 minit kemudian, barulah akak dapat peluang cakap)
Akak : Itu fitrah dik - tarikan setan dan tarikan iman. Alhamdulillah, adik berasa tak selesa dengan keadaan iman adik merudum dan mencari solusi tingkatkan iman. Lawan tarikan setan tuh. Istiqamah dalam beramal... bla..bla... bla..
Kemudian, kami balik bilik dan tak berbuat apa-apa. Tunggu hidayah datang bertimpa dari Tuhan.
*****
Mimpilah!!! Memang nak kena bagi penampar kan kat kami? (aku yang menulis pun ni rasa meluat, padahal aku ade je dok buat) Dok cerita keliling kepada makhluk Tuhan, yang konon-konon kami rasa bersalah kat Tuhan. Biar makhluk Tuhan sekeliling ni tau kami ni baik "Isyh.. baiknye die.. baru tengok 1 movie dah rase diri penuh noda dosa". Pertemuan kami dengan orang soleh tadi untuk mencari solusi meningkatkan kami HARAM LANGSUNG TAK melahirkan amal.
Pendek kata, sebelum kita lahirkan rasa bersalah atas noda dosa yang kita lakukan sesama manusia, periksa dulu sudahkah kita AKUI KESALAHAN itu terlebih dahulu kepada yang kita buat salah - ALLAH, sudahkah kita CUHAT habis-habisan sama Dia. Pastikan usai cuhat sesama makhluk Allah, kita membuahkan pertemuan itu dengan AMAL yang mampu meningkatkan iman.
Jangan berhenti berkongsi rasa sesama kita makhluk Tuhan (dengan niat yang sedaya upaya cuba diikhlaskan semata-mata kerana Dia!!!), kerana kami yakin CUHAT itu antara pembasah ukhwah insya-Allah.
Jangan berhenti berkongsi rasa sesama kita makhluk Tuhan (dengan niat yang sedaya upaya cuba diikhlaskan semata-mata kerana Dia!!!), kerana kami yakin CUHAT itu antara pembasah ukhwah insya-Allah.
Easier said than done. Moga dimanfaatkan bersama rasa hati kami kali ini insya-Allah. ;P
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment