Nov 4, 2009

boleh tak jangan buat aku hilang sabar?!

Bismillahirrahmanir rahim..

Maha suci Allah.. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Dia dan aku termasuk orang-orang yang menzalimi diri.

Ingin benar berkongsi rasa hati yang menjerut diri belakangan ini. Banyak perkara kecil yang menguji sabar dan ketahanan diri. Kadang-kadang sampai termenangis dan bersoal pada Dia.

Entah mengapa, saat kita cuba meniti jalan kebaikan, saat itu laptop rosak, skor markah terendah dalam colloq, metro kad hilang, internet tak leh pakai, adik kena suspek batu karang, hp rosak, pasport orang lain siap tapi bukan pasportku.. Ahh... Lalu mula bersoal-soal dan bersangka buruk pada Tuhan..




Masih gagal dalam ujian universiti sabar. Kakak kata, kongsikan dan sampaikan pada yang lain tentang apa yang kau paling lemah. Mudah-mudahan itu menujahkan kau menjadi seperti apa yang kau katakan. Buat yang terasa diuji, baik dengan kehilangan barang, dengan caci-maki hambur-sembur mulut orang dan lain-lain lagi :

Kakak berkata :
Apa yang Allah takdirkan untuk kita, penuh dengan jutaan hikmah yang kadangkala tak mampu untuk kita sebagai hamba membaca bahasa hikmah Tuhan kita.
Yang mampu kita usahakan, sentiasa mohon dan mohon Allah beri taufik dan hidayah, untuk kita mampu menafsir hikmah di sebalik setiap kejadian, sekurang-kurangnya sedikit dalam jutaan hikmah.
Satu benda yang kita kena sentiasa ingat, Allah benar-benar sedang hendak membersihkan hati, perasaan, niat kita. Bila kita terlupa kita seorang hamba, ujian2 yang Allah hadirkan terasa sangat berat. Kita memang sentiasa perlukan Allah. 35:15... walirabbika fasbir.. kerana Tuhanmu bersabarlah..

Kakak berkata:
Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang hampir sama kerana kita masih gagal menguasai ujian itu.

Ayat 'innallaha ma'as sobirin'  (2:153)
Allah bersama orang-orang yang sabar. Lazimnya, sabar itu adalah ketika diuji.
Ujian = sabar = bersama Allah
Ujian = x sabar = x bersama Allah
X ujian = x (perlu) sabar = x bersama Allah
Dunia = penjara orang-orang mu'min = ujian = sabar =  bersama Allah

Ayat-ayat 'istainu bissobri wassolah' (2:45, 2:153)
Pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.
Terang lagi bersungguh, jika diuji dan pohon pertolongan dengan Allah, maka SABAR itu sangat perlu.
Tambahan pula, Rasulullah saw pernah bersabda:
The invocation of anyone of you is granted
as long as he does not show impatience.
(Sahih Bukhari)

Animated video : Hadith on doa (my fave hadis : hadis no.6) 

Moga-moga Allah bersama kita semua (= kita menjadi sobirin). InsyaAllah...

Wallahualam...

No comments: