Nov 8, 2009

kerana 'Sayang'...

Bismillahirrahmanirrahim..




Pintu diketuk beberapa kali. Kita buat bodoh, ummi pun sama. Kami maklum, itu tentu sekali ah long... eh, salesman.. (hehehe)

Lantaran 'resistance' salesman itu begitu tinggi dan tak reti-reti nak berhenti ketuk, ummi suruh kita cakap kat Salesman tu bahawa mak tidur, dan lepas itu, mesti cepat-cepat tutup pintu. Ummi menyorok di balik pintu dan bukakan pintu untuk kita.

Baru dikuak sikit, salesman bangsa Tionghua itu terus menerjah masuk. Terkantoilah ummi di balik pintu. Ummi tidak sempat mencapai apa-apa 'head cover' untuk menghijab auratnya. Lebih malang lagi, salesman itu tanpa dijemput duduk di sofa dan menerangkan produknya. Adalah beberapa minit kemudian, ummi berjaya mengeluarkan dia dari rumah.

Kita rasa sedih. Kenapa ummi dah tak pakai tudung waktu Salesman cina tu masuk rumah. Kalau ada lelaki ketuk pintu rumah, ummi akan suruh kita ambil tudung ummi. Kita akan cepat-cepat lari dan bawakan untuk ummi. Lepas ummi pakai tudung, baru boleh buka pintu. Lama-lama, kita sudah boleh tahu dengan siapa ummi kena pakai tudung, dan dengan siapa ummi boleh tak pakai tudung.

Kita rasa tak seronok. Nak main pun tak de mood. Ummi sebenarnya dah berubah ke? Bukan ke Allah suruh pakai tudung? Kita tak berani tanya ummi lebih-lebih sebab kita pun liat pakai tudung. Waktu nak keluar rumah main pasir, ummi suruh pakai tudung. Bila je keluar rumah dan ummi tak perasan, kita pun cabut tudung, sangkut kat ampaian baju dan yeah, MAINNN!!! Bila nak masuk rumah balik, kita pakai tudung balik. Walaupun begitu, kita tak suka orang yang tak sepatutnya tengok ummi kita tak fully in hijab.

Tak lama kemudian, ada lagi laki-laki yang ummi kena fully hijab dengan dia datang rumah. Dan kita kembali gembira, kerana ummi suruh kita ambilkan tudung ummi. Peristiwa tadi hanyalah sebuah accident, dan ummi kita tetap ummi kita yang dulu dan sama!!! Alhamdulillah...  ;)

*****

Secara fitrahnya, kerana sayang, seseorang itu sangat risau kalau orang yang dikasihinya menjadi kurang baik

Wallahualam....

No comments: