Bismillahirrahmanirrahim..
Hari itu tak ramai orang. Seakan-akan, semuanya sudah lari menjauhi gelanggang. Ada perlawanan maha besar hari ini. Aku menapak penuh berani.
Andai hidupku ini sebuah filem koboi, pastinya saat ini kelihatan seperti sebuah pekan koboi yang ditinggalkan. Terik. Panas. Angin kering bertiup kadang-kadang, sambil menggolekkan gumpalan rumput kering. Pintu bar buka-tutup-buka-tutup dek angin kering lagi berpasir. Kemudian, terjemalah sebelah pasang kasut koboi. Arah pandangan mata pun menuju ke arah atas, untuk melihat siapakah tuan punya kasut koboi itu. Oh! Seorang koboi yang cool sedang mengunyah sehelai rumput kering manakal sebelah tangannya kemas penuh siaga di pinggang tempat tersimpannya pistol. Lalu, encik koboi pun mengangkat sedikit topi koboinya, namun sudah cukup jelas untuk melihat gerangan siapakah koboi itu.
Hari ini ada perlawanan besar - final exam mikrobiologi. Bukanlah kali pertama aku periksa. Tapi entah. Lain macam efek peperiksaan kali ini. Aku terperangkap dalam logika kehendak nafsu ego seorang manusia dan sebuah ideologi tauhid yang berimankan Tuhan yang Esa, penentu segala takdir. Aku benar-benar ingin mendapat 5, sebab target aku untuk med-school, dapat all 5 kecuali subjek yang berkait langsung dengan kimia. Aku sekadar tahu, tapi tiada mahu, untuk menerjunkan diri dalam ketenangan dan redupnya beriman pada ketetapan baik buruk yang Allah beri.
Juga, ini bakal jadi transisi. Sebelum periksa, memang aku sibuk memerap diri menatap dan meratap akan buku mikrobiologi, dalam banglo AM (akademi mikrobiologi) untuk para finalis mikrob. Tapi ini turning point-nya, sama ada aku bakal terus menyibukkan diri sebagaimana yang ditekankan dalam surah asy-syarh, ayat 7 (maka, apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras) atau sekadar hidup ala kadar ibarat binatang yang meragut nasi, meminum air, berkubang di atas katil, dan melayan keperluan-keperluan dan keinginan diri sendiri. Ah!
Ah! Memang macam-macam. Malam periksa aku tak dapat tidur. Semua mimpi keluar nama antigen, nama mikrob dan berterabur semua segala. Mengarut sungguh! Ah! Bangun-bangun, satu-satu SMS akak-akak masuk.. Mengingatkan diri tentang hakikat usaha, tawakal dan takdir. Ah! Berkali-kali diusahakan agar hati ini lembut, dan terjun berteduh ke dalam ketenangan beriman dengan qada' dan qadar Ilahi..
Alhamdulillah, dapat soalan, aku mampu menulis. Tidaklah se-blur yang kutakutkan. Ketika oral, rupanya banyak je answer sheet daku yang tak complete. Tapi, alhamdulillah, yang tak complete tuh aku kena soal dan soalan oral Puan Budanova, aku jawab dengan betul. Dia pun senyum banyak, kata good-good segala. Alhamdulillah.. Mahu tak nya aku dapat 5. Alhamdulillah.. So far, semua subjek non-kimia aku ok. Lalu, menujulah aku ke meja keputusan. Tempat di mana markah aku diisi dalam buku laporan keputusan.
Alih-alih, aku nampak 4 kat nama aku. Eh? Biar betul?!! Aku cek betul-betul. Waaa!!! Memang 4 lah! Hamek ko!!!
Demikianlah, terkotorlah rekod subjek non-kimia daku. Dan, alhamdulillah, aku tak mati pun.. Bukan main aku takut exam sampai mimpi-mimpi segala. Haisyh...
Kesimpulannya, aku belajar banyak mikrob, dan aku juga belajar betapa aku (kamu, kamu dan kamu juga tentunya!) masih hanya di pinggir keimanan..Jauh bergantung kepada Allah.. Masih mengutamakan dunia jauh daripada kampung akhirat.
Sukar bukan jadi manusia beriman, walaupun bapak emaknya dah taruk nama Iman?
Banyak waktu dalam hidup kita, kita habiskan seolah-olah Tuhan itu tiada. Dan, dalam hidup kita, seolah-olah Tuhan itu hanya ada ketika solat 5 fardu, usrah-usrah, tazkirah-tazkirah etc. Lagak kita ibarat Tuhan itu tiada ketika kita stay-up, menulis blog, ketika kita pulun study, ketika kita seronok memasak dan memagut nasi serta lauk pauk, ketika kita berhubungan sesama manusia, ketika kita melakukan hobi kita. Ah! Banyak lemahnya kita nih.. Cakap je lebat..
Allahualam... Bersama muhasabah ya! Moga, kita menghabiskan cuti ini dengan lagak gaya seorang hamba yang memang Allah ada MELIHAT, MEMANTAU dan BERSAMA kita.. Allahualam.. Moga-moga, perkongsian ini menjadi pahala pasif buat aku!
3 comments:
sgt setuju. susah nk puaskn hati kalu x dpt 5.
wuu satu je benda jeles. xde pn msg akak2 masuk phone sy. haha
cai
salam ziarah iman,
la tahzan ukhty..
mcm rasa berderu penampar kne ats muke bc entry ni...subhannaallh..jazakillah sis utk sedikit pencerahan dikala musim imtihan yg menyebabkan kekeringan ruhi~haih ='(
utk cai : wtv.. >:) [ketawa evil]
kak mawaddah:
waiyyaki! uhuk2... isk2.. tsk2.. iman Iman tgh merudum rendah.. wah!!! moga Allah tingkatkan iman & amal kita.. jika di musim imtihan, kering ruhi.. kalau di musim post-imtihan, kering segala! isk2.. tsk2.. banyak setan!!! bru habis periksa 2 hari, sy rasa dah mroyan.. moga Allah tolong kita semua! wah! jaulah cptlah mula!!!! aaaaaaarrrrrggggghhhhhh!!!! setan jahat! akk tunggulah kot2 sy muncul dpn pintu rumah akk kat volgo.. wahhhhhh!!!! (k.aisyah kt blkg curi2 tgk sy taip smbil gelak.. cess.. ) hehehe..
Post a Comment