Bismillahir rahmanir rahim..
Lintas langsung dari bumi Nizhny Novgorod, dari bilik rakan yang duduk di sebelahku di INTEC - Cik Ruby tentunya! :P
Ini adalah sesuatu yang telah agak berminggu terperam, dan kembali muncul ketika aku membaca Ucapan Sulung Mursyidul Am yang ke-8 Ikhwanul Muslimin (Muslimin Brotherhood aka MB) - Dr Muhd Badi' sebaik pengumuman pelantikan beliau bagi menggantikan Mursyid ke-7 - Ustaz Mahdi Akef.
The MB prioritizes the Palestinian case and considers it as the most important case for the nation, which measures the standard of loyalty to Islam, and Arabism and they do not spare any efforts to make this cause the first interest of ruling systems and nations until Palestine is free, God willing.
Hmm.. Aku punya seorang teman yang begitu kukagumi identiti Islam-nya. Mengimamkan solatnya bagus, juga bangun qiam, dressing pun memang Islami, sangat menjaga makanan. Jika ada makanan yang samar-samar halal haram, beliau tetap utuh dengan pendapat beliau walaupun majoriti orang lain dengan lenient-nya mengambil pendapat yang lebih mudah. Moga Allah merahmati beliau.
Namun, ada sebuah perbualanku dengannya yang begitu mengusik jiwa sehingga membuatkan daku terpana. Kisah beliau ini kubawakan ini adalah semata-mata untuk kasi korang sedar bahawa kerja kita masih banyak, dan betapa tentera kebathilan telah berjaya menyusup meresap masuk menyerang jiwa-jiwa Muslim yang baik.
(B - beliau.. A - aku..)
B : Oh... Saya tak makan makanan brand !@@$%&*.
A : Oh.. Saya juga.. Brand tuh kan kena boikot... Boikot barangan Yahudi segala.. Tolong Palestin bla2..
B : Oh.. Awak boikot.. Saya memang tak boikot-boikot ni.. Boikot tuh kan individual..
A : *buat beberapa bentar, tak tau nak react macam mane*
Statement berwarna biru itu memang melastik jiwa daku. Kepalaku rasa nak pecah meletup-letup. Gila apa! Ditakdirkan bahawa beliau lah yang hadir dalam hidupku untuk menyedarkan daku tentang realiti ini. Aku yakin ramai lagi di luar sana yang merupakan Muslim yang baik-baik tapi punya mentaliti serupa. Cuba bayangkan, jika yang punya identiti Islam yang bagus pun tidak turut boikot, bagaimana dengan lainnya?
Aku kagum dengan seseorang yang mampu menjaga perut sendiri dari makanan yang syubhah. Namun, bukankah hal ehwal menjaga kemaslahatan umat Islam lainnya juga sangat utama?!!! Ah! Tidakkah tindakan menjaga perut sendiri tetapi tidak menjaga kemaslahatan saudara sendiri itu selfish?
Ya. Boikot tak termaktub kata wajib dilaksanakan, tidak seperti perihal menjaga makanan E471, E123, E100, E555, Eetc.. Tapi, aku sependapat dengan Dr Bad'i. Pekanya kita dengan isu Palestin adalah kayu ukur kesetiaan kita kepada Islam, kesetiaan kita untuk sedikit berlapar dan meninggalkan brand-brand kegemaran demi masalahat saudara sendiri, kesetiaan kita untuk berjuang bersama-sama walaupun di medan yang jauh lebih mudah tanpa sebarang senjata pemusnah.
Tak hancurnya muka kalau tak beli dan pakai produk cap-cap boikot ini,
Tapi memang ada adik-adik kita di Palestin yang bukan setakat muka hancur, kalau kita beli produk-produk ini.
Tak termusnahnya sistem pencernaan kalau tak beli makanan cap boikot ini,
Tapi memang ada adik-adik kita di Palestin yang terburai usus, perut terbom kalau kita beli makanan ini.
Kita tak mati pun kalau tak beli,
Tapi ada orang yang mati kalau kita beli.
Boikot bukan individu, tapi usaha kolektif sebuah umat yang saling menyayangi antara satu sama lain kerana kita sama-sama berpegang pada sebuah kalimah paling baik (tayyibah) yang saban zaman menggegar dunia - La ilaha illallah, Muhammad rasulullah.
Lu pikirlah sendiri! Pesan gua, berhentilah membunuh dan ayuh gegarkan dunia!
Allahualam...