Moga setiap laku kita dibersamai dengan taufiq, hidayah dan rahmat Allah insya-Allah.
*****
Bercerita seorang pakcik akan Islam di Turki dengan penuh ke-eager-an. Ah! Mesti di-wiki, di-google nih. Yang pernah kuterbaca pun hanyalah tentang Erdogan dan kelantangannya, dan seorang pemimpin Turki yang mana isterinya yang memakai tudung.
Jika di-wiki, ada satu frasa yang begitu melastik fikir. "The Kemalist nature of Turkey"
Tidakkah sengal itu? Betapa berjayanya kuffar menanam sekularisme dalam-dalam ke tanah yang mana pernah tertegaknya pusat pemerintahan Khilafah, hinggakan sekularisme itu dikatakan suatu nature, suatu yang alami, suatu yang memang fitrah buat negara Turki! Ah! Si sial Attarturk cuma mengisytihar runtuh khalifah belum sampai seratus tahun, dan sekularisme yang dibawanya sudah dicop sebagai nature. Yang selama ini khalifah dok perintah bertahun-tahun itu apa?!
Namun, nampaknya, sudah ada yang berani bangun mengubah the so-called-nature.
In recent history, two parties have been ordered to close (Welfare Party (Turkish: Refah Partisi) in 1998 and Virtue Party (Turkish: Fazilet Partisi) in 2001) by the Constitutional Court for Islamist activities and attempts to "redefine the secular nature of the republic".
The current governing party in Turkey, the conservative Justice and Development Party (Turkish: Adalet ve Kalkınma Partisi or AKP) has often been accused of following an Islamist agenda.
(sumber : Wikipedia "Secularism in Turkey")
Parti yang simbolnya hanyalah sebiji mentol ini telah mencerahkan dunia sehingga membuka mata banyak orang. Pemimpinnya - Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan in action (siapa tak klik memang rugi besar)
Ah! Aku bukanlah pemerhati politik. Tapi apabila mendengar ada yang bangun menentang dan ramai yang sedar untuk menyokong penentangan itu di bumi bapak-gila-sekular(!) itu, ada sesuatu yang meremangkan. Tambahan lagi, beberapa hari yang lepas, sempat ketemu dengan seorang Azerbaijani, Rabiah.
Azerbaijan merupakan sebuah lagi negara yang percentage Muslimnya mencecah 90% ke atas, tapi haram sekular. Aku pernah punya kawan dari negara yang sama, yang langsung tak tahu apa itu 'fasting', 'Ramadhan' etc. Cerita Rabiah lagi, dia sendiri pun mengenali Islam sebenar-benarnya setelah belajar di Moscow. Sering melihat masjid di Moscow, dan mengetahui bahawa dia adalah Muslim, namun ironinya, dia sendiri tak tahu apakah Islam itu. Ibaratnya, seseorang yang tahu dia punya MD, sering lalu kawasan hospital tapi haram tak pernah tau maksud perkataan 'doktor'. Dari situ, dia mula mencari dan kini menjadi full-time Muslim. Malahan tanpa perlu kepada sebarang ceramah atau pemberitahuan, dia tau-tau sendiri yang a full-time Muslim is also a full-time dai. Of course she doesn't use the word dai etc, tapi dia cerita lepas paham Islam, dia beriya-iya dok debat, dok cerita, dok ajak masuk Islam secara sebenar (=kafah, menyeluruh) kat family and friends.
Paling meremangkan, kata Rabiah, di Azerbaijan, masjid-masjidnya dipenuhi golongan muda. GOLONGAN MUDA. M-U-D-A. Cerita Rabiah, mereka ini seperti dia, golongan muda yang tertanya-tanya apakah erti menganut Islam yang sebenarnya, lalu mencari sendiri di internet etc. Allahuakbar!
Bayangkan anda melihat bumi melalui sebuah space ship. Percayalah, ada kebangkitan cahaya yang memancar-mancar dari sini-sana : Azerbaijan, Turki, etc.., pendek kata, dari setiap permukaan muka bumi. Apa sekadar ingin memerhati atau ikut ber-partisipasi?
Allahualam...
No comments:
Post a Comment