Bismillahir rahmanir rahim..
Syaitan itu kepandaian.. Di kala kita struggle melakukan ibadah harian minima (=mutabaah amal), saat itu juga kita dihasut-hasut untuk tidak berlapang dada dengan teman-teman, di saat itu juga kita bersangka yang buruk-buruk belaka pada Allah. Semuanya terasa seakan sempit. Di kala kita chill, lepak-lepak to meet the minimum requirement (=mutabaah amal), saat itu setan indahkan dengan yang indah-indah. Ah! Persetankan ko setan!
Semalam, penulis begitu tercarried away dengan mengemas dan menyah-lipas. Semuanya gara-gara setan yang mengindahkan pekerjaan itu sehingga penulis begitu leka. Dipendekkan cerita, operasi kecemasan menyah lipas terpaksa di-execute di kediaman beta. Sebelum dispray, penulis sempat menjamu (memerangkap) lipas-lipas di dengan biskut, belacan dan gula-gula. Juga, untuk menjadikan operasi "lipas-cide" lebih ilmiah, penulis telah me'wiki' tentang lipas.
1. Lipas adalah haiwan nocturnal, kecuali lipas Asia yang memang suka light-bathing. Mereka takut akan cahaya. Tapi mereka akan jadi fearless terhadap cahaya bila mereka beramai-ramai. Bersatu teguh, bercerai roboh!
2. Lipas adalah haiwan yang begitu tawazun (seimbang). Mereka hidup secara berkoloni (=berjemaah/bersyura) namun dalam masa yang sama, mereka adalah kompetitif to each other/ individualistic (=Fastabiqul khairat! arabic phrase meaning bersegeralah kpd kebaikan). Hidup bersosial vs hidup secara individualistic adalah 2 perkara yang sangat berbeza, namun harus diseimbangkan dengan betul. Dunia sudah merana dengan wujudnya 2 ideologi yang tak seimbang : 1) TERLALU individualistic, iaitu faham kapitalis (the best MAN wins) dan 2) TERLALU berkelompok, iaitu faham sosialis (EVERYTHING should be shared). Islam mengajar kita untuk hidup seperti lipas; ada yang perlu dilakukan dalam konteks satu kelompok, ada yang perlu dilakukan dalam konteks satu individu; ada fardhu ain nya, ada fardhu kifayah nya. Pendek kata, kita semua mesti harus saling bantu-membantu untuk meraih cinta Allah (eg bila kita bagun qiyam, kita kejut orang lain bangun qiyam juga) DAN dalam masa yang sama, kita perlu berlumba-lumba untuk meraih cinta Allah agar kitalah yang PALING BERTAQWA! (eg kita ajak orang lain qiyam juga, tapi kita jeles ada orang boleh M-E-N-I-T-I-K air mata ketika taubat-nya kepada Allah, maka, kita pun USAHA plak untuk M-E-L-I-M-P-A-H air mata!)
3. Lipas menggoda lipas lain dengan menggunakan teknik bau badan /pheromone. Penulis membuat kesimpulan sendiri, bahawa berdasarkan fakta ini lah, orang Melayu dahulu kala come up with petua meletakkan daun padan untuk menghalau lipas. Dengan ada-adanya bau-bau lain yang lebih kuat (eg bau pandan), kita telah berjaya meng-create suatu atmosfera bau (=biah solehah) di mana para lipas kompius dan tercari-cari di mana pasangannya. Ingat, wala taqrabuz zina!
4. Tahukah anda, pada tahun 2000s, telah terjadi satu kejadian menggemparkan di negara bekas Soviet, iaitu mereka (manusia) pelik apa hal lipas dah makin berkurangan sangat di kawasan mereka! Bukanlah kerana mereka begitu merindui lipas, tetapi kerana depopulation of the cockroaches are so noticeable! Kalau nak ikutkan hati, mahu sahaja beta edit artikle Wiki tuh dengan mengatakan bahawa lipas-lipas tuh dah pakat migrate pi Moscow, to hostel beta to be precise. Kalau anda tak percaya akan fenomena kehilangan lipas nih, sila wiki sendiri. --> Depopulation of cockroaches in the ex-USSR countries
5. Terakhir sekali, kenapa kita mesti benci dan berjaga-jaga kat lipas ha?! Mengapa?! Adakah kerana mereka merayap? Adakah kerana mereka boleh menjadi kenderaan (vehicle, vector) untuk mikcrob lain-nya? Ishh.. Sebenci-benci dan semenyampah-menyampah kita kat lipas yang dok merayap di dinding bilik kita, yang dok tumpang sekaki kita makan, yang dok berenang-renang dalam air minuman kita; LEBIH WAJAR LAGI UNTUK KITA MENYAMPAH KAT MAKHLUK yang dok CANGKUNG KAT HATI KITA, yang dok TUMPANG SEKAKI KITA MAKAN-MINUM KALAU TAK BACA BISMILLAH.. Ah! Lipas boleh dibunuh dengan pesticide, but there's no such thing as syaitan-icide!
Akhir kata, apalah sangat kalau ada 200-300 ekor lipas sarang dalam bilik kita dan bawah katil kita hinggakan tak da sapa-sapa pun dah tak sanggup pi ketuk pintu bilik kita, apatah lagi berkawan dengan kita.
Bandingkan dengan kuantiti setan yang dok bersarang di hati kita, yang entah berapa ribu batalion tentera setan ntah untuk berkawan dengan kita sahaja.
Apakah Allah sudi lagi untuk mengetuk pintu hati kita yang sudah kotor ekoran menurut hasutan setan-setan? Sampai bila harus risau tentang sarang lipas, tapi tidak risau akan sarang setan?
Siapa musuh kita yang Allah dok mention dalam Quran - lipas atau setan?
Gambar ni cuma imaginasi manusia, the real thing would be much more 'ANGKER' ;(
وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٲتِ ٱلشَّيَـٰطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُون
(Surah al-Mu'minun 23 : 97 & 98)
Allahulam..
No comments:
Post a Comment