Mar 29, 2010

Syafyor aka supir

Bismillahirrahmanir rahim..

The syafyor aka supir.. 

(Sarah kata lepas ni mesti ramai orang tulis entry blog pasal metro meletup. Aku 
cakap aku tak nak tulis. Hehehe.. Tapi, x boleh kawal diri)
Baru lepas keluar menghantar Sarah & Farah menaiki teksi. Hari yang bermula 
gembira berakhir dengan kerisauan. 
Pendek cerita, pagi tadi entah kenapa metro kelam-kabut. Aku dan Wani Ripin agak 
gembira, kerana walaupun kami x tau what's going on, kami gumbira 
kerana hari Isnin tak seperti the same boring Monday. Rupanya, apa yang kami 
gembirakan sebenarnya adalah letupan! Letupan yang meragut nyawa, letupan yang
mencederakan manusia, letupan yang mengerikan, letupan yang suspeknya adalah 
Muslim, letupan yang suspeknya adalah female suicide bomber! Oh!
 
Detik-detik cemas penulis & rakan2 di tempat kejadian : blog jiran 
***

Kami terstuck beberapa jam di tengah-tengah bandar Moscow kerana sistem 
pengangkutan awam tergendala. Kami pulang dengan menaiki teksi sapu. Pakcik 
supir (in Russian = syafyor) itu Muslim rupanya, dari Uzbekistan. Dengan 
penguasaan bahasa Rusia ku yang lemah, kami cuba yang terdaya
untuk menjawab soklan pakcik itu. Dia tanya "mutabaah amal" - solat 5 waktu 
tiap2 hari x, mesti solat awal waktu, baca Quran x, boleh berbahasa Arab x etc. 
Dia pun dok puji kami semua pakai tudung. Dok nasihat kami supaya saling nasihat 
rakan-rakan kerana di akhirat kami akan ditanya Allah, tentang tanggungjawab 
kami terhadap kawan-kawan. Syahadatul Haq gituh. Pakcik tuh belajar bahasa Arab 
on his own from kitab "al-Mabda' al-Quran", (baru pagi tadi ketika 
kelam kabut, sesak-sesak naik metro, aku terbaca bab tentang kepentingan 
bahasa Arab dalam "10 wasiat" tulisan Pak Cik Hassan Al-Banna).Dia tunjuk buka 
nota Bahasa Arab dia. Pakcik tuh pun dok nasihat kami belajar bahasa Rusia 
terel-terel. At least 4 jam sehari. Dia kata baca je, kalaupun tak paham. Itu 
akan train kami baca tulisan Rusia cepat, later on baru try fahamkan the meaning.
Aku pun dok kata lah "tapi kami belajar kat sini dalam English (= so, x pe je 
kalau Russian kami tak terel)". Pak cik pun kata "Eta maslahah!" 
(= ini maslahah). Aku terpana(H). Aku pernah terbaca, Rasulullah pun 
suruh kita tahu banyak bahasa agar tak ditipu bodoh-bodoh oleh sesuatu bangsa. 
Skali lagi, bab bahasa demi maslahah ummah. Selesai menghantar kami, dia 
pulangkan duit tambang 100 rubles. Dia suruh kami ambil.

****

Dalam 10 wasiat, Pak Cik Hassan dok tekankan pentingnya umat ini di'unite' oleh 
satu bahasa, itulah bahasa Arab Fusha (bahasa Arab persuratan). Betapa sebelum 
diutusnya Muhammad saw dengan al-Quran, Allah telah menyusun suatu rencana, di 
mana bertahun-tahun sebelum itu, regardless of the 'assabiyah'ness of the 
Arabian people, they were still using 1 main language among them which is 
Bahasa Arab Fusha dialek Bahasa Quraish, yang juga merupakan bahasa al-Quran. 
Maka, saat itu, orang di Jazirah Arab mempunyai pola pikir, cara fikir yang di 
sekitar wavelength yang sama. Semuanya kerana bahasa.

Sungguh, tak dapat terbayangkan, bagaimana bahasa mainkan peranan membentuk dan 
memadu satu pola pikir yang seragam. 
Hinggalah aku terpikir tentang orang Melaka. Waktu sekolah asrama dulu, aku 
dengar-dengar yang bahasa orang Melaka ni 
kasar-kasar sket. So, kalau ada orang Melaka yang aku baru first time kenal, 
tapi cakap macam chill-chill ja, aku pun tak kisah sangat. 

Juga, jika kita dengan orang yang baru kita kenal, kita tak kan beraku-engkau, 
kerana kita ada mind-set yang orang itu belum rapat dengan kita, Bayangkan, 
hanya 2 perkataan "aku-kau", tapi itu sahaja sudah cukup merakamkan pola pikir 
2 orang manusia yang baru saling berkenalan. Apatah lagi, jika one whole 
language with all of its words! Just imagine how can all those words of 1 same 
language affect the way people think & the way people connect to the others. 
Apatah lagi, bahasa al-Quran, bahasa syurga.

****

Pulang ke asrama, kami dok kumpul berita. Oh! Suspek adalah Muslim. Again, the 
Chechens become the main suspect. And, worse, they suspected it was female 
suicide bomber. Setahu aku, all those civil law practiced by the so-called 
civilized people ade satu prinsip - one is NOT GUILTY until he IS PROVEN GUILTY. 
Tapi, tidak! Kita (Muslimah yang berhijab) tahu apa kah bahayanya untuk ke kelas 
esok-esok, untuk naik metro esok-esok. Orang akan memandang dengan sceptics yang 
kita bisa jadi the very next suicide bomber. Sceptics & paranoid 
pasca-pengeboman satu hal. Hooligans neo-nazism satu hal lagi. Ah! Kita masih 
menunggu-nunggu bagaimana ini akan meng-affect perjalanan hidup kita di bumi 
tinggalan Lenin ini untuk hari-hari mendatang. La yadurru ma'asmihi syaiun fil 
ardhi wala fis samai, wahual 'aliyul 'azim. 
***

Anda mungkin tidak nampak connection antara tulisan-tulisan saya ini. Jujur, 
saya ternanti-nanti how can this incident (which I was involved indirectly. Saya 
berada tak jauh dari tempat kejadian, k!) affects my life, my sisters and at 
large, the Muslim community. Dan, kita perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk 
meminimumkan suspicious/perhatian orang kepada kita. Naik metro elok-elok, 
jangan pakai tudung hitam, berlagak ceria etc. Bahkan, tadi nak balik Farah
Sarah dok kusut-kusut nak naik metro atau cab. Cess.. Kalau bermuka kusut dan 
takut-takut lalu naik metro pun bahaya. Orang boleh pikir "awatlah dak Muslim ni 
muka takut-takut, tuh takut-takut nak switch on ke tak suis bom lah tuh." Lalu, 
kami pun menahan teksi. Teksi pertama untuk ke apartment mereka, mahal! 700 
rubles! Mula berputus asa...

Teksi sapu kedua - "eh! Ada gantung ayat quran lah kat kereta dia! Mesti 
Muslim ni!". Dan, harganya - *drumroll* 300 rubles! Mintak diskaun jadi 
200 rubles! Subhanallah!

Entah kenapa, tapi sungguh saya rasa begitu indebted terhadap para supir 
beragama Islam sebegini. Ada nada-nada takaful (saling tolong-menolong) dalam 
kita mengguna khidmat supir-supir ini, apatah lagi buat saya yang deal 2 kali 
dengan mereka untuk hari ini sahaja. Saat-saat sudah hampir malam dan berbahaya 
untuk kita, saat-saat orang punya sceptics hatta ketika kita sekadar ingin guna 
pengangkutan awam, para supir ini Allah hantar. Tak mustahil, sebenarnya mereka 
sendiri pun tahu masalah kita, paranoia kita untuk hidup sebagai umat Islam di 
akhir zaman, di ibu kota negara yang sangat kafir yang pernah menolak kewujudan 
Tuhan - negara komunis Russia. Itu belum lagi di-unite oleh satu bahasa! 

Allahualam...