Jan 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari itu tak ramai orang. Seakan-akan, semuanya sudah lari menjauhi gelanggang. Ada perlawanan maha besar hari ini. Aku menapak penuh berani.




Andai hidupku ini sebuah filem koboi, pastinya saat ini kelihatan seperti sebuah pekan koboi yang ditinggalkan. Terik. Panas. Angin kering bertiup kadang-kadang, sambil menggolekkan gumpalan rumput kering. Pintu bar buka-tutup-buka-tutup dek angin kering lagi berpasir. Kemudian, terjemalah sebelah pasang kasut koboi. Arah pandangan mata pun menuju ke arah atas, untuk melihat siapakah tuan punya kasut koboi itu. Oh! Seorang koboi yang cool sedang mengunyah sehelai rumput kering manakal sebelah tangannya kemas penuh siaga di pinggang tempat tersimpannya pistol. Lalu, encik koboi pun mengangkat sedikit topi koboinya, namun sudah cukup jelas untuk melihat gerangan siapakah koboi itu.

Hari ini ada perlawanan besar - final exam mikrobiologi. Bukanlah kali pertama aku periksa. Tapi entah. Lain macam efek peperiksaan kali ini. Aku terperangkap dalam logika kehendak nafsu ego seorang manusia dan sebuah ideologi tauhid yang berimankan Tuhan yang Esa, penentu segala takdir. Aku benar-benar ingin mendapat 5, sebab target aku untuk med-school, dapat all 5 kecuali subjek yang berkait langsung dengan kimia. Aku sekadar tahu, tapi tiada mahu, untuk menerjunkan diri dalam ketenangan dan redupnya beriman pada ketetapan baik buruk yang Allah beri.

Juga, ini bakal jadi transisi. Sebelum periksa, memang aku sibuk memerap diri menatap dan meratap akan buku mikrobiologi, dalam banglo AM (akademi mikrobiologi) untuk para finalis mikrob. Tapi ini turning point-nya, sama ada aku bakal terus menyibukkan diri sebagaimana yang ditekankan dalam surah asy-syarh, ayat 7 (maka, apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras) atau sekadar hidup ala kadar ibarat binatang yang meragut nasi, meminum air, berkubang di atas katil, dan melayan keperluan-keperluan dan keinginan diri sendiri. Ah!

Ah! Memang macam-macam. Malam periksa aku tak dapat tidur. Semua mimpi keluar nama antigen, nama mikrob dan berterabur semua segala. Mengarut sungguh! Ah! Bangun-bangun, satu-satu SMS akak-akak masuk.. Mengingatkan diri tentang hakikat usaha, tawakal dan takdir. Ah! Berkali-kali diusahakan agar hati ini lembut, dan terjun berteduh ke dalam ketenangan beriman dengan qada' dan qadar Ilahi..

Alhamdulillah, dapat soalan, aku mampu menulis. Tidaklah se-blur yang kutakutkan. Ketika oral, rupanya banyak je answer sheet daku yang tak complete. Tapi, alhamdulillah, yang tak complete tuh aku kena soal dan soalan oral Puan Budanova, aku jawab dengan betul. Dia pun senyum banyak, kata good-good segala. Alhamdulillah.. Mahu tak nya aku dapat 5. Alhamdulillah.. So far, semua subjek non-kimia aku ok. Lalu, menujulah aku ke meja keputusan. Tempat di mana markah aku diisi dalam buku laporan keputusan.

Alih-alih, aku nampak 4 kat nama aku. Eh? Biar betul?!! Aku cek betul-betul. Waaa!!! Memang 4 lah! Hamek ko!!!

Demikianlah, terkotorlah rekod subjek non-kimia daku. Dan, alhamdulillah, aku tak mati pun.. Bukan main aku takut exam sampai mimpi-mimpi segala. Haisyh...

Kesimpulannya, aku belajar banyak mikrob, dan aku juga belajar betapa aku (kamu, kamu dan kamu juga tentunya!) masih hanya di pinggir keimanan..Jauh bergantung kepada Allah.. Masih mengutamakan dunia jauh daripada kampung akhirat.

Sukar bukan jadi manusia beriman, walaupun bapak emaknya dah taruk nama Iman?

Banyak waktu dalam hidup kita, kita habiskan seolah-olah Tuhan itu tiada. Dan, dalam hidup kita, seolah-olah Tuhan itu hanya ada ketika solat 5 fardu, usrah-usrah, tazkirah-tazkirah etc. Lagak kita ibarat Tuhan itu tiada ketika kita stay-up, menulis blog, ketika kita pulun study, ketika kita seronok memasak dan memagut nasi serta lauk pauk, ketika kita berhubungan sesama manusia, ketika kita melakukan hobi kita. Ah! Banyak lemahnya kita nih.. Cakap je lebat.. 

Allahualam... Bersama muhasabah ya! Moga, kita menghabiskan cuti ini dengan lagak gaya seorang hamba yang memang Allah ada MELIHAT, MEMANTAU dan BERSAMA kita.. Allahualam.. Moga-moga, perkongsian ini menjadi pahala pasif buat aku!

Dec 26, 2009

The Artistic Side of Russia


Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah kini ramai yang mengalami sindrom post-exam termasuk saya. Jika dahulu di sekolah rendah, kita suka main tutup botol atau batu seremban selepas periksa akhir tahun, kini kita lebih maju dengan mysoju, movies dan movies.

Beberapa pekan yang lalu, saya telah meng-habis-baca-kan sebuah buku tulisan seorang kader PKS, Salim A. Fillah (cuba baca blog dia ---> Berbagi Makna) bertajuk Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Buku itu sangatlah seronok, apatah lagi buku itu diolah dengan bahasa Indonesia yang indah dan halus dengan teknik penceritaan mengikut 7 maratib amal! Hasil promosi kepada teman-teman rapat, so far dah hampir 5 orang queue nak baca buku tuh! :P

Dalam buku itu, telah dimention banyak mengenai Rusia yang saya, selaku penuntut di Moscow sendiri pun tak tahu.

1) Leo Tolstoy. Beliau merupakan penulis terkenal Russia melalui hasil kerjanya - Anna Karenina dan War & Peace. Menurut Akh Salim, banyak sebenarnya penulisan-penulisan Tolstoy yang mengilustrasi secara halus mengenai nilai-nilai Islam. Apatah lagi, Tolstoy memang ada bergaul rapat dengan Muslim dari wilayah Kaukasus. Hmm.. Wikipedia tidak menceritakan mengenai sisi hidup Tolstoy yang ini. Untuk lebih lanjut lagi, sila baca sendiri Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Cerita War & Peace telah diadaptasi ke dalam filem dengan judul yang sama oleh pengarah Sergei Bondarchuk pada tahun 1968. Secara relatifnya, filem ini adalah filem termahal di dunia. (bayangkan tengah Soviet dok inflasi2, ade yang berani buat filem sebesar ini). Filem ini mengisahkan tentang kekalahan Napoleon di Waterloo.

2) 2 tahun kemudian, Sergey Bondarchuk kembali mengarah sebuah filem lain berjudul Waterloo - filem hasil kolaborasi bersama produksi Rusia-Itali. Juga masih mengangkat tema kekalahan Napoleon di Waterloo. Scene-scene pertarungan Waterloo merupakan inspirasi utama kepada Peter Jackson, pengarah The Lord of The Rings untuk mengarah scene-scene pertarungan dalam trilogi TLOTRnya itu. Mengejutkan - pelakon-pelakon tambahan dalam Waterloo adalah merupakan tentera Soviet sendiri, hinggakan saat itu Bondarchuk was in command of the 7th largest army in the world!

Tentera Soviet ini telah membuat latihan berbulan-bulan lamanya before shooting kerana perlu membiasakan diri dengan perlawanan menggunakan senjata lama seperti bayonet, pedang dan lain-lain. Kem tentera telah dibina di tempat shooting. Walaupun tengah shooting, tentera ini tetap terikat dengan protokol-protokol ketenteraan Soviet yang tinggi! Pagi-pagi, mereka perlu kawad kaki ke wardbrobe untuk salin props pakaian. Malahan, arahan kepada mereka tidak diberikan oleh Bondarchuk (mahupun Yanekeva :P) secara direct, tetapi perlu diberikan oleh komander tentera. Disiplin tahap maut sungguh tentera ini!

3) Bagi yang belum pernah merasa penangan filem sejarah keluaran Russia, mungkin anda boleh cuba bermula dengan menonton movie Mongol arahan Sergei Bodrov, sebuah movie keluaran 2007 mengenai bagaimana empayar Mongol dimulakan oleh seorang manusia bernama Temudjin, famously known as Genghis Khan.

Selamat menjadi produktif cuti ini.
Allahualam...

Ayer Hitam


Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk kesekian kalinya, aku ingin berkongsi apa yang aku jumpa melalui ustaz Google dan ustaz Wiki.

Aku mula-mula terbaca mengenai kenyataan seorang ulama' di Pakistan mengenai kehadiran spy-spy Blackwater yang dalam usaha untuk mencuri teknologi nuklear Pakistan[sumber]

Jadi, aku macam pelik, apakah Blackwater? Kenapa ramai kecoh tentang Blackwater? Juga, aku tak pernah dengar intelligence mana-mana negara kuffar by the name of Blackwater. Kita sering mendengar nama CIA (intelligence Amerika), KGB (Soviet), Mossad (Israel), M16 (UK) dan sebagainya. (Malaysia apa? SB kah?)

Hasil rujukan ekspres di Wikipedia dan teknik bacaan scan (=aku baca gitu2 je, for more info, please wiki yourself here) memaparkan fakta-fakta yang kusangkakan selama ini hanyalah paparan movies atau drama series. *drumroll*

1) Blackwater adalah PRIVATE MILITARY COMPANY (PMC) yang diasaskan oleh 2 orang rakyat Amerika pada 1997. PMC merupakan syarikat yang menjual perkhidmatan berkaitan peperangan termasuk, mercenary aka soldiers-for-hire. (Fuhh.. Selama ini kita sering dengar agensi pembekal pembantu rumah. Ini agensi pembekal askar). PMC terlibat dengan kerja-kerja small scale (eg bodyguard orang-orang penting, jaga embassy, perkhidmatan penerbangan untuk ketua-ketua negara etc) sehinggalah ke kerja-kerja skala besar (eg menawarkan perkhidmatan melatih tentera sesebuah negara).

2) Walaupun ada rules-regulations-guidelines yang telah digariskan di peringkat antarabangsa supaya PMC beroperasi pada tahap etika dan moral yang maksima, itu semua hanyalah make-up semata-mata. Dah nama perniagaan ganas, tak de keje nye diorang nak jadi skema. Blackwater sendiri telah berjaya mendapat tender daripada kerajaan US tanpa perlu bidding atau bayar rasuah. Dan ini tender bukan cikai-cikai : these tenders have something to do with Iraq and Afghanistan invasion.

3) This is the best part of all. Blackwater mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Order of Malta dan Knights Hospitaller, sebuah organisasi yang ditubuhkan di Jerusalem pada tahun 1080 yang menawarkan khidmat kebajikan hospital kepada mereka yang sakit dan miskin ketika 'berhijrah' menuju tanah suci Jerusalem. Namun demikian, pada tahun 1099 (tak sampai 20 tahun penubuhannya), Knights Hospitaller telah 'mengganas' dan menjadi organisasi keagamaan-ketenteraan yang terjun ke medan perang untuk mempertahankan Jerusalem. (baca lanjut di ---> aftermath news, collection of news for independent thinkers in the post '9/11' era)

4) Untuk memudahkan anda semua mempunyai tasawwur (big picture) of Blackwater without having to read much, do not hesitate to go youtubing this video ---&> Blackwater : Shadow Army

Allahualam.