Oct 24, 2008

Tafakurku

Aku sudah lambat ke lecture biochemistry. Semuanya gara-gara tertinggal pas metro (sistem kereta api bawah tanah Moscow). Aku terpaksa patah balik ke hostel. Nasib baik lecture ada interval break. Boleh aku masuk untuk dengar 2nd half tanpa disedari lecturer.

Aku melewati deretan pokok yg kekuningan daunnya untuk ke bangunan lecture. Suasana yang cukup nostalgic untuk mengenang kenangan lalu, tak lupa juga untuk mengenang dosa-dosa yang bertimbun (oh!)! Cadangku, ingin lepak di mana-mana bus stop paling dekat denggan bangunan lecture dan minta tolong kenalanku ‘notify’ aku kalau-kalau sudah masuk waktu rehat. Boleh aku menyusup masuk.Aku bertafakur (memerhati dan menikmati keindahan alam lalu berfikir soal-soal ketuhanan) sambil menghirup udara segar. Segar sungguh udaranya! Sampai kalau kita hirup dengan posisi mulut tersenyum menampakkan barisan gigi supaya udara mengenai gigi kita, kita rasa macam baru lepas makan peppermint chewing gum atau baru lepas gosok gigi! Oh, indahnya! 

Seingat aku, aku kembali cenderung jadi pemerhati alam di MRSM Langkawi. Tengok langit di padang atau di belakang asrama. Semasa kanak-kanak dulu, abi dan ummi selalu bawa kami adik-beradik ronda-ronda naik kereta. Antara tempat ronda-ronda kegemaran ummi dan abi yang masih aku ingat-ingat kabur, kawasan banglo Bukit Perdana (kalau tidak silap aku, itulah namanya) di mana letaknya banyak banglo menteri-menteri termasuk kediaman rasmi PM suatu ketika dahulu sebelum Putrajaya. Mungkin, abi nak intip kegiatan korupsi atau konspirasi menteri-menteri (kalau betullah menteri-menteri kita ada yang begitu, Naudzubillah). Tak pun, abi & ummi secara tak langsung suruh aku belikan banglo sebegitu untuk mereka. (Oh, tidak! Mampukah aku? Lainlah kalau aku masuk AF lalu menjadi kaya-raya seperti Mawi).

Selain itu, ummi dan abi minat ronda-ronda di kawasan hutan & penempatan orang asli sekitar Gombak atau Ulu Selangor. Mereka memang ‘super-excited’ tengok dusun durian orang asli dan gerai manggis tepi jalan. Kalau nak suruh aku beli rumah orang asli, mungkin aku mampu tanpa perlu meraih AFUNDI para peminat AF yang kebanyakannya sama deen dengan aku.

Ada masanya, aku yang masih kanak-kanak ketika itu tengok luar tingkap kereta sambil berfikir hal-hal ketuhanan yang ustazah ajar. Pokok ini Islam, Allah cipta, rumput pun sama, langit pun sama dan lain-lain. (Ceh! Baiknya aku).

Tapi sekarang, tiada lagi saat-saat kami ronda-ronda begitu lagi. Al maklumlah, harga minyak melonjak. Lagi, kami adik-beradik makin membesar. Selalu memberontak mahu tinggal di rumah main PS dan tengok TV.

Mungkin, itu caranya ummi & abi tarbiyah aku dahulu macam mana mahu bertafakur dengan alam..

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam & siang terdapat tanda2 (kebesaran) Allah bagi org yang berakal”
(Ali Imran 3:190)

(Aku cakar karangan ini atas kertas A4. Aku agak pelik kerana temanku tidak ‘notify’ tentang waktu break. Alih-alih dia telefon, mengatakan bahawa lecture sudah habis dan lecturer itu tidak peruntukkan waktu break. Oh, tidak! Rupa-rupanya dah dekat sejam aku menunggu di bus stop. Hidung perit akibat rembesan mukus, tangan usah cakaplah, hampir reput frost! Tetapi, aku gembira kerana menghabiskan masa dengan agak optimum – baca buku teks anatomy dan mencakar sedikit buah pikiran. Paling seronok, ada pemandu bas yang senyum-senyum melihatkan aku baca buku. Dia kelihatan seperti mengatakan sesuatu kepada aku melalui bukaan pintu basnya. Aku balas senyumnya sebab aku agak yakin bahawa pak cik itu seorang Muslim. “Roh yang sama ‘team’ akan mengenal mana musuh, mana comrade di medan perang.’’ Lebih kurang maksud dengan apa yang naqibah aku pernah cerita mengenai tautan hati sesama Muslimin. Selepas menurunkan & mengambil penumpang, pak cik pun lambai ‘goodbye’ kepada aku. Sedar-sedar, aku sudah membalas lambaiannya, diikuti dengan perasaan gembira berterusan yang menceriakan aku walaupun apa yang kutunggu tak kunjung tiba.)

Alhamdulillah..
Wallahualam.. 

21 Oktober 2008, 1050

No comments: