Apr 15, 2010

Somewhere I Belong by LP

Bismillahir rahmanir rahim...

Saya ketemu usrahmate yang pernah begitu meminati Linkin Park (LP) - penyanyi Somewhere I Belong.

Hari ini, saya juga bermimpi tentang dia. Dia yang juga pernah begitu meminati LP. Dia yang mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Dia adalah antara teman-teman kesayangan yang lain, yang sering seiring dan sejalan melihat langit dan awan-awan. Dia dan teman-teman lain mengajar saya erti bahawa "All works and no play makes Jack a dull boy." Dia dan teman-teman lain sering membuat saya rasa ada sense of belonging bila berada dengan mereka. Dia Yah.

***

Siang tadi, saya dan teman-teman menziarahi tempat yang tak pernah gagal menawarkan rasa sense of belonging yang tak pernah saya dapat di mana-mana tempat di bumi Rusia atau di mana-mana masjid di Bumi Malaysia - sebuah masjid di Moscow. Masjid adalah titik pertama saya bertemu tarbiyah, masjid adalah titik pertama saya cuba meninggal jahiliyah, masjid menawarkan saya satu kedamaian yang membuatkan saya rasa seolah-olah it's somewhere I belong. Itu ziarah pertama saya selepas peristiwa letupan. Ah! Di sana, ada polis dan askar.

***
Masuk ke restoran masjid, ada tiga orang askar Rusia berbaju celoreng-celoreng biru. Aku beratur membeli makanan di belakang mereka. Ada seorang tu macam lost-lost. Tray mengambil makanan di kaunter sudah habis. Tak jauh dari kaunter, ada meja yang atasnya berlonggok-longgok tray. Askar depan aku tu lost aka was-was nak amek tray atas meja tu ke tak. Maklumlah, rusa masuk bandar. Aku pun dengan heroiknya amek tray, dan dia follow aku. Aku pun pas tray yang kat tangan aku kepada dia, dan amek tray lain. Loser! Ade hati askar ni nak pi konon 'watch over' kita - Muslims yang dicop pengganas. Nak amek tray pun penakut. Pirah! ;(

***
Solat zohor berjemaah di masjid. Aku berani kata, aku tak pernah pi mana-mana masjid Malaysia yang (beragama rasmi Islam) untuk berjemaah Zohor pada hari minggu/weekdays, yang jemaahnya sebanyak ini! Baik jemaah laki2, mahu pun jemaah perempuan. Subhanallah.. Susah nak gambarkan rasa yang bercampur-baur hingga saat ini. Fikirkan, bagaimana menjadi ghuraba' (orang asing) di sebuah ibu kota Moscow - sebuah ibu kota yang pernah berakidahkan bahawa Tuhan itu tiada? Fikirkan bagaimana untuk menyarung hijab, untuk menyarung kopiah lalu mengharung jalan menaiki metro dengan orang sekeliling memandang mereka seakan-akan mereka is the very next suicide bomber? Dan semua kesusahan-kesusahan itu hanya untuk menuju ke rumah Allah, untuk bertemu dan bahu-membahu dalam saff-saff untuk bertemu Allah. Subhanallah. Bagaimana mereka boleh begitu berilitizam dan bermujahadah dengan iman terhadap Allah.

Allah.. Kalau lah iman itu bersaiz, sebesar manalah iman kita (rakyat Malaysia) nak banding dengan para ghuraba' ini.. Allah.. Dan, bagaimana, dengan iman yang tak seberapa itu, Allah pilih kita jua untuk jadi negara yang AGAMA RASMInya Islam, Allah pilih kita jualah untuk kenal erti 'menarik tangan saudaranya menuju ke syurga bersama-sama', Allah pilih kita jualah untuk ini, Allah pilih kita jualah untuk itu.

Umat ini sakit.Umat ini sakit. Umat ini sakit. 
Seronok ke ziarah rumah Allah tapi ada ramai askar polis, 
yang merupakan manifestasi bahawa Dinullah ini sedang difitnah? 
Dalam ketidak-layakan kita, 
Allah memilih kita untuk menyembuh sakit ummah ini, 
Allah memilih kita untuk hapuskan segala fitnah, 
Allah memilih kita untuk sebarkan rahmat Islam itu ke seluruh alam.  

Udahlah dosa menimbun, Allah pilih kita & kasi can untuk kita kutip pahala; kita nak pi cabut lari, nak pi berehat, nak give up. Yakinilah, Allah dengan segala rahmat-Nya telah memilih aku dan kau ---> [Manusia pilihan] 

***
Allah.. Umat ini sedang merintih sakit yang amat. Sangat merintih sakit. Dan meminjam kata-kata seorang pakcik omputih dalam sebuah dokumentari lebih kurang begini - "Muslims world today, rather than in unity, is in diversity". Luluh hati.. Tapi, masjid with its own ability to offer me an undescribable sense of belonging, walau seluluh mana ia membentangkan realiti pedih umat; dalam masa yang sama, saff-saffnya meniup harapan bahawa mimpi seorang Mukmin pada hari ini adalah realiti esok hari. Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia! ;)

Jom layan LP! (Laskar Pelangi) "Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia" =)

Allahualam..

7 comments:

Anonymous said...

testing2.. cubaan 1,2..

cuba jaya said...

cobaan kali ke-2..

testing2.. testting2..

i.am.me said...

lagi Allah bg can kat kita,lg kuat nafsu dan syaitan menarik kita.. =(

Dr.Senbe said...

huaa i made a guest appearance haha
been meaning to ask you about the bombing thing; how are things now?
dont know what else to say here..and you probably dont need me to say anything right =p
anyway. good luck & all the best

syuqaira said...

Impian menuntut sebuah tanggung jawab, supaya ia diusahakan, direalisasikan.

Bismillah.

Moga Dia pilih kita hingga saat habis nyawa kita.

Anonymous said...

aimi : indeed.. a never ending battle.. ='(

kak sikin : :(

dr senbe : hahahahaha.. i know u r both been MEANing to ask n being MEAN!!! ;) (u don't hv to be polite/politically-correst with me) muahaha!!!! :P

Anonymous said...

Salam
hehe

"Aku pun pas tray yang kat tangan aku kepada dia, dan amek tray lain. Loser! Ade hati askar ni nak pi konon 'watch over' kita - Muslims yang dicop pengganas. Nak amek tray pun penakut. Pirah! ;("

urm, kadang2 rasa marah ngan diorg.. tapi bila fikir2 balik, diorg pun MK... hanya melaksanakan tugas yg diamanahkan...

Mungkin, ye mungkin! akhlak kita mampu membuat mereka tertawan dgn Islam..(sememangnya bukan akhlak semata2.. perlunya syumul itu sudah tentu)

Quoting: Ummi kata, biar mereka nampak keindahan Islam ini.. hehe..

(oh, tempoh hari ada polis yg time periksa2 tula dia sempat borak2 and bertaaruf dgn kita.. huhu.. cam lawak pulak, tapi apapun.. tau je, tak semua org jahat.. hehe)