May 19, 2010

Rijal vs Rijlun

Bismillahirrahrrahmanirrahim..

Dengan nama Allah kita mulai segala-galanya.

Ya. Setiap daripada kita punya jahiliyah/tabiat buruk/kelemahan masing-masing. Dengan solatnya tak khusyu' mana, dengan isu pergaulan dengan ajnabi, dengan membazir masanya.

Tapi dengan izin dan rahmat Allah, Allah pilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Apatah lagi dalam keadaan yang lagi ramai rijlun (kaki) dari rijal. Kaki (rijlun) rempit, kaki motor, kaki judi, kaki arak, kaki konsol, kaki TV, kaki Wii, kaki PS, kaki manga, kaki komik, kaki awek, kaki betina, kaki anime, kaki lepak, kaki pukul, kaki buli, kaki game.




Dengan penuh kekurangan kita, Allah memiilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Kita bengang-berang-mengamuk bila betting/judi badminton jadi legal di Malaysia. Sebab tu kalah Piala Thomas sebab tak berkat. Kita bengang-berang-marah bila negara Malaysia yang konon beragama rasmi Islam tidak menepati ciri-ciri Islami yang kita nak. Sekali lagi, sebab tu kalah Piala Thomas sebab match waktu Maghrib sampai ramai miss solat. Kita-bengang-berang-mengamuk itu dan ini.     

Pertama-tamanya, syukurilah rasa kepedulian itu & berbahagialah para pemuda! Kerana al-Qur'an sendiri  bercerita tentang kamu : 
  • Para rijal Kahfi yang bersembunyi dalam gua selepas protes mereka terhadap kezaliman direspon dengan ancaman oleh pihak berkuasa
  • Optimisnya 2 orang rijal bertaqwa untuk masuk ke kota Palestina di celah-celah kebaculan kaum Nabi Musa as yang lain (Surah al-Maidah 5:23)
  • Seorang rijal dari hujung kota yang bergegas-gegas mengingatkan masyarakatnya agar mengikut para rasul (Surah Yasin 36:20) 
  • Beraninya seorang rijal yang merupakan ahli keluarga Fir'aun sendiri memperdebat akan ke-relevan-an Firaun menentang risalah rabbaniyah Musa as (Surah al-Ghafir 40:28-35)    
Keduanya, perhatikan betul-betul. Para pemuda yang kisah mereka diabadikan dalam al-Quran punya persamaan: 

  • Kepedulian & kepekaan mereka adalah berakarkan aqidah pada Allah.
  • Kepedulian & kepekaan mereka bukanlah kepedulian & kepekaan MANDUL yang terbuku di dalam pemikiran mahu pun bait-bait perkataan. Selari dengan keimanan,.kepedulian & kepekaan mereka ini adalah kepedulian & kepekaan yang MELAHIRKAN TINDAKAN - ada yang bergegas-gegas, ada yang memang confront musuh face-to-face etc.
Ketiganya, mulailah bertindak! Bagaimana? Bukan sekadar cakap berapi-api di mulut, di YM, di FB atau di blog. Tetapi, tindakan yang sebenar-benarnya berpaksi kepada faham "To change the world, you have to change yourself first." Apabila setiap pemuda Muslim hidup dengan Islam sebenar-benarnya, pasti esoknya akan tertegak negara Islam. 

Bagaimana untuk memberi faham setiap pemuda Muslim? Kita tak boleh sekadar focus to change our own self, our own individual, tapi kita juga mesti change other individual. Islah nafsak, wad'u ghairak (Perbaiki dirimu, dan ajak orang lain.)




Seperti itu jugalah keluarga pak cik Sidek. Macam mana pakcik Sidek boleh ajak (wad'u ghairak = ajak orang lain) anak-anaknya Bun, Dol, Rashid etc main badminton kalau pakcik Sidek sendiri tak de skill main yang baik (Islah nafsak = perbaiki dirimu). 

Akhir kata, majulah sukan untuk negara!
Dan tentunya, majulah wahai para pemuda untuk ummah!

Allahualam..    

4 comments:

Azli said...

MANTAP LA SIS!!

JZKK!!!

WHAT SAY YOU..? RIJAL..? @ RIJLUN..?

mawaddah said...

Slm wrt Iman!

burung hud2 pon boley jadi rijalud Da'wah~

malu sungguh baca post ni='(
tamparan hebat dari iman..hehehe
moga ke'sensitivitian' membuahkan amal..bukan cakap lebat je kan?
either kita yg mempengaruhi ummah yg sdg nazak atau kita yg terpengarauh..
xnk jadi kaki=(

jazakillah.jazakillah.jazakillah

p/s-datang tour volgo x end of june ni?mehhhh laaaaaaa~
*bittaufiq exam!!!!kirim salam akhawati yea?(^_^)

UMAH said...

Waalaikummusalam wbt kak waddah!

Hehehe.. sy lg brat tggjwb because i said it, so i need to do it.. huhu... WALK THE TALK

hmm.. dtg volgo? b'gantung kpd masakan apa yg akn kak waddah masak!
gud lak exm gak kak! ;P

aizadiha said...

salam iman..~
subhanaallah amat suke rijal vs rijlun nih.jzkk sis for sharing, rasa malu sangat!

iman dtg sebab masakan ke?
iman! jangan jadi rijlun makan:p heheh

uhibbuki<3
semoga Allah redha