Jun 7, 2010

Rijal vs Rijlun Episode II

Bismillahir rahmanir rahim

Kau yang ber'ana'-'anta',
Kau yang mengurus program sini-sana,
Kau yang 'weekend'nya usrah belaka,
Kau yang impiannya membina BM bahagia menuju syurga,
Kau yang imami kuat lantun qunut nazilah,
Kau yang lebat berkata-kata,
Kau yang terkedepan saat bicara,
Soal kebangkitan ummah dan peranan kita.

Dan kau jualah yang be'ana-anta' sambil menghirup Coca-Cola,
Dan kau jualah yang mengurus program sini-sana berbekalkan Bon Aqua,
Dan kau jualah yang menapaki menuju usrah dengan kalori dari McD,
Dan kau jualah yang mengimami qunut-qunut kami dengan aroma Starbuck.

Dan kau jualah yang ingin menjimat tenaga mengenyangkan perut memuaskan deria rasa,
Saat ada yang tertembak terburai-burai perutnya.

Belum mencecah 20 tahun,
Usamah ibn Zayd mengepalai tentera,
Baru mencecah 21 tahun,
Al-Fatih menepati hadis sebaik-baik tentera,
Hanya mencecah 24 tahun,
Saat Imad Aqel meraih syahidnya.

Sudah mencecah umur sekian-sekian,
Dan kita masih TERKIAL-KIAL memboikot lawan?

[sumber asal]

[NB! I remind myself first, then to others. Penulis sendiri dalam usaha intensif mendisiplinkan diri memboikot. Sehingga kini penulis masih menggunakan buka muka. Jadi, kalau ada2 sapa nak komen pasal buku muka, sila kemukakan dlm musykilah usrah anda. Sekian..]

Allahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Hopefully tiada lagi ikhwah akhwat sambil berusrah sambil makan mcD kat ashan or kalush.

antum juga boleh boikot!

Bismillah.

Anonymous said...

Buku Muka boleh pakai untuk dakwah & followup anak buah.

Intel... lagi...
Selagi tiada pilihan lain.

McD, Coke, Starbuck boleh ke guna buat dakwah & tarbyyah?
Lebih kepada nafsu perut sendiri ni.

UMAH said...

Jazakumullahu khayr kathiran kpd 2 anonymous..

Sanglasna s vami [stuju dgn anda]