Bismillahir rahmanir rahim….
Tahniah kerana anda sedar matlamat hidup kita adalah 51:56
dan 2:30.
Konon-kononnya kita dah bawa dan ikut usrah bertahun
lamanya. Last-last, tiba d Malaysia, dah BFG, kita pun larut dalam kehidupan
sbg HO dan jangankan x bawak usrah, nak ikut usrah pn liat sokmo. Atau pun,
kita ingat kita bekerja (eg jd ajk kebersihan program ziarah rumah orang tua2),
tp ada kerja yg lg utama perlu kita buat. huuuu… ada org mungkin berani
keluarkan statement – sekarang masa utk
masuk masyarakat, buat apa sibuk2 usrah.. Tapi sorry sir, and after all these years of tarbiyah with all the endless
syllabus/daurahs etc; I beg to defer (ie boleh encik Tarik kata2 itu? Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata maut padahnya.. *sambil angkat kening
dan cekak pinggang*).. heheeee…
.
saya juga pernah atau mungkin sedang melalui fasa2 itu, jadi
sama2 kita meluruskan orientasi kita di jalan miri-bintulu dakwah… ayuh atas
dasar taa’ruf-tafahum-takaful, kita saling meluruskan! *tumbukan angin ke udara
tanda bersemangat*
masih saya ingat 5/6 tahun sudah, daurah paling sentap
pernah sy dapat – ISK namanya. Seperti berasap rasanya dapat daurah tu,
walaupun ketika musim sejuk. Manakan tidak, ini betul2 buat saya lihat dunia
dlm bentuk yg baru dan Berjaya menjawab persoalan2 kemanan dunia yg telah lama
menghantui saya semenjak kanak2 lagi (Sy suka baca surat khabar/buku ktk kanak2,
suka curi dengar abi bersembang.. jd sy tahu sedikit sebanyak ttg perang
soviet-vs-afghanistan, peritiwa ambon, bosnia-herzegovina semenjak saya kanak2)..
kita pun belajar lah graf ISK, graf dia mcm sebuah bukit yg mempunyai 2 puncak –
puncak yg awal2 tuh tinggi sket, namanya Abassiyah, n puncak kedua tu rendah
sket dan bernama Usmaniyah…
walau bagaimana pun, kita kini berada di Fasa Mekah, iaitu
Fasa Pembinaan Individu.. jadi, kita kena kerja untuk Islam macam org zaman
mekah – bina individu2 muslim.. bina, bina dan terus bina.. inilah
asas/foundation kebangkitan islam.. even tamadun Islam dah terbina sampai
ustaziyatul alam, masih kita perlu kekalkan foundation ‘individu muslim’ tuh..
apa pernah anda terjumpa orang bina2 bangunan, lepas Berjaya pasang atap, kita
pun cabut foundation? Sodap2 je nak cabut foundation… lepas dpt ISK, kita pun
rasa terpanggil untuk bawa usrah, nak bina orang.. punya lah kita bawak
bertahun2, sampai reasons why kita ikut/bawa usrah pn dah x hengat.. usrah
semakin hambar, kita pun makin x jelas kenapa nk ikut/bawa usrah.. lagi2 kalau
usrah online yg banyak masalah teknikal tu.. itu pasal bila allah sibukkan dgn
HO, kita pn x terasa urgensi nak bawa ataupun nak ikut usrah.. kan??? Ngaku je
lah…
alkisah, bila saya dah start HO, rasa rindu bangat nak
bawa/ikut usrah.. rasa mcm useless gila.. apa sumbangan aku kepada islam? Apa beza
kita HO yg ikut tarbiyah, dgn HO lain? Bila dgr junior yg jd naqibah dan bawa
usrah, tp rasa x bersemangat, rasa macam – “awat lah hang ni take for granted? U
would one day, miss all the time u spent to bina manusia… bak mai anak usrah
hang kat cheq!”..
lebih merasuk jiwa, bila dengar kata2 Umar al-Faruq.. *ketuk2
dada macam king kong*
Once 'Umar al-Khattab r.a. asked the companions around him,
"Dream up!"
One guy answered,
"I dream to have a mountain of gold so that I can donate the whole lot of it for the course of Islam!"
'Umar insisted,
"Dream up!"
Another guy said,
"I dream that this place will be filled by diamonds so that I can donate them all for Islam!"
As though still not satisfied with the answers, once again 'Umar pressed,
"Dream up!"
"We do not know what else to say, O Amirul Mu'minin!"
And as the legend goes, 'Umar envisioned his dream, of which probably one of his greatest and most legendary sayings:
"I dream of rijal (young men) whose qualities are comparable to those of Abu 'Ubaidah al-Jarrah, Muadz ibn Jabal and Salim (Abu Huzaifah's servant), of whom I shall call for assistance to glorify and exalt His words.
(credits : Jedi APG)
ok2.. anda kelihatan resah kerana penulisan ini mungkin
mencabar dan mencalar perasaan anda.. (ke saya je yang perasan… fine.. ) back
to basic… tahukah anda bahawa sebenaqnya, matlamat hidup kita, ubudiyyah n
khilafah itu sgt berkait, dan IMPOSSIBLE anda dpt laksanakn ubudiyyah tanpa dpt
laksanakan khilafah… eg “saya HO, sgt
sibuk.. sy x rasa sy dpt buat tugas khilafah sbb sy kan HO – sibuk… jd, sy rasa
nak buat ubudiyyah saja, saya jaga tarbiyah zatiyyah saya..”
I.M.P.O.S.S.I.B.L.E kerana :
1) Lihat pada the living manuals – para anbiya
dan para rasul
Premis 1 : allah memerintahkan kita manusia utk buat ubudiyyah
Premis 2 : kita blur macam mana nak buat ubudiyyah.. atas kasih sayang-Nya, allah utuskan para rasul dlm
bentuk manusia, untuk kita jadikan living manual/panduan mcm mana nak
laksanakan kerja ubudiyyah
Premis 3 : semua rasul buat kerja dakwah/khilafah… dan itu lah
kerja mereka yg paling utama..
Kesimpulan : kerja dakwah/khilafah adalah subset terbesar dlm ubudiyyah..
2) Cara ubudiyyah kpd Allah – mengagungkan dan
lemah-lembut
Premis 1 : Imam Ar-Razi kata cara kita beribadah kpd Allah ada
2 aspek – Ta’zhim (mengagungkan) & Syafaqah (lemah lembut)
Premis 2a – Ta’zhim : Apakah cara mengagungkan Allah paling
utama? Pastinya, dengan menyebut-nyebut keagungan Allah kpd org lain dan ajak
org lain utk agungkan Allah skali..
Eg anda fan Jep Sepahtu.. Apa cara nak tunjukkan anda begitu
mengagungkan Jep? Anda pi canang kat semua org yg anda jumpa betapa lawaknya Jep
and ajak org lain utk sama2 jd fan macam anda..
Premis 2b – Syafaqah : Apakah cara anda sebagai hamba Allah
berlemah-lembut pada hamba Allah yang lain? Pastinya, dgn meng-offer benda
paling best kat hamba Allah yg lain – syurga.. ie kena suruh org lain buat baik
(dakwah), barulah dia dpt masuk syurga..
Eg anda fan Jep Sepahtu and dia akan bg t-shirt exclusive
free akan diberi kepada mana2 fan yang berkelakuan baik. Atas rasa kasih sayang
anda sbg seorng fan kpd fan yg lain, tentu anda akan suruh fan lain berkelakuan
baik utk dpt hadiah tu…
Kesimpulan : untuk
laksanakan tugas ubudiyyah yg merangkumi ke-dua2 aspek ta’zhim dan syafaqah;
nak tak nak, hang kena juga buat kerja khilafah..
Ada point ke-tiga, tp sudah agak lewat utk sy menulis… akan
sy sambung jika allah beri kelapangan.. tp andai allah menyusun yg lebih baik,
dapatkan buku ‘Qawaid Dakwah’ di pasaran sekarang untuk mengetahui point ketiga…
ohoi! Akhir kalam, semoga allah menguatkan kita untuk menjadi ‘abid dan khilafah!
Aminn.. Renung2kan kembali apa matlamat hidup kita sebenaqnya.. Are we in the
right position n having the right attitude to get our job done?
1 comment:
ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯 , ut台湾辣妹视讯
Post a Comment