Nov 17, 2008

alhamdulillah..kenyang

Bismillahir rahmanirrahim..

Aku tengah makan malam ketika membaca wikipedia lalu terjumpa petikan ini mengenai nabi Muhammad saw..

Muhammad ibn ‘Abdullāh (Arabic: محمّد; Transliteration: Muḥammad;[2] IPA: [mʊħɑmmæd̪]; pronunciation (help·info); also spelled Mohammed or Muhammed)[3][4][5] (ca. 570 Mecca – June 8, 632 Medina),[6] is the central human figure of the religion of Islam and is regarded by Muslims as the messenger and prophet of God (Arabic: الله‎ Allāh), the last and the greatest law-bearer in a series of prophets of Islam. Muslims consider him the restorer of the uncorrupted original monotheistic faith (islām) of Adam, Abraham, Moses, Noah, Jesus (Isa) and other prophets of Islam.[7][8][9] He was also active as a diplomat, merchant, philosopher, orator, legislator, reformer, military general, and, for Muslims and followers of several other religions, an agent of divine action.[10]

cuba kira berapa banyak 'kerja' Rasulullah saw..10!
utusan, nabi Allah, diplomat, pedagang, ahli falsafah, pemidato, penggunbal undang2, reformis, jeneral ketenteraan, agent of divine action (aku kurang jelas tentang ini)

kalau mengikut subjek histologi yang aku blaja, stem cell itu b'sifat multi-potential, sekor tapi bleh b'anak pinak jd mcm2 benda. tapi, manusia lagi letup sebab x yah b'anak-pinak, nak tunggu anak sulung jadi doktor, anak ke-2 jadi ahli falsafah, anak ke-3 jadi menteri pertahanan dll. dia sorang2 bleh jadi sumenye dalam satu2 masa. tapi, hanya kalau dia ikut Rasulullah saw, dengan menghidupkan & meng-bumi-kan al-Quran sendiri melalui percakapan, hati, perbuatan & segala2nya.

bukan-nya mem-wayar-bumi-kan Quran tu..(aku ingat2 kabur tentang subjek KH form 3 dulu. suis 3-pin itu ada 3 wayar. sila beri tunjuk ajar. mmg ada satu wayar khas yang akan menyalurkan extra current ke dalam bumi. praktikalnya dlm kehidupan insan sbg contoh, seorang insan yang memang tak boleh terima al-Quran. nak amek sket2 mane yg die suke. kalau lebih2 die akan jadi mcm wayar bumi tuh, lalu menolak & memwayar-bumi-kan mana2 part Quran yg die tak nak)

so far yg aku belajar, manusia ada 3 potensi utama. 1) jasad - fungsi sebagai alat input-output lalu lahirkan amalan. 2) akal - fungsi utk b'fikir lalu lahirkan pengetahuan. 3) hati - fungsi utk faham lalu lahirkan keazaman.

Dan, utk jadi super-multi-potential, hanya dengan Quran & As-Sunnah. bukan semata2 dengan amalan pemakanan kita yg memenuhi piramid makanan kononnya. Rasulullah saw yg makanan jasadnya sedikit & secukupnya pun boleh jadi super-multi-potential sbb makanan ruhnya mmg mengenyangkan.

berikut adalah petikan wikipedia m'ngenai salahuddin al-ayyubi:

Seated on a dais before his army, Saladin watched as "the band of scholars, sufis and ascetics...

Sepatutnya, pada pandangan aku, wujud kesalahan bahasa pada ayat di atas..
patut jadi "the band of scholars-cum-sufis-cum-ascetics"

Saladin & askar-askarnya bukan calang2 orang. Diorang tentulah super-multi-potential gak. Mereka dalam satu masa punya ilmu yg tinggi setinggi cendekiawan, ahli ibadah yg rapat dengan Allah serapat ahli sufi & mereka juga zuhud, sampaikan Saladin tak cukup kain utk dikafankan kerana banyak sungguh hartanya disumbangkan kepada Islam.

Isyhh..tak lama selepas membaca, aku pun kenyang lalu menulis entry ini..aku bukan main kenyang dari segi jasadku, tapi ruh..& mampukah aku yg makanan harian lebih mewah dan banyak drpd Rasulullah saw, sahabat2 baginda & para salafi mampu jadi super-multi-potential?

(aku perlu membasuh pinggan-mangkuk, periuk belanga etc..)

Wallahualam.

No comments: