Jun 4, 2009

Contoh Karangan Surat Aduan Rasmi

Dengan nama Allah yang tidak putus-putus memberi kurnia,
Selawat dan salam buat Muhammad saw - dai teragung beserta para pengikutnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada setan - musuh yang nyata.

Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
PERKARA : ADUAN MASALAH TERHIMPIT DI DALAM METRO.

Merujuk perkara di atas, saya, XXXXX (no I/C : 890401-14-XXXX) ingin mengadu bahawa saya telah digasak oleh gerombolan manusia yang berasak-asak dan dihimpit oleh mereka di dalam metro.

Ekoran masalah terhimpit ini, saya telah mengalami ketidakselesaan di tahap maksima. Dihimpit oleh manusia daripada pelbagai arah termasuk oleh mereka yang berlawanan jantina merupakan perkara yang paling saya tak suka di muka bumi! Apatah lagi, adanya manusia berlawanan jantina yang menayang itu ini sehingga mampu menambah dosa saya, juga ada manusia yang mempunyai tabiat tangan suka meraba merayap.

Saya melihat bahawa masalah ini hanya akan selesai apabila sistem pengangkutan awam diasingkan untuk lelaki dan wanita. Namun, dalam dunia serba sekular yang jauh dari Tuhan, pasti tiada mana-mana negara yang memberi perhatian akan masalah ini. Sedangkan masalah rogol, zina pun boleh tutup mata, inikan pula masalah sebegini. Kirim salam je lah...

Maka, oleh sebab itu, untuk menyelesaikan masalah ini, nak tak nak, perlu ada negara dan pemimpin yang betul-betul Islami. Contohnya seperti di zaman Khalifah Umar al-Faruq dan lain-lain lagi.

Justeru, saya menyeru dato'/datin/tuan/puan/encik/cik supaya segera menyelesaikan masalah saya ini kerana dato'/datin/tuan/puan/encik/cik adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Lantaran itu, dato'/datin/tuan/puan/encik/cik mestilah membina negara dan barisan pemimpin yang betul-betul Islami.

Beserta ini, saya lampirkan link yang menerangkan secara ringkas strategi-strategi untuk menyelesaikan masalah ini. (sila klik)

Segala kerjasama dato'/datin/tuan/puan/encik/cik amat saya hargai tetapi saya tak mampu balas. Hanya Dia yang dapat memberi sebaik-baik balasan.

Sekian, terima kasih.

"Berkhidmat untuk Allah, rasul-Nya dan deen-Nya"

Yang terhimpit dalam metro,
XXXXX

Wallahualam...

3 comments:

skyluss said...

salam moga nasib kitab biru unguku tak macam tu.. amin..

Anonymous said...

Bangga dengan India yang mampu mengasingkan lelaki dan perempuan dalam bus awam walaupun India bukan negara Islam..

UMAH said...

to anonymous :

fuh.. hang orang india ka tumpang2 bangga nih.. hehehe... peace!! tulah.. Yang tak Islam tuh kadang-kadang jauh lebih Islam daripada yang Islam..

wallahualam.. ;)