Jun 20, 2009

Where on Earth has Iman been?

Dengan nama Allah pembentang bumi penegak langit,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta para pengikutnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Sampai je KLIA, gua dah syak iMan hilang. Cari punya cari, tanya stewardess lagi, pergi kaunter lost n found bla2.. Lalu akak yang berjuta kali lebih efisien daripada Dasya dekanat pi call orang yang kene clean kan pesawat lepas semua org turun. Kompem, iMan gua negatip. Memang tak de harapan.

Takpalah...

Sampai rumah, dah unpack semua, ajak adik2 tengok Laskar Pelangi. Aiseyh.. Takleh on. Mmg gua dah save byk muvie yg cambest utk adek2 tgk. Adeyh.. Gua pn hampa...
Henpon plak habis bateri. Gua ada 2 charger, walaupn dah cucuk, tapi die stil x charging. Kalau kat Rusia, gua pnjm charger sorang akak ni.

Malam tuh, gua memang tensi. Sume nak rosak, hilang bla2.. Adeh.. Lalu, gua meluahkan perasaan kpd adek gua yang sedang pack nak balik hostel. Dia kata - jiwa kacau. Chess..

Dalam 1,2 hari kemudian, gua pi hantar laptop kat servis center. Dia kata sama ada kipas atau motherboard jahanam. Dia warning siap2, kalau motherboard, maybe 1k lebih. Gua pening kepala.

On the way balik rumah, gua sempat membeli charger cap ayam dan suruh amoi tuh try charge fon gua. Bleh plak. Balik rumah, gua caj n mesej PRO gua - Amy Fareena. Tak smpai seminit, dah x boleh caj. Dan henpon gua pun mati bateri selama-lamanya.

Masalahnya ialah, semua contact gua save dalam fon, sbb sim card megafon x muat nk simpan. Dan backup contact plak ade dlm laptop. Nasib baik bila pasang sim megafon ke henpon lain, amy dah reply msg. Maka, satu-satunya no manusia yg gua ada adalah yang Amy punya.

Memburukkan lagi keadaan, rupanya maybank card gua dah tertukar dengan Amy, maka pokailah gua nak pi bayar repair ni repair tu, bayar ni bayar tuh. (Tapi dah pi jumpa Amy, tukar balik tadi. Sorry Amy for the inconvenience.)

Isyh.. Boleh kate minggu pertama di Malaysia, gua mengalami depresi melampau sehingga rasa macam nak pi balik Rusia sekarang juga. Huh.. Nasib baik naqibah gua pesan jangan tinggal mutabaah. Sesengal gua melayan masalah kegawatan ekonomi dunia, keluarga dan poket sendiri, gua masih boleh berpijak di bumi yang nyata.

Untuk mengelakkan masalah mental yang lebih teruk, gua mengambil pendekatan dalam movie Shawshank Redemption (betoi ke eja?). Dalam tuh, untuk banduan merasakan bahawa hidup mereka masih bermakna adalah dengan meng'occupy' masa mereka dengan sebarang kerja atau perjuangan etc.. Dalam movie tuh, ada yang bina library dalam penjara, ajar banduan buta huruf membaca etc.

So, adalah misi-misi kecil yang gua laksanakan. Antaranya, baca buku. Huhu... Paling best, buku Michael H. Hart "The 100 Most Influential Person in History" versi BM dan buku tulisan Ust Maszlee Malik - Hamas. Gua baru tau, rupanya yang beli buku tuh adalah adik gua yang rajin mesej makwe (skang tak tau lah..) dan rajin beli Kreko tiap2 edisi. Gua sujud syukur.. ;) Oh! Lagi misi kecil gua adalah ajar adik2 ngaji dgn tolong adik2 buat homework. So, instead of rase mcm loser sbb hilang n rosak byk brg, @ least hidup gua amat bermakna di sisi adik2 gua! ;) Oh, lagi! Gua rasa al-Maududi adalah penulis buku yg best. Gua pernah baca buku dia tapi mcm tak masuk, gua try baca lagi dan memang best ar.. ;) Do try it yourself!

"Anda tahu betapa besarnya kerugian anda bila padi di sawah anda terbakar;
anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya pekerjaan;
anda dapat merasakan sedihnya kehilangan harta benda.
Tetapi anda tidak tahu betapa ruginya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam"
(Al-Maududi - Dasar-dasar Islam)

Wallahualam.. ;P

No comments: