May 21, 2009

malu seorang melayu vs malu seorang Muslim

Demi Allah yang jiwa kita di tangan-Nya,
Selawat dan salam buat dai agung - Muhammad saw beserta para pengikutnya,
Kita mohon perlindungan Allah daripada syaitan yang sering mengindahkan dosa-dosa kita.

Mata gua yang hampir kering akibat menatap buku teks tebal dialihkan menghadap siling. Tiba-tiba, gua teringat opah gua di Sabak Bernam. Walaupun gua tahu dan yakin bahawa abah gua bukan anak feveret dia serta emak gua bukan menantu feveret dia (lalu gua secara automatisnya menjadi cucu bukan feveretnya); dia tetap opah gua yang terel masak pajeri nenas!

Opah mangsa keadaan yang kaya dengan adat resam, adab sopan Melayu. Jika berkelah di Hulu Yam dan sepupu gua hampir lemas, opah berkeras nak bawa pergi pulut kuning ke sana. Jika demam tak kebah-kebah, opah cari tali kasut nak buat rantai spesel. Jika sakit-sakit, adalah air khas yang gua kene tonggang.

Bagi opah, Islam itu ialah majlis berkhatan, akad nikah, pengurusan jenazah, puasa ramadhan, puasa sunat 6 di bulan Syawal, tahu arah kiblat, ada telekung-kopiah-sejadah dan khatam al-Qur'an SAHAJA. Gua tak salahkan opah sebab opah mangsa keadaan.

Seingat gua, sejak tadika, opah selalu pesan kat gua 'Jangan diikut jantan-jantan. Biar orang kata kita sombong. Biar... Malu kat orang kalau kita ni gatal. Jaga diri baik-baik. Kita ni perempuan'. Lebih kurang begitulah. Sampai gua jejak 20-an, opah masih bagi nasihat yang sama. Kalau gua buat muka bosan tak nak dengar, bukannya opah nampak sebab dia dah rabun kronik. Jadi, gua pun menggagahkan diri menjadi pendengar yang baik serta cucu yang solehah, walaupun gua bukan cucu feveretnya.

Tapi, gua telah mula lama memberontak dalam hati dengan nasihat orang Melayu jangan-buat-itu-ini-malu-kat-orang. Ah! Kita asyik-asyik didoktrin menjauhi perbuatan jelik sebab MALU-KAT-ORANG. Sungguh, malu itu sifat orang beriman. Tapi, kalau MALU-KAT-ORANG didahulukan lebih daripada MALU-KAT-ALLAH, apa kes??!! Kita diajar supaya malu akan makhluk-Nya LEBIH daripada malu akan-Nya. Tang ni, memang gua anti dengan sistem pendidikan tak formal di kalangan bangsa Melayu.

Mungkin gua dipengaruhi dendam-dendam dahulu akibat emak gua ditindas sebagai menantu-bukan-feveret dan abah gua sebagai anak-bukan-feveret, tapi hari itu, gua tak dapat menahan diri daripada melaserkan mulut ketika opah memberi pesanannya yang gua dah bosan dengar berbelas-belas tahun.

"Haah, opah.. Memang kena jaga diri.. Tapi, kena jaga SOLAT juga.. Kena jaga IMAN juga (bab IMAN ni, gua sendiri pun tak tau kalau opah paham ke tak definisi IMAN).."

Lepas tu, seingat gua, tiada lagi nasihat-nasihat seperti itu lagi.

Moral of the cerita rekaan:
Berdasarkan observasi persendirian, kita orang Melayu (yang Perlembagaan Malaysia definisikan sebagai beragama Islam) sering mementingkan malu-kepada-masyarakat lebih daripada malu kepada Allah. Juga, kita pentingkan amalan-amalan Islam yang dinampak orang seperti puasa, berkhatan, akad nikah dan lain-lain. Mentang-mentang solat boleh sorang-sorang, kita orang Melayu suka benar tak jaga solat. Dah lah tak jaga solat, dok sibuk isu menjaga (maruah) diri. Kalau solat pun hancus, yang lain pun automatiknya hancur. Walau apa pun adat dan ragamnya sesuatu masyarakat pada sesuatu ketika, neraca kita HANYALAH al-Quran dan Sunnah.

It's not all about 'what's in and what's not'.
It is always all about 'what's in the Quran & Sunnah and what's not'.
So, dare to go against the current??

Wallahualam....

6 comments:

Anonymous said...

betul2..manusia selalunya lbh malu kpd manusia berbanding malu kt Allah..alangkah indahnya peribadi muslim itu bila dihiasi perasaan malu kpd Penciptanya..aku mau jd pemalu di dpnNYA..huuu

Hakimah. said...

betulll. kalau zaman Rasulullah dulu, ujian yg Allah kasi lain. - http://amki.blogspot.com/2009/05/of-saw-and-comb.html
tp zaman kita ni, mungkin itulah ujian kte. adat, n what's in n what's out, hedonisme. hue.
yep yep, mari jaga imannn! (:

"the gossiperz" said...

jzkk. sy pn mengalami dilema kebelakangan ni(it sounded like oprah).
i did sumting wrong, but instead of rs bersalah to allah, sy rs malu kat org lain.
sigh ~
remember allah is watching, bak kata naqibku.
cctv allah is everywhere, even if we r picking our nose, allah is watching.

UMAH said...

to anonymous : oh! mari sama-sama jadi pemalu kepada-Nya.. maka gerenti 24-7, kita tak leh ngelat dari melakukan suruhan-Nya! ;P

to Kimah : biar mati adat (yg bertentangan dgn Islam), jgn mati deen! ;P

to nadzmi : hmm.. waiyyaka! peringatan untuk diri aku sendiri terutamanya...

"the gossiperz" said...

hei sapa kata the gossiperz nadzmi?
sapa nadzmi?
nama ni sedaplah. jrg dgr. hahaha

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

btol tu..
jaga iman..
jaga hati..
dengan rase malu pada Ilahi..
insyaAllah..
jzkk iman utk pkongsian ini..^__^