Dec 26, 2009

Ayer Hitam


Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk kesekian kalinya, aku ingin berkongsi apa yang aku jumpa melalui ustaz Google dan ustaz Wiki.

Aku mula-mula terbaca mengenai kenyataan seorang ulama' di Pakistan mengenai kehadiran spy-spy Blackwater yang dalam usaha untuk mencuri teknologi nuklear Pakistan[sumber]

Jadi, aku macam pelik, apakah Blackwater? Kenapa ramai kecoh tentang Blackwater? Juga, aku tak pernah dengar intelligence mana-mana negara kuffar by the name of Blackwater. Kita sering mendengar nama CIA (intelligence Amerika), KGB (Soviet), Mossad (Israel), M16 (UK) dan sebagainya. (Malaysia apa? SB kah?)

Hasil rujukan ekspres di Wikipedia dan teknik bacaan scan (=aku baca gitu2 je, for more info, please wiki yourself here) memaparkan fakta-fakta yang kusangkakan selama ini hanyalah paparan movies atau drama series. *drumroll*

1) Blackwater adalah PRIVATE MILITARY COMPANY (PMC) yang diasaskan oleh 2 orang rakyat Amerika pada 1997. PMC merupakan syarikat yang menjual perkhidmatan berkaitan peperangan termasuk, mercenary aka soldiers-for-hire. (Fuhh.. Selama ini kita sering dengar agensi pembekal pembantu rumah. Ini agensi pembekal askar). PMC terlibat dengan kerja-kerja small scale (eg bodyguard orang-orang penting, jaga embassy, perkhidmatan penerbangan untuk ketua-ketua negara etc) sehinggalah ke kerja-kerja skala besar (eg menawarkan perkhidmatan melatih tentera sesebuah negara).

2) Walaupun ada rules-regulations-guidelines yang telah digariskan di peringkat antarabangsa supaya PMC beroperasi pada tahap etika dan moral yang maksima, itu semua hanyalah make-up semata-mata. Dah nama perniagaan ganas, tak de keje nye diorang nak jadi skema. Blackwater sendiri telah berjaya mendapat tender daripada kerajaan US tanpa perlu bidding atau bayar rasuah. Dan ini tender bukan cikai-cikai : these tenders have something to do with Iraq and Afghanistan invasion.

3) This is the best part of all. Blackwater mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Order of Malta dan Knights Hospitaller, sebuah organisasi yang ditubuhkan di Jerusalem pada tahun 1080 yang menawarkan khidmat kebajikan hospital kepada mereka yang sakit dan miskin ketika 'berhijrah' menuju tanah suci Jerusalem. Namun demikian, pada tahun 1099 (tak sampai 20 tahun penubuhannya), Knights Hospitaller telah 'mengganas' dan menjadi organisasi keagamaan-ketenteraan yang terjun ke medan perang untuk mempertahankan Jerusalem. (baca lanjut di ---> aftermath news, collection of news for independent thinkers in the post '9/11' era)

4) Untuk memudahkan anda semua mempunyai tasawwur (big picture) of Blackwater without having to read much, do not hesitate to go youtubing this video ---&> Blackwater : Shadow Army

Allahualam.

1 comment:

green said...

menarik!..akan cuba cari cerita ni, dan kalau ade link bagitau yee