Dec 6, 2009

Lebih panas dari gosip Pancaindera di pagi Ahad

Bismillahirrahmanirrahim.

Moga perkongsian ini membuka mata kita. Meneguhkan kaki-kaki kita. Menambah yakin dalam hati-hati kita.

***

Laptop ku dah lama tak berinternet. Connection problem. Baik kabel ucanet, mahupun Yota 4G WiMax, masih laptopku gagal mengesan sebarang kehadiran device-device itu. Oh!

Pagi ini roomate-ku tiada. Aku sujud syukur. :P Boleh ku kebas laptopnya puas-puas. (Peace!)

Pagi ini setelah sekian lama baru kubuka eramuslim. Sebelum ini hanya meminjam, mem-parasitkan diri di laptop orang. Itupun hanya untuk membaca blog-blog kenalan, melihat dinding (=wall) facebook, melihat email dan aktivit-aktiviti sosial lain yang seangkatan dengannya.

Pagi ini aku terkedu membaca eramuslim. [mesti klik!] Bertahun-tahun lamanya aku membaca majalah misteri Mastika, tak pernah kujumpa sebarang info sebegini. Paling-paling pun, pasal UFO di Roswell, hantu terlompat-lompat di keliling pokok pisang dan entah apa-apa lagi.

Menurut artikel eramuslim itu, kaum Red Indian di tanah Amerika dibantai habis-habisan oleh pihak penjajah dari Eropah, adalah kerana Red Indian merupakan penganut agama fitrah - Islam. Oh! Terkezut kita mendengarnya!

Lalu terus kurujuk ustaz Google.

Aku malas untuk panjang bercerita dan menaip kata. Kalau punya cukup masa & rasa ingin tahu, cubalah klik link-link ini.

  1. Artikel 'Islam in America before Columbus'.  [mesti klik!]
  2. Lagi artikel bertajuk 'Muslim Legacy in Early America' [mesti klik!]
  3. Lagi artikel bertajuk 'Muslim Explore America?' [mesti klik]
  4. Lecture 50minit oleh Dr Ivan Van Sertima mengenai penjelajahan orang Afrika di Amerika berkurun sebelum Christopher Columbus tersesat jalan ke Amerika. [mesti tonton]
  5. Lecture oleh Dr Jose Bey mengenai wujudnya Moor (Muslim dari Andalusia dan Utara Afrika) di Amerika lama sebelum datangnya si bangsat Columbus itu. [mesti tonton]
Allahualam..