Apr 26, 2009

Aku Anak Setinggan

Kita bersaksi bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah.

(Sempena berpindahnya ummi abi dan adik-adikku.)

Aku anak setinggan,
Rumah separuh batu separuh papan,
Lengkap api, air dan jamban,
Rumahku dikeliling pokok buahan,
Cempedak, jambu air, nona, rambutan,
Ah! Kau namakan, aku naKmakan!

Aku anak setinggan,
Lariku dari ruang tamu ke dapur pasti kepenatan,
Kelirulah segala macam encik Sales-man,
Mengetuklah mereka pintu belakang dan pintu depan,
Sangka mereka ini 2 rumah yang bercantuman!
Ah! Apa kau ingat semua setinggan sempit tiada keselesaan?

Aku anak setinggan,
Jika dahulu suruh ngaku aku segan,
Dan di sekolah, mereka kukaburi segala A dan jawatan,
Tokoh pelajar, ketua pengawas aku sapu tak tinggalkan kesan,
Pernah ada yang sangka aku anak orang berpelajaran hartawan,
Kepada abi ummi aku beritakan,
Dan dia kami gelakkan,
Hello brader! Aku hanya anak setinggan!

Aku anak setinggan,
Rumah pertamaku hanya tinggal kenangan,
Tiada lagi jiran-jiran, tiada lagi buah-buahan,
Ketika awal-awal disuruh pindah dan diberi pampasan,
Aku diselubungi misteri 'Apahal kau kerajaan?,
Takkan sebab rumahku materialnya papan,
Hina sangat sampai layak dirobohkan,
Yang di Keramat dan Kampung Baru dibiar aman,
Walhal setingganku jauh lebih kemas, mewangi dan tampan'.

Aku anak setinggan,
Setelah dewasa sedikit baru kutemui jawapan,
Walau sekemas mana pun sesuatu setinggan,
Hatta Ukay Perdana, Hillview dikalahkan,
Setinggan itu setinggan kerana wujudnya atas tanah kerajaan,
Maka, dirobohkanlah ia demi suatu entiti bernama pembangunan.

Aku anak setinggan,
Dan kini aku berani mengaku mencanang tiada segan,
Bukan kerana aku berpindah dan ia dirobohkan,
Bukan kerana Slumdog Millionaire mengangkat cerita perihal setinggan,
Bukan semata kerana aku belajarnya jauh over the lautan (oversea),
Seganku dahulu dek kerana setinggan disangka kuman, kotoran dan jangkitan,
Sinonimnya dengan kemiskinan, kebuluran, kepapaan,
Jauh lebih busuk, setinggan itu dikaitkan dengan jahat dan setan,
Tempat beredarnya dadah, menyoroknya PATI dan sarang pelacuran.

Aku anak setinggan,
Syukur buat Tuhan tak putus-putusan,
Bukan mahligai atau setinggan jadi ukuran,
Bukan Medical Degree atau SRP jadi neraca pertimbangan,
Bukan kasta sosial yang perlu diutamakan,
Hanya iman, iman, iman yang Dia lihatkan!
Lalu, anak raja hilang rasa gah penuh keistimewaan,
Dan anaknya setinggan tiada lagi rasa hina keseganan.

Iman,
From Kampung Bukit Baru to Moscow!
=P

Wallahualam.

2 comments:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salam iman..=)
mmg btol tu..
Allah hny pndng kite pada keimanan bkn hrta,pngkat dan drjat ssorg..
insyaAllah kite mmohon agar di dlm pndgn-Nya stiap masa..amin..
nway,sweet la post ni..^_^

i.am.me said...

salam kak iman!!
saya x sempat menjadi anak setinggan
keluarga saya pindah sebelum saya dilahirkan.
ibu ayah dan abang2 semua merasakan hidup setinggan..
tahu bagaimana perasaannya...
utk berasa bersyukur
utk berasa menghargai
dan perassan itu menjadikan mereka berjaya sekarang...
tapi saya.. tidak merasa itu semua,
mungkin kerana itu saya cepat lupa dan leka =(