Apr 20, 2009

Angah! Kamu bukan sekadar anak mak! (part II)

Dengan nama Allah pencipta angkasa, penghampar bumi,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta pengikut baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Assalamualaikum, Angah.

Angah! Kamu bukan sekadar anak mak!

Apa barang baru sekarang mak nak kasi tau sama kamu? Bukankah molek kalau mak beritahu sejak kamu dalam buaian, dalam walker atau atas basikal 4 roda? Kenapa mesti sekarang - ketika kamu sudah punya lesen memandu, sudah boleh mengundi dan sudah dewasa bangka? Kelewatan ini bukan salah mak atau abah, kerana seperti kamu, kami juga mangsa keadaan.

Angah! Biar mak ceritakan segala-galanya. Kamu bukan sekadar anak mak, tapi kamu anak Asad! Benar, Asad bukan nama abah kamu, dan kamu tak pula berbinkan Asad. Sungguh, jiran berkumis sebelah rumah kita juga bernama Asad, tetapi dia juga bukanlah bapa biologi kamu. Telenovela keluarga kita tidak semurah Rosalinda, tidak sedangkal slot Samarinda, yang sikit-sikit bini curang lah, anak orang ni anak haram lah dan blah blah blah. Drama keluarga kita adalah suatu realiti nyata yang melanda banyak lagi keluarga di dunia. Drama keluarga kita adalah suatu untaian sejarah silam, yang menyaksikan kebaikan bertarung dengan kejahatan. Drama keluarga kita adalah tentang penakluk dunia, penyelamat manusia!

Emak malas berteka-teki, ber-Misteri-Nusantara dan berbasa-basi dengan kamu lagi.

Zaman satu bangsa yang hina,
Akan ada ilmuwan, sasterawan dan orang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat satu target:
Mereka ajar anak singa agar jadi kijang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam,
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan,
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim)

Angah! Kamu adalah anak Asad yang telah dijinakkan jadi kijang bacul - kecut sama musuh. Kamu adalah anak Asad yang digantikan seni wiranya dengan seni hedonisma.
Kamu adalah anak Asad yang dahulunya merdeka tetapi kini dijadikan hamba gaji dan organ reproduktif-nya.

Keluarga sudah gagal dalam menjadi institusi tarbawi.
Emak abah cuma reti hantar kamu mengaji sampai universiti.
Soal membentuk anak jadi Muslim sejati biar ustaz setel sendiri!

Sistem pendidikan sekadar ajar budak supaya besar kelak pandai cari makan.
Modenisasi, Demokrasi, Kapitalisme, Sekularisme dan ideologi berilahkan Taghut diterap halus sampai kamu tak perasan.
Dan kamu membesar bergelar Muslim, tapi hidup sekadar cari makan dan menyambung keturunan!

Kita hidup tak kenal jati diri, kat sapa mak, abah dan kamu nak tuding jari?
Ustaz di sekolah, Parameswara, kerajaan, Pakatan Rakyat ataupun mufti?
Ah! Salahkan musuh-musuh Islam - Yahudi laknatullah serta Kuffar yang menjahanamkan kita dengan licik rapinya strategi!

Mereka kini jadi world order, semua orang pakat kagum mahu contohi.
Konon habis moden, aman sejahtera, kaya-raya walhal tak ber-ilah-kan Allah sampai jahanam nilai insani.
Mereka mahu kekal dengan gaya hidup ingkari Allah, lalu tarik kita join sekali!

Dan, kamu Angah - anak Asad penyelamat dunia mereka jinakkan hingga lemah tak bergerak. Kemanusiaan karam dalam lumpur Jahiliyah tapi kamu masih tak nampak-nampak.
Walhal satu dunia menanti bangunnya kamu menggembalikan kita pada sistem hidup Islami yang takkan pernah hapak!

Sampai bila mahu membuta sedapkan hati konon dunia ini aman tak perlukan kamu, hai anak Asad?
Sampai bila mahu menyorok dalam zon selamat, tak mara menyedarkan dan memimpin umat?
Angah! Bangun dan sedar! Kasi gegar satu dunia ini dengan ngaumanmu yang gamat!!!

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh yang makruf,
mencegah dari yang munkar
dan beriman kepada Allah....
(Ali-Imran 3:110)

P/S : Lupa pulak mak nak bagitau, Asad itu bahasa Arab yang maksudnya 'singa'. Juga, sebagai tambahan, awek kamu yang ke-13 tu ada contact mak, bagitau dia dah tukar status kat FB dia tu daripada 'in relationship' kepada 'single'. So, kamu paham-pahamlah sendiri ek. Jangan sedih sebab seekor singa yang sedar tanggungjawabnya memandang enteng hal-hal sebegini. Toksaklah dok layan siapa-siapa lagi, kalau kamu berkenan, report je kat mak abah! Kitorang setelkan hantar rombongan terus! Keep on roaring (and rocking)!!! =P

With lots of hugs and kisses from Mak and Abah,
XOXOXOXO

Wallahualam....



2 comments:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salam iman..again..
sweet la ko ni..^_^
mnarik and byk bg info yg patot dofahami dan difikir..
insyaAllah kite sama2 mengaum dgn gah dlm rimba dunia ini..
teruskan dgn pencerahan dlm jalan ini..=)

Anonymous said...

salam wrt.

erh tumpang tanya, Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim ni tokoh yg macam mana yerr? hidup zaman bila?

anyway, entry menarik yg penuh dengan kesedaran. jzkk.