Apr 4, 2009

Gapo dio, Mike?

Dengan nama Allah yang menganugerahkan kita dengan sistem hidup agung - Islam,
Selawat dan salam buat junjungan agung - Muhammad s.a.w,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Mood penulis - serius.
Apa pun, mari 'switch on' suis hati kita insya-Allah kerana fahamnya melalui hati itu membawa kepada penghayatan, amalan dan istiqamah.

*****

Pulang daripada kelas belajar kuman-kuman, aku lekas menyemak Buku Muka, laman maya ini serta YMku. Lompat punya lompat, aku terbaca blog-blog milik rakyat Malaysia yang lingkungan umur menurut telahanku - lewat 20-an mencecahi awal 30-an. Menarik kerana mereka adalah golongan di luar lingkungan sosial ku. Maka, rata-rata isu yang dikupas berkisar tentang politik, isu-isu semasa, sistem hidup, profession dan obsesi masing-masing. Bukan isu pelajar-pelajar medic buat sushi, bukan isu cuaca di Moscow.

Pukul rata, aku sebagai seorang yang cetek general knowledgenya, mengkonklusikan mereka adalah generasi yang lahir pada era 70-an, membesar ketika zaman rock-rock kapak di Tanah Malaya. Inti blog-blog itu merupakan evaluasi mereka yang hidup lebih kurang sedekad lebih tua daripada aku (yang baru sahaja meniti usia 20 tahun kelmarin). Aku tertarik kerana walaupun sudah jauh meniti alam dewasa, masih manusia dihambat keluh-kesah akan betapa sukarnya hidup ini. Semakin kita lama di muka bumi ini, semakin kita tenggelam dalam lumpur duniawi, semakin kita kenal sisi hodoh duniawi. Kita terus tertanya-tanya jawapan kepada permasalahan ini, walhal jawapannya ada bersama kita selama ini.

Kapitalisme - pelebar jurang si papa dengan si kaya.
Gejala Aku Tak Pedulisma - bila orang buat donoh dengan sekelilingnya.
Materialisme - hanya duit, duit dan duit.
Kronisme dan Korupsi - (paham-paham sendirilah!)
Hedonisme - hidup mesti fun, sekali-sekala baru ingat Tuhan. (apakah??)
Demokrasi - ah! Konon-kononnya rakyat punya suara!

Pelbagai ideologi, cara dan sistem hidup direka-reka manusia buat penuhi kehendak diri sendiri. Komunisme yang berkiblatkan Moscow, kononnya 'kita bahagi untung sama rata' sudah lama tumbang dalam lipatan sejarah. Nazisme yang ingin melahirkan super-human nya melalui keturunan asli bangsa Aryan lanyak dinganyang Bolshevik dalam World War 2. Kapitalisme dan demokrasi pula kini hanya menunggu masa. Semuanya ada 'loop-holes', bukan sahaja pada pelaksana 'isme' itu, tetapi 'isme' itu sendiri bersepah cacat celanya! Sudah puas aku menyuap kamu dengan kata-kata. Sekarang, biar kamu fikir sendiri pula!

Berlin. Awal tahun 2009. 5-hours Road Tour. Pakej jalan-jalan belajar pasal Nazi (aka 3rd Reich). Mike - the cute tour guide. 10 Euro! End point - di atas bunker di mana Hitler telah membunuh dirinya sendiri, lewat kekalahan Nazi di tangan Bolshevik. (yang berikut merupakan perbualan aku-Mike yang diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita)

Aku : Jadi, Mike, apa pendapat ko tentang Jerman Barat dan Jerman Timur, setelah lama Tembok Berlin diruntuhkan?

Mike : Walaupun dah roboh, Jerman Barat dan Jerman Timur masih lagi dalam tempoh adaptasi gituh.. Tapi, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang, semakin ramai rakyat cenderung dengan parti-parti yang berhaluan kiri dan radikal.

Aku : Jadi, adakah ko cuba nak kata sistem demokrasi dan kapitalisme yang diguna pakai sekarang tak berapa nak boleh pakai? Sampaikan orang semakin cenderung dengan ideologi-ideologi haluan kiri?

Mike : Agaklah.. Bila keadaan menekan, manusia akan cuba cari jalan keluar. Macam ketika awal-awal Hitler naik dahulu. Rakyat pilih Hitler sebab keadaan Jerman di bawah 2nd Reich sebelum itu memang tertekan.

Aku : Tapi, bukan kah komunisme, Nazisme serta ideologi-ideologi radikal lain dah di'reject'. Yang demokrasi dan kapitalisme pulak tunggu masa nak hancur. Apa lagi cara hidup dan ideologi yang boleh di'offer' kepada kemanusiaan? Pendek kata, tak de dah!

Mike : Entahlah, yop. Bak kata Mark Twain - History doesn't repeat itself, but it does rhyme. Kita tunggu dan lihat.

Aku (dalam hati) : Kau harap je bukan main terel sejarah 3rd Reich, Mike. Ape ko tak belajar sejarah empayar Islam yang bermula pada 623M sehingga 1924M? Itulah satu-satunya IDEOLOGI, LIFESTYLE & SISTEM HIDUP yang aku tak sebut tadi. Jatuhnya Islam pada 1924M bukan kerana cacat cela pada Islam itu sendiri (sebab Islam itu sempurna, dik oi!), tapi yang cacat-retarded itu adalah pelaksana dan pemikul amanah Islam itu - mereka yang bergelar Muslim. Apa-apa pun, Mike, ko memang banyak mengajar aku. Tak sia-sia 10Euro aku, Mike!

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, .... "
(Al-Baqarah 2:208)

*****

P/S : Islam bukan sekadar rukun iman, rukun islam, nikah-cerai, raya puasa-raya haji dan mandi-kapan-sembahyangkan-kebumi. Islam itu CARA FIKIR (ideologi), LIFESTYLE (cara 'dress-up', cara bersosial dll) dan SISTEM HIDUP (sistem politik, sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem perundangan, sistem kekeluargaan, sistem sosial, dll). Islam = Ideologi + Lifestyle + Sistem Hidup. Dey kici, sendiri fahamlah..

Wallahualam...

2 comments:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salam iman..mmg serius tol..tu la ptot ko ckp kt dia psl sjrh islam lak..bru dia tau pe yg dia xtau lg tntg sjrh dunia ni..bru la dia terfikir psl islam ni..hmm..pe2 pn..ku sntiase sokong ko..ISLAM PASTI BERSINAR..=)

Anonymous said...

To lea yana:
salam lea.. jazakillahu khairan atas sokongan mu itu, sis! masanya akan tiba insya-Allah! =P