Dengan nama Allah yang membolak-balikkan hati-hati kita,
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan musuh yang nyata.
Masya-Allah! Cuaca banyak syok! Matahari semakin gemilang cahayanya dan meleret-leret durasinya! Tapi, masih lagi suhu tak cecah-cecah 10 darjah Celcius. Kalau tak silap saya tadi, terpampang di sebuah papan elektronik pemapar suhu di sebuah stesen metro - suhunya sekadar 3 darjah. Maghrib pula masuk dalam 8.30pm kerana panjangnya siang!
Teringat saya akan kupasan surah asy-Syams di sebuah taman syurga mingguan yang saya dipilih Allah untuk hadir.
Ulas Syed Qutb tentang ayat itu dalam Tafsir Fi Zhilail:
Pagi hari merupakan saat-saat paling indah dan paling manis.
Di musim dingin, merupakan waktu kehangatan yang menyenangkan dan menyegarkan.
Di musim panas, merupakan waktu pancaran sinar matahari yang indah sebelum terik tengah hari yang menyengat.
Matahari di pagi hari (dhuha) berada pada saat paling jernih dan paling indah.
Saratnya paradoks perasaan hingga hampir pecah rasanya thoraks.
Terasa seperti ingin melompat tinggi sambil menumbuk kegembiraan ke arah udara ibarat pemain bola sepak yang berjaya membolosi gawang lawan.
Terasa seperti ingin terus sujud syukur di saat dan ketika itu juga, di celahan orang yang lalu-lalang.
Gembira kita atas nikmat keindahan alam ini.
Bersyukurnya kita kerana walau banyak cela dosanya, masih Allah pilih, sayang dan ingat akan kita.
Ah! Ar-Rahman, Kau sungguh penyayang!
Pendek cerita, hari ini telah masuk kali kedua, rakan-rakan Muslim membuat solat Jumaat di bangunan mikrobiologi kerana waktu zohor berganjak menjadi lebih lewat ekoran semakin panjangnya siang. Jika mereka solat di masjid, tentunya mereka akan tiba lewat ke kelas Mikrobiologi yang bermula pada jam 2.30pm. Walaupun sekadar berjemaah dan mendengar khutbah di ceruk tingkat bawah bangunan dengan bilangan jemaah sekadar belasan orang, masih terasa indah dan izzah (bangga) akan Islam dan ibadah mulia ini.
Quran poket berkulit ungu ceria ditatap sambil menunggu metro datang. Tiba-tiba seorang average mak cik Rusia yang lazimnya sering memberi berdas-das penyiku percuma buatku dan berasak-asak secara brutal ketika menaiki metro, menyapaku ramah.
Mak cik : Ini, awak baca Quran?
Rijal : Ya.
Mak cik : Ma-la-dets! (bahasa Rusia yang bermaksud 'cemerlang')
Rijal : Mak cik Muslim juga?
Mak cik : Tidak. Ma-la-dets! (diikuti senyum tulus mulusnya buatku)
Melonjak izzah ku dengan al-Quran yang ku genggam erat di tangan.
Melonjak izzah ku dengan hijab yang Allah wajibkan ke atasku.
Melonjak izzah ku dengan tertibnya Muslim, yang lakunya jauh tara berbanding pemuda-pemudi Rusia yang sering lagaknya ibarat ingin mengawan.
Melonjak yakinku bahawa benarnya Islam ini.
Melonjak yakinku bahawa mak cik ini dan ramai lagi manusia menanti akan rijal-rijal yang bakal menyelamatkan kemanusiaan daripada lemas lumpur jahiliyah ciptaan al-hawa seperti hedonisme, materialisme, kapitalisme, dan lain-lain lagi.
Melonjak yakinku bahawa aku perlu jadi rijal itu.
Tunggu, mak cik!
Akan kita kembalikan damai sejahtera kehidupan di atas minhaj nubuwwah, seperti mana gemilangnya Khulafa' ar-Rasyidin suatu ketika dahulu.
Rijal-rijal beserta aku yang hingusan ini sedang melantak-luluhkan Jahiliyah yang Bathil itu.
Rijal-rijal beserta aku yang hingusan ini sedang mematak-teguhkan Dinul Haq ini!
Masanya akan tiba!
Dan metro yang makcik dan aku tunggu pun tiba.
Kami terpisah dek lautan penumpang, lalu masing-masing mengambil jalan menuju destinasi. Entahkan sama, entahkan tidak destinasi akhir kami.
Moga, Allah kurniakan hidayah buat mak cik itu, insya-Allah agar sama-sama kita menuju destinasi redha Ilahi.
Wallahualam...
P/S : Ustaz Amin, senang-senang ustaz ulas pasal hadis yang di-mention Tareq Suwaydan dalam Future of Our Religion, part 12 ye! Saya tunggu.. =D Jazakallahukhairan kathiran, ya ustaz!

CUACA

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari.
(Asy-Syams 91:1)

HARI INI HARI JUMAAT
Pendek cerita, hari ini telah masuk kali kedua, rakan-rakan Muslim membuat solat Jumaat di bangunan mikrobiologi kerana waktu zohor berganjak menjadi lebih lewat ekoran semakin panjangnya siang. Jika mereka solat di masjid, tentunya mereka akan tiba lewat ke kelas Mikrobiologi yang bermula pada jam 2.30pm. Walaupun sekadar berjemaah dan mendengar khutbah di ceruk tingkat bawah bangunan dengan bilangan jemaah sekadar belasan orang, masih terasa indah dan izzah (bangga) akan Islam dan ibadah mulia ini.
PULANG DARI KELAS
Quran poket berkulit ungu ceria ditatap sambil menunggu metro datang. Tiba-tiba seorang average mak cik Rusia yang lazimnya sering memberi berdas-das penyiku percuma buatku dan berasak-asak secara brutal ketika menaiki metro, menyapaku ramah.
Mak cik : Ini, awak baca Quran?
Rijal : Ya.
Mak cik : Ma-la-dets! (bahasa Rusia yang bermaksud 'cemerlang')
Rijal : Mak cik Muslim juga?
Mak cik : Tidak. Ma-la-dets! (diikuti senyum tulus mulusnya buatku)
Melonjak izzah ku dengan al-Quran yang ku genggam erat di tangan.
Melonjak izzah ku dengan hijab yang Allah wajibkan ke atasku.
Melonjak izzah ku dengan tertibnya Muslim, yang lakunya jauh tara berbanding pemuda-pemudi Rusia yang sering lagaknya ibarat ingin mengawan.
Melonjak yakinku bahawa benarnya Islam ini.
Melonjak yakinku bahawa mak cik ini dan ramai lagi manusia menanti akan rijal-rijal yang bakal menyelamatkan kemanusiaan daripada lemas lumpur jahiliyah ciptaan al-hawa seperti hedonisme, materialisme, kapitalisme, dan lain-lain lagi.
Melonjak yakinku bahawa aku perlu jadi rijal itu.
Tunggu, mak cik!
Akan kita kembalikan damai sejahtera kehidupan di atas minhaj nubuwwah, seperti mana gemilangnya Khulafa' ar-Rasyidin suatu ketika dahulu.
Rijal-rijal beserta aku yang hingusan ini sedang melantak-luluhkan Jahiliyah yang Bathil itu.
Rijal-rijal beserta aku yang hingusan ini sedang mematak-teguhkan Dinul Haq ini!
Masanya akan tiba!
Dan metro yang makcik dan aku tunggu pun tiba.
Kami terpisah dek lautan penumpang, lalu masing-masing mengambil jalan menuju destinasi. Entahkan sama, entahkan tidak destinasi akhir kami.
Moga, Allah kurniakan hidayah buat mak cik itu, insya-Allah agar sama-sama kita menuju destinasi redha Ilahi.
Wallahualam...
P/S : Ustaz Amin, senang-senang ustaz ulas pasal hadis yang di-mention Tareq Suwaydan dalam Future of Our Religion, part 12 ye! Saya tunggu.. =D Jazakallahukhairan kathiran, ya ustaz!
bila nak update?