Apr 1, 2009

Hari Jadi - Suatu Deskripsi

Dengan nama Allah yang menghidupkan dan mematikan,
Selawat dan salam buat Rasulullah saw junjungan besar kita,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Suatu dedikasi buat semua birthday-wishers ku! JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN! Bagaimana lagi bisa aku mengucapkan terima kasih selain ini?

Mari kita switch on 'suis hati' , enjoy 'cerita separa rekaan ini' dan mengambil pengajaran insya-Allah! =p

****

Alhamdulillah, hari ini 1 April.
Secara Gregorian kalendarnya, tamatlah riwayat UMAH sebagai seorang yang belasan tahun.
Selepas ini, riwayatnya berangka dua, dan dimulai dengan nombor '2'.

Semalam, teman-teman taman syurga mengajak berpesta makan!
3 kali UMAH terbuat babak jakun di tempat kejadian.
Babak 1 - dimarahi tauke kedai kerana cuba merasa makanan.
Babak 2 - Dessert yang diambil asek dok bergolek 3,4 kali. Siap jatuh-jatuh lagi.
Babak 3 - dimarahi tauke kedai kerana mengambil aiskrim banyak-banyak sehingga skop terakhirku bergolek2 lagi

Alhamdulillah! UMAH tidak begitu kenyang. Mungkin dengan pertambahan umur, makin bertambah saiz organ gaster ku. Tapi adalah yang bersisa di pinggan, sebab makanan itu mengandungi banyak kandungan minyak yang memualkan. Juga ais krim yang berwarna sedap itu mengandungi banyak kandungan glucose yang mampu mengakibatkan hyperglycemia.

Pulang dari pesta, UMAH melayan blues sepanjang perjalanan sambil telinga di'plug'kan dengan lagu-lagu kegemaran lagi nostalgic. Terbaca SMS abi ummi. "Semoga Allah merahmati kamu". Terasa hangat air mata sewaktu membacanya dan sewaktu menulisnya di laman maya ini. Manakan tidak, keluarga UMAH bukan jenis yang celebrate hari jadi. Dan sungguh, tahun ini UMAH terlupa birthday Ummi Abi pada bulan Februari lalu. UMAH cuma tersedar kelalaian ini pada bulan Mac. Apakah??

Lebih penting daripada itu, terasa betapa sukar ibu bapa melepaskan anak-anaknya.

Walaupun kita meningkat dewasa, kita tetap kanak-kanak yang memerlukan perhatian di mata mereka. *isk2.. dikaburi air mata. Homesick kah saya?*

Walaupun kita banyak nakalnya, banyak kurang ajarnya, banyak salahnya, ibu bapa kita masih mengharapkan yang terbaik buat kita.

Walaupun kita serba-serbi tak sempurna, kita tetap permata di hati mereka. *Wah! Nak balik Malaysia!*

Sewaktu mendaki tangga keluar metro menuju jalan besar, ternampak akan betapa birunya langit. Betapa indah sangat-sangat dunia ciptaan-Nya ini. Betapa banyak nikmat-nikmat yang dianugerahkan-Nya buat kita. Terasa sayu kembali. Betapa UMAH sangat tak boleh diharap dalam mengingati hari jadi teman-teman, ramai yang terlalu baik, mengingati dan meng'wish' UMAH. Siap in advance lagi. Kawan-kawan dari sekolah rendah yang 8 tahun tiada berjumpa, senior-senior yang dah dekat 6 tahun tak dengar cerita, dan ramai lagi. Ya! Teknologi kalendar di 'Facebook' dan tarikh harijadi UMAH yang senang diingati mungkin jadi faktor, but still, betapa ramai sebenarnya teman-teman yang baik yang Allah anugerahkan buat kita. Kerdil sangat-sangat rasanya. Betapa Maha Penyayang-nya Dia sehingga kita diberi peluang hidup untuk merasai indahnya suatu perasaan yang kita panggil 'gembira'.

Melangkah pulang. Ah! Perasaan bercampur gaul. UMAH melangkah melalui route yang jarang-jarang dilalui dan kejap-kejap mendongak memandang langit. Ah! Sudah makin dewasa. Betapa banyak nikmat yang dikurniakan, sejauh mana rasa syukur itu dimanifestasikan? Sejauh mana tugas umat terbaik akhir zaman dilaksanakan? Juga, sampai bila akan Allah sematkan nikmat bara semangat ingin berjuang dalam diri ini? Gusar kalau-kalau dalam hiruk-pikuk melalui alam dewasa ini, kita disibukkan dengan hal-hal duniawi sehingga terpadam maraknya rasa ingin berjuang lalu terabailah amanah umat terbaik ini.

Terus-terusan melangkah. Lagu terus berputar. Langit kekal biru mendamaikan. Destinasi semakin jelas dalam ruang pandangan. Ah! Rakyat Rusia. Kelihatannya mereka lebih ceria daripada biasa. Pastinya kerana mentari pra-musim bunga bersinar lebih cerah daripada musim dinginnya. Tapi, segembira mereka, itu gembira tanpa makna. Indahnya sesuatu kegembiraan andai ia berakarkan Islam. Tunggu ya! Giliran Islam akan mendatang! Teman-teman dan juga aku insya-Allah adalah antara rijalnya yang kepingin syahid dalam perjuangan menyebarkan nikmat Islam di seantero alam.

Seorang ibu berwajah kurang ceria menolak kereta tolak bayinya. Lengkap berbaju pink, dia ceria menghayun kaki kanannya yang terjulur dari kereta tolak seperti pendulum sambil mengulum lollipop. Comel!! Antara nikmat keindahan dunia yang Allah anugerahkan buat kita, tapi sering kita tak perasan.

Tiba di bilik, segera memeriksa laman maya ini. Ramai juga Responding Rijal meng'wish'. Yang mengharukan, ada yang memanggil 'serikandi'. Sangatlah tak layak. Tapi, akan diusahakan sedaya upaya insya-Allah. Tak kurang juga ucapan-ucapan di Facebook dari teman-teman yang tak disangka. Dan, pada petang sebelum hari jadi, sekali lagi tenggelam kita dalam rasa hiba, sayu, terharu sebuah refleksi akan anugerah Allah berupa keluarga dan teman-teman serta refleksi akan tanggungjawab kita sebagai umat terbaik.

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah."
(Ali Imran 3:110)

*****

Wallahualam...

10 comments:

Anonymous said...

Apakah? Kenapa tarikh post ni dikire 31 Mac? Sekarang waktu Moscow, 1134, April 1st. Lain time zone kah? Apa-apalah.. Adeh.. Ingatkan post kali ini bakal jadi post pertama bulan April dlm The Rijal's Chronicle. Alhamdulillah.. Whatever lah blogspot..

Feeza Yusoff said...

selamat hari lahir iman
n terima kasih atas kongsi-kongsi ilmu kau selama ni.bagi lagi ye.kau memang sahabat yang baik.sury takde hadiah.tapi kau tu hadiah untuk aku..kawan buat peneman jalan.thanks iman..

Alhamdulillah, dah 20tahun pun kau.

ps: try tukar setting kt timezone :)
lepas tu, kalau nk alter tarikh post ni, pergi kat edit, tekan post option kat bawah entry
^___________________^

Ustaz Amin said...

Orang mukmin menyambut hari jadi dengan kesyukuran dan harapan.

Syukur sebab masih dipanjang umur dan masih diberi kesihatan. Syukur kerana semakin hampir bertemu Allah, syukur kerana semakin diberi kefahaman pada Islam.

Harap kerana takut ditinggal Allah, harap kerana takut dibiarkan ALlah di dalam maksiat, harap kerana takut bertemu ALlah dalam kemurkaannya.

Takut dan harap sulaman sifat hati orang beriman. Jika ia dapat dibentuk, kita akan sentiasa tenang bersama Ilahi

Jika 1 April, di Rusia orang mengenangkan kelahiran Gogol, seorang sasterawan dan pembangun bangsanya, adakah kita nanti akan dikenang kerana usaha membangunkan agama, bangsa dan negara. Di kenang di dunia tidak penting, dikenang di akhirat itulah yang dicari.

Selamat meningkatkan diri, semoga satu hari nanti menjadi Srikandi Agama. amin..

capsid said...

iman..smoga berbahgia dunia akhirat=0

Anonymous said...

to feeza yusuff:
tengkiu for da ps.. pdn lah.. ak pkai timezone laut pacific mne ntah.. ngeh2~ kongsi ilmu? x dpt lah.. ak kedekut ilmu.. ngeh2~ kami di kun-rajulan bukan skadar mahu kasi ilmu, lebih dari itu, kami ingin menyentuh hati insya-Allah.. sbb hati itu raja sluruh bdn mcm hadith nabi kate.

(buat2 x phm part peneman jln)
pija! lepas nih kita kene belok kiri tau! lps tu jln terus!! lintas jalan, jalan trus lagi! nnt smpailah kita kat rumah mak ngah yg jual aiskrim asam boi tuh! ngeh2~ nyam2~

to Ustaz Amin:
Insya-Allah ustaz! Syahid cita2 kita! =) Ustaz dah balik!! Bye bye, ustaz! Nanti singgah2 blog saya, bleh tegur mana salah. Tulah saya prasan juga entry ustaz ttg birthday Gogol tuh. T'kjut gak sy die tiru birthday saya. Heheh.. Ustaz, nnt ada kelapangan, ustaz bleh x bg full version hadith yang Tariq Suwaidan mention dalam Future of Our Religion. Klu wat entry dlm blog ustaz pn, MANTAP!! Saya try cari dlm application hadith saya, tp x de. Jazakallahu khairan kathiran ya ustaz!

To capsid:
Terima kasih, capsid! InsyaAllah, semoga semoga orang-orang beriman akhir zaman ini bahagia di dunia akhirat insya-Allah!

Mia Nawawi said...

Happy Birthday, Iman. Semoga bahagia selalu di Bumi Russia!

Anonymous said...

to mia:
Heheh.. spasiba, dear! (spasiba - russian for thanx) for the wish n for visiting my blog!

jmn said...

my dear maman zalzilah rashidi (iman muslimah),

selamat hari lahir.

Anonymous said...

salam, selamat hari jadi. Semoga sentiasa dlm kasih syg Allah.
Tertarik dgn perasaan iman yg x sabar nk blk. Saya pula takut nak hadapi cuti ni. Bukan sebab tak rindu, tapi takut bila pulang dan bersama keluarga, sikap lama masih bertakhta. Melawan kata, degil dan mungkin akan mengeluarkan kata2 yg mengguris hati mereka. Kadang2 rasa bila jauh lebih bahagia. Bahagia menjauhi dosa.
=)

Anonymous said...

to jmn:
my dear jmn, jazakillahu khairan kathiran! gud luck final!

to anonymous:
salam, terima kasih atas ucapan. hmm.. agaklah.. iman pun sama je.. lg teruk ada-lah.. sob2.. takut gak.. ha! iman ada ide! apa kata kita balik je rumah, tp ada masa, kita leh join2 taman2 syurga.. taklah slalu menempek kat rumah menghabiskan beras! mari2! byk ni ha program2 summer utk kita agar tak ngelat drpd pergi taman-taman syurga insya-Allah! =P