Apr 29, 2009

Keputusan Peraduan Teka Analogi

Dengan nama Allah tempat tuju cinta kita,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta para pengikut baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.

AMARAN KERAJAAN BOLEH-LAND : Sila baca patah demi patah menggunakan mata dan mata hati anda. *baca dan paham guna mata hati, bukan emosi tau! =P * Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan ketidaksejahteraan terhadap kesihatan pemahaman anda. Jaga-jaga!
*****
Apakah yang akan anda katakan mengenai seorang pelayan yang melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh tuannya, apabila ia hanya berdiri sahaja di sepanjang waktu di hadapan tuannya dengan tangan memeluk tubuh dan terus-menerus menyebut nama tuannya?

Tuannya menyuruh agar dia pergi untuk mengambil suatu barang yang dirampas oleh si Anu dan si Anu, tetapi dia sama sekali tidak bergerak daripada tempatnya, malah membongkok-bongkok di hadapan tuannya itu dan memberi hormat kepadanya sepuluh kali, kemudian berdiri lagi dengan tangan memeluk tubuh.

Tuannya menyuruh membetulkan masalah-masalah dan membanteras kejahatan-kejahatan, tetapi ia sama sekali tidak sejangkal pun daripada tempatnya, malah bersujud di hadapannya.

Tuannya menyuruh: "Potonglah tangan pencuri-pencuri". Mendengar perintah ini, dengan masih tetap berdiri di tempatnya, pelayan itu mengulangi perintah tuannya beberapa kali dengan suara yang sangat merdu : "Potonglah tangan pencuri-pencuri, potonglah tangan pencuri-pencuri.....", tetapi tidak sekalipun dia berusaha untuk mendirikan sesuatu sistem pemerintahan di mana orang-orang yang mencuri dihukum dengan hukuman potong tangan.

Dapatkah anda mengatakan bahawa pelayan yang seperti ini benar-benar menjalankan tugasnya sebagai pelayan? Apabila pelayan-pelayan anda bersikap seperti ini, saya tidak tahu apa yang anda katakan. Tetapi saya betul-betul merasa hairan bahawa, pelayan-pelayan Allah yang bersikap seperti ini, anda anggap sebagai hamba Allah yang soleh!

Orang yang tidak mempunyai perasaan seperti ini, membaca perintah-perintah Allah dalam al-Qur'an entah berapa kali sejak pagi hingga petang, tetapi tidak pernah berganjak untuk melaksanakn perintah-perintah tersebut. Sebaliknya, dia terus-menerus melakukan ibadat sunat demi ibadat sunat, menyebut-nyebut nama Allah dengan menghitung tasbih dan membaca al-Qur'an dengan suara yang merdu. Apabila anda melihat orang seperti ini, anda berkata : "Alangkah solehnya orang itu!" Kebodohan ini timbul kerana anda tidak tahu erti yang sebenarnya dari ibadat.

*****

Demikianlah sedikit petikan daripada buku Dasar-dasar Islam by al-Maududi. Rasa penulisan dan kandungan buku ini menarik??? Dapatkan naskhah anda sendiri daripada naqib-naqibah masing-masing!!!! =P

Jutaan terima kasih daun keladi buat kesemua penyertaan baik secara maya, secara pakai mulut semata atau melalui kiriman pos!!!! Jazakumullahu khairan kathiran!!!! Malang sekali panel hakim telah dikhuatiri mengambil cuti hari Buruh ekstra-awal 3 hari kerana membawa anak bini, keluarga mentua dan jiran tetangga berpiknik dan ber'vacation' ala-ala Cuti-cuti Malaysia. Oleh sebab itu, maka kami mengira semua penyertaan yang sipi-sipi atau tepat mengena skema sebagai pemenang. Jangan tunggu hadiah sebab hadiah memang tak dak! Thanks for playing! =P

Apr 27, 2009

Bibi bikin gua pusing!

Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Amaran kerajaan Malaysia : Baca tak habis membahayakan kesihatan pemahaman anda!

*****

Aku doktor. Noktah. Aku sibuk. Noktah. Tapi, aku disumpah. Noktah.

Semua bermula ketika aku masih belajar di Moscow.

Baju dalam baldi yang tak dibasuh. Aku akan baring bersepai atas katil dan menjerit - BIBI!
Perut lapar tapi malas masak. Aku akan menyembamkan muka atas bantal dan jerit - BIBI!
Katil bersepah tak tentu arah. Aku tolak tepi barang-barang, landing dan jerit - BIBI!

Aku hidup memang tak pernah diganggu suatu entiti bernama BIBI! Tapi, ketika zaman belajarku, kalau aku dihantui malas dan sangat berharap punya pembantu, aku akan panggil BIBI! Jika dikira-kira, dalam sebulan, adalah aku jerit BIBI! 40 kali.. Maka, dengan belajar selama lebih 60 bulan di Moscow, sudah berjuta kali aku menjerit BIBI! Orang kata hang sebut 40 kali gerenti makbul, aku dah sebut lebih daripada 40 kuasa dua, maka sure lah termakbul-makbul... Kata oranglah...

Dan.. Inilah padahnya.. Aku sebut sahaja B-I.. tak sambung lagi B-I, lebih 40 orang beratur depan aku menunggu arahan. Selalu sahaja aku terasa seperti seorang jeneral turus tentera yang memeriksa barisan para perajuritnya! Oh! Ada yang tukang bawa selipar, tukang bawa kereta, tukang kebun, tukang iron labcoat, tukang kemas katil, tukang kasut, tukang kayu, tukang kunci dan segala macam tukang lagi. Ah! Mimpi jadi kenyataan! Bak kata pepatah, orang mengantuk disorong bantal, orang malas disorong bibi! =P

Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Ku sangka spring di hujung April, rupa-rupanya salji di siang hari. Oh!
Ku sangka makin ramai bibi makin senang, rupa-rupanya haram buat aku lagi bengang!

Bibi! Tolong kasi iron ini labcoat. Oh! Butang keempat dari bawah dah nak 'loose', tolong jahit balik. Lagi, saya rasa labcoat ni kurang wangi daripada biasa, boleh tolong rendam balik dalam Softlan warna pink? Lagi, tolong nila sekali ya Bibi.

Baik, bu! Ibu ini memang mantap. Kerjanya kencang, cakapnya lagi kencang! Poketnya kencang juga! Aduh! Keren sekali, bu! Walaupun nyuruhin saya, masih guna the magic word 'tolong'. Aduh! Syukur sekali saya punya majikan seperti ibu. Walaupun kayanya tahap dewa, masih hormati orang bawahan.

Aku hanya mampu tersenyum melihat dia memuji aku. Aku ulang balik arahan.

Bibiku ini yang tertera runner up 'Indonesia Got Talent' dalam resume-nya melagukan arahanku dengan suaranya yang ibarat buluh perindu itu.

Labcoat ini perlu diseterika,
Butang yang longgar dijahit semula,
Harum yang kurang diSoftlan lebih lama,
Putih yang menguning wajib dinila..... (ulang sehingga 5 kali)

Amarahku menghampiri threshold. Aku teringat pesan nabi suruh bersabar. Aku ulang arahan lagi. Tak perlulah ku copy paste kembali arahan ku itu.

Oh! Ibu.. Bagus sekali pancaindera penglihatan ibu. Kedut-kedut halus yang mikro itu pun ibu perasan. Memang arahan ibu nyuruhin saya seterika sama labcoat ini keren sekali! Kebolehan mata ibu mengesan kontra warna fabrik putih yang makin menguning juga mengagumkan. Memang patut ibu nyuruhin saya nila kembali. Deria bau ibu juga kencang sekali. Ibu tahu labcoat ini tak direndam cukup lama dalam softlan merah jambu. Ibu memangnya mantap sekali! Memang majikan terbaik! bla.. bla... bla...

Aduh! Aku capik sama dia yang asyik mengulang arahanku. Rupa-rupanya sudah setengah jam aku dok cokoh kat situ melayan bibiku yang seorang ini. Haram dia nak menapak memulakan tugas, masih lagi mengulang arahan dan memuji aku. Aku malas cakap banyak sama orang tak reti bahasa.

Aku ambil balik labcoat. Lipat elok-elok dalam beg dan aku cabut pergi kerja dengan tukang bawa kereta aku yang pekak dan bisu tapi paham arahan.

Ibu memang bagus. Setiap arahan dan lakuan ibu punya hikmah dan kebijaksanaannya. bla2.. bla2.. bla2...

Dan, ketika aku pulang kembali ke rumah, bibi aku masih di tempat dan posisi yang sama ketika aku meninggalkannya terkulat di situ pagi tadi. Nampaknya, dia langsung tak perasaan pemergian dramatik ku pagi tadi dan terus-terusan memuji dan mengulang arahan tanpa henti.

Lalu, aku mendekatinya dan membiarkan dia mencumbui telapak sepatuku yang memang dahagakan sentuhan muka manusia tak reti bahasa. (sekadar imaginasi liarku)

*****

Anda kenal sama ini analogi? Teka ini analogi untuk apa. Hehehe... Kuiz Pembaca sempena Hari Buruh yang bakal tiba! Hadiah - tak ada! Yuran penyertaan - percuma. Sila nyatakan tekaan anda dalam ruangan komen!

Wallahualam....

Apr 26, 2009

Aku Anak Setinggan

Kita bersaksi bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah.

(Sempena berpindahnya ummi abi dan adik-adikku.)

Aku anak setinggan,
Rumah separuh batu separuh papan,
Lengkap api, air dan jamban,
Rumahku dikeliling pokok buahan,
Cempedak, jambu air, nona, rambutan,
Ah! Kau namakan, aku naKmakan!

Aku anak setinggan,
Lariku dari ruang tamu ke dapur pasti kepenatan,
Kelirulah segala macam encik Sales-man,
Mengetuklah mereka pintu belakang dan pintu depan,
Sangka mereka ini 2 rumah yang bercantuman!
Ah! Apa kau ingat semua setinggan sempit tiada keselesaan?

Aku anak setinggan,
Jika dahulu suruh ngaku aku segan,
Dan di sekolah, mereka kukaburi segala A dan jawatan,
Tokoh pelajar, ketua pengawas aku sapu tak tinggalkan kesan,
Pernah ada yang sangka aku anak orang berpelajaran hartawan,
Kepada abi ummi aku beritakan,
Dan dia kami gelakkan,
Hello brader! Aku hanya anak setinggan!

Aku anak setinggan,
Rumah pertamaku hanya tinggal kenangan,
Tiada lagi jiran-jiran, tiada lagi buah-buahan,
Ketika awal-awal disuruh pindah dan diberi pampasan,
Aku diselubungi misteri 'Apahal kau kerajaan?,
Takkan sebab rumahku materialnya papan,
Hina sangat sampai layak dirobohkan,
Yang di Keramat dan Kampung Baru dibiar aman,
Walhal setingganku jauh lebih kemas, mewangi dan tampan'.

Aku anak setinggan,
Setelah dewasa sedikit baru kutemui jawapan,
Walau sekemas mana pun sesuatu setinggan,
Hatta Ukay Perdana, Hillview dikalahkan,
Setinggan itu setinggan kerana wujudnya atas tanah kerajaan,
Maka, dirobohkanlah ia demi suatu entiti bernama pembangunan.

Aku anak setinggan,
Dan kini aku berani mengaku mencanang tiada segan,
Bukan kerana aku berpindah dan ia dirobohkan,
Bukan kerana Slumdog Millionaire mengangkat cerita perihal setinggan,
Bukan semata kerana aku belajarnya jauh over the lautan (oversea),
Seganku dahulu dek kerana setinggan disangka kuman, kotoran dan jangkitan,
Sinonimnya dengan kemiskinan, kebuluran, kepapaan,
Jauh lebih busuk, setinggan itu dikaitkan dengan jahat dan setan,
Tempat beredarnya dadah, menyoroknya PATI dan sarang pelacuran.

Aku anak setinggan,
Syukur buat Tuhan tak putus-putusan,
Bukan mahligai atau setinggan jadi ukuran,
Bukan Medical Degree atau SRP jadi neraca pertimbangan,
Bukan kasta sosial yang perlu diutamakan,
Hanya iman, iman, iman yang Dia lihatkan!
Lalu, anak raja hilang rasa gah penuh keistimewaan,
Dan anaknya setinggan tiada lagi rasa hina keseganan.

Iman,
From Kampung Bukit Baru to Moscow!
=P

Wallahualam.

Apr 24, 2009

Siapakah M. Iqbal (1877-1938)?

Kita bersaksi bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah.

Jawapan daripada Wikipidea : [klik sini]

Jawapan yang jauh lebih kita percayai (daripada kitab kuning nih kami selak cari jawapan):

SIAPAKAH M. IQBAL?

Salah seorang penyair Islam agung, yang menulis pelbagai karya antaranya antologi Risalatul Masyriq, Al-Asraar war Rumuuz dan Dharbul Kalim lalu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Abdul Wahhab Azzaam. (sebab kebanyakan karyanya adalah ditulis dalam bahasa Parsi)

ISLAMI-kah M. IQBAL?

Sebelum merujuk penulisan atau pemikiran seseorang tokoh, teramat sangatlah pentingnya kita meneliti terlebih dahulu ketelusan pemikirannya lebih-lebih lagi kalau itu tokoh Islam. Dibantainya tokoh itu pendukung kapitalisme, Islam liberalisme, feminisme dan lain-lain lagi, tak mustahil kita sendiri pun ikut terpengaruh dengan ideologinya sama ada secara sedar atau tidak. Konon, bersalut Islam, boleh blah lah! (memang kena bahasa kasar) Ingat formula ini!

ISLAM + JAHILIYYAH = JAHILIYYAH

Islam mana boleh ambil separuh-separuh ikut suka hati!! Jahiliyyah bersalut Islam nih lagi bahaya sebab dari luar konon nampak macam bagus lagi memikat hati! Jaga-jaga!!!

Kalau tengok wiki, M. Iqbal memang belajar habis abroad lah - Lincoln's Inn (law) dan Trinity College (art). Tapi, Alhamdulillah AQIDAHNYA BENAR, PEMERHATIANNYA MENDALAM dan PEMIKIRANNYA SEJAHTERA. Pendek kata, ISLAMI. [ATTN : ISLAMI tuh berkali ganda jauh lagi up daripada ISLAMIC. ISLAMI ini maksudnya, memang betul-betul pure tulen Islam, tak superficial, tak plastik, tak pura-pura].

Siapa yang endorse kata M. Iqbal ni Islami?

(a) Abul Hasan Ali an-Nadawi [klik untuk wiki], seorang pengasas institusi pengajian agama yang top iaitu Nadwatul Ulama [klik untuk wiki] di India. Kalau orang yang grad dari al-Azhar, digelar Azhari. Yang grade dari Nadwatul Ulama ni plak dipanggil an-Nadawi gituh. Abul Hasan Ali an-Nadawi telah kaji habis-habis pasal Muhammad Iqbal dalam kajiannya 'Rawa'ai Iqbal'.

(b) al-Maududi [klik untuk wiki]. Ini kalau tak kenal-kenal juga, kami di kun-rajulan menugaskan kerja rumah kepada mereka yang sedang membaca ni pi tanya sendiri kat naqib-naqibah masing-masing. al-Maududi siap puji sama M. Iqbal dalam suatu tulisannya yang dikeluarkan al-Majalatul Ba'thil Islamiyyil Hindiyyah.

SUMBANGAN M. IQBAL

Nak senarai satu-satu memang panjang. Jadi, pendek cerita, al-Maududi menyifatkan apa yang M. Iqbal buat adalah suatu yan sangat besar dalam lapangan islah yang mempunyai nilai yang tinggi dan sama sekali tidak boleh dilupakan oleh sejarah. Paling notable, di akhir hayatnya, M. Iqbal telah membongkarkan kebathilan al-Qadyani dan al-Ahmadiyah serta memberi amaran kepada masyarakat agar jangan sesekali mendekati ajaran-ajaran sesat ini.

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai M. Iqbal, Al-Maududi dan Abul Hasan an-Nadawi. Ini memang figura besar di benua kecil India, sebuah wilayah di mana Islam pernah bertapak teguh suatu masa dahulu. Sikit punya banyak kita baca dan wiki hari ini, sampaikan kami di kun-rajulan pun ragu-ragu sama ada Datuk Shah Rukh Khan tahu ke tak sejarah tokoh tempat dia sendiri ni. Kalau tak tau, meh bak balik title tuh, bagi kitorang! =P Peace!!!

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA : Jangan percaya buta-buta sama internet, google atau wikipedia. Mesti mau kasi kaji, gali dan selidiki dalam-dalam lagi guna sumber lain juga!

Wallahualam...

Apr 21, 2009

Mainan syaitan

Kita bersaksi bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Entah macam mana tersesatlah akan daku dalam mahligainya seorang figura politika yang teramatlah masyhurnya hingga ke tanah Antartika gamaknya.
Tersesatlah akan daku jua ke kawasan tersorok mahligai itu.
Aku jumpa sekelompok anak-anak miripnya dari Slumdog Millionaire dikurung dan dikejami.
Juga, bininya Ungku Aziz, turut dikejami.
Ah!!! Mana logikanya??!!!
Pesan mereka, segeralah cari jalan keluar selamatkan diriku.
Tapi, terkantoilah akan daku oleh beliau.
Berkerusi rodalah pulak beliau, lagak Prof. X dalam X-Men.
Aku mati akal, lalu segera kuhentak akan perabot yang berdekatan dengan sekepal penumbuk.
'Saya tak takut! Sebelum saya tersesat kat bilik kurungan ni, saya ada contact abi saya, dan saya ada terselit dalam rakaman pemberita waktu wawancara 'live' kau tadi. Kalau aku hilang, memang satu Malaya dengan dunia tahu aku hilang kat rumah ko.'
Begitulah lebih kurang...
Dan terjagalah akan daku, dalam peluh dingin kesuspenan.

Sebuah lagi trauma politik-ku. Dulu di Malaysia, waktu isu sumpah laknat, kita termimpi terjah Parlimen, minta izin Tuan Speaker Dewan dan terus sound sama SEMUA Members of Parliament.

Udah-udahlah tuh berkecoh-kecohan.Tak tenang rakyat nak tidur.
Malas nak layan politik 4K kecoh-kotor-kusut-korup.
*geleng kepala*

Sila lihat surah al-Mu'minun, surah ke-23 yang sempat kita baca dalam riuh geser roda metro dengan landasannya, lebih kurang beberapa minggu lepas:

Ayat 24: Maka berkatalah para pemuka...
Ayat 33: Dan berkatalah para pemuka...
Ayat 46: ..... dan para pemuka...

Tertariklah kita akan kisah-kisah dalam surah ini, asyik dok mention, para pemuka (aka ketua) berkata itu-ini..
Juga, dalam ayat 24 & 33, kalimah pemuka-pemuka dalam Arab ialah 'ma-la-u' (mim baris atas - lam baris atas - hamzah baris depan). Kalau tambah N kat hujung, tak ke bunyinye malau-N.

Tak kisahlah ketua kelas ke, ketua dorm ke, ketua keluarga ke, pengetua ke, ketua gang ke, ketua persatuan ke, ketua kelab ke, ketua pertubuhan ke, ketua negara ke hatta ketua kampung jua, besarlah amat tanggungjawabnya!

Wajiblah jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan! Mudah-mudahan jadilah anda ketua yang hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz sampai tiada seorang pun layak terima zakat. Makmur tahap maksima tuh!

Jangan tolak tepi al-Quran dan as-Sunnah, takut-takut terjadi malaun seperti yang disebut dalam surah al-Mu'minun itu, iaitu para pemuka kaum Nuh, kaum 'Ad dan kaum Fir'aun. Nauzubillahi min zalik!

Sedemikianlah sedikit buah pemikiran yang terpekasam di dalam kepalanya kita sejak terbaca akan surah itu, lebih-lebih lagi dikezutkan dengan mainan syaitan laknatullah itu pagi tadi.

Wallahualam...

Cerekarama

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani,
Selawat dan salam buat Muhammad saw yang mencintai umatnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Babak 1:
Alkisah, melawatlah seorang kawan ekoran kita ini dilanda pening-pening mahu demam. Ketika datang, sempatlah dia menunjuk kepada kita akan tertunggang-baliknya artis-artis Malaysia, yang lebih barat daripada barat. Kami semua pakat geleng kepala. Dan, terjumpalah oleh kita akan blog tabloid pasal artis-artis Malaysia, boleh jadi 'easy and quick' source.

Babak 2:
Alkisah, melawatlah kita akan blog SaifulIslam. Berceritalah Abu Saif dalam salah satu entrinya akan drama Ihsan, di slot Cerekarama TV3. Maka, membufferlah kita buat sekian lama.

Babak 3:
Alkisah, bepergianlah kita menuju taman-taman syurga. Bergembiralah kami dengan himpunan hadis-hadis dari Riyadus Salihin di bawah tajuk Taubat. Kekeringanlah tekak kami meng-dictate akan hadis-hadis itu.

Babak 4:
Alkisah, sekembalinya kita daripada taman syurga, menontonlah kita akan Cerekarama yang dibuffer itu. Eh! Pelakon itu bukankah yang dihighlight oleh teman kita yang menziarahi kita siang hari tadi itu? Lantak pi dialah. Seperti kebiasaannya kita, ada sahaja babak-babak sadis mahupun serius drama Malaya yang buat kita agak tertawa. Ihsan temanya anak derhaka, lebih kurang cerita Hingga Hujung Nyawa. Sejurus tamat menonton, terhantuilah oleh kita akan persoalan-persoalan:

1) Allah itu Maha Penyayang dan Maha Understanding. Dalam Ihsan, watak Nordin itu sudah mula insaf, tetapi by the time dia bertemu ibunya, ibunya dah meninggal. Digambarkan lagi, matinya si Nordin itu penuh azab - sakaratul maut yang ngeri, jenazah busuk ketika dimandikan, keranda jenazah berat dan kubur tak muat-muat. Mungkin mak pak Nordin tak tau yang lama sebelum dia pulang ke kampung, dia dah nyesal habis dah tapi tak balik-balik sebab malu dekat mak pak dia. Dalam hadis berkenaan pembunuh yang sudah membunuh 100 orang dan dalam perjalanan berhijrah ke suatu kampung untuk mulakan hidup baru, dia mati di tengah jalan. Tapi, sebab Allah itu Maha Understanding, pembunuh itu diampunkan. Untuk cerita lanjut, boleh rujuk Riyadus Salihin sendiri di bawah tajuk Taubat. Pointnya di sini, Penyayangnya dan Understanding-nya Allah itu jauh lebih agung dan ulung daripada sifat penyayang dan understanding mana-mana manusia!

2) Tergarulah kita akan kepala yang tiada gatal. Tak dak modal lain ka? Drama Melayu suke benor kisah anak derhaka ni kat mak pak, bila lagi nak buat drama hamba Allah yang derhaka kat Allah? Yang derhaka dengan tak jalankan tugas ubudiyyah dan khilafah? Kalau sedangkan anak derhaka dekat mak pak azabnya sudah sebegitu, inikan plak azab kita-kita sebagai hamba yang derhaka sama Pencipta... Tuan direktor, skrip writer, pikir-pikirkan..

Sekian coretan larut malam apabila pening tiada lagi...

Wallahualam....

Apr 20, 2009

Angah! Kamu bukan sekadar anak mak! (part II)

Dengan nama Allah pencipta angkasa, penghampar bumi,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta pengikut baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Assalamualaikum, Angah.

Angah! Kamu bukan sekadar anak mak!

Apa barang baru sekarang mak nak kasi tau sama kamu? Bukankah molek kalau mak beritahu sejak kamu dalam buaian, dalam walker atau atas basikal 4 roda? Kenapa mesti sekarang - ketika kamu sudah punya lesen memandu, sudah boleh mengundi dan sudah dewasa bangka? Kelewatan ini bukan salah mak atau abah, kerana seperti kamu, kami juga mangsa keadaan.

Angah! Biar mak ceritakan segala-galanya. Kamu bukan sekadar anak mak, tapi kamu anak Asad! Benar, Asad bukan nama abah kamu, dan kamu tak pula berbinkan Asad. Sungguh, jiran berkumis sebelah rumah kita juga bernama Asad, tetapi dia juga bukanlah bapa biologi kamu. Telenovela keluarga kita tidak semurah Rosalinda, tidak sedangkal slot Samarinda, yang sikit-sikit bini curang lah, anak orang ni anak haram lah dan blah blah blah. Drama keluarga kita adalah suatu realiti nyata yang melanda banyak lagi keluarga di dunia. Drama keluarga kita adalah suatu untaian sejarah silam, yang menyaksikan kebaikan bertarung dengan kejahatan. Drama keluarga kita adalah tentang penakluk dunia, penyelamat manusia!

Emak malas berteka-teki, ber-Misteri-Nusantara dan berbasa-basi dengan kamu lagi.

Zaman satu bangsa yang hina,
Akan ada ilmuwan, sasterawan dan orang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat satu target:
Mereka ajar anak singa agar jadi kijang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam,
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan,
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim)

Angah! Kamu adalah anak Asad yang telah dijinakkan jadi kijang bacul - kecut sama musuh. Kamu adalah anak Asad yang digantikan seni wiranya dengan seni hedonisma.
Kamu adalah anak Asad yang dahulunya merdeka tetapi kini dijadikan hamba gaji dan organ reproduktif-nya.

Keluarga sudah gagal dalam menjadi institusi tarbawi.
Emak abah cuma reti hantar kamu mengaji sampai universiti.
Soal membentuk anak jadi Muslim sejati biar ustaz setel sendiri!

Sistem pendidikan sekadar ajar budak supaya besar kelak pandai cari makan.
Modenisasi, Demokrasi, Kapitalisme, Sekularisme dan ideologi berilahkan Taghut diterap halus sampai kamu tak perasan.
Dan kamu membesar bergelar Muslim, tapi hidup sekadar cari makan dan menyambung keturunan!

Kita hidup tak kenal jati diri, kat sapa mak, abah dan kamu nak tuding jari?
Ustaz di sekolah, Parameswara, kerajaan, Pakatan Rakyat ataupun mufti?
Ah! Salahkan musuh-musuh Islam - Yahudi laknatullah serta Kuffar yang menjahanamkan kita dengan licik rapinya strategi!

Mereka kini jadi world order, semua orang pakat kagum mahu contohi.
Konon habis moden, aman sejahtera, kaya-raya walhal tak ber-ilah-kan Allah sampai jahanam nilai insani.
Mereka mahu kekal dengan gaya hidup ingkari Allah, lalu tarik kita join sekali!

Dan, kamu Angah - anak Asad penyelamat dunia mereka jinakkan hingga lemah tak bergerak. Kemanusiaan karam dalam lumpur Jahiliyah tapi kamu masih tak nampak-nampak.
Walhal satu dunia menanti bangunnya kamu menggembalikan kita pada sistem hidup Islami yang takkan pernah hapak!

Sampai bila mahu membuta sedapkan hati konon dunia ini aman tak perlukan kamu, hai anak Asad?
Sampai bila mahu menyorok dalam zon selamat, tak mara menyedarkan dan memimpin umat?
Angah! Bangun dan sedar! Kasi gegar satu dunia ini dengan ngaumanmu yang gamat!!!

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh yang makruf,
mencegah dari yang munkar
dan beriman kepada Allah....
(Ali-Imran 3:110)

P/S : Lupa pulak mak nak bagitau, Asad itu bahasa Arab yang maksudnya 'singa'. Juga, sebagai tambahan, awek kamu yang ke-13 tu ada contact mak, bagitau dia dah tukar status kat FB dia tu daripada 'in relationship' kepada 'single'. So, kamu paham-pahamlah sendiri ek. Jangan sedih sebab seekor singa yang sedar tanggungjawabnya memandang enteng hal-hal sebegini. Toksaklah dok layan siapa-siapa lagi, kalau kamu berkenan, report je kat mak abah! Kitorang setelkan hantar rombongan terus! Keep on roaring (and rocking)!!! =P

With lots of hugs and kisses from Mak and Abah,
XOXOXOXO

Wallahualam....



Mari bantu teman kita!

Kita bersaksi bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad saw itu utusan Allah.

Saat ini team kun-rajulan sedang dilanda fening-fening, seram-seram sejuk, hilang selera makan, rasa terhuyung-hayang dan simptom-simptom yang sewaktu dengannya. Suspek utama adalah hujan yang menimpa ketika team kami mengadakan lawatan semi-rasmi ke kilang kristal di negeri Vladimir. Lantaran itu, post yang dijanjikan sempena cuti Hitler mengalami sedikit ke-terbengkalai-an. Kakitangan di markas pusat kun-rajulan sedang berusaha untuk meng-retrieve data-data, fakta-fakta serta idea-idea untuk episod terakhir telenovela Bukan. Sementara itu, para penonton diharap dapat meluangkan masa untuk membantu sekutu team kun-rajulan yang sedang menjalankan kajian bebas mengenai pola pembacaan di kalangan pelajar-pelajar universiti. Harap anda beri kerjasama! Jazakumullahu khairan kathiran, in advance...



P/S : Kajian ini tiada kena-mengena langsung dengan projek NILAM, Perpustakaan Negara ataupun Muhyiddin Yasin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang baru!

Kembali ke Sri Pentas.
Wallahualam....

Apr 19, 2009

Aku, Hitler dan Filem

Dengan nama Allah yang tak jemu-jemu mengampunkan hamba-hamba-Nya,
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw, yang sangat mencintai umatnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Ketika di Berlin pada musim sejuk lepas, kun-rajulan and the gang telah menyertai 'guided tour' berbayar - Insider Tours. Kami memilih pakej Tour #2 - Third Reich Berlin (Hitler & WWII The Final Days). Memang meletuplah! Tak sia-sia teman bayor 9 euro, yop!! Encik Mike, selaku 'tour guide' menggalakkan kami yang buta sejarah ni tengok movie berkenaan anti-Hitler movement terutamanya Valkyrie (lakonan Tom Cruise yang baru ditayang tahun ini) dan filem tentang Sophie Scholl. Makanya, alang-alang dah nak cuti Hitler nih, teman telah berjaya mendownload filem-filem berkenaan beserta beberapa filem lain yang 'notable' gitu.

1) Valkyrie (2008)

Reaksi penonton: Teman agak excited kerana sebahagian tempat yang teman lawat ketika Tour #2 merupakan set penggambaran filem ini. Teman dan rakan-rakan sempat termenangis di babak-babak akhir yang heroic itu.
Aplikasi dalam kehidupan : Ideologi, Sistem hidup dan Cara Hidup (ie Deen) yang ber-ilah-kan selain Allah akan musnah dipalu oleh tukul fitrah manusia.

2) Sophie Scholl – Die letzten Tage (2005, Sophie Scholl - The Final Days)

Bahasa : Dialog sepenuhnya dalam bahasa German dengan subtitle English.
Kemantapan : Calon Best Foreign Language Film untuk Oscar 2005
Reaksi penonton : Teman dan rakan-rakan juga ada termenangis melihat babak-babak tertentu. Kami juga sempat ter-emo dengan hakim People's Court yang dengan zalimnya memaki-maki Sophie Scholl dalam bahasa German sehingga memekakkan telinga para penonton.
Aplikasi dalam kehidupan : Seseorang itu hidup bukan kerana umurnya, tetapi kerana fikrah yang diperjuangkannya. Hadis Ghulam.

3) Mongol (2005)

Sinopsis kontot : Menceritakan kisah hidup Genghis Khan, iaitu tok wan Hulagu Khan. Hulagu Khan merupakan pemimpin tentera yang menyerang kota Baghdad sehingga merudumnya Tamadun Islamiyyah Abasiyah. Genghis Khan feymes kerana berjaya menyatukan semua rakyat Monggol yang hidup nomad dan suka berperang antara satu sama lain.
Nilai senti-mental : Diarahkan oleh Sergey Budrov, direktor dari Rusia - negara tempat teman belajar sekarang. Latar tempat - Monggolia, sebuah negara yang belakangan ini feymes di Negaraku - Malaysia atas faktor-faktor politik yang diketahui umum.
Kemantapan : Calon Best Foreign Language Film untuk Oscar 2007
Reaksi penonton : Kami teruja dengan aksi berdarah yang menyembur-nyembur seperti spray serta kebrutalan Monggolians di battlefield. Tak sangka boleh tahan gak cinematoraphy dari Rusia ni.
Aplikasi dalam kehidupan : Setiap amalan itu adalah dengan niat. Niat dan keazaman yang kuat memacu kita untuk beramal!

Sebagai penutup, ingin teman quote kata-kata Mike di akhir tour kami, yang Mike quote plak daripada Mark Twain...

History doesn't repeat itself, but it does rhyme!

Wallahualam....

Apr 18, 2009

Angah! Kamu bukan sekadar anak mak!

Dengan nama Allah tempat tumpu tuju cinta kita,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta pengikut-pengikut baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Assalamualaikum, Angah. Dah lama angah tak Voip-skype-ym dengan mak. Ape sibuk bebenor ke blaja kejuruteraan? Makwe ke-13 kamu, yang blaja medic kat Rusia tuh walaupun belum jadi menantu, bukan rajin lagi contact dengan mak. Hari tu, siap minta resepi ayam masak kerutuk kegemaran kamu. Konon nak praktis lah sebelum kahwin dengan kamu tu.

Angah. Ada perkara yang sangat penting perlu mak beritahu kamu ini. Mak harap kamu taklah terkezut beruk lalu merajuk apabila mendengarnya.

Angah! Kamu bukan sekadar anak mak!

Porke??? (kenapa in Spanish)
Pacimu??? (kenapa in Russian)
Pehal??? (kenapa in broken Bahasa)

Mak sangat berharap agar mak mempunyai masa untuk menerangkan selanjutnya. Tetapi malang, mak kesuntukan masa. Bukan kerana mak sekarang tenat mahupun nazak, tapi mak terpaksa pergi membasuh baju dan menyiapkan bekalan makanan. Insya-Allah esok, abah kamu nak bawa mak gi jalan-jalan pergi kilang kristal!! Woha!! Nanti mak sambung cerita ek! Jangan sedih-sedih sangat tau. Mak sengaja kasi kamu suspend ni!

Jaga iman, jaga ummah!

With lots of hugs and kisses,
Mak

*****

Nota editor :

Apakah kaitan awak yang belajar engineering, kita yang belajar medik di Rusia, angah yang belajar engineering dan mak? Jika Angah bukan anak mak, Angah anak siapa? Apakah kesudahan telenovela ini?? Adakah rupa-rupanya awak dan kita adalah adik-beradik?

Jangan ketinggalan episod penutup bagi siri drama 'Bukan...'!
Tayangan khas sempena cuti Hitler ini!

Bagi mereka yang ketinggalan episod-episod lepas, boleh dapatkan setiap episod secara percuma di bawah:

Awak! Bukan sekadar gosok tau!
Awak! Bukan untuk awak tau!
Awak! Bukan sekadar pembuku maa'thurat tau!
Awak! Bukan 'peace no war'!
Awak! Bukan 'peace no war'! (part 2)

Wallahualam....

Apr 15, 2009

In the name of Allah,
Peace be upon Muhammad, the final Messenger,
We seek Allah's protection from syaitan laknatullah.

Just because I'm losing,
Doesn't mean I'm lost...
... Just because I'm hurting,
Doesn't mean I'm hurt.
(Lost! from Coldplay's Viva La Vida)

Just because I'm changing,
Doesn't mean I'm changed.
Just because I'm bettering,
Doesn't mean I'm better.
(Twisted by kun-rajulan)

When comes the Help of Allah, and Victory,
And thou dost see the people enter Allah's Religion in crowds,
Celebrate the praises of thy Lord, and pray for His Forgiveness: For He is Oft−Returning (in
Grace and Mercy).

(An-Nasr : 1-3)

Wallahualam...

Apr 13, 2009

Hijrah - suatu tugasan

Dengan nama Allah yang menguasai bumi dan angkasa,
Selawat dan salam buat Muhammad saw serta para sahabatnya,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan, musuh yang nyata.

An-Naas:

Telah tertunjuk oleh Allah buat kita,
Pilihan hanya dua, tiada ketiga.
Istimewanya an-Naas dilambai mendekati-Nya,
Dia lah Rabb, Malik, Ilah kita.
Sudah dilambai, diingatkan-Nya pula,
Jangan diikut setan, musuh yang nyata.


Al-Falaq dan al-Ikhlas:

Ikut jangan sang setan,
Jalan setan jalan kebathilan.
Laluilah jalan menuju Tuhan,
Hanya Dia jadi tujuan,
Cukuplah Dia jadi tumpuan,
Kerna Yang Esa lah yang selayaknya jadi sembahan!


Al-Masad dan an-Nasr:

Jalan bathil penghujungnya neraka,
Azabnya seksa tak tertanggung siapa-siapa,
Mahukah kau jadi Abu Lahab kedua?
Hingga yang tercinta jadi algojo penyeksa.
Al-Fath buat yang hijrah menuju-Nya,
Berjayanya hijrah jangan sampai kau leka,
Mencanang usaha, mendabik dada,
Kau penghijrah berjaya, tapi kekal manusia,
Tak maksum dari cacat dosa!
Ingat! Hakikat al-Fath BUKAN kerna kau usaha,
Tapi hakikatnya, al-Fath itu HANYA atas bantuan-Nya!
Maka tasbih, istighfar lah kau menghadap Dia,
Kerna sungguh Dia penerima taubat para hamba.


Al-Kafirun:

Ar-Rahman terus-terusan berpesan,
Dalam kau berhijrah meniti jalan Tuhan,
Jangan kau berani adakan campuran!
Bercampurnya Haq dan Bathil itu namanya kegelinciran!
Hanya dengan Islam, nafasilah setiap detik kehidupan.
Dan Jahiliyyah kau lempar jauh ke gaungan!


Al-Kautsar:

Ar-Rahman terus-terusan berkata penuh cinta,
Nikmat buat penghijrah melangit langkaui angkasa,
Dan, nikmat jayanya hijrahmu itu diiring kerja,
Atas nikmat ini, WAJIB kau syukuri & kongsi sama-sama.
Seperti mana kau solat hanya untuk DIA,
Seperti itu juga kau syukuri nikmat ini hanya kepada-NYA!
Seperti mana kau AGIH-AGIHkan daging korban di hari raya,
Seperti itu juga kau KONGSI nikmat ini dengan MANUSIA lainnya!


Kesimpulan:

Ar-Rahman sering, sedang dan akan terus berpesan,
Melalui al-Qur'an yang kita lagukan sehari-harian,
Melalui Rasul, dai yang menyerukan, pun juga teladan.

Apa kau masih ingin menjauhi jalan Tuhan?
Walhal Dia sudah mengundangmu ke dalam lindungan,
Apa kau masih bongkak kekal meniti jalan kebathilan?
Walhal Dia sudah beri amaran.
Apa kau menunggu bongkok bangka baru terkedek hijrah menuju Tuhan?
Itupun kalau umur kau Dia panjangkan.
Kalau mautmu sekarang, takkah kau kerugian?

Kelak di sana, jangan berani soal keadilan Tuhan!
Kerna Dia telah tawarkan kau pilihan,
Tapi kau degil ingin membuntuti syaitan,
Bukan Dia, tapi hanya kau yang zalimi kau, wahai Insan!
Walhal, Dia itu kekal dan tetap selamanya ar-Rahman!

Apr 12, 2009

berMISaI tapi tak berMISI

Dengan nama Allah yang membolak-balikkan hati kita,
Selawat dan salam buat junjungan agung - Muhammad saw,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Mood - terkedu, terkezut, apakah??!!!

Babak 1:
Gua dan kawan-kawan sedang berdiri di suatu kawasan rerumputan nan luas, yang nun jauh di hujun sana sebahagiannya berlopak serta berair. Berjalanlah segerombolan pemuda Muslim dari negara gua. Umur mereka gua agak-agak lebih kurang umur Sultan Muhammad al-Fatih ketika beliau melantak-luluhkan kota Roman Konstantinople, iaitu awal 20-an.

'Hoit!! Lalulah kat situ!! Ha!! Berenang lah korang puas-puas dalam lumpur tu.'

Babak 2:
Ada seorang kawan gua memakai 'boot' sambil menaiki tangga. Kedengaran suara-suara sumbang yang disumbangkan oleh ahli gerombolan pemuda Muslim yang sama.

'Licin tangga ni dek oi! Pakai 'boot' tak leh naik' (Lebih kurang begitulah)

???:
Apakah??!!! Harap sahaja dah berMISaI tapi haram langsung tak berMISI. Bro, lu tak malu ke buat perangai sekolah menengah rendah? Punyalah tak insecure sampai dah tua bangka nak kena jalan dalam gang ramai-ramai dan budget otai sebab nak mendapat approval member-member. Dahlah insecure, mencari publisiti murahan dengan berbuat bising, kacau orang yang langsung tak de kaitan dengan lu dan gelakkan orang!

Gua salute sama Muslim yang optimis dan ceria-ceria selalu tetapi bukan pelawak murahan yang kenakan orang lain.
Gua salute sama Muslim yang setia kawan tetapi bukan mereka yang ber-gang untuk nampak 'Kamilah budak-budak otai kat sini'.
Gua salute sama Muslim yang extrovert, out-going dan peramah tapi bukan mereka yang menegur untuk mengenakan orang.

Gua geleng kepala melihat gerombolan pemuda Muslim yang budget bagus, budget cool dan budget otai ni.
Gua geleng kepala lagi sebab gerombolan pemuda Muslim ini dah tua bangka, berMISaI tapi tak berMISI.
Gua geleng kepala lagi dan lagi sebab yang jalan dengan gua adalah seorang non-Muslim yan turut dikacau oleh gerombolan pemuda Islam tadi.

Bro, KUN RAJULAN!!!

Wallahualam...

Apr 11, 2009

tentera Allah (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad saw beserta sahabat baginda,
Kita berlindung kepada Allah daripada syaitan laknatullah.

Anonymous said...

assalamualaikum...
klu ade mase leh x smbung psal
"kakashi" islam - khalid alwalid
dlm prg mut'ah tuh???

Alhamdulillah! Kami di kun-rajulan mempunyai kelapangan masa untuk menulis entry bertubi-tubi pada hari ini. Lalu ingin langsaikan hutang-hutang terhadap anda semua, serta meng'clear'kan idea-idea daripada terus menghantui kotak minda!

Nota kepala : Sila rujuk entry bulan Mac, bertajuk tentera Allah, sebelum meneruskan bacaan, harap maklum. Sila 'on' suis hati! Jazakallahu khairan atas kerjasama.

*****

Apa yang terjadi kepada pedang Allah dalam perang Mut'ah itu? Ha! Sikit punya suspend pasal Saifullah ini. (Saifullah = Pedang Allah = Khalid al-Walid ra). Itu baru suspen semasa membaca kisahnya, belum lagi rasa suspen ikut berjihad dengan beliau di medan perang! =P

Ketika panji umat Islam beralih tangan kepada Khalid al-Walid setelah wafatnya Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah ibnu Rawahah, Rasulullah saw telah dimaklumkan oleh Allah sendiri melalui wahyu yang turun sebelum sempat utusan dari medan perang membawa berita kepada baginda.

Sabdanya yang bermaksud: Bendera dibawa oleh Zaid, beliau jatuh kemudian ianya diambil oleh Jaafar dan beliau jatuh lantas diambil oleh Ibni Rawahah, Ibnu Rawahah pun gugur, di masa itu Rasulullah berlenang air mata hinggalah bendera Islam dicapai oleh Pedang Allah maka dengannya pembukaan pun selamat terlaksana.
(Di'copy-paste' daripada kitab sirah - Raheeq Makhtum)

Tak ke mantap Khalid al-Walid itu? Sampaikan Rasulullah sendiri melalui wahyu Allah, meng'endorse' sendiri Khalid al-Walid sebagai Pedang Allah!!! Subhanallah. Untuk kasi clear lagi, kita boleh kata yang antara ramai-ramai swordmen kat muka bumi ini sejak zaman nabi Adam, hanya seorang sahaja yang di'endorse' sebagai the Sword of Allah!! Itulah Khalid al-Walid!!

Bayangkan, Khalid al-Walid memimpin 3000 Muslimin melawan 200, 000 tentera Rom, kuasa besar zaman itu yang ekual dengan Amerika, European Union dan Yahudi laknatullah pada zaman sekarang. Dengan kehandalan bermain pedang dan kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepadanya, beliau merancang strategi licik untuk mengurangkan casualities di pihak tentera Muslimin sebab memang perang ni susah nak menang.

Strategi yang dilaksanakan Khalid al-Walid bukan strategi cikai-cikai, dik oi!! Strategi ini membolehkan tentera Muslimin berundur dengan selamat. Undurkan 3 ribu orang Muslimin serentak, tak ke diperasan oleh musuh?! Sure-sure tentera Rom-nya yang suka dok berskirt pendek tu kejar dan ligan sampai Madinah! Ha!! Tapi, strategi ni punya licik sampai, tentera Roman tu pulak yang rasa gerun, dan boleh cancel plan nak kejar tentera Muslimin yang berundur. Ha!! Macam mana nak buat tu?? Berundur tapi dalam masa yang sama menggerunkan musuh??!!

Ha!! Khalid al-Walid suruh mereka yang di posisi kanan ubah gi posisi kiri. Yang kiri pergi kanan. Belakang ke depan. Depan ke belakang. Dan sebaliknya. Ha!! Bila buat macam tu, tentera Rom ingat, "Eh! Kenapa ada muka-muka baru dok lawan aku ni?! Mesti tentera bantuan orang Islam ni dah sampai!". Bayangkan, semua 200 ribu tentera skirt pendek kena tipu mudah dengan strategi ni sampaikan semua ingat tentera bantuan dah sampai!

Sambil tukar-tukar posisi tu, Khalid al-Walid suruh mereka anjak dan undur sedikit demi sedikit ke belakang. Tengah dok tentera Roman lawan kita, sedar-sedar kita dah lesap berundur ke belakang. Nak kejar, tentera Roman ni takut kalau-kalau kita berundur untuk gabung dengan 'tentera bantuan' lalu melancarkan serangan yang jauh lebih maha dasyhat berbanding yang tadi. Jadi, tentera Rom pun tak nak kejar dan ligan kita lalu mereka pun balik lah ke tempat asal.

Pendek cerita, tentera Muslimin pun pulang dengan selamatnya ke Madinah. Cuba teka berapa ramai yang syahid di medan Mu'tah tadi? Cuma 12 orang sahaja yang gugur syahid daripada 3000 orang tentera, termasuk 3 orang panglima perang tadi. Walaupun kita tak dapat kalahkan tentera Rom sampai lumat dan menuntut bela atas kematian utusan Rasulullah yang dibunuh, tetapi perang Mu'tah ini banyak hikmahnya.

Antaranya, ramai qabilah Arab di jazirah Arab yang selama ni dok liat nak masuk Islam, mengucapkan syahadah mereka. Yelah, manakan tidak. Bukan calang-calang orang yang boleh menakut-nakutkan tentera Rom. Mereka sedar bahawa Muslimin ini ada nilai tambah yang menyebabkan mereka jauh lagi hebat, dan nilai tambah itu adalah Islam itu sendiri! Samalah juga kalau kita - negara Malaysia, dapat menundukkan kekuatan ketenteraan Amerika yang bongkak lagi angkuh itu! Pasti satu dunia tabik spring sama kita lalu mahu jadi sekutu kita.

Tamat sudah cerita perang Mu'tah menentang Rom pada 8 Hijrah. Selepas Fathul Mekah pada 9 Hijrah, Rasulullah ada mengepalai sendiri tentera Muslimin menentang tentera Rom dalam Perang Tabuk. Dalam perang Tabuk itu, kita menang tanpa bertanding sebab tentera Rom takut dengan kita. Al-maklumlah, Post-Traumatic Syndrome. Trauma Perang Mut'ah lalu.

Akhirnya, tamatlah riwayat Tamadun Rom dilanyak oleh kita melalui perang Yarmuk yang dikepalai musuh tradisi Rom - Khalid al-Walid "the Sword of Allah" pada 14 Hijrah! Dalam perang Yarmuk, kita berjaya menguasai salah sebuah daripada 3 capital city kerajaan Rom iaitu - al-Quds. Dalam tahun yang sama juga, sebuah lagi capital city Rom kita kuasai iaitu Alexandria di Mesir, melalui pimpinan Amr b al-Asr. Akhir sekali, pada 1453 Masihi, kota terakhir Rom - Constatinople (kini ialah Istanbul) jatuh ke tangan kita hasil jihad tentera dan panglima perang terbaik pada zaman itu - Sultan Muhammad al-Fatih! Beliau ketika itu berumur 24 tahun! Ha!! Ni, senior 6th years kat Rusia ramai yang umoq sama ni!

Siapalah Kakashi nak banding dengan Khalid al-Walid ni! Kakashi (Naruto) ke, L (Death Note) ke, Ichigo (Bleach) ke, Hiruma (Eyeshield 21) ke, gua dah tak pandang dah! Watak khayalan sahaja, baik gua layan sirah nabawiyyah!! =P

Khalid al-Walid, Amr bin al-Asr, Jaafar b Abi Talib, Sultan Muhammad al-Fatih dan semua Muslim yang cool, hebat, bergaya, unggul ini bukan lahir tiba-tiba sahaja! Mereka lahir hasil usaha da'wah yang dimulakan oleh Rasul Allah - Muhammad saw, yang kemudian diteruskan oleh generasi Muslim sejati seterusnya. Dan, da'wah ini bukan nasihat 'touch-N-go' tau, tapi merupakan usaha yang memerlukan follow-ups, dan itulah apa yang kita namakan tarbiyah (pembentukan diri).

Bersama sahut seruan ini! Bersama kita menjalankan tugas ubudiyyah dan khilafah ini insya-Allah!

Wallahualam...

(Phew! Lega setel satu hutang.)


Awak! Bukan 'Peace No War!'! (part II)

Dengan nama Allah yang tiada pernah henti kasihnya buat kita,
Selawat dan salam buat junjungan besar, Muhammad saw dan para sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Ar-Rahman daripada terikut hasutan syaitan laknatullah.

Awak! Dah baca post entry kita bertajuk 'Awak! Bukan 'Peace No War!'? Ini kira sequel post tu lah. Isyh.. Kenapalah kita suka benar cerita pasal perang ni ek. Kita sendiri pun tak tahu lah awak. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin sebab kita dah terdedah daripada kecik kot. Bukanlah maksud kita, kita duduk di kawasan 'warzone', ataupun ummi abi kita askar ataupun Mujahideen, tapi inilah perancangan Allah yang merupakan the best planner!

Semasa tadika : Ummi ada tolong ambil upah asuh budak bernama Sarah. Jadi, abi kita selalu panggil budak tu Sarajevo. Masa itu kan tengah perang kat Bosnia.

Semasa sekolah rendah : Ummi abi selalu tak bagi kita baca buku-buku yang kat rak buku tu. Jadi, bila ummi tidur petang, kita curi-curi baca buku yang tak berapa tebal. Antara buku yang kita ingat sampai sekarang, tajuk dia lebih kurang - Karamat Mujahideen di Afghanistan menentang Soviet.

Semasa sekolah rendah : Kita selalu join abi tengok action movie kat TV malam-malam. Selalu kena marah dengan ummi, sebab tidur lambat. Ada sekali tu, ummi masuk hospital sebab bersalinkan adik kita yang ke-berapa entah, kita, abi dengan adik-adik (yang semuanya lelaki ketika itu, adik perempuan belum lahir lagi) bantai tengok action movie tanpa risau kena bebel! =P

Semasa sekolah rendah : Kita selalu lepak bilik Cik Oya bila balik rumah nenek. Bilik dia banyak majalah-majalah wanita dan Islami. Ummi kita haramkan kita baca majalah-majalah wanita yang dewasa itu, lalu kita baca majalah-majalah Islami. Masa itu, kita memang terkesan dengan cerita kesengsaraan umat Islam terutamanya di Ambon, Indonesia.

Semasa darjah 3 : Terbaca petikan mengenai Askar Wataniah ketika buat latihan pemahaman Bahasa Melayu. Semenjak itu, bercita-cita menjadi Askar Wataniah. (askar simpanan) Sekarang bagi kita, jadi 'rijal' dah cukup 'cool' dah! Takyah susah layan kerenah birokrasi nak daftar jadi Wataniah! =P

Semasa menengah rendah : Tengah kecoh serangan Amerika ke atas Iraq. Kita tampal meja kita di kelas dengan gambar Ben Laden (di sebelah gambar DATUK Shahrukh Khan), gambar 'weapons' etc. Ada cikgu bagi 'thumbs up' bila tengok meja kita, yang part Ben Laden itulah.

Semasa menengah atas : Kita rajin ponteng nyorok belakang hostel, tapi ketika kecoh Lubnan diserang Yahudi Laknatullah, kita dan partners-in-crime lancarkan tabung derma 'informal' dan keliling asrama puteri kutip duit. Duit tu diserahkan kepada salah seorang bapa partner-in crime kita yang ada join satu badan profesional yang hantar bantuan ke Lubnan.

Semasa menengah atas : Macam mana entah kita terjumpa buku kanak-kanak tentang perang tulisan James Riordan. Semenjak itu, kita memang dapat habiskan novel tulisan James Riordan yang ada di library sekolah. Memang bloody, horror cerita-cerita tulisan dia.

Adrenaline rush : Fuh! Kita memang suka anything that has something to do with war! My all-time favourite scene is from documentary Empire of Faith : a group of Muslim men, all in white (white jubah and serban) riding on their horses in the dessert! Pergh! Rasa macam nak gi jihad serta-merta! =P

Tears rush : Kita bukannya dahagakan darah dan keganasan. Kita pencinta semangat juang, pencinta keberanian dan pencinta kebenaran (al-Haq)! Dan lantaran itu, kita juga turut terkesan melihatkan civilians yang tak berdosa, yang menjadi mangsa perang. Kerana itu, kita, awak dan KITA SEMUA perlu menyelamatkan kemanusiaan agar tiada lagi wujud mangsa kepada mereka yang ber-ilah-kan al-Hawa, yang memerangi orang lain untuk agenda peribadi!

Wallahulam..

Islam! Let's have jihad!

With lots of love,
XOXOXOXO

Awak! Bukan 'Peace No War!'!

Dengan nama Allah yang membolak-balikkan hati kita,Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta generasi sahabat,Kita pohon perlindungan Allah daripada musuh ketat kita – syaitan laknatullah.

Awak! Sorry sangat-sangat sebab dah lama tak post entry untuk awak. Kita budget busy lah awak. Kepala kita tengah pening ni. Huhuhu.. Tapi, bila memikirkan kita dah lama tak post entry untuk awak, kita gagahkan diri juga untuk menaip! Woha! Terharu tak awak? Huhuhu.. Macam mana dengan study awak? Ibadah khusus dan ibadah umum awak untuk Allah okay tak? Tugas khilafah yang Allah wajibkan, awak dah buat tak? Sebab kita dah lama tak tulis untuk awak, sampai kita rindu bangat kat awak, kita tulis panjang-panjang tau kali ni! Sila switch on suis hati awak dan semoga awak sabar & enjoy membaca sehingga noktah terakhir Insya-Allah.

Kita nak mengadu kat awak ni. Ramai orang wish birthday kita hari tu, ada wish kita ‘semoga jadi serikandi’ lah, ‘semoga lebih gagah berjuang’ lah, dan yang tak boleh blah ‘ semoga lebih militanz’. Kita memang happy tahap maksimum lah di’wish’ sebegitu. Alhamdulillah, walaupun kita ini hingusan lagi banyak karat-karat degil jahiliyyah, usaha kita di jalan juang ini berjaya dizahirkan, sehingga mereka yang di sekililing kita ‘wish’ agar kita lebih mantap usahanya. Bukankah iman itu di-tasdiq-kan (tasdiq = benar) dengan amalan?

Namun begitu awak, ada satu isu berlegar-legar dalam minda kita – aku ini brutal sangatkah sampai orang ‘wish’ sebegitu. Bukan kita risau orang ingat kita tak cukup ayu ke, girlie ke, dan adjektif-adjektif yang sewaktu dengannya. Kita risau, dibantainya, lama-lama ada orang yang tidak kenal kita dengan baik associate kita dengan real militant, terrorist lah dan lain-lain.

Lepas kita fikir dalam-dalam, kerisauan kita itu berpunca daripada benih perang pemikiran (psycho war) yang kuffar tanamkan dalam minda kita. Ini kerja Amerika, sekutunya dan Yahudi laknatullah! Amboi, bukan main diorang laungkan ‘Peace! No war!’. Kita pun membabi-buta ikut laung sama, lepas tu, diorang jugalah yang declare war ke atas kita – Iraq, Palestin, Afghanistan, Algeria, Kashmir dan lain-lain lagi. Apakah??!!! Amboi, diorang yang beriya-iya suruh satu dunia dok diam-diam jangan perang, lepas tu diorang serang kita boleh pulak?! Ni yang gua panas ni!! Patut tukar ‘Peace! No War!’ jadi ‘Islam! Let’s jihad!’. Islam kan antara maksudnya ‘Peace’, so in other words ‘Peace! Let’s Jihad!’.

Tapi, Kuffar dan Yahudi laknatullah itu dah racuni pemikiran kita dan sinonimkan ‘jihad’ itu dengan ‘perang’. Perang seorang pencinta permusuhan berbeza dengan jihad seorang pencinta syahid. Berjihadnya seseorang kerana dia cintakan ilahnya yang agung – Allah subhanahu wa taala. Berjihadnya seseorang kerana dia cintakan sistem hidup agung – Dinul Islam. Berjihadnya seseorang kerana dia cintakan umat manusia dan ingin berkongsi nikmat Dinul Islam dengan seluruh umat manusia! Kita nak kongsi pun dah cukup baik, ada juga manusia ni yang liat benar nak terima. Maka, apabila segala cara kita dah cuba untuk ajak dia gagal, baru kita guna strategi jihad dengan senjata! Kita serang dia bukan kerana kita dendam kat dia sebab liat tak nak ikut cakap kita, tapi kita sayangkan dia, dan kita ingin dia sedar!

Analoginya mudah. Sebuah rumah terbakar dan 2 orang penghuninya tidur mati. Salah seorang terjaga dan kerana cinta kasihnya dia terhadap roommate nya yang memang haram susah nak bangun tidur, dia guna segala cara yang terdaya untuk kejutkan roommate-nya. Kerana dia ingin housematenya itu selamat! Dia bagi penampar berdas-das ke, seret dia keluar rumah ke, dan lain-lain. Biar roomatenya sakit sekarang, jangan sampai sakit terbakar melecur lalu mati. Semudah itu! Itulah kita! Kita mahu sedarkan semua orang dari bahaya api neraka, maka kita guna segala cara yang terdaya untuk bangunkan umat manusia!

Saidina Ali r.a. telah ikut berjihad di suatu medan perang. Dan ketika dia hampir menamatkan riwayat seorang musuhnya di battlefield itu, musuhnya itu meludahnya. Ali ra lalu tidak jadi membunuh musuhnya, kerana khuatir kalau-kalau niatnya itu berubah daripada JIHAD KERANA ALLAH kepada DENDAM TERHADAP PELUDAHNYA. Betapa mulia dan suci hati seorang pejuang jihad, seorang pencinta syahid.

Jadi awak, kita ini harus jadi sebegitu – pejuang jihad, pencinta syahid. Jangan jadi bacul, tak mahu share nikmat Dinul Islam dengan orang lain. KUN RAJULAN! (Jadilah anak jantan!) Sungguh, ‘rijal’ itu secara literalnya bermaksud pemuda dan secara ma'nawinya membawa maksud pendukung, pejuang dan kata-kata yang sinonim dengannya. Namun, biar kita ini perempuan, biar kita ini tua bangka kerepot berkedut, selagi mana kita ini Muslim sejati, kita tetap perlu kekal menjadi 'rijal', pendukung & pejuang di atas jalan jihad dan jalan da’wah sampai syahidnya kita di atas jalan juang! Takbir!!!

Okaylah awak. Kepala kita dah pening benar ni. InsyaAllah kita tulis untuk awak lagi ASAP! Jaga Iman, jaga Islam! ‘Islam! Let’s Jihad!’ =P

With lots of love,

XOXOXOXO

Wallahualam..

P/S : Kepada semua peng’wish’ birthday kita, Jazakumullahu khairan kathiran! Kita sangat menghargai kata-kata pembakar semangat itu! Moga kita semua kekal di atas jalan juang ini sehingga syahidnya kita insya-Allah! =P

Apr 10, 2009

Zdras-vui-te!

Dengan nama Allah yang membolak-balikkan hati-hati kita,
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan musuh yang nyata.

Ustaz Amin said...

bila nak update?

Saya tepuk dahi bila terbaca komen di atas. Adeh, ustaz follow blog kite lah! (Gembira bercampur perasaan "ala! kantoilah tak update") Dalam minggu ini memang saya akui banyak berpura-pura sibuk dan menghabiskan masa melayan 'blues' diri sendiri. Internet dilayari majoritinya untuk blog-hopping dan baca tentang perjalanan politik di Malaysia, PEMILU 2009 Indonesia (tapi banyak juga yang kurang faham sebab baca akhbar Indonesia, banyak perbendaharaan kata Indonesia yang tak tahu), konflik pembunuhan pemerintah Chechen, dan macam-macam lagilah. Jakun dan canggung rasanya, bila kita perlu mula bertatih kembali untuk peka dengan isu semasa. Jadi, untuk ustaz yang dah selamat tiba dan bergumbira makan masakan made-in-Malaysia, kita recap apa yang dah jadi di Rusia sepeninggalan ustaz.


CUACA

Masya-Allah! Cuaca banyak syok! Matahari semakin gemilang cahayanya dan meleret-leret durasinya! Tapi, masih lagi suhu tak cecah-cecah 10 darjah Celcius. Kalau tak silap saya tadi, terpampang di sebuah papan elektronik pemapar suhu di sebuah stesen metro - suhunya sekadar 3 darjah. Maghrib pula masuk dalam 8.30pm kerana panjangnya siang!

Teringat saya akan kupasan surah asy-Syams di sebuah taman syurga mingguan yang saya dipilih Allah untuk hadir.

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari.
(Asy-Syams 91:1)

Ulas Syed Qutb tentang ayat itu dalam Tafsir Fi Zhilail:
Pagi hari merupakan saat-saat paling indah dan paling manis.
Di musim dingin, merupakan waktu kehangatan yang menyenangkan dan menyegarkan.
Di musim panas, merupakan waktu pancaran sinar matahari yang indah sebelum terik tengah hari yang menyengat.
Matahari di pagi hari (dhuha) berada pada saat paling jernih dan paling indah.


Saratnya paradoks perasaan hingga hampir pecah rasanya thoraks.
Terasa seperti ingin melompat tinggi sambil menumbuk kegembiraan ke arah udara ibarat pemain bola sepak yang berjaya membolosi gawang lawan.
Terasa seperti ingin terus sujud syukur di saat dan ketika itu juga, di celahan orang yang lalu-lalang.
Gembira kita atas nikmat keindahan alam ini.
Bersyukurnya kita kerana walau banyak cela dosanya, masih Allah pilih, sayang dan ingat akan kita.
Ah! Ar-Rahman, Kau sungguh penyayang!


HARI INI HARI JUMAAT

Pendek cerita, hari ini telah masuk kali kedua, rakan-rakan Muslim membuat solat Jumaat di bangunan mikrobiologi kerana waktu zohor berganjak menjadi lebih lewat ekoran semakin panjangnya siang. Jika mereka solat di masjid, tentunya mereka akan tiba lewat ke kelas Mikrobiologi yang bermula pada jam 2.30pm. Walaupun sekadar berjemaah dan mendengar khutbah di ceruk tingkat bawah bangunan dengan bilangan jemaah sekadar belasan orang, masih terasa indah dan izzah (bangga) akan Islam dan ibadah mulia ini.


PULANG DARI KELAS

Quran poket berkulit ungu ceria ditatap sambil menunggu metro datang. Tiba-tiba seorang average mak cik Rusia yang lazimnya sering memberi berdas-das penyiku percuma buatku dan berasak-asak secara brutal ketika menaiki metro, menyapaku ramah.

Mak cik : Ini, awak baca Quran?
Rijal : Ya.
Mak cik : Ma-la-dets! (bahasa Rusia yang bermaksud 'cemerlang')
Rijal : Mak cik Muslim juga?
Mak cik : Tidak. Ma-la-dets! (diikuti senyum tulus mulusnya buatku)

Melonjak izzah ku dengan al-Quran yang ku genggam erat di tangan.
Melonjak izzah ku dengan hijab yang Allah wajibkan ke atasku.
Melonjak izzah ku dengan tertibnya Muslim, yang lakunya jauh tara berbanding pemuda-pemudi Rusia yang sering lagaknya ibarat ingin mengawan.

Melonjak yakinku bahawa benarnya Islam ini.
Melonjak yakinku bahawa mak cik ini dan ramai lagi manusia menanti akan rijal-rijal yang bakal menyelamatkan kemanusiaan daripada lemas lumpur jahiliyah ciptaan al-hawa seperti hedonisme, materialisme, kapitalisme, dan lain-lain lagi.
Melonjak yakinku bahawa aku perlu jadi rijal itu.

Tunggu, mak cik!
Akan kita kembalikan damai sejahtera kehidupan di atas minhaj nubuwwah, seperti mana gemilangnya Khulafa' ar-Rasyidin suatu ketika dahulu.
Rijal-rijal beserta aku yang hingusan ini sedang melantak-luluhkan Jahiliyah yang Bathil itu.
Rijal-rijal beserta aku yang hingusan ini sedang mematak-teguhkan Dinul Haq ini!
Masanya akan tiba!

Dan metro yang makcik dan aku tunggu pun tiba.
Kami terpisah dek lautan penumpang, lalu masing-masing mengambil jalan menuju destinasi. Entahkan sama, entahkan tidak destinasi akhir kami.
Moga, Allah kurniakan hidayah buat mak cik itu, insya-Allah agar sama-sama kita menuju destinasi redha Ilahi.

Wallahualam...

P/S : Ustaz Amin, senang-senang ustaz ulas pasal hadis yang di-mention Tareq Suwaydan dalam Future of Our Religion, part 12 ye! Saya tunggu.. =D Jazakallahukhairan kathiran, ya ustaz!

Apr 5, 2009

Pantun Pilihanraya

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam buat rasul junjungan, Muhammad saw,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Berikut merupakan serangkap pantun menarik dijumpai ketika membaca Rakyat Merdeka:

"Ramai bocah menari tor-tor,
sambil bernyanyi di Berastagi.
Jangan pilih caleg koruptor,
agar rakyat tak menderita lagi."

(Tifatul Sembiring, Presiden PKS)

Sangat bertepatan dengan suasana pilihan raya kecil di Malaysia, dan tentunya dengan PEMILU 2009 di negara serumpun kita - Indonesia.

Klik 'situ' untuk baca lagi akhbar Rakyat Merdeka. [situ]
Klik 'sini' untuk mengetahui apa itu PKS - Partai Keadilan Sejahtera. [sini]

Wallahualam.

Let's de-'katak' ourselves!

Dengan nama Allah, Ilah kita yang agung lagi tunggal,
Salam dan selawat buat junjungan besar kita, Muhammad saw,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

(Bahasa brutal yang berikut khas ditujukan untuk anak sulung Encik Zalzilah Rashidi bin Haris dan Puan Sarimah binti Sirad. Harap maklum!)

Itulah kau!
Kata rijal!
Dabik dada mahu tawan dunia!
Beriya-iya ingin teguhkan Islam tercinta!

Peta dunia pun tak lepas!
Kalau pergi menawan dunia, tak ke terbabas!

Berita Malaysia kau peduli apa entah!
Apa benda jadi kat Moscow pun haram tak endah!
Berita dunia? Oh! Lagilah!
Inikah rijal yang peduli sama ummah??!!

Berhentilah jadi katak yang hidup tak menentu!
Keluar dari gelap tempurung mu!

Dunia ini bukan sekadar sebulat bola!
Dunia ini kau kena kejar macam bola!
Lepas dapat, kau sepak sepenuh tenaga!

Dunia ini letaknya di kaki,
Untuk disepak terajangi!
Akhirat itu letaknya di hati,
Kumpul bekalan itu mesti!

Ah! Cakap banyak pun tak guna,
Sendiri fikirlah tak payah aku buang masa!

Hasil contengan UMAH yang kecewa dengan anak sulung Pak Cik Zalzilah dan Mak Cik Sarimah ni yang memang tak endah tentang masalah dunia. Lantaran itu, kami di kun-rajulan telah melancarkan sekelumit link-link kepada leading newspaper (hasil peng-wiki-an kun-rajulan tentang senarai surat khabar yang antara tertinggi circulation-nya di negara masing-masing). Semoga anak Pak Cik Zalzilah dan Mak Cik Sarimah serta kawan-kawannya yang lain dapat memecahkan tempurung yang dah lama tercokoh menutupi mereka.

Maka, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Rijal's Not Katak! (Sila lihat di bahagian kanan window kun-rajulan anda untuk melihat apa ke jadahnya Rijal's Not Katak)

notakakiretort : Eh! Terasa macam VIP lak! =P

Wallahualam...

kamus KaMuS

Dengan nama Allah, yang mengikat hati-hati kita,
Selawat dan salam buat Rasulullah saw serta sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.

Bertempat di Hotel Kahovskaya, telah berlangsung acara makan-makan untuk Yang Berhormat ahli-ahli KaMuS (Kahovian Muslim Sisters). Dijalankan secara 'periuk bertuah' (Potluck), ternyata kuantiti makanan berkurangan berbanding acara-acara lalu, namun kualiti masih di tahap 'ibu jari naik' (thumbs up). Antara hidangan yang teramatlah laku ialah Puding Jagung yang dimasak oleh YB Abdul Hasan (bukan nama sebenar) dari Menggatal.

Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah lalu diikuti dengan sedikit tazkirah kontot oleh YB Khalid Mahmud (bukan nama sebenar). Lalu, acara makan-makan pun dimulakan. Usai, proses pengunyahan dan pentelanan, para YB beralih ke agenda utama yang seterusnya. Agenda seterusnya menguji minda, ketangkasan dan kecekapan para YB untuk menyelesaikan permasalah-permasalahan yang dikemukakan dalam bentuk permainan. Mujur pengadil pilihan malam itu telus, bukan kaki ampu lagi bebas korupsi.

Permainan dimulai dengan permainan tidak bernama, yang secara ringkasnya menguji ke'sporting'an para YB melafazkan kata sayang, serta kebolehan berlakon sebagai seorang yang 'emotionless'. Seterusnya, sesi diteruskan dengan permainan cakap-tak-renti-renti (nama rekaan pengarang) selama 1 minit. Menyaksikan saingan daripada 4 penjuru, YB Ezam Shahirol (bukan nama sebenar) berjaya mengalahkan 3 penjuru lain dengan kisah teddy-bearnya.

Permainan dileret-leretkan lagi kepada acara raga regu (nama rekaan pengarang). 2 kumpulan yang memang masing-masing bersemangat 'gua-takkan-kalah!!' secara keseluruhannya berjaya meneka dengan tepat setelah penat team-mate yang dok kat depan tuh beriya-iya membuat gaya itu ini. Antara yang menarik untuk di-'cahaya-tinggi'-kan (highlight) ialah mengenai pakaian rasmi YB Khairy Nordin (bukan nama sebenar) yang berbelang. Berkali-kali corak belang-belang baju YB itu digunakan untuk dijadikan clue. Hasil tinjauan mendapati ramai YB sudah semakin lupa akan peribahasa Melayu, barangkali akibat terlalu lama bermastautin di luar negara.

Selepas kenyang makan dan bergendang-gendut suka hati bermain sana-sini, para YB yang batal wudhu'nya pun mengambil wudhu' lalu diikuti dengan solat jemaah Isya' beramai-ramai. Secara keseluruhan, pihak penganjur sangat berpuas hati kerana para hadirin dan hadirat meninggalkan tempat kejadian dengan bersih tanpa sampah.

P/P (Pesanan penaja) : Semoga para YB tak jemu untuk datang makan dan main-main lagi! =P

" Sesungguhnya, orang-orang mu'min itu bersaudara..."
(Al-Hujurat 49:11)

Sekian, saya Khairan Waliyah (bukan nama sebenar) melaporkan dari tempat kejadian. Akhir kata, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kembali ke Sri Pentas.

Wallahualam..


Apr 4, 2009

Welcoming the New PM

Bismillahirrahmanirrahim,
Peace be upon Muhammad saw and his companions,
We seek Allah's protection from syaitan laknatullah.

I am in the high mood of welcoming our very new 6th PM. Here are some guidelines as the Najib-newly-ruled rakyats.

1) Welcome on board. Please fasten your seat-belt.
''Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini bersama-sama," katanya. [link]

2) Beware of cheating-cum-confusing politicians!!
Kita akan rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan daripada dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik. [link]

3) Don't ever FEEL left out! (So, it's ok if we ARE left out, but we don't FEEL so?? Begitukah??)
Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. [link]

4) Remember the tagline! It comes handy, when you need it the most!!!
Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. [link]

P/S : Together we pray the best for our beloved watan - Malaysia, and or our beloved Deen - Islam to our beloved Ilah - Allah, the al-Malik. Insya-Allah. All the best, Najib! =D

Wallahualam...

RAHMAN - a formula

In the name of Allah, the best planner,
Peace be upon Muhammad saw and his companions,
We seek Allah's protection from syaitan laknatullah.

Hi! I'm Iman. I went to Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2.
My abi, Mak Ngah, Pak Uda, Pak Njang and Pak Cik Sam went to the same school too.
Even my current roomate.
Mind you, it has nothing to do with Henry Gurney in Melaka, although sometimes I might give an impression that I was indeed from the latter Gurney.
My school was near JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), headquarters of Felda and Perpustakaan Negara.
The back of my school faces the very famous road - Jalan Semarak.
Jalan Semarak is near to Pulapol (Pusat Latihan Polis) and Mindef (Ministry of Defense).
I used to wait for the bus to pick me up by the Jalan Semarak after school hours.

I was 9 or 10, when I started to see red trucks streaming over Jalan Semarak while waiting for the school bus.
They aren't Bob the Builders', they are FRUs!
They were all on-the-go due to the Reformasi.

I was 9 or 10, when I started to learn the subject Kajian Tempatan.
We need to memorize the Prime Ministers of Malaysia.
A friend of mine taught me an ever-valid formula, which later I found out to be almost a prophecy!

R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussein Onn
M -Mahathir
A - Abdullah Badawi, beating Anwar (another closest calon to answer the letter A, that time)
N - Najib!!! (up till now, I wonder who is the other calon for this letter N - Nik Aziz or Nizar?)

I was 9 or 10, when the 'Prophecy' was realized up to the 4th letter - the letter 'M' for Mahathir. At that time, the letter 'A' was still in speculation. And now, after turning into 20, the 'Prophecy' was now fully realized!

Who is the next PM? I no longer has any speculation, let alone another prophecy. May this formula help our children to remember the PMs easily so that they can score their Kajian Tempatan paper! =P

Auntie Mah : Huisy! Seronok Auntie tau! Maklumlah, jadi First Lady gitu.. (diikuti mulut yang nganga tertawa sambil ditutupi telapak tangan, ala-ala datin gitu tau..)
Wallahualam..

Gapo dio, Mike?

Dengan nama Allah yang menganugerahkan kita dengan sistem hidup agung - Islam,
Selawat dan salam buat junjungan agung - Muhammad s.a.w,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Mood penulis - serius.
Apa pun, mari 'switch on' suis hati kita insya-Allah kerana fahamnya melalui hati itu membawa kepada penghayatan, amalan dan istiqamah.

*****

Pulang daripada kelas belajar kuman-kuman, aku lekas menyemak Buku Muka, laman maya ini serta YMku. Lompat punya lompat, aku terbaca blog-blog milik rakyat Malaysia yang lingkungan umur menurut telahanku - lewat 20-an mencecahi awal 30-an. Menarik kerana mereka adalah golongan di luar lingkungan sosial ku. Maka, rata-rata isu yang dikupas berkisar tentang politik, isu-isu semasa, sistem hidup, profession dan obsesi masing-masing. Bukan isu pelajar-pelajar medic buat sushi, bukan isu cuaca di Moscow.

Pukul rata, aku sebagai seorang yang cetek general knowledgenya, mengkonklusikan mereka adalah generasi yang lahir pada era 70-an, membesar ketika zaman rock-rock kapak di Tanah Malaya. Inti blog-blog itu merupakan evaluasi mereka yang hidup lebih kurang sedekad lebih tua daripada aku (yang baru sahaja meniti usia 20 tahun kelmarin). Aku tertarik kerana walaupun sudah jauh meniti alam dewasa, masih manusia dihambat keluh-kesah akan betapa sukarnya hidup ini. Semakin kita lama di muka bumi ini, semakin kita tenggelam dalam lumpur duniawi, semakin kita kenal sisi hodoh duniawi. Kita terus tertanya-tanya jawapan kepada permasalahan ini, walhal jawapannya ada bersama kita selama ini.

Kapitalisme - pelebar jurang si papa dengan si kaya.
Gejala Aku Tak Pedulisma - bila orang buat donoh dengan sekelilingnya.
Materialisme - hanya duit, duit dan duit.
Kronisme dan Korupsi - (paham-paham sendirilah!)
Hedonisme - hidup mesti fun, sekali-sekala baru ingat Tuhan. (apakah??)
Demokrasi - ah! Konon-kononnya rakyat punya suara!

Pelbagai ideologi, cara dan sistem hidup direka-reka manusia buat penuhi kehendak diri sendiri. Komunisme yang berkiblatkan Moscow, kononnya 'kita bahagi untung sama rata' sudah lama tumbang dalam lipatan sejarah. Nazisme yang ingin melahirkan super-human nya melalui keturunan asli bangsa Aryan lanyak dinganyang Bolshevik dalam World War 2. Kapitalisme dan demokrasi pula kini hanya menunggu masa. Semuanya ada 'loop-holes', bukan sahaja pada pelaksana 'isme' itu, tetapi 'isme' itu sendiri bersepah cacat celanya! Sudah puas aku menyuap kamu dengan kata-kata. Sekarang, biar kamu fikir sendiri pula!

Berlin. Awal tahun 2009. 5-hours Road Tour. Pakej jalan-jalan belajar pasal Nazi (aka 3rd Reich). Mike - the cute tour guide. 10 Euro! End point - di atas bunker di mana Hitler telah membunuh dirinya sendiri, lewat kekalahan Nazi di tangan Bolshevik. (yang berikut merupakan perbualan aku-Mike yang diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita)

Aku : Jadi, Mike, apa pendapat ko tentang Jerman Barat dan Jerman Timur, setelah lama Tembok Berlin diruntuhkan?

Mike : Walaupun dah roboh, Jerman Barat dan Jerman Timur masih lagi dalam tempoh adaptasi gituh.. Tapi, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang, semakin ramai rakyat cenderung dengan parti-parti yang berhaluan kiri dan radikal.

Aku : Jadi, adakah ko cuba nak kata sistem demokrasi dan kapitalisme yang diguna pakai sekarang tak berapa nak boleh pakai? Sampaikan orang semakin cenderung dengan ideologi-ideologi haluan kiri?

Mike : Agaklah.. Bila keadaan menekan, manusia akan cuba cari jalan keluar. Macam ketika awal-awal Hitler naik dahulu. Rakyat pilih Hitler sebab keadaan Jerman di bawah 2nd Reich sebelum itu memang tertekan.

Aku : Tapi, bukan kah komunisme, Nazisme serta ideologi-ideologi radikal lain dah di'reject'. Yang demokrasi dan kapitalisme pulak tunggu masa nak hancur. Apa lagi cara hidup dan ideologi yang boleh di'offer' kepada kemanusiaan? Pendek kata, tak de dah!

Mike : Entahlah, yop. Bak kata Mark Twain - History doesn't repeat itself, but it does rhyme. Kita tunggu dan lihat.

Aku (dalam hati) : Kau harap je bukan main terel sejarah 3rd Reich, Mike. Ape ko tak belajar sejarah empayar Islam yang bermula pada 623M sehingga 1924M? Itulah satu-satunya IDEOLOGI, LIFESTYLE & SISTEM HIDUP yang aku tak sebut tadi. Jatuhnya Islam pada 1924M bukan kerana cacat cela pada Islam itu sendiri (sebab Islam itu sempurna, dik oi!), tapi yang cacat-retarded itu adalah pelaksana dan pemikul amanah Islam itu - mereka yang bergelar Muslim. Apa-apa pun, Mike, ko memang banyak mengajar aku. Tak sia-sia 10Euro aku, Mike!

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, .... "
(Al-Baqarah 2:208)

*****

P/S : Islam bukan sekadar rukun iman, rukun islam, nikah-cerai, raya puasa-raya haji dan mandi-kapan-sembahyangkan-kebumi. Islam itu CARA FIKIR (ideologi), LIFESTYLE (cara 'dress-up', cara bersosial dll) dan SISTEM HIDUP (sistem politik, sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem perundangan, sistem kekeluargaan, sistem sosial, dll). Islam = Ideologi + Lifestyle + Sistem Hidup. Dey kici, sendiri fahamlah..

Wallahualam...

Apr 1, 2009

Hari Jadi - Suatu Deskripsi

Dengan nama Allah yang menghidupkan dan mematikan,
Selawat dan salam buat Rasulullah saw junjungan besar kita,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah.

Suatu dedikasi buat semua birthday-wishers ku! JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN! Bagaimana lagi bisa aku mengucapkan terima kasih selain ini?

Mari kita switch on 'suis hati' , enjoy 'cerita separa rekaan ini' dan mengambil pengajaran insya-Allah! =p

****

Alhamdulillah, hari ini 1 April.
Secara Gregorian kalendarnya, tamatlah riwayat UMAH sebagai seorang yang belasan tahun.
Selepas ini, riwayatnya berangka dua, dan dimulai dengan nombor '2'.

Semalam, teman-teman taman syurga mengajak berpesta makan!
3 kali UMAH terbuat babak jakun di tempat kejadian.
Babak 1 - dimarahi tauke kedai kerana cuba merasa makanan.
Babak 2 - Dessert yang diambil asek dok bergolek 3,4 kali. Siap jatuh-jatuh lagi.
Babak 3 - dimarahi tauke kedai kerana mengambil aiskrim banyak-banyak sehingga skop terakhirku bergolek2 lagi

Alhamdulillah! UMAH tidak begitu kenyang. Mungkin dengan pertambahan umur, makin bertambah saiz organ gaster ku. Tapi adalah yang bersisa di pinggan, sebab makanan itu mengandungi banyak kandungan minyak yang memualkan. Juga ais krim yang berwarna sedap itu mengandungi banyak kandungan glucose yang mampu mengakibatkan hyperglycemia.

Pulang dari pesta, UMAH melayan blues sepanjang perjalanan sambil telinga di'plug'kan dengan lagu-lagu kegemaran lagi nostalgic. Terbaca SMS abi ummi. "Semoga Allah merahmati kamu". Terasa hangat air mata sewaktu membacanya dan sewaktu menulisnya di laman maya ini. Manakan tidak, keluarga UMAH bukan jenis yang celebrate hari jadi. Dan sungguh, tahun ini UMAH terlupa birthday Ummi Abi pada bulan Februari lalu. UMAH cuma tersedar kelalaian ini pada bulan Mac. Apakah??

Lebih penting daripada itu, terasa betapa sukar ibu bapa melepaskan anak-anaknya.

Walaupun kita meningkat dewasa, kita tetap kanak-kanak yang memerlukan perhatian di mata mereka. *isk2.. dikaburi air mata. Homesick kah saya?*

Walaupun kita banyak nakalnya, banyak kurang ajarnya, banyak salahnya, ibu bapa kita masih mengharapkan yang terbaik buat kita.

Walaupun kita serba-serbi tak sempurna, kita tetap permata di hati mereka. *Wah! Nak balik Malaysia!*

Sewaktu mendaki tangga keluar metro menuju jalan besar, ternampak akan betapa birunya langit. Betapa indah sangat-sangat dunia ciptaan-Nya ini. Betapa banyak nikmat-nikmat yang dianugerahkan-Nya buat kita. Terasa sayu kembali. Betapa UMAH sangat tak boleh diharap dalam mengingati hari jadi teman-teman, ramai yang terlalu baik, mengingati dan meng'wish' UMAH. Siap in advance lagi. Kawan-kawan dari sekolah rendah yang 8 tahun tiada berjumpa, senior-senior yang dah dekat 6 tahun tak dengar cerita, dan ramai lagi. Ya! Teknologi kalendar di 'Facebook' dan tarikh harijadi UMAH yang senang diingati mungkin jadi faktor, but still, betapa ramai sebenarnya teman-teman yang baik yang Allah anugerahkan buat kita. Kerdil sangat-sangat rasanya. Betapa Maha Penyayang-nya Dia sehingga kita diberi peluang hidup untuk merasai indahnya suatu perasaan yang kita panggil 'gembira'.

Melangkah pulang. Ah! Perasaan bercampur gaul. UMAH melangkah melalui route yang jarang-jarang dilalui dan kejap-kejap mendongak memandang langit. Ah! Sudah makin dewasa. Betapa banyak nikmat yang dikurniakan, sejauh mana rasa syukur itu dimanifestasikan? Sejauh mana tugas umat terbaik akhir zaman dilaksanakan? Juga, sampai bila akan Allah sematkan nikmat bara semangat ingin berjuang dalam diri ini? Gusar kalau-kalau dalam hiruk-pikuk melalui alam dewasa ini, kita disibukkan dengan hal-hal duniawi sehingga terpadam maraknya rasa ingin berjuang lalu terabailah amanah umat terbaik ini.

Terus-terusan melangkah. Lagu terus berputar. Langit kekal biru mendamaikan. Destinasi semakin jelas dalam ruang pandangan. Ah! Rakyat Rusia. Kelihatannya mereka lebih ceria daripada biasa. Pastinya kerana mentari pra-musim bunga bersinar lebih cerah daripada musim dinginnya. Tapi, segembira mereka, itu gembira tanpa makna. Indahnya sesuatu kegembiraan andai ia berakarkan Islam. Tunggu ya! Giliran Islam akan mendatang! Teman-teman dan juga aku insya-Allah adalah antara rijalnya yang kepingin syahid dalam perjuangan menyebarkan nikmat Islam di seantero alam.

Seorang ibu berwajah kurang ceria menolak kereta tolak bayinya. Lengkap berbaju pink, dia ceria menghayun kaki kanannya yang terjulur dari kereta tolak seperti pendulum sambil mengulum lollipop. Comel!! Antara nikmat keindahan dunia yang Allah anugerahkan buat kita, tapi sering kita tak perasan.

Tiba di bilik, segera memeriksa laman maya ini. Ramai juga Responding Rijal meng'wish'. Yang mengharukan, ada yang memanggil 'serikandi'. Sangatlah tak layak. Tapi, akan diusahakan sedaya upaya insya-Allah. Tak kurang juga ucapan-ucapan di Facebook dari teman-teman yang tak disangka. Dan, pada petang sebelum hari jadi, sekali lagi tenggelam kita dalam rasa hiba, sayu, terharu sebuah refleksi akan anugerah Allah berupa keluarga dan teman-teman serta refleksi akan tanggungjawab kita sebagai umat terbaik.

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah."
(Ali Imran 3:110)

*****

Wallahualam...