Mar 31, 2009

Awak! Bukan sekadar pembuku ma'thurat tau! (edited)

Dengan nama Allah yang menjadikan dan mengizinkan segala-galanya,
Selawat dan salam buat dai agung kita - Muhammad s.a.w. beserta para sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan, si musuh yang nyata.

To Ustaz Amin:
Jazakallahu khairan kathiran atas pembetulan! =P

Amaran kerajaan Temasek!
InsyaAllah post kali ini juga panjang. Harap para pembaca kekal membaca hingga full stop terakhir insya-Allah. Sila on-kan hati masing-masing agar dengan izin-Nya, tersentuh dan terkesan hati-hati kita untuk mengambil pengajaran lalu seterusnya menyampaikan kepada orang lain & melaksanakan tugas sebagai Muslim sejati! =P Enjoy!

****

Assalamualaikum, awak! Jari kita dah sembuh dengan izin Allah! Insya-Allah boleh kita tulis untuk awak panjang-panjang! Awak sihat? Dah makan? Dah solat? Iman awak macam mana sekarang - naik ke turun? Hihihih.. Awak ada pergi taman syurga tak? Saya selalu pergi! Saya nak kongsi satu cerita yang kita dapat di taman syurga dengan awak. Sebab cerita itu ingatkan kita tentang awak tau! Tapi, kita taklah selalu teringat awak tau! Baik kita ingat Allah setiap masa, kan? =P

Awak ingat tak 1 Mei hari apa? Hari itu bukan sekadar Hari Buruh tau! Hari tu awak ada hantar dedication sempena Hari Buruh kat kita. Dan dari situlah kisah KITA-AWAK bermula. Awak masih ingat tak? Kita tak kisah pun awak ingat ke tak, sebab kita lagi kisah tentang awak ingat Allah atau tak. Hihihi.. Awak cakap dalam dedication tuh awak suka saya. Dan saya pun reply kat awak jawapan saya - saya suka awak juga. Tahu kenapa? Sebab saya suka sangat suara awak tekong baca ma'thurat sebelum solat maghrib! Hihihi...

Awak yang selalu dok tekong baca ma'thurat ni kenal tak siapa pembukunya? Ha! Dialah Hassan al-Banna. Tapi, Hassan al-Banna bukanlah sekadar pembuku ma'thurat tau! Gila jauh lebih besar daripada itu ialah - beliau merupakan mujaddid Islam era ini! Apakah mujaddid itu? Ha! Mujaddid itu dalam bahasa omputihnya - reviver. Pembaharu. Adakah mujaddid itu membawa sesuatu yang baru lagi asing? Tentunya tidak sama sekali! Mujaddid itu MEMPERBAHARUI kesedaran Islam yang semakin luput agar KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SEBENAR.

Awak yang selalu dok tekong baca ma'thurat ni tahu tak apa powernya mujaddid nih? Ha! Saya cerita tau! Khas untuk awak tau! Walaupun jari kita ni baru sembuh, demi AMNM, kan kita usaha insya-Allah! =P Apabila makin jatuhnya kegemilangan umat Islam akibat umat Islam tidak lagi Islam secara sepenuhnya (cuba awak cek Al-Baqarah 2:208), maka bangkitlah mujaddid-mujaddid yang sedar lalu berteriak kepada Umat Islam supaya bangun dan bertindak! Lazimnya, simptom-simptom untuk diagnos kejatuhan Islam tuh mudah - cintakan dunia (dok leka main air pancut ke, dok leka berfalsafah dan bersyair tanpa ingat Allah) dan takutkan mati. Pendek kata, semangat jihad dah berkubur! Bila berkuburnya semangat ingin berjuang demi Islam daripada hati-hati para Muslimin, saat itulah Islam menjunam jatuh. Mari kita ambil pelajaran daripada sejarah!

Ketika era kerajaan Islam Abasiyyah di Baghdad, umat Islam mula leka dengan kemewahan. Mereka makan mewah, pakai mewah dan tenpat tinggal pun bukan main mewah! Rumah banyak air pancut! Jihad untuk berjuang demi Islam berkubur. Maka, kita ditegur Allah dengan 2 musibah besar.

Teguran pertama adalah pada 1095, apabila tentera Salib daripada Eropah Gelap menawan al-Quds. Sebelum itu, al-Quds aman di bawah naungan Islam setelah kita berjaya membebaskannya daripada kuffar semasa zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyideen Umar al-Khattab r.a. Lebih kurang seratus tahun selepas al-Quds dirampas Crusaders, pada 1187, Salahuddin al-Ayubi menawan kembali al-Quds daripada tangan kuffar dalam Battle of Hittin! Awak ingat Salahuddin lahir-lahir, main-main air pancut dan tetiba sahaja semnagat jihad dia naik mendadak! Tidak sama sekali! Lahirnya Salahuddin kerana usaha para mujaddid pada zamannya menjalankan AMNM. Sebelum lahirnya beliau, Imam al-Ghazali dan yang lainnya telah memperbaharui semangat jihad para Muslim! Mereka membentuk jiwa para Muslimin agar memikul amanah Dinul Islam ini, dan termasuklah yang dibentuk ialah Nuruddin Zengi dan Asad ad-Din Shirkuh (pak sedara Salahuddin). Hasil dari Imam al-Ghazali dan seterusnya suku-sakat Salahuddin, lahirlah Salahuddin yang kita kenal kini!

Teguran kedua ketika zaman Abasiyyah ialah pada 1258, apabila tentera gasar Monggol melanggar dan meranapkan Baghdad. Menjunam jatuh tamadun Islam. 2 tahun kemudian, Monggol berjaya dikalahkan tentera Muslimin dalam Battle of Ain Jalut di bawah pimpinan Saifuddin Qutuz. Sekali lagi, beliau bukan muncul hebat begitu sahaja tanpa usaha AMNM oleh Muslimin yang sedar. Kemunculannya adalah hasil daripada AMNM seorang mujaddid hebat bernama al Izz ibn Abdi Salam.

Ketika jatuhnya sistem khilafah Islamiyyah di bumi Turki pada 1924 (setelah berkuasa di atas muka bumi semenjak pembukaan negara Islam pertama Madinah pada 623M), nenek moyang awak dan kita kat Tanah Melayu tengah struggle lawan penjajah laknatullah. Kesian mereka menjadi mangsa keadaan para penjajah kuffar laknatullah. Memang kurang asam betul British dan penjajah-penjajah kuffar lain laknatullah! Mereka pisah-pisahkan jasad Islam kita daripada sebuah empayar yang bersatu kepada negara-negara kecil. Mereka serang serentak seluruh jasad Islam! Tanah Melayu, Brunei, Filipina, Indonesia, Turki, Tanah Arab, negara Tan-Tan di Asia Tengah (eg Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan etc), negara-negara Islam di benua Afrika dan lain-lain lagilah! Pendek kata, semua negara Islam! Sudahlah pisahkan negara-negara Islam ini daripada satu sistem yang satu -sistem khilafah, British siap letakkan benih psychology war di Tanah Melayu. Ketika era pasca-kejatuhan khilafah Islamiyyah, tiada gerakan-gerakan bersistem dan berorganisasi bangun membunyikan semboyan jihad. Sehinggalah pada 1928, di bumi Mesir, Hassan al-Banna menggagaskan persatuan Ikhwanul Muslimin. Dalam masa yang sama juga, di Semenanjung India, Abul 'Ala al-Maududi menubuhkan Jamaat Islami. Kedua-duanya membawa misi yang sama - menyedarkan umat Islam agar bangun semula!


Lihat strategi Rasulullah saw ketika di Makkah, ketika mana baginda dan para sahabat generasi awal ini saling berkumpul dalam taman-taman syurga. Mereka bukan kumpul sindri-sindri agar aman daripada Quraisy. Mereka berkumpul untuk membentuk individu apprentince (aka tarbiyah) agar menjadi mantap untuk mengajak Quraisy kepada Islam. Juga, untuk membentuk individu agar menjadi batu asas tertegaknya Islam di muka bumi. Maka, Ikhwanul Muslimin turut mengambil method taman syurga yang sama. Dalam taman syurga ini, punya tekong dan anak buah, punya tahapan, punya matlamat, punya jadual pertemuan yang frekuen serta berkala dan pendek katalah kan awak, berorganisasi dan bersistem. Bertemunya kita dalam taman syurga bukan sekadar untuk tambah ilmu atau menjaga diri, tapi lebih utama daripada itu adalah untuk mempersiap membentuk diri agar bisa jadi batu asas untuk tegakkan Islam dalam era pasca-kejatuhan khalifah ini.

Siapa sangka, dengan hanya taman-taman syurga yang sistemis ini, hanya 20 tahun selepas penubuhannya,Ikhwanul Muslimin berjaya menyedarkan jutaan pemuda Mesir, juga pemuda-pemuda di sekitar Tanah Arab, juga di banyak kawasan di dunia. Pendek cerita, ketika pencerobohan Zionis laknatullah ke Palestin pada 1948, Ikhwanul Muslimin mampu menghantar ribuan pemuda-pemudanya yang berjaya dibentuk agar mencintai jihad. Siapa sangka, hasil produk taman-taman syurga ini hampir berjaya menyekat dan menghalau balik kependudukan Yahudi laknatullah sehinggalah kuffar memperkuda organisasi dunia dan melobi agar gencatan senjata diadakan. Nampak sangat kuffar cuak Muslim yang cintakan syahid ini boleh kalahkan Yahudi. Pointnya di sini, akhirnya, setelah Islam diranap habis-habisan selepas jatuhnya khilafah Islamiyyah, kita masih mampu bangun semula menjadi singa-singa yang cintakan syahid! Dan semuanya bermula dengan taman-taman syurga yang sistemis.

Jadi awak! Sudah terang lagi bersuluh, saya tersalah suka dekat awak. Daripada sukakan awak - tekong ma'thurat, baik saya suka Hassan al-Banna terus - pembuku ma'thurat. Dan dia bukan sekadar pembuku ma'thurat, tapi mujaddid Islam era ini. Hehehe.. Gurau je awak. Tapi, gurau makan dalam lagi bermesej tu tau awak! Apa-apa pun, tiada yang lebih saya cintai melainkan Allah, Allah, Allah! Hanya Dia, bukan awak!

Okaylah awak. Kita nak kena pergi buat benda lain pulak! Jangan nakal-nakal. Ingat Allah, ingat ummah! Terima kasih kerana sudi baca walaupun banyak fakta sejarah. Harap menyentuh dan terkesan di hati awak! Insya-Allah! =P

Wassalam..

With lots of love,
XOXOXO <3

*****

Wallahualam...

11 comments:

Ustaz Amin said...

Masyarakat Melayu Islam di tanah Melayu pada ketika keruntuhan khilafah sedang berjuang melawan penjajah. Nama-nama Syeikh Abdul Hadi, Syeikh Jalaluddin, Tok Janggut, Imam Bonjol dan lain-lain sentiasa segar kerana kita Melayu juga berjuang dan berjihad.

Sejarah ini perlu kita tonjolkan agar kita tidak merasa orang Melayu hanya duduk dan tidak berjuang. Jika tidak, masakan terdapat ribuan orang Melayu di Cape Town. Mereka keturunan pahlawan Melayu Islam, penentang penjajah. Di buang di sana, mereka tetap menjadi bukit dan pulau.

Sesungguhnya, hubungan Turki tanah Melayu telah ada sebelum kejatuhan Khilafah. Ramai keturunan Turki berada di tanah Melayu waktu itu, hingga dari darah Turki ini pernah menjadi salah satu PM kita.

Syabas dan teruskan menganalisa Sejarah Bangsa Adunan ini.

lea yana said...

betul3x..menarik..nway..di kesempatan ni kite nak wish slamat hari lahir iman..=)may Allah bless u n me..amin..mkin btmbh umo kite..igt la makin dkt ajal kite..buat peringatan utk iman,lea n sume..smga kematian itu kite nanti kn bkn kite kesalkan..amin..=)

UMAH said...

To ustaz amin:
Jazakallahu khairan kathiran ya ustaz! Atas ziarah, atas komen dan atas teguran! =P Sejarah itu salah satu tentera Allah yang menguatkan hati!!! =P

To lea:
Jazakillahu khairan kathiran atas ziarah, atas komen, atas nasihat dan atas wish! Bukan main ek ko wish aku! Kat wall fb aku, kat inbox fb ak, kat blog aku!! Hihihi.. dari segenap pnjuru! SWEET lg MANIS lah kau ni! Huhu.. Setahun smkn tua, selangkah smkn dekat dgn maut! Biar matinya aku, matinya engkau dan matinya mereka yg bersama2 kita ini mati dalam perjuangan insya-Allah! Syahid tujuan kita! =P Kita kan AR-RUHUL JADID FI JASADIL UMMAH!!

To all:
Jazakumullahu khairan kathiran atas ziarah, komen, teguran dan nasihat! Ayuh bangun, singa-singa! <3

Ustaz Amin said...

Selamat Hari Lahir Srikandi Islam, semoga terus berjuang

Kak Sal said...

Happy Birthday U.M.A.N, i think u can guess who this is..anyways thanks for this very inspirtional post. Always love reading your blog. My semangat Jihad has went up 110%

Goes and ponders somemore***

p.s:You rock Iman!

Anonymous said...

assalamualikum..
buat srikandi...
selamat hari lahir...
(esok kan??)

moge bertambahnya umurmu, semakin bertambah jua lah amal kebajikanmu..
semakin besar gerak kerjamu..
ingat
bertambahnya umurmu,
semakin kuranglah masa,
bertambah suntuk lah masa,
untuk melaksana kerja,
sedang tanggungjawab semakin besar...

akhir kata,
moge hidupmu sentiasa dalam rahmat
dan kasih sayangNya...
sentiasa diberi apa yang terbaik sahaja,
dari sisi Allah yg Maha Sempurna..
terus istiqamah di dalam kerja,
membela agama Allah yg mulia...\
penjadi pewaris Hassan Al Bana...

skyluss said...

salam kak iman hepi besday
moga terus berjuang dengan penamu

i.am.me said...

salam. Kak Iman selamat hari jadi.

UMAH said...

To Ustaz Amin:
Jazakallahu khairan kathiran ya ustaz for the wish! Srikandi? Belum cukup layak untuk bergelar sebegitu, tapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh insya-Allah ke arah itu! Syahid matlamat kita! ;)

To Kak Sal:
Jazakillahu khairan kathiran akak for the wish. Hope u find ur answer! And, may Allah guide us all on this path insya-Allah.

"Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah yang melempar." (al-Anfal:17)

To anonymous:
Jazakillahu khairan! Srikandi? Not yet, but on my way insya-Allah! Syahid matlamat kita insya-Allah!

skyluss:
Kepada adik skyluss ku, jazakillahu khairan kathiran atas wish mu itu. Kan ku tuntut hadiah selepas kelas anat mu esok hari! ;P btw, akak berjuang x pakai pen, akak pakai pen n mulut. ngeh2~

to i.am.me:
Kepada adik i.am.me ku, jazakillahu khairan kathiran for the wish! Il tuntut my hadiah aft ur anat class tomorrow!!! Ngeh2~ nnt kongsi beli dgn athirah ek! ngeh2~ akak add awak dlm blogroll akak tau!

TO ALL WISHERS!!!!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN!! UHIBBUKUM! ;P

UMAH said...

*pembetulan utk skyluss:
akak berjuang pakai KEYBOARD dan mulut. ngeh2~

saff said...

salam..ana mintak izin untuk dimuatkan entry ini dalam artikel program ana boleh? sumber akan disertakan insyaAllah =)