Mar 25, 2009

Awak! Bukan sekadar gosok tau!

Dengan nama Allah yang mengurniakan kita sistem hidup yang sejahtera - Dinul Islam,
Selawat dan salam buat Muhammad s.a.w dan para sahabat yang tegar memperjuangkan Dinul Islam di muka bumi,
Kita berlindung kepada Allah daripada syaitan laknatullah.

Amaran Kerajaan Malaysia -
Kita dan awak hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.

Awak! Best tau! Weekend lepas kita tak boleh YM dengan awak macam biasa sebab kita gi taman syurga di embassy. Lagi best daripada dating kat taman bunga dengan awak tau! Sebab kat taman bunga selalu ada Jabatan Agama intai-intai atau wartawan Mastika.

Embassy bertukar jadi taman syurga sebab ada Ustaz Amin datang, ada majlis ilmu. Ustaz Amin cerita pasal 'Fiqh Perubatan'. Seronok sangat-sangat! Ustaz Amin ajar itu ini. Ustaz Amin buat lawak-lawak penggeli hati. Ustaz Amin pun sempat promote hari jadi. (Hehe.. Peace ustaz! =P) Yang penting, Ustaz dah buka mata kita akan betapa profesion doktor boleh jadi MEDIUM untuk capai MATLAMAT UTAMA - ajak manusia kepada Allah dan hidup dengan Dinul Islam.

Kita nak share kesimpulan yang kita dapat kat taman syurga tu dengan awak. Penting tau! Sebab nanti bila kita hidup sama-sama insya-Allah, awak kena faham saya bukan sahaja kena jaga awak, jaga keluarga, jaga pesakit, tapi saya kena jaga ummah juga! Baru senang saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi nanti.

Profesion doktor memang mulia. Tapi profesion awak jadi engineer pun mulia juga. Banyak peluang untuk saya rapat dengan masyarakat dan ajak mereka kepada Islam tau! Tapi, saya tak boleh sekadar gosok tangan mak cik-mak cik yang sakit suruh sabar. Juga tak boleh sekadar usap kepala kanak-kanak suruh jangan lupa baca bismillah waktu makan ubat. Juga tak boleh sekadar duduk tepi katil pesakit nazak ajar mengucap kalimah syahadah.

Takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat pun sikit punya susah. Bilal kena hempap batu. (Awak masa tolong angkat beg saya kat airport pun dah semput. Jangan marah tau, awak! Kita gurau manja je!).

Juga, takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan jawab soalan UPSR, ada teknik dan strategi, inikan pula tugas amar ma'ruf nahi munkar. Ustaz Amin pun ada cerita tentang peristiwa baling batu di Taif. Sekembalinya dari Taif, Rasulullah s.a.w balik dan rancang plan supaya penduduk Taif kembali kepada Allah dan kepada sistem hidup Islam.

Juga, takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan Rasulullah sangat berterusan tindakannya. Bayangkan, Rasulullah dah wafat pun, Islam terus tersebar! Tamadun Rom dan Parsi yang merupakan US+Zionis+EU zaman itu tumbang lebih kurang 5 tahun lepas Rasulullah wafat! Kenapa? Sebab Rasulullah semasa hidupnya dah siapkan apprentices (iaitu para sahabat) untuk teruskan kerja-kerja tegakkan Islam. Dan Rasulullah pesan kepada apprentices, nanti cari apprentices lagi dan suruh apprentices tuh cari apprentinces lagi. Macam sistem piramid skim cepat kaya plak. Dan begitulah seterusnya.

Juga, takkan lah sebegitu mudah. Sedangkan Rasulullah juga ada gang, iaitu para sahabat. Para sahabat ni selalu berkumpul di taman syurga, bukan taman bunga macam awak dengan kita. Lifestyle diorang pun best, diorang saling nasihat-menasihati supaya masing-masing dapat jadi apprentice hebat dan dapat cari apprentice untuk tegakkan Islam. Bila kerja beramai-ramai baru rasa tak keseorangan.

Awak faham tak ni apa yang kita nak cakap? Kalau tak faham, buzz kita tau macam biasa. Jadi awak, saya tak boleh sekadar gosok-gosok pesakit tau! Ada 4 benda yang penting - kerja kuat, strategi, usaha berterusan dan teman-teman.

1) Kita kena cari mereka yang berpotensi untuk jadi apprentince, supaya sedar macam kita ni tau bahawa kita perlu tegakkan Islam. Boleh jadi pesakit kita, nurse-nurse, pemandu ambulans atau sape-sape je!

2) Juga, kita mesti buat follow-up yang berterusan supaya apprentice kita terus bekerja dan tak ngelat. Lebih mantap, kita boleh buat Persatuan Bekas Pesakit Islami ke, boleh buat perjumpaan tiap-tiap minggu di taman syurga untuk nasihat-menasihati.

3) Sekarang kita dah ada mentor, dah ada juga teman-teman perjuangan. Teman hidup pun insyaAllah kalau ada jodoh, awak lah orangnya! =P Tapi kan awak, awak tak nak join saya ke? Boleh jadi teman hidup + teman seperjuangan saya! =P

Okaylah awak. Perut kita lapar. Kita nak gi masak ni, boleh praktis sambil-sambil tu supaya boleh masakkan awak sedap-sedap nanti tau! Awak jangan nakal-nakal tau kat sana! Ingat Allah, ingat ummah!

With lots of love,
XOXO


To Ustaz Amin - Jazakallahu Khairan atas pencerahan! =P

Wallahualam..



12 comments:

"the gossiperz" said...

seriusly, i thot the writer aka iman dh bingung.
suddenly sounded very sopan or sumting.
n later she mentioned an engineer helping her, igtkan ko dh ada boifren.
kuang3 ini cuma helah iman ntuk mmbuatkn kita terus mmbc. well done! but i still think menunjukkan akhlak yg mulia pntg. haha

Anonymous said...

manusia...
bakatnya dicipta,
bukan untuk disalah guna,
dirinya dicipta,
bukan untuk mencari dunia,
nafasnya dicipta,
bukan untuk melupaa si Dia

manusia,
hidup dalam lingkung masa,
yang akan punya hujungnya,

manusia..
lupakah akan janji si Dia?
bahawa rugi itu manusia,
tak kira zaman tak kira masa,
kiranya tanggungan tidak dilaksana?
memberi ingat pada yang lupa,
menjalan dakwah membersih jiwa...

maka..
dalam derap langkah
kerah,
dalam bisik resah
gundah,
dalam diam sunyi
sepi,
dalam hilai riuh
rendah,
dalam getar jiwa
takwa,
Biar dalam mana rasa,
biar pada mana masa,
Ingatlah pada yang maha Kuasa...
jalnakan dakwah sesama manusia!!

Anonymous said...

c'on the gossiperz! i can be polite if i wanted to!
x kan nye ak ade bf, insya-Allah! sape brani kacau aku, mmg ak report kat uncle zalzilah! =P
sungguh, "the gossiperz" akhlak mulia tu memang ciri-ciri Muslim sejati.
dan Muslim sejati gak SEDAR & LAKSANAKAN tanggungjawab Amar Ma'ruf Nahi Munkar.

cuba kita lihat sejarah nabawiyyah yang kita dah belajar. Rasulullah saw (we are talking about Rasulullah - the best mankind ever in the whole universe!) da'wah 13 tahun di Makkah, tunjukkan akhlak yg gila superb, dapat true Muslim hanya 3% drpd pnduduk Mekah.

Bila Rasulullah + Muhajirin (3% dr Mekah tuh) + Ansar dapat buat NEGARA ISLAM PERTAMA di DUNIA - MADINAH, dan mereka berjaya buka MAKKAH ketika peristiwa Fathul Mekkah, berbondong-bondong manusia masuk Islam! Sekali dengan Abu Sufyan yang dulu bukan main nak bunuh Rasulullah saw. Ha! Jangan tak tau plak, Abu Sufyan kemudian jd sahabat Rasulullah n ketua pemuda di syurga tau. Boleh rujuk surah AN-NASR.

Islam tu lifestyle (fashion, entertainment etc), ideologi & sistem hidup (ekonomi, perundangan, pendidikan etc). Kalau kita hanya tunjuk akhlak mulia, kita belum cukup lagi promote kat manusia akan ke-best-an Islam. Sebab tu penting kita wujudkan individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan seterusnya (sila rujuk 7 maratib amal) agar kita boleh paparkan kepada kemanusiaan betapa best-nya Islam ni! Dan semuanya bermula dengan tarbiyah, insya-Allah.

Wallahualam.. =P

Anonymous said...

to Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, sekali lagi, Jazakallahukhairan kathiran atas pencerahan kali ini daripada kami semua di kun-rajulan!

wallahualam

Ustaz Amin said...

Semoga semua maju jasa untuk Agama, bangsa dan negara..

Anonymous said...

To Ustaz Amin! Jazakallahu khairan kathiran, ya ustaz atas ziarah dan komen! Saya sangat gembira, menghargai dan berasa lebih semangat selepas membaca kata-kata ustaz! =P

"the gossiperz" said...

omg. ustaz amin bc blog ko.
oklah i pn nk ckp gak.
semoga semua maju jasa untuk agama, bangsa n negara. haha

Anonymous said...

salam iman..sgt mnarik la surat cinta ko ni..alhmdulillah..teruskan usaha..
to nadzmi: xbaik tau pdgn rndah kt iman..
to ustaz amin:sory xdpt join ur ceramah aritu..huhu..

Sal said...

AWsome =)

Anonymous said...

Assalamualaikum.
minta share camne jadi
doktor buleh wat dakwah
selain "gososk-gosok" jer?

Anonymous said...

to yana and lehaleot:
salam, lea and lehaleot. jazakillahu khairan kathiran =P.

"Dan (sebenarnya) bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah yang melempar" (al-Anfal:17)

to anonymous :
waalaikummussalam.. UMAH sangat suka dengan soalan anonymous =P. UMAH mohon sangat-sangat Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Anonymous bagi UMAH sedikit masa untuk rujuk, kumpul bahan-bahan dll sebelum menjawab soalan Anonymous insya-Allah. afwan. =P

wallahualam

Anonymous said...

assalamualaikum...
klu ade mase leh x smbung psal
"kakashi" islam - khalid alwalid
dlm prg mut'ah tuh???