Apr 27, 2009

Bibi bikin gua pusing!

Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Amaran kerajaan Malaysia : Baca tak habis membahayakan kesihatan pemahaman anda!

*****

Aku doktor. Noktah. Aku sibuk. Noktah. Tapi, aku disumpah. Noktah.

Semua bermula ketika aku masih belajar di Moscow.

Baju dalam baldi yang tak dibasuh. Aku akan baring bersepai atas katil dan menjerit - BIBI!
Perut lapar tapi malas masak. Aku akan menyembamkan muka atas bantal dan jerit - BIBI!
Katil bersepah tak tentu arah. Aku tolak tepi barang-barang, landing dan jerit - BIBI!

Aku hidup memang tak pernah diganggu suatu entiti bernama BIBI! Tapi, ketika zaman belajarku, kalau aku dihantui malas dan sangat berharap punya pembantu, aku akan panggil BIBI! Jika dikira-kira, dalam sebulan, adalah aku jerit BIBI! 40 kali.. Maka, dengan belajar selama lebih 60 bulan di Moscow, sudah berjuta kali aku menjerit BIBI! Orang kata hang sebut 40 kali gerenti makbul, aku dah sebut lebih daripada 40 kuasa dua, maka sure lah termakbul-makbul... Kata oranglah...

Dan.. Inilah padahnya.. Aku sebut sahaja B-I.. tak sambung lagi B-I, lebih 40 orang beratur depan aku menunggu arahan. Selalu sahaja aku terasa seperti seorang jeneral turus tentera yang memeriksa barisan para perajuritnya! Oh! Ada yang tukang bawa selipar, tukang bawa kereta, tukang kebun, tukang iron labcoat, tukang kemas katil, tukang kasut, tukang kayu, tukang kunci dan segala macam tukang lagi. Ah! Mimpi jadi kenyataan! Bak kata pepatah, orang mengantuk disorong bantal, orang malas disorong bibi! =P

Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Ku sangka spring di hujung April, rupa-rupanya salji di siang hari. Oh!
Ku sangka makin ramai bibi makin senang, rupa-rupanya haram buat aku lagi bengang!

Bibi! Tolong kasi iron ini labcoat. Oh! Butang keempat dari bawah dah nak 'loose', tolong jahit balik. Lagi, saya rasa labcoat ni kurang wangi daripada biasa, boleh tolong rendam balik dalam Softlan warna pink? Lagi, tolong nila sekali ya Bibi.

Baik, bu! Ibu ini memang mantap. Kerjanya kencang, cakapnya lagi kencang! Poketnya kencang juga! Aduh! Keren sekali, bu! Walaupun nyuruhin saya, masih guna the magic word 'tolong'. Aduh! Syukur sekali saya punya majikan seperti ibu. Walaupun kayanya tahap dewa, masih hormati orang bawahan.

Aku hanya mampu tersenyum melihat dia memuji aku. Aku ulang balik arahan.

Bibiku ini yang tertera runner up 'Indonesia Got Talent' dalam resume-nya melagukan arahanku dengan suaranya yang ibarat buluh perindu itu.

Labcoat ini perlu diseterika,
Butang yang longgar dijahit semula,
Harum yang kurang diSoftlan lebih lama,
Putih yang menguning wajib dinila..... (ulang sehingga 5 kali)

Amarahku menghampiri threshold. Aku teringat pesan nabi suruh bersabar. Aku ulang arahan lagi. Tak perlulah ku copy paste kembali arahan ku itu.

Oh! Ibu.. Bagus sekali pancaindera penglihatan ibu. Kedut-kedut halus yang mikro itu pun ibu perasan. Memang arahan ibu nyuruhin saya seterika sama labcoat ini keren sekali! Kebolehan mata ibu mengesan kontra warna fabrik putih yang makin menguning juga mengagumkan. Memang patut ibu nyuruhin saya nila kembali. Deria bau ibu juga kencang sekali. Ibu tahu labcoat ini tak direndam cukup lama dalam softlan merah jambu. Ibu memangnya mantap sekali! Memang majikan terbaik! bla.. bla... bla...

Aduh! Aku capik sama dia yang asyik mengulang arahanku. Rupa-rupanya sudah setengah jam aku dok cokoh kat situ melayan bibiku yang seorang ini. Haram dia nak menapak memulakan tugas, masih lagi mengulang arahan dan memuji aku. Aku malas cakap banyak sama orang tak reti bahasa.

Aku ambil balik labcoat. Lipat elok-elok dalam beg dan aku cabut pergi kerja dengan tukang bawa kereta aku yang pekak dan bisu tapi paham arahan.

Ibu memang bagus. Setiap arahan dan lakuan ibu punya hikmah dan kebijaksanaannya. bla2.. bla2.. bla2...

Dan, ketika aku pulang kembali ke rumah, bibi aku masih di tempat dan posisi yang sama ketika aku meninggalkannya terkulat di situ pagi tadi. Nampaknya, dia langsung tak perasaan pemergian dramatik ku pagi tadi dan terus-terusan memuji dan mengulang arahan tanpa henti.

Lalu, aku mendekatinya dan membiarkan dia mencumbui telapak sepatuku yang memang dahagakan sentuhan muka manusia tak reti bahasa. (sekadar imaginasi liarku)

*****

Anda kenal sama ini analogi? Teka ini analogi untuk apa. Hehehe... Kuiz Pembaca sempena Hari Buruh yang bakal tiba! Hadiah - tak ada! Yuran penyertaan - percuma. Sila nyatakan tekaan anda dalam ruangan komen!

Wallahualam....

7 comments:

Anonymous said...

Salam,
awat takde hadiah? tak keren betul majikan ni..

hehe~ hmm,

"Seandainya anda sedang menggigil kerana udara yg dingin dan anda lalu meneriakkan kata-kata," Kain! Selimut! Kain! Selimut!" maka kedinginan udara yang anda rasakan tidak akan berkurang meskipun anda meneriakkan kata-kata itu sejuta kali dgn m'hitung tasbih."

skyluss said...

hmm ape ek..mcm biler kita suruh dier buat dier puji jer cm manusia yg dok puji2 pencipta dier tapi tak buktikan melalui amalan .. ye ker..

UMAH said...

salam.. penyertaan memang menggalakkan... pemenang akan diumumkan pada hari buruh.. harap maklum ek! kpd anonymous, majikan hanyalah watak rekaan tiada kaitan antara hidup ataupun mati. harap maklum! =P (ajk penganjur peraduan)

feeza.yusoff said...

salam iman.
aku macam terfikir something.tapi takut salah.
simpan dulu boleh?
huhu

blogerm said...

salam. ni khas utk org2 yg kononnya sembang je lebih nak buat dakwah etc2 tapi bila suruh bekerja jadi malas. huhu. anyway, nice entry, terhibur dan tertegur at the same time. :)

e.l.i.a.n.a MASTURA! said...

salam.ni antara mnde2 yg sy t'pikir.::.

*nk ssuatu tp xmo b'usaha!
*cakap lebih,amalan dunno la
*xm'hargai nikmat pancaindera yg ade

hoho.betulkah?

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

hmm..stuju ng skyluss and eliana@nana..
ckp lbh..buat nye zero..
patot zahirkn prbuatan after percakapan..

nway,iMan.jzkk atas peringtn analogi ni..
ske..menarik..=)