Apr 29, 2009

Keputusan Peraduan Teka Analogi

Dengan nama Allah tempat tuju cinta kita,
Selawat dan salam buat dai agung, Muhammad saw beserta para pengikut baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.

AMARAN KERAJAAN BOLEH-LAND : Sila baca patah demi patah menggunakan mata dan mata hati anda. *baca dan paham guna mata hati, bukan emosi tau! =P * Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan ketidaksejahteraan terhadap kesihatan pemahaman anda. Jaga-jaga!
*****
Apakah yang akan anda katakan mengenai seorang pelayan yang melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh tuannya, apabila ia hanya berdiri sahaja di sepanjang waktu di hadapan tuannya dengan tangan memeluk tubuh dan terus-menerus menyebut nama tuannya?

Tuannya menyuruh agar dia pergi untuk mengambil suatu barang yang dirampas oleh si Anu dan si Anu, tetapi dia sama sekali tidak bergerak daripada tempatnya, malah membongkok-bongkok di hadapan tuannya itu dan memberi hormat kepadanya sepuluh kali, kemudian berdiri lagi dengan tangan memeluk tubuh.

Tuannya menyuruh membetulkan masalah-masalah dan membanteras kejahatan-kejahatan, tetapi ia sama sekali tidak sejangkal pun daripada tempatnya, malah bersujud di hadapannya.

Tuannya menyuruh: "Potonglah tangan pencuri-pencuri". Mendengar perintah ini, dengan masih tetap berdiri di tempatnya, pelayan itu mengulangi perintah tuannya beberapa kali dengan suara yang sangat merdu : "Potonglah tangan pencuri-pencuri, potonglah tangan pencuri-pencuri.....", tetapi tidak sekalipun dia berusaha untuk mendirikan sesuatu sistem pemerintahan di mana orang-orang yang mencuri dihukum dengan hukuman potong tangan.

Dapatkah anda mengatakan bahawa pelayan yang seperti ini benar-benar menjalankan tugasnya sebagai pelayan? Apabila pelayan-pelayan anda bersikap seperti ini, saya tidak tahu apa yang anda katakan. Tetapi saya betul-betul merasa hairan bahawa, pelayan-pelayan Allah yang bersikap seperti ini, anda anggap sebagai hamba Allah yang soleh!

Orang yang tidak mempunyai perasaan seperti ini, membaca perintah-perintah Allah dalam al-Qur'an entah berapa kali sejak pagi hingga petang, tetapi tidak pernah berganjak untuk melaksanakn perintah-perintah tersebut. Sebaliknya, dia terus-menerus melakukan ibadat sunat demi ibadat sunat, menyebut-nyebut nama Allah dengan menghitung tasbih dan membaca al-Qur'an dengan suara yang merdu. Apabila anda melihat orang seperti ini, anda berkata : "Alangkah solehnya orang itu!" Kebodohan ini timbul kerana anda tidak tahu erti yang sebenarnya dari ibadat.

*****

Demikianlah sedikit petikan daripada buku Dasar-dasar Islam by al-Maududi. Rasa penulisan dan kandungan buku ini menarik??? Dapatkan naskhah anda sendiri daripada naqib-naqibah masing-masing!!!! =P

Jutaan terima kasih daun keladi buat kesemua penyertaan baik secara maya, secara pakai mulut semata atau melalui kiriman pos!!!! Jazakumullahu khairan kathiran!!!! Malang sekali panel hakim telah dikhuatiri mengambil cuti hari Buruh ekstra-awal 3 hari kerana membawa anak bini, keluarga mentua dan jiran tetangga berpiknik dan ber'vacation' ala-ala Cuti-cuti Malaysia. Oleh sebab itu, maka kami mengira semua penyertaan yang sipi-sipi atau tepat mengena skema sebagai pemenang. Jangan tunggu hadiah sebab hadiah memang tak dak! Thanks for playing! =P

No comments: