Apr 5, 2009

kamus KaMuS

Dengan nama Allah, yang mengikat hati-hati kita,
Selawat dan salam buat Rasulullah saw serta sahabat baginda,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.

Bertempat di Hotel Kahovskaya, telah berlangsung acara makan-makan untuk Yang Berhormat ahli-ahli KaMuS (Kahovian Muslim Sisters). Dijalankan secara 'periuk bertuah' (Potluck), ternyata kuantiti makanan berkurangan berbanding acara-acara lalu, namun kualiti masih di tahap 'ibu jari naik' (thumbs up). Antara hidangan yang teramatlah laku ialah Puding Jagung yang dimasak oleh YB Abdul Hasan (bukan nama sebenar) dari Menggatal.

Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah lalu diikuti dengan sedikit tazkirah kontot oleh YB Khalid Mahmud (bukan nama sebenar). Lalu, acara makan-makan pun dimulakan. Usai, proses pengunyahan dan pentelanan, para YB beralih ke agenda utama yang seterusnya. Agenda seterusnya menguji minda, ketangkasan dan kecekapan para YB untuk menyelesaikan permasalah-permasalahan yang dikemukakan dalam bentuk permainan. Mujur pengadil pilihan malam itu telus, bukan kaki ampu lagi bebas korupsi.

Permainan dimulai dengan permainan tidak bernama, yang secara ringkasnya menguji ke'sporting'an para YB melafazkan kata sayang, serta kebolehan berlakon sebagai seorang yang 'emotionless'. Seterusnya, sesi diteruskan dengan permainan cakap-tak-renti-renti (nama rekaan pengarang) selama 1 minit. Menyaksikan saingan daripada 4 penjuru, YB Ezam Shahirol (bukan nama sebenar) berjaya mengalahkan 3 penjuru lain dengan kisah teddy-bearnya.

Permainan dileret-leretkan lagi kepada acara raga regu (nama rekaan pengarang). 2 kumpulan yang memang masing-masing bersemangat 'gua-takkan-kalah!!' secara keseluruhannya berjaya meneka dengan tepat setelah penat team-mate yang dok kat depan tuh beriya-iya membuat gaya itu ini. Antara yang menarik untuk di-'cahaya-tinggi'-kan (highlight) ialah mengenai pakaian rasmi YB Khairy Nordin (bukan nama sebenar) yang berbelang. Berkali-kali corak belang-belang baju YB itu digunakan untuk dijadikan clue. Hasil tinjauan mendapati ramai YB sudah semakin lupa akan peribahasa Melayu, barangkali akibat terlalu lama bermastautin di luar negara.

Selepas kenyang makan dan bergendang-gendut suka hati bermain sana-sini, para YB yang batal wudhu'nya pun mengambil wudhu' lalu diikuti dengan solat jemaah Isya' beramai-ramai. Secara keseluruhan, pihak penganjur sangat berpuas hati kerana para hadirin dan hadirat meninggalkan tempat kejadian dengan bersih tanpa sampah.

P/P (Pesanan penaja) : Semoga para YB tak jemu untuk datang makan dan main-main lagi! =P

" Sesungguhnya, orang-orang mu'min itu bersaudara..."
(Al-Hujurat 49:11)

Sekian, saya Khairan Waliyah (bukan nama sebenar) melaporkan dari tempat kejadian. Akhir kata, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kembali ke Sri Pentas.

Wallahualam..


3 comments:

Anonymous said...

haha.. kalau bulat air kerana labu? or bulat air kerana bekas? kira salah eh?
^___^

syuhada' said...

salam.. laporan yang uniks.. :D

UMAH said...

to anonymous..
eah2. ni bunyi mcm YB KaMuS saja. hmm.. boleh rujuk kat pengadil anti-korupsi kita mlm itu..

bulat kek kerana loyang,
bulat manusia kerana kenyang.

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut gila happy.

to sis syuhada':
salam.. jazakillahu khairan kathiran atas ziarah.. hehe.. tuh bru bce laporan, lom join makan2.. lagi menarik tau! *sengaja mempromote KaMuS*