Dec 26, 2009

The Artistic Side of Russia


Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah kini ramai yang mengalami sindrom post-exam termasuk saya. Jika dahulu di sekolah rendah, kita suka main tutup botol atau batu seremban selepas periksa akhir tahun, kini kita lebih maju dengan mysoju, movies dan movies.

Beberapa pekan yang lalu, saya telah meng-habis-baca-kan sebuah buku tulisan seorang kader PKS, Salim A. Fillah (cuba baca blog dia ---> Berbagi Makna) bertajuk Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Buku itu sangatlah seronok, apatah lagi buku itu diolah dengan bahasa Indonesia yang indah dan halus dengan teknik penceritaan mengikut 7 maratib amal! Hasil promosi kepada teman-teman rapat, so far dah hampir 5 orang queue nak baca buku tuh! :P

Dalam buku itu, telah dimention banyak mengenai Rusia yang saya, selaku penuntut di Moscow sendiri pun tak tahu.

1) Leo Tolstoy. Beliau merupakan penulis terkenal Russia melalui hasil kerjanya - Anna Karenina dan War & Peace. Menurut Akh Salim, banyak sebenarnya penulisan-penulisan Tolstoy yang mengilustrasi secara halus mengenai nilai-nilai Islam. Apatah lagi, Tolstoy memang ada bergaul rapat dengan Muslim dari wilayah Kaukasus. Hmm.. Wikipedia tidak menceritakan mengenai sisi hidup Tolstoy yang ini. Untuk lebih lanjut lagi, sila baca sendiri Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Cerita War & Peace telah diadaptasi ke dalam filem dengan judul yang sama oleh pengarah Sergei Bondarchuk pada tahun 1968. Secara relatifnya, filem ini adalah filem termahal di dunia. (bayangkan tengah Soviet dok inflasi2, ade yang berani buat filem sebesar ini). Filem ini mengisahkan tentang kekalahan Napoleon di Waterloo.

2) 2 tahun kemudian, Sergey Bondarchuk kembali mengarah sebuah filem lain berjudul Waterloo - filem hasil kolaborasi bersama produksi Rusia-Itali. Juga masih mengangkat tema kekalahan Napoleon di Waterloo. Scene-scene pertarungan Waterloo merupakan inspirasi utama kepada Peter Jackson, pengarah The Lord of The Rings untuk mengarah scene-scene pertarungan dalam trilogi TLOTRnya itu. Mengejutkan - pelakon-pelakon tambahan dalam Waterloo adalah merupakan tentera Soviet sendiri, hinggakan saat itu Bondarchuk was in command of the 7th largest army in the world!

Tentera Soviet ini telah membuat latihan berbulan-bulan lamanya before shooting kerana perlu membiasakan diri dengan perlawanan menggunakan senjata lama seperti bayonet, pedang dan lain-lain. Kem tentera telah dibina di tempat shooting. Walaupun tengah shooting, tentera ini tetap terikat dengan protokol-protokol ketenteraan Soviet yang tinggi! Pagi-pagi, mereka perlu kawad kaki ke wardbrobe untuk salin props pakaian. Malahan, arahan kepada mereka tidak diberikan oleh Bondarchuk (mahupun Yanekeva :P) secara direct, tetapi perlu diberikan oleh komander tentera. Disiplin tahap maut sungguh tentera ini!

3) Bagi yang belum pernah merasa penangan filem sejarah keluaran Russia, mungkin anda boleh cuba bermula dengan menonton movie Mongol arahan Sergei Bodrov, sebuah movie keluaran 2007 mengenai bagaimana empayar Mongol dimulakan oleh seorang manusia bernama Temudjin, famously known as Genghis Khan.

Selamat menjadi produktif cuti ini.
Allahualam...

Ayer Hitam


Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk kesekian kalinya, aku ingin berkongsi apa yang aku jumpa melalui ustaz Google dan ustaz Wiki.

Aku mula-mula terbaca mengenai kenyataan seorang ulama' di Pakistan mengenai kehadiran spy-spy Blackwater yang dalam usaha untuk mencuri teknologi nuklear Pakistan[sumber]

Jadi, aku macam pelik, apakah Blackwater? Kenapa ramai kecoh tentang Blackwater? Juga, aku tak pernah dengar intelligence mana-mana negara kuffar by the name of Blackwater. Kita sering mendengar nama CIA (intelligence Amerika), KGB (Soviet), Mossad (Israel), M16 (UK) dan sebagainya. (Malaysia apa? SB kah?)

Hasil rujukan ekspres di Wikipedia dan teknik bacaan scan (=aku baca gitu2 je, for more info, please wiki yourself here) memaparkan fakta-fakta yang kusangkakan selama ini hanyalah paparan movies atau drama series. *drumroll*

1) Blackwater adalah PRIVATE MILITARY COMPANY (PMC) yang diasaskan oleh 2 orang rakyat Amerika pada 1997. PMC merupakan syarikat yang menjual perkhidmatan berkaitan peperangan termasuk, mercenary aka soldiers-for-hire. (Fuhh.. Selama ini kita sering dengar agensi pembekal pembantu rumah. Ini agensi pembekal askar). PMC terlibat dengan kerja-kerja small scale (eg bodyguard orang-orang penting, jaga embassy, perkhidmatan penerbangan untuk ketua-ketua negara etc) sehinggalah ke kerja-kerja skala besar (eg menawarkan perkhidmatan melatih tentera sesebuah negara).

2) Walaupun ada rules-regulations-guidelines yang telah digariskan di peringkat antarabangsa supaya PMC beroperasi pada tahap etika dan moral yang maksima, itu semua hanyalah make-up semata-mata. Dah nama perniagaan ganas, tak de keje nye diorang nak jadi skema. Blackwater sendiri telah berjaya mendapat tender daripada kerajaan US tanpa perlu bidding atau bayar rasuah. Dan ini tender bukan cikai-cikai : these tenders have something to do with Iraq and Afghanistan invasion.

3) This is the best part of all. Blackwater mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Order of Malta dan Knights Hospitaller, sebuah organisasi yang ditubuhkan di Jerusalem pada tahun 1080 yang menawarkan khidmat kebajikan hospital kepada mereka yang sakit dan miskin ketika 'berhijrah' menuju tanah suci Jerusalem. Namun demikian, pada tahun 1099 (tak sampai 20 tahun penubuhannya), Knights Hospitaller telah 'mengganas' dan menjadi organisasi keagamaan-ketenteraan yang terjun ke medan perang untuk mempertahankan Jerusalem. (baca lanjut di ---> aftermath news, collection of news for independent thinkers in the post '9/11' era)

4) Untuk memudahkan anda semua mempunyai tasawwur (big picture) of Blackwater without having to read much, do not hesitate to go youtubing this video ---&> Blackwater : Shadow Army

Allahualam.

Dec 7, 2009

Mari Melawat France III :Mosquée de Paris

Bismillahirrahmanirrahim...

Bosan melihat Eiffel Tower di Paris? Bosan melawat historical church, historical church dan historical church di Paris? Bosan masuk muzium, muzium dan muzium di Paris? Kami ada jawapannya.. Apa kata anda ziarah rumah Allah - Grande Mosquée de Paris!!!!


Apalah Grand sangat pasal Masjid Paris ni:



  • sebab ia adalah Masjid!!! Maka anda boleh berehat setelah penat berposing gambar segala!
Ingat apa laung Rasulullah saw buat muazzin Bilal? 
Sabda nabi : Yaa Bilaal.. Arihnaa bis solah.. (Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat)

  • sebab  ia dibina dengan seni bina Mudejar. Mudejar adalah orang kita (Muslim) yang diopres oleh bangsat-bangsat kuffar Espana selepas berlakunya Reconquista. Orang Mudejar juga punya kemahiran seni bina yang sangat tinggi dan ilmu architecture yang bukan calang-calang. Oleh sebab keterelan mereka, khidmat mereka terus dikerah oleh golongan bangsat kuffar Espana ini untuk membina church-church dan sebagainya. Lazimnya, seni bina ini boleh dilihat di Semenanjung Iberia - Sepanyol dan Portugis. Tapi, masjid Paris ini bukanlah dibina oleh orang Mudejar, cuma guna seni binanya sahaja. Maka bagi sesape yang tak pernah ke negara-negara Iberia, paling kurang anda pernah tengok macam mana bangunan binaan Mudejar ini.
  • sebab barang-barang dalam masjid ini adalah merupakan hasil derma pemimpin-pemimpin dari dunia Islam. 
This chandelier, and the high wool rugs that cover the Hall of Prayers were offered by His Majesty Moulay Youssef, Sultan of Morocco. The visitor will not leave this room without noticing the carpets of great value. The most valuable was donated by His Majesty the Shah of Iran, Reza Pahlevi, Emperor of Iran.Minbar: (precious wooden chair) or pulpit, donated by King Fuad of Egypt 1st on which stands the imam (preacher) for the Friday sermons and religious festivals. The other Minbar offered by His Highness Lamine Bey of Tunis, which was reproduced, to pay tribute to the Paris Mosque, one of the finest specimens of "Minbar" Mosques of his kingdom. (sumber)
  • sebab masjid ini ada tempat makan!!!
Muslim Restaurant de la Mosquée de Paris (tel. 01-43-31-18-14). The restaurant adjoins the courtyard of the mosque and is open daily from noon to 3pm and 7 to 10:30pm (sumber)
  • sebab ada tour!! (tak taulah free ke tak)
Visitors are welcome at the Paris Mosque and short tours are given of the building, its central courtyard, and its Moorish garden. Guides also present a brief history of the Islamic faith. (sumber)
  • sebab di musim winter, boleh-boleh mandi Turkish bath gitu! (sekali lagi, tak taulah free ke tak).. dan turn untuk Muslimah lagi banyak!!! :P
In the winter, the main attraction for locals are the marble Turkish baths. Baths for men are open Tuesdays and Sundays; other days are for women only.(sumber)
  • dengan datang masjid ini, sekaligus anda akan infaq/sedekah/derma kerana kena bayar 2 euro (kalau ade ISIC card)! wah, peluang mendapat pahala ini!!! :P saya pun tak pasti, bayaran itu mcm mane.. adekah bayaran masuk masjid (even utk solat kene bayar) atau hanyalah bayaran untuk lawatan.. allahulam.. ape-apepun, optimis! peluang infaq nih!






 Names:
Mosquée de Paris; Paris Mosque
Type of site:
Mosque
Faith:
Islam
Date:
1922
Status:
Active
Address:
39 rue Geoffroy St. Hilaire
Location:
Place du Puits-de-l'Ermite, 5e
Phone:
01-45-35-97-33
Metro:
Monge
Hours:
Sat-Thurs 9:30am-5pm
Cost:
3€ adults, 2€ students/children




  • sebab masjid ini ada sejarah di sebaliknya.. Masjid ini dibina pada tahun 1922 untuk mengenang (=mengambil hati, memberi gula-gula) kepada tirailleur  selepas WWI. Tirailleur adalah Muslim di Utara Afrika (Algeria, Morocco/Maghribi) yang dijajah oleh Perancis dan dikerah kerja sebagai sharpshooter  tentera Perancis. Saya masih belum mampu untuk menafsir sejarah di sebaliknya menurut pandang mata seorang Muslim sejati yang berilmu kerana saya tak tahu.. Namun, buat masa ini, menurut pandangan peribadi saya yang cetek ilmu, kuffar itu selamanya jahat apatah lagi Perancis yang turut serta bersama negara-negara Barat lain dalam melaksanakan dasar pecah-perintah ke atas wilayah khilafah Islamiyyah di awal tahun 1900-an. Jadi, masjid ini konon nak tunjuk diorang adelah baik sikit.. Dah alang-alang orang buat kan, kita manfaatkan lah masjid ini semampunya..  Allahulam... Memandangkan banyak kita tak tahu tentang sejarahnya, maka, inilah peluang anda untuk merujuk ustaz google dan sumber-sumber lain insya-Allah... 
Wallahulam...


Dan akhir kata, welcome to France!!! :P

Mari Melawat France II : Pakej perlancongan

Bismillahirrahmanirrahim..

Selaku duta pelancongan tak berkomisen negara Perancis, saya ingin mempromosi sebuah pakej pelancongan ATYPICAL di negara tercacaknya Eiffel Tower. Lagi-lagi, nak winter break ni kan. Dengar cerita, ramai ingin memacakkan bekas tapak kakinya di bumi Perancis itu, ibarat laku Neil Armstrong yang memacak bendera Amerika sewaktu menjejak bulan buat kali pertama. Tapi, sebagai Muslim sejati akhir zaman, walau iman sering pasang surut, kita mesti cuba sedaya upaya untuk menjadi luar biasa dari yang lain!

Sesungguhnya, setelah masa kalian, akan ada hari-hari kesabaran. Kesabaran waktu itu seperti orang yang menggenggam bara. Bagi orang-orang yang beramal pada hari-hari itu mendapat pahala senilai 50 orang yang beramal seperti amalnya, dan masih ditambah lagi dengan yang lain. Seseorang bertanya, "Ya Rasulullah.. Pahala 50 dari mereka?" Beliau bersabda "Bahkan pahala 50 orang dari kalian." (HR Abu Dawud)
Fuhh.. Lumayan ni.. Jika kita berusaha seikhlas mungkin untuk sabar meniti hidup sebagai seorang Muslim sejati akhir zaman, al-Amin kata kita bakal dapat pahala semacam 50 orang, bahkan 50 orang daripada kalangan sahabat-sahabat generasi peneraju Islam!!!!

Selari dengan anjuran di atas, apa kata kali ini kita berkunjung ke Paris dengan identiti dan cara pikir seorang Muslim sejati! Ke Eiffel, ke Eiffel juga, tapi lagi indah kan kalau sebelum berkunjung dan bergambar ke sana, kita kaji dulu sejarah pembangunannya. Apa kaitan sejarah itu dengan jatuh bangun Islam dan sebagainya... Pernah tejadi ketika saya melawat Spain. Amboi bukan main buku travel guide dikepit sana-sini, tapi haram nak buka. Sampai di sebuah church yang dilawati, terus terkinja-kinja gembira menangkap dan ditangkap gambar. Rupa-rupanya itu church yang Isabella dan Ferdinand guna untuk bantai Muslim selepas berlakunya kejatuhan Islam di Espana. *geleng*

Inilah pakej nya. Melancongnya seorang Muslim sejati adalah untuk menyahut seruan al-Qur'an supaya berjalan di muka bumi dan lihat kesudahan orang-orang terdahulu (sejarah dan lain-lain lagi). Melencongnya orang lain adalah untuk berposing dan menangkap gambar. Maka, nak tak nak, aku perlu melancong dengan pola pikir dan info mengenai tempat-tempat yang bakal kulawati itu dan menjaga niat (selain menjaga pasport, barang-barang, SLR jika ada) di sepanjang percutian.

Inilah pakej nya. Berjalannya seorang Muslim sejati itu adalah untuk mempamer identiti dirinya buat semua penduduk dunia - Wahai penduduk Perancis, saksikan bahawa aku seorang Muslim! Bila tiba waktu solat, aku sungguh-sungguh usaha cari air untuk berwudhu dan tempat untuk bersolat, walau sesusah mana pun di tempat baru itu. Tiba waktu makan, aku sungguh-sungguh cari tempat makan yang halal, walau sesusah mana pun.

Inilah pakejnya. Lazimnya, dalam penat resah di tempat baru, emosi punah lalu cepat marah. Jika kita lah yang pemarah saat itu, usahakan untuk menahannya. Jika kita lah yang dimarah saat itu, usahakan untuk memahami kesusahan sahabat kita! (peringatan untuk aku sindri!) Tempek dalam otak dan hati terang-terang bahawa kita dan sahabat-sahabat sepercutian berjalan-jalan kerana tuju dan paham yang satu - mencari redha Tuhan. Mungkin saranan ini terlalu idealistik, tapi possible sahaja kalau berusaha! Moga-moga kita akan jadi seperti batallion para sahabat yang sedang beramai-ramai menyeberangi sungai Euphrates untuk menuju ke Qadisiyah dalam kempen menyebar Islam ke tamadun besar saat itu - Parsi.

Alkisah, seorang sahabat terjatuh bekas air ke dalam sungai, "Eh! Botol air aku jatuh lah...". Lantas, mendengarkan ini, seluruh batalion meraduk air sngai untuk mencari bekas air sahabat itu! Terkezut beruk spy-spy Parsi yang sedang mengintip saat itu lantas berkata "Mampuslah kita. Baru hilang botol air, satu batallion dah kalut cari. Belum lagi kalau salah seorang dari mereka hilang nyawa."

Kalau situasi sekarang, maunya kita bebel kat kawan kita yang hilang botol air dia "Tulah kau.. Aku dah pesan simpan lek-lok.. Kan sekarang dah susah.. Ko ni.. Hisyh...". Paling baik pun, kita tolong lah dia cari, itu pun tak sungguh-sungguh sambil menyumpah-nyumpah kecuaian dia dalam hati.

Akhir kata - selamat datang ke Perancis, wahai para pelancong Muslim sejati akhir zaman! Bukan Perancis yang akan menggemberikan anda, tapi bagaimana anda menggembirakan diri anda ketika anda di Perancis!!!

Allahualam...

Dec 6, 2009

Lebih panas dari gosip Pancaindera di pagi Ahad

Bismillahirrahmanirrahim.

Moga perkongsian ini membuka mata kita. Meneguhkan kaki-kaki kita. Menambah yakin dalam hati-hati kita.

***

Laptop ku dah lama tak berinternet. Connection problem. Baik kabel ucanet, mahupun Yota 4G WiMax, masih laptopku gagal mengesan sebarang kehadiran device-device itu. Oh!

Pagi ini roomate-ku tiada. Aku sujud syukur. :P Boleh ku kebas laptopnya puas-puas. (Peace!)

Pagi ini setelah sekian lama baru kubuka eramuslim. Sebelum ini hanya meminjam, mem-parasitkan diri di laptop orang. Itupun hanya untuk membaca blog-blog kenalan, melihat dinding (=wall) facebook, melihat email dan aktivit-aktiviti sosial lain yang seangkatan dengannya.

Pagi ini aku terkedu membaca eramuslim. [mesti klik!] Bertahun-tahun lamanya aku membaca majalah misteri Mastika, tak pernah kujumpa sebarang info sebegini. Paling-paling pun, pasal UFO di Roswell, hantu terlompat-lompat di keliling pokok pisang dan entah apa-apa lagi.

Menurut artikel eramuslim itu, kaum Red Indian di tanah Amerika dibantai habis-habisan oleh pihak penjajah dari Eropah, adalah kerana Red Indian merupakan penganut agama fitrah - Islam. Oh! Terkezut kita mendengarnya!

Lalu terus kurujuk ustaz Google.

Aku malas untuk panjang bercerita dan menaip kata. Kalau punya cukup masa & rasa ingin tahu, cubalah klik link-link ini.

  1. Artikel 'Islam in America before Columbus'.  [mesti klik!]
  2. Lagi artikel bertajuk 'Muslim Legacy in Early America' [mesti klik!]
  3. Lagi artikel bertajuk 'Muslim Explore America?' [mesti klik]
  4. Lecture 50minit oleh Dr Ivan Van Sertima mengenai penjelajahan orang Afrika di Amerika berkurun sebelum Christopher Columbus tersesat jalan ke Amerika. [mesti tonton]
  5. Lecture oleh Dr Jose Bey mengenai wujudnya Moor (Muslim dari Andalusia dan Utara Afrika) di Amerika lama sebelum datangnya si bangsat Columbus itu. [mesti tonton]
Allahualam..

Nov 22, 2009

Mari melawat France

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah diceritakan kepadaku suatu masa dulu oleh seorang pakcik. Waktu itu, dia berkongsi tentang sejarah Islam di Nusantara.

Beliau turut berkongsi pengalaman membawa seisi keluarga menuju ke sebuah kompleks memorial Perang Dunia di France, instead of menuju ke Disneyland sebagaimana lazimnya perilaku keluarga-keluarga lain.

Buat sapa-sapa yang nak pergi France, cuti winter ini dan ingin mencuba sesuatu yang baru selain melawat the usual Eiffel Tower dan Disneyland, bolehlah mencuba destinasi percutian terbaru ini jika berminat.

Nama tempat : Somme, Amiens, France

Apakah itu : tapak battlefield WW1 "Battle of Somme" yang juga merupakan salah sebuah battle paling berdarah pernah tercatat dalam sejarah kemanusiaan

Lokasi : kurang 200 km ke utara France, kurang 200 km ke  barat daya Lille.. (dari Lille dan Paris, masing-masing mengambil masa dalam 2 jam perjalanan menaiki kereta)

Youtube speaks louder than words.



Videos yang mungkin menyebabkan anda kurang semangat nak pergi.



Tentang Battle of Somme:


mayat bersepah-sepah
  • One of the largest battles of the First World War
  • berlaku pada tahun 1916
  • berlaku selama 4 bulan lebih
  • France+British vs German Empire (ni bukan Hitler tau! Hitler blum naik kuasa kt German lagi masa ni) 
  • seramai 1.5 juta askar mati, hilang dan cedera menjadikan ini antara PERANG PALING BERDARAH pernah tercatat dalam sejarah!!!
  • 100 kereta kebal hilang tapi 782 aircraft hilang! itu bru aircrafts yg hilang, aircrafts yg digunakan waktu tu mesti lg byk.. bygkan, pada tahun 1916, di suatu sudut dunia bersimpang siur hampir seribu aircraft, sementara di Tanah Melayu, sket punye susah nk jumpe kereta.
Kita sangkakan di zaman hak asasi manusia ini abad ke-21 ini, tiada lagi peperangan dan kekejaman se-bloody ini. Namun, sebenarnya ia masih wujud, dan mangsa-mangsanya adalah orang-orang kita juga - Islam. 
Dan tahukah anda, KEM TAHANAN TERBESAR DUNIA saat ini dengan jumlah tahanan mencecah setengah juta adalah sebuah NEGERI!! Dan itulah...


PALESTIN! 




Nov 15, 2009

Panggung Sabtu

Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup ini ibarat buku. Sebelum bertemu-mu, hidupku hanya sehelai muka surat. Setelah bertemu-mu, hidupku menjadi sebuah buku.
(lebih kurang begitu lah pembukaan sebuah cerita Hindustan di Panggung Sabtu TV3 yang aku selalu tengok masa sekolah rendah)

***

Bertahun-tahun yang lalu ketika aku masih di sekolah rendah, di suatu petang hari minggu yang mungkin Panggung Sabtu sedang ke udara, kumenempel di bilik ummi abi untuk mencuri dengar ummi abi sembang-sembang sambil-sambil menonton. 

Entah macam mana ummi abi buka cerita.

U : Dulu ummi selalu pergi masjid ni..

A : Eh, abi pun ade pergi sanelah.... (nada terkejut)

U : Dulu ummi selalu pergi ceramah bla2~

A : Eh, abi pun same lah...

U : Ummi ade pergi kenduri kawan ummi bla2~

A : Eh, abi pernah pergi jugak lah...

Kesimpulannya, ummi dan abi waktu zaman muda belia selalu pergi ke taman syurga yang sama tapi tak pernah notice each other. (Macam cerita Hindustan atau cerita Korea plak...)

U : Itulah.. Sebenarnya ummi selalu doa before melangkah masuk masjid ceramah bla-bla yang moga-moga jodoh ummi pun adalah orang yang selalu melangkah ke tempat sama.

***

Wallahualam...

Nov 11, 2009

'maher'kah anda tentang maher zain?

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini hanya gerhana. Masih ramai orang baik! Masih ramai orang boleh jadi baik!

Terbaca biografi Maher Zain di sini.

Maher however was restless and eventually decided that the music industry and all that surrounded wasn’t the right place for him and he returned to Sweden. It wasn’t until he met a group of brothers who were active in the Islamic community in Stockholm and he started regularly attending his local mosque that he felt like he’d reached ‘home’. Maher feels blessed to able to finally find the right way,



Mampukah kita segigih a group of brothers itu dalam mengemban tanggungjawab menyelamat mengubah dunia? Sejauh manakah kita berusaha? Usaha kita melayakkan kita ke gawang mana - gawang neraka atau gawang syurga? Di mulut kata menuju gawang syurga, tapi lagak gaya ke gawang neraka.. (akulah tuh..)

Lima taquluna ma taf'alun?

Wallahualam...



Nov 10, 2009

Jani jana.. :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Sementara perasaan masih berbunga-bunga di pagi hari apatah lagi selepas meng-call ummi, kuambil kesempatan untuk berkongsi rasa hati (sambil layan lagu di blog x-classmate).

Selesai membaca Misteri Solat Subuh by Dr. Raghib As-Sirjani, lepasan Universiti Kairo, seorang hafiz-cum-specialist bedah ginjal. Bukanlah sebaris dengan buku-buku must-read, tapi alhamdulillah rasanya benar-benar berlainan. Pernah melalui fasa hidup di mana aku bukanlah penggemar bacaan Islami apatah lagi yang sering memperkata fadhilat-fadhilat ini itu tentang sesuatu ibadah. Contohnya baca zikir sekian-sekian murah rezeki, dapat jodoh bla2... Dalam fikiran ku saat itu - sikit-sikit ibadah, apa beza kita dengan agama lain yang juga punya ritual?? Alhamdulillah, Allah sudah menukar mindset itu dengan memberi peluang kepada kita untuk melihat the big picture of Islam. Sangat suka analogi Tuhan yang diajar sensei ketika melawat bumi UK - kalimah tayyibah (kalimah yang baik - Islam) itu ibarat sebuah pokok. Akarnya yang kuat adalah aqidah, batangnya yang gila bercabang dan menjulang ke langit adalah ibadah sementara buahnya yang berbuah setiap masa adalah buah. Segala puji yang tak terhingga buat Allah kerana mencampak rasa cinta pada semua akar, batang dan buah kalimah tayyibah ini!

Buku ini diakhiri dengan nota akhir berjudul 'Hari yang dirindu':
  • Saya merindukan suatu hari di mana masjid dipenuhi kaum Muslimin.....
  • Saya merindukan datangnya suatu hari, saat seorang Muslim begitu begitu menyesal dan merasa sangat sedih gara-gara tertinggal solat Subuh, sekali saja.
  • Saya merindukan suatu hari, saat pemimpin....
  • [selanjutnya, sila baca buku tu sindri! :) ]
Perenggan seterusnya pakcik Raghib tulis :
"Saya merindukan itu semua. Dan saya meyakini bahwa kenyataan yang kita alami hari ini, sebelumnya adalah mimpi kemarin-kemarin. Sebagaimana saya meyakini, bahwa apa yang kita cita-citakan hari ini, akan terwujud esok hari, insyaAllah."
Familiar tak ayat nih? Hehehehe... teka2 siapa suke cakap ayat ni..

Apa kaitannya dengan tajuk entri post ni?
  
Macam tiru style Ihya' Fiqh Da'wah (Muntalaq etc) by al-Rasyid plak. Tajuk lain, isi lain.. Hehehehe..

Telah cuba memulai hari ini menurut tips-tips pakcik Raghib... Dah nak berjaya, tapi gagal di hujung.. Sempat bertahan beberapa lama selepas solat Subuh sebelum tidur semula. Cess.. Baru gua nak happy, setan dah menang balik.. Aiseyh.. Am still trying to get my rhytmn back lah ni.. Bangun-bangun, terus menelepon ummi. Ummi masak asam pedas hari ni. Dah mendung ni, ummi ngantuk. Kak Kuchinque jadi cikgu kat sekolah MK. Adik-adik mostly dah habis periksa:

1) Nurul Iman aka Kak Man 
  •  20 tahun, female, aku lah ni

2) Muhammad Azrul Iman aka Ayul aka Ngah     
  •  18 tahun, male
  • tengah exam kat Matrix Gopeng, pembekal Kreko, manga, cd anime di rumah, paling ditakuti oleh adik-adik lain ekoran kesenyapan dan ketidak-ramahan beliau)

3)Muhammad Faizzul Iman aka Is aka Wo-Is 
  •   16 tahun, male
  •  Form 4 MRSM Kuantan, paling reliable tang agama sebab dulu sekolah agama, minggu depan balik rumah cuti akhir tahun
4) Muhammad Nasrul Iman aka Jang 
  • 14 tahun, male, Form 2
  • baru pindah sekolah dekat dengan rumah, ada masalah pelat, sangat rajin tolong orang ekoran namanya Nasrul - pertolongan
5) Muhammad Amirul Iman aka Magic  
  • 12 tahun, male
  •  baru habis PSRA dgn UPSR, degil, pemberontak, kuat mejeling, terel main sudoku
6) Izzatil Iman aka Kak Cik aka Kak Kecik 
  • 10 tahun, female, 
  • dah habis periksa, sangat suka baca buku cerita, anak paling 'girlie'
7) Izzani Iman aka Jani aka Jani Jana 
  •  8 tahun, female 
  • dapat nombor 2 periksa sekolah agama tahun ni, paling berpotensi mengikut jejak langkah ku sebagai banyak cakap, pemberontak etc..
8) Muhammad Ashraf Iman aka Acap aka Adik 
  • 5 tahun, male, 
  • tadika, hari ni ponteng tadika pura-pura sakit perut, sangat bangga dengan kebolehan menulis nama sendiri, suka makan lauk kari
  • masih bongsu setakat ini (aku selalu mimpi dapat adik lagi!) :)
    Perasan tak adik-beradik ku semua beza 2 tahun, kecuali yang last tuh, beza 3 tahun? hehehehehe...


    Ummi kata Jani jawab dalam kertas periksa yang tutup aurat tuh harus, bukan wajib... Cess... Dia ingat harus sebab dia kalau rasa nak pakai tudung atau aku/ummi suruh, baru pakai.. Hehehe..

    At least, dia masih naif dan jujur. Apa yang difahami (walaupun misunderstood) diterjemah dengan perbuatan.

    Bagaimana dengan kita yang dewasa - 
    adakah apa yang diketahui, dihafal dan disebut-sebut diterjemah dengan perbuatan???
    (P/S : soalan ini bukan sahaja untuk skop kecil menjaga aurat, tapi apply untuk SEMUA aspek kehidupan kita!, insyaAllah)


    Wallahualam...     





    Nov 8, 2009

    kerana 'Sayang'...

    Bismillahirrahmanirrahim..




    Pintu diketuk beberapa kali. Kita buat bodoh, ummi pun sama. Kami maklum, itu tentu sekali ah long... eh, salesman.. (hehehe)

    Lantaran 'resistance' salesman itu begitu tinggi dan tak reti-reti nak berhenti ketuk, ummi suruh kita cakap kat Salesman tu bahawa mak tidur, dan lepas itu, mesti cepat-cepat tutup pintu. Ummi menyorok di balik pintu dan bukakan pintu untuk kita.

    Baru dikuak sikit, salesman bangsa Tionghua itu terus menerjah masuk. Terkantoilah ummi di balik pintu. Ummi tidak sempat mencapai apa-apa 'head cover' untuk menghijab auratnya. Lebih malang lagi, salesman itu tanpa dijemput duduk di sofa dan menerangkan produknya. Adalah beberapa minit kemudian, ummi berjaya mengeluarkan dia dari rumah.

    Kita rasa sedih. Kenapa ummi dah tak pakai tudung waktu Salesman cina tu masuk rumah. Kalau ada lelaki ketuk pintu rumah, ummi akan suruh kita ambil tudung ummi. Kita akan cepat-cepat lari dan bawakan untuk ummi. Lepas ummi pakai tudung, baru boleh buka pintu. Lama-lama, kita sudah boleh tahu dengan siapa ummi kena pakai tudung, dan dengan siapa ummi boleh tak pakai tudung.

    Kita rasa tak seronok. Nak main pun tak de mood. Ummi sebenarnya dah berubah ke? Bukan ke Allah suruh pakai tudung? Kita tak berani tanya ummi lebih-lebih sebab kita pun liat pakai tudung. Waktu nak keluar rumah main pasir, ummi suruh pakai tudung. Bila je keluar rumah dan ummi tak perasan, kita pun cabut tudung, sangkut kat ampaian baju dan yeah, MAINNN!!! Bila nak masuk rumah balik, kita pakai tudung balik. Walaupun begitu, kita tak suka orang yang tak sepatutnya tengok ummi kita tak fully in hijab.

    Tak lama kemudian, ada lagi laki-laki yang ummi kena fully hijab dengan dia datang rumah. Dan kita kembali gembira, kerana ummi suruh kita ambilkan tudung ummi. Peristiwa tadi hanyalah sebuah accident, dan ummi kita tetap ummi kita yang dulu dan sama!!! Alhamdulillah...  ;)

    *****

    Secara fitrahnya, kerana sayang, seseorang itu sangat risau kalau orang yang dikasihinya menjadi kurang baik

    Wallahualam....

    Nov 4, 2009

    Hari Perpaduan se-Rusia (bacaan umum di hari cuti)

    Bismillahir rahmanir rahim,


    I never paid much attention to Russian holidays since they all seem to share something in common - they have something to do with the so-yesterday Russian communism. But, a curious groupmate's question to our Russian Language teacher last week about 4th Nov. sparked a mild interest. She told us that what she's telling is not known to many ignorant Russians. 


    1917 : Russian Revolution
    Russian Revolution is a collective name for two revolutions in 1917:


    1 - February Revolution 






    • At that time, the Russians were still using Julian calendar which was about-a-month late than the Gregorian calendar. So, according to the Gregorian calendar which we are using now, the February Revolution was actually happening on March.
    • Russia was in chaos due to World War I, harsh winter, famine, bankruptcy and what-nots.
    • Mikhail Rodzianko - Chairman of Duma (Russian Parliament) telegrammed the last tsar: The capital is in chaos. The government is unable to act; the transport service is broken down; the food and fuel supplies are completely disorganised. There is wild shooting on the streets. It is urgent that a new government is formed. There must be no delay. Hesitation is fatal. 
    • The tsar wrote to his wife : Again, that fat-bellied Rodzianko has written me a load of nonsense, which I won't even bother to answer.
    • On March 1, the tsar took a train to Petrogad aka St Petersburg to see his family after knowing that his children had contracted measles. 
    • On his way, his train was 'hijacked' by a group of disloyal troop, and the tsar was suggested in unison to abdicate his throne.
    • On March 2, the tsar did abdicate his throne and was reunited with his family and later, was placed under house arrest.
    • After this abdication, Russia was no longer led by the tsar, but instead the Russian Provisional Government.
    2 - October Revolution aka Bolshevik Revolution






    • Again, October Revolution was actually happening in November
    • To cut things really short, October Revolution is all about the Bolsheviks overthrown the newly-formed Russian Provisional Government
    • Precisely, this revolution took place on 7th November 1917
    Now
    • Russia has changed from a communist country to capitalism
    • In order to satisfied those highly-resistant hard-die-fan of communism which mostly are the elderlies, the celebration of Bolshevik Revolution is still continued. Besides the elderlies, it wouldn't be a surprise if there are young people favoring communism over capitalism. Capitalism or communism, Russia is never a prosper country. For some, communism is much better because the money are shared equally among all. 
    • However, to down-tone the 'communism-ity' of the celebration (since they are now a capitalist country which is trying very hard to erase their 'dark history' of communism), they make it on Nov 4, instead of Nov 7
    • Of course the change of the date would enrage some of the people. But, the government outsmarts the citizens even better:





    1. since they are making it a public holiday, the Russians are likely to spend the holiday with their family rather than joining any rallies
    2. it is November, and the temperature is diving down near 0. Anyone would has a second thought before joining any rallies
    3.  and lastly, the government said : Do you know what? Actually.. Hundreds years ago, on Nov 4, we won the battle against Poland.. Many had forgotten.. So, let's remember! 
    The Polish-Muscovite War happened about 400 years ago and all the babusyka, dedusyka of Communists' hard-die-fans are left dumbfounded - they were all whining about a revolution happening just 100-years ago but the government diverted the issue to a war happening 400-YEARS ago which they hardly ever heard before!!! ;P







    Wallahualam...

    boleh tak jangan buat aku hilang sabar?!

    Bismillahirrahmanir rahim..

    Maha suci Allah.. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Dia dan aku termasuk orang-orang yang menzalimi diri.

    Ingin benar berkongsi rasa hati yang menjerut diri belakangan ini. Banyak perkara kecil yang menguji sabar dan ketahanan diri. Kadang-kadang sampai termenangis dan bersoal pada Dia.

    Entah mengapa, saat kita cuba meniti jalan kebaikan, saat itu laptop rosak, skor markah terendah dalam colloq, metro kad hilang, internet tak leh pakai, adik kena suspek batu karang, hp rosak, pasport orang lain siap tapi bukan pasportku.. Ahh... Lalu mula bersoal-soal dan bersangka buruk pada Tuhan..




    Masih gagal dalam ujian universiti sabar. Kakak kata, kongsikan dan sampaikan pada yang lain tentang apa yang kau paling lemah. Mudah-mudahan itu menujahkan kau menjadi seperti apa yang kau katakan. Buat yang terasa diuji, baik dengan kehilangan barang, dengan caci-maki hambur-sembur mulut orang dan lain-lain lagi :

    Kakak berkata :
    Apa yang Allah takdirkan untuk kita, penuh dengan jutaan hikmah yang kadangkala tak mampu untuk kita sebagai hamba membaca bahasa hikmah Tuhan kita.
    Yang mampu kita usahakan, sentiasa mohon dan mohon Allah beri taufik dan hidayah, untuk kita mampu menafsir hikmah di sebalik setiap kejadian, sekurang-kurangnya sedikit dalam jutaan hikmah.
    Satu benda yang kita kena sentiasa ingat, Allah benar-benar sedang hendak membersihkan hati, perasaan, niat kita. Bila kita terlupa kita seorang hamba, ujian2 yang Allah hadirkan terasa sangat berat. Kita memang sentiasa perlukan Allah. 35:15... walirabbika fasbir.. kerana Tuhanmu bersabarlah..

    Kakak berkata:
    Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang hampir sama kerana kita masih gagal menguasai ujian itu.

    Ayat 'innallaha ma'as sobirin'  (2:153)
    Allah bersama orang-orang yang sabar. Lazimnya, sabar itu adalah ketika diuji.
    Ujian = sabar = bersama Allah
    Ujian = x sabar = x bersama Allah
    X ujian = x (perlu) sabar = x bersama Allah
    Dunia = penjara orang-orang mu'min = ujian = sabar =  bersama Allah

    Ayat-ayat 'istainu bissobri wassolah' (2:45, 2:153)
    Pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.
    Terang lagi bersungguh, jika diuji dan pohon pertolongan dengan Allah, maka SABAR itu sangat perlu.
    Tambahan pula, Rasulullah saw pernah bersabda:
    The invocation of anyone of you is granted
    as long as he does not show impatience.
    (Sahih Bukhari)

    Animated video : Hadith on doa (my fave hadis : hadis no.6) 

    Moga-moga Allah bersama kita semua (= kita menjadi sobirin). InsyaAllah...

    Wallahualam...

    Oct 16, 2009

    Part II : My English is necrotizing

    Bismillahirrahmanirrahim...

    (continued)

    And off I went in quest of the counter. I found it. But, the notes I had was about RM3toRM5-less than the ticket price. I went upstairs to withdraw money from the ATM bank. Still in my MRSM uniform, I must be the one with the most troubled look at the ATM queue; among those pilots, air crews and whatnots. The money couldn't be withdrawn, likely because my card was having problems or worse, there was no money left in my account. So, I needed to pretend like I've done my business at the ATM, sat at the nearby seats and wait till those who were queuing behind me went off from the ATM too. I didn't want them to notice that I queued for the 2nd , 3rd ... times since it would be obvious that I was in trouble. I tried many times, in case the card would be OK back in any of the attempts. In between of the queuing(s), I went to call ummi to update about my not-well-beings, in hope of getting any help. But, ummi didn't pick up the phone, the line was busy etc. I was too desensitized to emotionally respond to anything.

    Even worse, in the middle of my ATM-public phone sequences, I had misplaced my bag somewhere near the escalator. It was quite heavy and I was not in the mood to lug my bag along, especially when I had many other bigger heavier things to lug in my mind. After a  few times of going ups and downs almost every accessible escalator, I finally noticed where it was. I've been looking for it there many times, but I failed to notice it. I was too desensitized to emotionally respond to anything.

    I had given up and just headed to the counter. I ordered the ticket, placed all my notes and shoved down all the coins from the coins compartment of my beg duit, praying it would be enough. From my lousy quick calculation, it was exactly enough. Alhamdulillah.. The cashier gave me the ticket without even care to check either I had given enough amount of money.

    All happens in one afternoon of the very same day. I felt in-action almost like Robert Langdon in Angels and Demons, only that I worked with signboards (ATM, counter, public phone, 1st floor etc) not raw symbols.

    Above all, I learn when there's nothing we can depend on but Allah and you let Him solve it for us, everything is beautiful. When we depend on Him, nothing harm or heal us but Him. Every trial I had (no money, misplaced bags, ummi not picking up the phone, feeling malu to go to ATM many times among those pilots etc) was viewed with anticipation. It was a mystery to wait of how Allah would help me overcome this trial before He gave me the other trial. It was an adventure to enjoy every single moment of uncertainty, yet an infinite tranqulity.

    After the emotional turbulence on that very morning, Allah entertained me with such tranquility, such calmness, such beauty. And, by the time I was at abi's bedside, I was emotionally uplifted. Even abi and the others weren't expecting me to be all bouncy, especially when my brother (the first son-cum-the second child) shed tears when he saw my dad.

    Wallahualam...

    Part I : My English is necrotizing

    Bismillahirrahmanirrahim..

    That morning, ummi told me not to panic, and broke the news. But it sounded more like she was advising her own self rather than me. Ummi assured me that abi was already in stable state after a couple of days in critical state. But it sounded more like she was assuring her own self rather than me.

    I was dumbfounded. It was very unbelievable that I thought I was dreaming a nightmare. Yet, it was terrifying because despite its unbelievabli-ty, abi had been hit by a lorry on his blue-Honda-motor-kapcai ride to his workplace near the Templer Park. I cried and laughed uncontrollably on my way to the morning call.

    The fish is rotten from its head

    I tried to focus in class. But, when none of your family member had ever been hospitalized except for appendix, hernia, burnt and giving birth(s), a broken leg + a 'terseliuh' leg + a broken arm + a 'terseliuh' arm + major surgical procedures + few days of unconsciousness was indeed a BIG deal. The teacher seemed to notice but he was interested more in his redox reactions that the class went on just like any other day, except for the fact that I was sitting at the very back of the lab, wetting my chemistry notes with my tears.

    I went to the principal room. He said my mom had just phoned, and she said it was okay if I don't go home. He was a principal while my mom is a mere housewife with 8 kids, plus she can't drive and used to have darah gemuruh to speak in front of her class, during her school days! Of course the principal dominated the conversation, that my mom need to surrender to his inhumane logics and reasoning!

    Despite the inhumane sphere of the school, there were still persons left with humanity. And alhamdulillah, of all people, a warden of the boys' hostel managed to get me an emergency leave and an Air Asia ticket flight back to KLIA. I packed ASAP, and in the mid of the hurry, Yah gave me an advice that still echoes until today - Be a good anak sulung. To cut it short, by the time I was in Langkawi Airport, I was mentally exhausted due to the intense crying and fighting my rights to get back to abi ASAP.

    When it was time the sad woman be happy, she find no place

    From the window of the back seat, I stared at the blue sad sky. And that melancholy ambience was abruptly disrupted by an amplified happy voice. "Welcome on-board. You're lucky to have... bla.. bla.. bla...". It was the male steward. They were doing this game that offered the passengers gifts from Air Asia. Of all flight I've ever been on board, that was the only time such hospitality has ever been served. And it was a bad timing. And, even worse, one of the winner was a teacher from my very school. And, he smiled at me while lifting the prize on his way back to his seat after the informal mini prize-giving ceremony.

    The hand of God

    Alhamdulillah. I safely land on the KLIA. I called my mom on the public phone. Ummi told that nobody was there to pick me up. Everybody was at the hospital. I had to get there on my own. I was a dependent child of abi, that he would send or fetch me up almost everytime. If I have to travel alone on public transport, he would accompany me the first few times to familiarize me with the routes, the bus number, the bus stop etc. But not this time.

    My mom gave the directions as briefly as possible - Go to the bottom floor, find the coach counter and buy ticket to Jalan Duta. Cikzul'll wait you there.

    (to be continued)

    Oct 13, 2009

    Cry if you see Kavkaz

    Bismillahirrahmanirrahim..

    1. sepengatahuan-ku, Caucasian bererti orang putih, mat salleh dan yang semakna dengannya

    2. latar tempat : tandas perempuan tingkat underground bangunan anat, metro okhotny ryad

    • di pintu kubikel jamban, ada terconteng КАВКАЗ (pron = kavkaz, meaning = Caucas), juga terconteng perkataan Azerbaijan, Armenia, Checnya dan Georgia dalam tulisan Rusia
    • di samping terbau bau busuk tipikal jamban Rusia, dapt ku bau isu perkauman di situ
    3. latar tempat : masih di bangunan sama, department mikrobiologi

    •  ketika sedang menduduki colloq mikrobiologi tentang enteral bacteria, berlaku kekecohan di luar kelas
    •  ibu guru lalu melaporkan kpd kami semua bahawa berlaku kecurian, ada 3 orang Kavkaz, dari Georgia curi fon di kelas sebelah
    • ibu guru berkata lagi - cry (jerit) if you see the Kavkaz. i'll come to help
    4. berita bertarikh Isnin, 12 Sept 2009 di eramuslim juga menyebut tentang Caucasus dengan bertajuk "Zionis : Perang Melawan Kebangkitan Khilafah Islamiah Dimulai di Kaukasus"
    • antara petikan berita itu berbunyi:
    Pendapat Zionis, Kaukasus Utara adalah "salah satu front pusat dan berkembang biak bagi Jihad global yang ditujukan untuk penciptaan kekhalifahan Islam" berikutnya.


    • juga turut termuat, peta wilayah Kaukasus



    *****

    Lantaran itu, aku cuba memecahkan misteri Kaukasus ini. Berikut merupakan rumusan hasil pencarianku:

    • Bangsa 'Caucasian' secara general merujuk kepada variasi bangsa berkulit putih.
    • Manakala wilayah Kaukasus (Caucasus region) merujuk kepada wilayah antara Asia dan Eropah yang merangkumi Kaukasus Utara (sebahagian negeri di selatan Rusia spt Daghestan & Chechnya) dan Kaukasus Selatan (Armenia, Azerbaijan, Georgia). 
    • Wilayah Kaukasus juga merupakan kawasan di mana letaknya Banjaran Kaukasus (Caucasus Mountains) yang merentangi antara Black Sea dan Caspian Sea (sila rujuk peta di atas).
    • Mereka yang tinggal di wilayah ini terdiri daripada BERMACAM-MACAM etnik yang mempunyai BERMACAM-MACAM bahasa. Antara etnik yang ada ialah bangsa Kurds, bangsa yang pernah melahirkan hero Islam terkemuka - Salahudin al-Ayubi. Juga, ramai antara mereka merupakan ORANG KITA - Muslim.
    • Harus diingat, selepas dilanda bencana kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki, kawasan yang didiami Muslim telah ditimpa bencana lagi - iaitu menjadi target operasi divide et impera (divide and rule atau divide and conquer) musuh-musuh Islam. Kaukasus dijajah oleh Soviet ketika itu.
    • Pada masa pemerintahan Soviet, wujud satu badan kerajaan bernama Bezbozhniki (bez: tanpa bog:tuhan) yang kerjanya menghapus sebarang bentuk pengabdian kepada Tuhan. Bayangkan opresi yang dialami Umat Islam ketika itu. 
    • Selepas operasi Anti-tuhan, wilayah Kaukasus terus-menerus diuji Tuhan dengan penularan ideologi sekularisme. Maka tidak hairan, jika kita melihat di sekeliling kita orang Azerbaijan yang macam ye macam tak Islam nya itu. Mangsa keadaan... ;(
    "Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan....."
    (usul pertama dari Usul 20 by Hassan al-Banna)

    Dan watan itu adalah mana-mana bumi yang didiami oleh ORANG KITA - Muslim.

    Maka, benarlah kata ibu guru mikrob - cry (nangis) if you see Kavkaz. Ada antara mereka orang kita dan mereka sering diopres, tapi kita haram tak endah tentang mereka.

    Wallahualam...

    Oct 12, 2009

    Selamatkan diri anda dari MATI LEMAU!!!

    Bismillahirrahmanirrahim

    Semangat kita untuk jadi hamba Allah yang sebenar : kejap lemau kejap berderau. Adalah bahaya jika kita selesa menjadi lemau. Maka, kita diMESTIkan mengumpul cakura daya tujah agar semangat kembali berderau. Orang ini dengan cara begini, dan orang itu dengan cara begitu. Berkumpul dengan sahabat-sahabat yang wajahnya mengingatkan kita tentang Allah, berusaha untuk berteleku di atas tikar sejadah di kala orang lain enak berdengkur, atau ibadah-ibadah nafilah lainnya.

    Namun begitu, tatkala bertemu manusia-manusia yang kami percayai kemampuannya menyelamatkan kami dari mati LEMAU, kami ingin sangat berpesan kepada diri kami sendiri agar bertemunya dan berCUHATnya (CUrahan HATi) kami itu adalah semata-mata atas cinta-Nya.

    "Sesungguhnya Kau tahu bahawa hati ini telah berkumpul atas cinta-Mu" 
    (doa Rabithah)


    1. Kami sangat risau kalau-kalau pertemuan & perCUHATan rasa itu hanyalah sekadar menzahirkan kerisauan kita kepada makhluk-Nya dengan harapan agar dia nampak kami ini alim wara' segala, 'aware' dengan turun naik iman kami. 
    2. Kami sangat risau kalau-kalau pertemuan & perCUHATan rasa itu hanyalah sekadar cakap di mulut yang hanya syok sendiri yang kemudiannya tidak melahirkan amal dalam perbaikan iman kami.
    Takut-takut jadi begini, macam dikeji Tuhan dalam Al-Fath 48:11.
    Orang-orang Badui yang tertinggal (tidak ikut serta ke Hudaibiyah) akan berkata kepadamu 
    "Kami telah disibukkan dengan harta dan keluarga kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami."
    Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya.

    Kami letak diri kami dalam posisi orang Badui. Berikut contoh adegan yang kita tak enak dilihat, tapi kita buat:

    Kami : Akak.. Saya tak tau lah.. Isyh.. Iman saya ni rasa dah jatuh merudum. SAYA DAH DISIBUKKAN DENGAN MOVIE, dgn BAKING KEK, dengan MAKAN OPEN HOUSE, dengan buat OPEN HOUSE. Qiam malas, solat dah tak khusyu' segala. Tadabbur Quran tak sentap hati. Macam mana ni kak? Tolonglah kak, tunjukkan saya ke jalan benar, jalan yang disirami cahaya Rabbaniyah Tuhan!! bla... bla.. bla...


    (20 minit kemudian, barulah akak dapat peluang cakap)


    Akak : Itu fitrah dik - tarikan setan dan tarikan iman. Alhamdulillah, adik berasa tak selesa dengan keadaan iman adik merudum dan mencari solusi tingkatkan iman. Lawan tarikan setan tuh. Istiqamah dalam beramal... bla..bla... bla..


    Kemudian, kami balik bilik dan tak berbuat apa-apa. Tunggu hidayah datang bertimpa dari Tuhan.

    *****

    Mimpilah!!! Memang nak kena bagi penampar kan kat kami? (aku yang menulis pun ni rasa meluat, padahal aku ade je dok buat) Dok cerita keliling kepada makhluk Tuhan, yang konon-konon kami rasa bersalah kat Tuhan. Biar makhluk Tuhan sekeliling ni tau kami ni baik "Isyh.. baiknye die.. baru tengok 1 movie dah rase diri penuh noda dosa". Pertemuan kami dengan orang soleh tadi untuk mencari solusi meningkatkan kami HARAM LANGSUNG TAK melahirkan amal.

    Pendek kata, sebelum kita lahirkan rasa bersalah atas noda dosa yang kita lakukan sesama manusia, periksa dulu sudahkah kita AKUI KESALAHAN itu terlebih dahulu kepada yang kita buat salah - ALLAH, sudahkah kita CUHAT habis-habisan sama Dia. Pastikan usai cuhat sesama makhluk Allah, kita membuahkan pertemuan itu dengan AMAL yang mampu meningkatkan iman.

    Jangan berhenti berkongsi rasa sesama kita makhluk Tuhan (dengan niat yang sedaya upaya cuba diikhlaskan semata-mata kerana Dia!!!), kerana kami yakin CUHAT itu antara pembasah ukhwah insya-Allah.

    Easier said than done. Moga dimanfaatkan bersama rasa hati kami kali ini insya-Allah. ;P
    Wallahualam...

    Oct 6, 2009

    Kami makhluk paling toya

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Jika ada benda yang boleh dibeli di Wall Street, akan kubeli SABAR sebanyak-banyaknya. Dengar kata, kadar pulangan untungnya benar-benar besar. Jauh lagi untung dari melabur di dalam komoditi emas atau pun saham amanah. Demand-nya sentiasa meningkat melambung-lambung, tapi supply-nya tersangatlah terhad.

    Ramai manusia memiliki masalah yang memerlukan SABAR yang banyak. Ujian bisa datang dari macam-macam arah dalam rupa gaya yang berbeda. Yang di sini ujiannya datang dari manusia yang paling dia kasihi, yang di sana ujiannya datang dalam bentuk gegar gempa, yang di situ diuji dengan manusia yang menjengkelkan, yang di sinun ujiannya peningkatan berat badan lewat musim perayaan.

    Dalam banyak-banyak promosi dan testimoni tentang sabar, paling kusuka ialah : SABAR bisa jadikan kita makhluk paling toya. Mu'min yang sebenar tidak akan dipengaruhi kesusahan atau kesenangan. Sentiasa cool dan constant iman dan amalnya. Lagaknya seperti ikan di laut; walaupun air laut masin, ikan tetap tidak menjadi masin, tapi tawar dan sodap!


    Datangkanlah ujian seberat mana pun, emosi kita stabil tiada kacau dan kusut. Datanglah bala sebesar mana pun, kita tak persoal takdir Tuhan. Datanglah dugaan seteruk mana pun, kita masih bahagia kerana kita beriman bahawa Yang Mendatangkan Ujian itu juga sekali gus merupakan Yang Menghilangkan Ujian.

    Dan tak sama kebaikan dengan kejahatan.
    Tolaklah kejahatan dengan cara yang jauh lebih baik, 
    hinggakan orang yang ada rasa permusuhan denganmu akan jadi seperti teman setia.
    Dan itu tak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang SABAR.
    Dan tak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang BERUNTUNG BESAR.
    (al-Fussilat 41:34&35)

    (klik untuk info lanjut tentang skim pelaburan ini)

    P/S : Benar ini easier said than done. Tapi sekurang-kurangnya, dengan saling berpesan tentang kesabaran, kita akan lebih rasa terpanggil untuk men-tabiat-kannya sekaligus menjadi mereka yang dipuji Allah dalam surah al-'Asr (demi masa).

    Wallahualam...

    Oct 3, 2009

    Rentetan Gilad Shalit vs. 20 tawanan Palestin (updated)

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Berikut merupakan berita terkini yang kami terima dari Palestin.

    1) Hamas tuntut pembebasan tawanan wanita Palestin daripada tentera laknat Israel.
    2) Video yang memaparkan kondidi baik Gilad Shalit. 
    3)  Tentera laknat Israel sedang menyiapkan pembebasan tahanan Palestin.
    4) Pembebasan tawanan berakhir baik


    Harga 20 tawanan Palestin hanyalah sama dengan sebuah video memaparkan kondisi seorang tentera Israel. Kecoh benar Israel ni.. Baru sorang kena tahan, nak sibuk-sibuk tahu keadaan (padahal orang kita yang dia tawan BERIBU-RIBU!!)..

    Wallahualam...

    Jul 15, 2009

    Suatu Penungguan di Dunia

    Dengan nama-Nya..

    Walaupun 'feeling'nya telah pudar, 'feeling' itu akan kembali lagi bila kita bersua, Komuter.

    Hati remuk-rendam. Ibaratnya seperti tin air gas F&N perisa Sarsi yang diremuk kemek untuk di-recycle.

    Walaupun hanyalah sebuah kenderaan awam, Komuter bisa meremukkan mana-mana hati manusia tatkala terdengar pengumuman - Tren ke &*!@$ adalah lewat. Tren ke!@#$% adalah lewat.

    Atau, pengumumannya mungkin berbunyi begini - Tren ke !~@#$ telah dibatalkan perjalanan. Sila tunggu tren seterusnya. Tren seterusnya akan tiba 40 minit lagi. Harap maklum.

    Di Jepun, landasan kereta api memang menjadi tarikan utama untuk mereka yang gemar membunuh diri kerana kelajuan dan kekerapannyanya yang bisa membunuh.

    Mungkin satu hari nanti di Malaysia, ada juga yang cuba membunuh diri. Bukan kerana kelajuan dan kekerapan Komuter, tapi sebab kelambatannya yang melampau sehingga naik geram dibuatnya.

    Cubaan hanya tinggal cubaan kerana seperti selalu, Komuter akan mengengsot dan akan tiba LEWAT!!!!

    Demikianlah sebuah penungguan di dunia...

    Wallahualam...

    MUs

    Dengan nama-Nya...

    (setelah terhantuk oleh sepinggan sambal terung buatan 'bukan orang biasa')

    Untuk makluman anda, kami sedang dalam proses baik pulih, rekonstruksi, penstrukturan dan penjenamaan semula. Sebarang kesulitan sukar untuk dielakkan.

    Adess.. Selesai sudah kes MU no.1 - Manik Urai dengan 'kemenangan moral' berpihak kepada pihak tertentu. Encik Najib pun bagi komentar nun jauh dari Sharm el-Sheikh, Mesir sempena persidangan NAM.

    Hujung minggu ini, kes MU no.2 - Manchester United. Bukan main heboh Buletin Utama. Owen turun padang lah, ini lah itu lah. Orang yang tak pernah tengok match EPL pun sampai tau apa benda Setan Merah tuh.

    Kalau sapa-sapa jadi pemain Malaysia, mesti dah ketaq lutut. Hari-hari dok promote team lawan. Majulah sukan untuk 1Malaysia!

    Kalau kami jadi orang Islam di wilayah bergolak kat China, mesti ketaq lutut juga. Hari-hari sedara sendiri lupakan kita. Entah-entah NAM sendiri pun tak amek pot pasal apa yang jadi. Dok memanjang buat resolusi, bila habis angkat kaki, resolusi tinggal resolusi.

    Wallahualam...

    Jul 9, 2009

    Rijal-nya Wanita Itu (part 2)

    Dengan nama-Nya

    Berderau darah kerana terlalu excited mendengar Sejarah Islam di Nusantara.

    Laksamana Malahayati, seorang Admiral (ketua angkatan laut!!) kerajaan Islam Acheh bagi menentang kependudukan penjajah Belanda laknatullah pada abad ke-16 (tahun 1500-an!). Juga, beliau menubuhkan pasukan turus khas Inung Balee, yang dianggotai para balu syuhada'.

    Tjoet Nyak Dien, seorang lagi mujahidah Acheh menghalau penjajah Belanda laknatullah pada kurun ke-19 (tahun 1900-an). Ketika Masjid Raya Baiturrahman dimusnah penjajah bangsat, berikut antara ucapan beliau:

    Lihatlah wahai orang-orang Aceh!! Tempat ibadat kita dirusak!! Mereka telah mencorengkan nama Allah! Sampai kapan kita begini? Sampai kapan kita akan menjadi budak Belanda?

    Terasa bodoh pula bila difikir betapa kita dikencing bodoh-bodoh oleh sukatan buku teks Sejarah. Apakah tidak bangang seseorang yang beriya-iya melawan penjajah/kerajaan hanya kerana tak mau bayar cukai tanah, saman speed trap atau tol highway?

    Itu pasal masa belajar Sejarah dalam buku teks dulu selalu ngantuk. Semua pakat cerita sejarah yang dah putar belit, yang nampak macam kita ni umat Islam bodoh piang.

    Ini strategi kuffar. Mereka menjauhkan kehidupan kita dari al-Quran. Mereka menjauhkan kita dari sejarah.

    Strategi kuffar nampaknya berjaya. Para isteri-ibu dah kurang fikir untuk menyumbang kepada perjuangan macam Malahayati, Aisyah ra ataupun sahabat baginda - Safiyyah. Tapi dok fikir Wanita Hari Ini, Tilam & Bantal, produk penambah tenaga...

    Wallahualam...

    Rijal-nya Wanita Itu (part 1)

    Dengan nama-Nya...

    Beberapa jam yang lalu, peti TV di ruang tamu dipasang. Wanita Hari Ini. Slot hari ini - Tilam dan Bantal dengan tajuk - Bila Pasangan Hilang Ghairah. Bila iklan, promote produk ini itu. Konon menambah tenaga, membawa bahagia. Loya, aku tutup TV.

    Benar, tiada terma lucah digunakan bagi membawa maksud the F-word, sebaliknya terma 'intimasi' lah, ini lah, itu lah. Benar, rancangan yang konon kewanitaan sangat-lah tuh klasifikasinya U, bukan 18SX. Benar, (walaupun tak menutup aurat) bagi definisi masyarakat berwabak wahan - tak seksi mana pun.

    Tapi, aku dah naik jijik dengan semua ni. Apa isu-isu dangkal sebegitu je yang menjadi pusat kegusaran wanita Muslim Malaysia? Apa hal ehwal tilam dan bantal sahaja ke yang menjamin kebahagian dunia akhirat kaum isteri-ibu? Apa mereka fikir konon habis feminis, habis moden, habis urban lah kalau berdiskusi isu tilam dan bantal?

    Kalau anak-anak bertanya 'mak makan ubat apa ni?', 'mak tengok rancangan apa ni?', 'intimasi tu apa mak?', 'kenapa nama dia Tilam dan Bantal mak?'. Nak jawab apa?

    Muslimah Nusantara yang berminda dangkal kini memang ibarat matahari dengan galaksi Andromeda, kalau nak dibandingkan dengan Muslimah Nusantara dulu-dulu yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Memang berjuta-juta tahun cahaya jaraknya!!!

    *****

    Ada dicatatkan bahawa ketika segerembolan tentera Belanda melanggar sebuah kampung di Acheh untuk menghambat mujahid-mujahid penghalau penjajah, mereka ternampak seorang Muslimah Acheh sedang menumbuk padi dengan penuh karisma, selamba dan cool.

    Tentera penjajah yang bangsat itu pun bertanya sama ada di kampung itu ada laki-laki atau tidak. Muslimah itu masih menumbuk padi sambil menjawab dengan penuh gaya macho - "Tiada. Semua laki-laki keluar bermuslimun di hutan." (bermuslimun membawa maksud berjihad)

    Tentera bangsat tak reti bahasa itu pun menggeledah kampung. Mereka terjumpa seorang lelaki penakut yang terketar-ketar sedang menyorok. Tentera bangsat segera naik berang kerana ditipu Muslimah tadi lalu segera menghambur wanita itu - "Habis tu, ini apa?". Sambil mengunjuk jantan keparat yang pengecut itu.

    Muslimah yang cukup cool itu menjawab sambil menumbuk padi. "Bukan aku sudah bilang tadi. Semua laki-laki keluar bermuslimun di hutan. Yang ini bukan laki-laki."

    *****

    Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan siri buku Jejak Risalah Islam di Nusantara karangan Dr. Hafidzi b. Mohd Noor. Siapa-siapa ada jumpa, sila maklumkan penulis. Nak kirim beli.

    Wallahualam...