Mar 29, 2009

Andai Tiada Kau Baca

Dengan nama Allah, Ilah yang kita agung-agungkan melebihi segala-galanya,
Salam dan selawat buat junjungan besar, Muhammad s.a.w,
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan, musuh kita yang nyata.

Amaran Kerajaan Malaysia!
Jangan kita terlalu sibuk meneka siapakah Anonymous. Kerana ada banyak lagi kerja besar yang perlu kita sibukkan!

Anonymous yang kreatif lagi pemurah telah menggembirakan kita dengan sebuah lagi puisi melalui komen beliau untuk post "Awak! Bukan sekadar gosok tau!". Semoga bersama kita ambil pelajaran. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran Anonymous! *mungkin nanti kita leh wat antologi sajak2 Anonymous insya-Allah*

manusia...
bakatnya dicipta,
bukan untuk disalah guna,
dirinya dicipta,
bukan untuk mencari dunia,
nafasnya dicipta,
bukan untuk melupaa si Dia

manusia,
hidup dalam lingkung masa,
yang akan punya hujungnya,

manusia..
lupakah akan janji si Dia?
bahawa rugi itu manusia,
tak kira zaman tak kira masa,
kiranya tanggungan tidak dilaksana?
memberi ingat pada yang lupa,
menjalan dakwah membersih jiwa...

maka..
dalam derap langkah
kerah,
dalam bisik resah
gundah,
dalam diam sunyi
sepi,
dalam hilai riuh
rendah,
dalam getar jiwa
takwa,
Biar dalam mana rasa,
biar pada mana masa,
Ingatlah pada yang maha Kuasa...
jalnakan dakwah sesama manusia!!




Wallahualam

3 comments:

izzati_azmin said...

betuah kamu iman dapat UFO tetap yg super best ni.mahu juga...hahahhahha,]

jzzklh UFO/anonymus.teringat kisah pahlawan yg tutp kepalanya supaya tak dikenal org time volunteer pegi buat mission perang zaman sahabat dulu.sugguh cool!

bukhorimesir said...

slm ziarah.. jom g ziarah mesir.. sambil blajar alquran.. santai2 sambil tanbah ilmu pengetahuan.. http://bukhorinstravel.blogspot.com/

UMAH said...

to kak azmin :
incik/cik/dato'/datin/tuan/puan UFO! dengar tu.. ada org request puisi anda! hihi..

to bukhorimesir:
salam.. insya-Allah.. jangankan ilmu pengetahuan saja, ini sudah kira sangat bagus! boleh jadi peluang tambah kefahaman untuk tarbiyahkan diri!

to all:
jazakallahu khairan semua atas komen anda!